You are on page 1of 14

Pengenalan

1.1 Latar Belakang Indonesia


Indonesia merupakan sebuah negara yang mempunyai penduduk keempat terbesar di
dunia selepas China, India, dan Amerika Syarikat iaitu berjumlah kira-kira 238452952 individu
pada bulan Julai 2004, dengan 1.5 peratus kadar pertumbuhan penduduk tahunan. 69 peratus
daripada penduduk tinggal di negara ini tinggal di kawasan luar bandar. Jawa, merupakan salah
satu kawasan yang paling padat dengan penduduk di dunia, dengan lebih daripada 120 juta
orang, atau sekurang-kurangnya 945 orang di setiap kilometer persegi. Jakarta, pada hujung barat
Jawa, merupakan bandar besar dengan kepadatan penduduk yang dianggarkan sebanyak 11.4 juta
pada pertengahan 2001 (Library of Congress, 2004).

1.2 Sistem Ekonomi Indonesia


Sistem ekonomi yang diamalkan oleh Indonesia adalah berbeza dengan sistem ekonomi
yang diamalkan oleh Amerika Syarikat ataupun negara-negara lain. Pada mulanya, Indonesia
mengamalkan sistem ekonomi liberal, di mana keseluruhan kegiatan ekonomi diserahkan kepada
masyarakat.Akan tetapi, oleh kerana wujud pengaruh komunisme yang disebarkan oleh Parti
Komunis Indonesia, maka sistem ekonomi di Indonesia telah berubah dari sistem ekonomi
liberal menjadi sistem ekonomi sosialis.Pada masa Orde Baru, sistem ekonomi yang
diamalkan oleh Indonesia diubah kembali menjadi sistem demokrasi ekonomi.Sistem ini
berlangsung sehingga masa Reformasi. Selepas masa Reformasi, kerajaan melaksanakan sistem
ekonomi yang berlandaskan ekonomi kerakyatan dan sistem ini masih diamalkan di Indonesia
sehinggalah sekarang (Analisa Perekonomian Indonesia: Pasca Krisis Ekonomi Eropah, 2012).

1.2.1 Latar Belakang dan Sejarah Ekonomi Indonesia (1960-1995)


Mencapai pembangunan mampan telah menjadi teras utama dasar Indonesia sejak dahulu
lagi.Hasil usaha warga Indonesia yang selama ini bekerja keras telah memainkan peranan yang
penting dalam membolehkan rakyat Indonesia meningkatkan taraf hidup mereka. Menurut Lim
1

Choon Seng (1996), Indonesia secara mendadak telah berjaya mengurangkan ancaman
kebuluran, kemiskinan dan pergolakan sosial yang telah berlaku pada sebelumnya 30 tahun yang
lalu. Indonesia juga merupakan salah satu negara yang paling miskin di dunia dengan hanya
pendapatan per kapita berjumlah US$70. Namun sejak sepanjang abad ini suku yang lepas,
negara ini telah berkembang dengan purata hampir 7% setahun yang menjadikan ia sebagai satu
prestasi pertumbuhan pembangunan yang berada di kedudukan antara sepuluh paling cepat di
dunia setanding dengan negara-negara Asia Timur dinamik yang lain.
Dengan peningkatan purata sebanyak 4.5% setahun, pendapatan per kapita Indonesia
pada tahun 1995 telah mencecah lebih US$900. Walaupun masih rendah, tetapi ia telah
berkembang hampir sepuluh kali ganda sepanjang tempoh itu. Kenaikan purata pendapatan yang
telah diperolehi meningkat seiring dengan peningkatan dari segi kebajikan dan kesejahteraan
sebahagian besar penduduk di Indonesia. Pada tahun 1970, kira-kira 17 juta rakyat Indonesia
ataupun sebanyak 60% daripada jumlah penduduk di sini merupakan golongan miskin tegar.
Menjelang tahun 1990, bilangan golongan miskin telah jatuh kepada 7 juta orang atau 15%
daripada jumlah penduduk.Peningkatan produktiviti oleh golongan petani telah cukup untuk
memperbaiki peningkatan jumlah penduduk dan menghasilkan lebih lebihan penawaran
(surplus) untuk tujuan eksport.Pada tahun 1965, pengambilan purata kalori harian adalah lebih
kurang 80% daripada keperluan minimum. Pada tahun 1995, ia telah meningkat sebanyak 120%.
Penjagaan kesihatan dan pemakanan yang lebih baik telah menambah lebih daripada 20 tahun
jangka hayat rakyat Indonesia secara purata. Kadar celik huruf juga telah meningkat, manakala
kadar kematian bayi pula telah jatuh secara mendadak. Perkadaran penduduk yang telah
disalurkan dengan air minuman yang bersih dan selamat telah meningkat hampir tiga kali
ganda.Ini merupakan peningkatan dalam beberapa penunjuk sosial (social indicator) yang boleh
dilihat sebagai contoh pencapaian Indonesia dalam pembangunan dalam erti kata yang lebih
luas.Satu lagi prestasi luar biasa telah berada di dalam transformasi daripada ekonomi pertanian
kepada ekonomi yang lebih maju.Akibat daripada siri pembaharuan struktur yang lebih besar,
bermula dari awal 1980-an lgi, ekonomi ini telah berkembang dengan pesat untuk menjadi lebih
pelbagai dan kurang bergantung kepada minyak, dengan perkembangan peranan sektor swasta
dalam ekonomi.Eksport, dalam nilai dolar konstan, telah meningkat lebih 13% setahun sejak
1965.Asas eksport yang dikuasai oleh produk utama juga, seperti minyak dan pertanian, telah
semakin beralih ke arah produk kilang. Sehingga tahun 1995, Indonesia telah menjadi negara
2

yang kompetitif di peringkat antarabangsa dalam mengeksport pelbagai barangan perkilangan,


dan sehingga tahun 1995, eksport perkilangan menyumbang hampir 50% daripada jumlah
pendapatan eksport.

1.3 Inflasi
Terdapat banyak kajian yang telah dijalankan bagi mengenalpasti kewujudan hubungan
antara pemboleh ubah makroekonomi termasuk pemboleh ubah wang, jurang output, kadar
tukaran benar serta inflasi (Fauzi, Mohd Nor, & Jusoh, 2009). Hubungan diantara pemboleh
ubah-pemboleh ubah ini juga sering dibahaskan di kalangan ahli ekonomi. Setiap aliran
pemikiran seperti Klasik, Keynesian, Monetari, Klasik Baru, Keynesian Baru serta aliran
pemikiran Kitaran Perniagaan Benar mempunyai pandangan yang berbeza terhadap hubungan
antara pemboleh ubah-pemboleh ubah tersebut. Kesemua aliran pemikiran kecuali aliran Klasik
percaya bahawa kejutan permintaan agregat seperti kejutan wang akan membawa kesan positif
kepada aktiviti ekonomi benar. Walaubagaimanapun, menurut Fauzi, Mohd Nor, & Jusoh, (2009)
lagi, isu yang diketengahkan oleh aliran Keynesian, Monetari dan Klasik Baru bukanlah sama
ada kejutan wang memberi kesan positif ke atas output tetapi medium transmisi bagi kejutan
positif ini. Keynesian percaya bahawa kejutan wang positif akan meningkatkan aktiviti ekonomi
serta tingkat harga melalui pemboleh ubah kadar faedah dan pelaburan. Teori Kuantiti Wang
adalah satu ukuran yang menunjukkan bahawa pergerakan inflasi boleh diterangkan secara
keseluruhannya oleh asakan kewangan. Menurut Fauzi, Mohd Nor, & Jusoh (2009) juga,
hubungan antara inflasi dan pertumbuhan penawaran wang merupakan satu ciri gelagat purata
bagi model ekonomi dalam jangka panjang.
Inflasi merupakan salah satu daripada masalah utama yang sering dihadapi oleh
kebanyakan negara, terutamanya negara pasaran bebas (Jusoh, 1990).Inflasi merupakan suatu
masalah yang sukar dibendung dan amat sukar untuk menyukatnya daripada bermula.Inflasi
bukan sahaja berlaku di negara yang sedang membangun, malah turut boleh berlaku pada negara
yang sudah maju. Inflasi berlaku apabila sesebuah negara utama, sebagai contoh Amerika
Syarikat mengalami inflasi yang mana akan turut menjejaskan negara-negara lain. Ia dapat
dilihat dengan jelas pada tahun 1973 hingga 1974 apabila pada waktu itu, hampir semua negara
3

perdagangan bebas mengalami maslah inflasi, walaupun setiap satunya pada tahap yang berbeza.
Begitu juga pada tahun-tahun selepasnya, masalah inflasi semakin sukar dibendung dan menjadi
bertambah rumit. Usaha-usaha bagi menghalang inflasi daripada berlaku pula seakan-akan
menimbulkan masalah lain yang lebih buruk. Ahli-ahli ekonomi dan penggubal dasar melihat
inflasi sebagai satu maslah ekonomi yang dapat menimbulkan isu-isu kontroversi. Ahli-ahli
ekonomi telah membezakan inflasi mengikut faktor-faktor yang mempengaruhinya iaitu inflasi
tarikan permintaan, inflasi tolakan kos dan inflasi struktur.

1.4 Sekilas Pandang Inflasi di Indonesia 1966-2014


Indonesia telah melalui pelbagai cabaran dalam mengatasi permasalahan Inflasi yang
melanda negara ni saban tahun. Indonesia merupakan sebuah negara yang mempunyai sejarah
latar belakang Inflasi paling buruk di rantau Asia Tenggara jika dibandingkan dengan negara asia
tenggara yang lain. Sejarah Inflasi terburuk negara ini adalah pada tahun 1966 apabila kadar
inflasi di Indonesia berada pada tahap 635.3%.
Selepas tahun 1966, sebaik sahaja sebuah kerajaan telah kukuh dalam kedudukanya
sebuah program penstabilan yang meranggukmi set fiscal, kewangan dan polisi pertukaran
matawang asing telah dilancarkan. Usahapertama yang dilakukan adalah untuk menghapuskan
perbelanjaan defesit dengan dengan melaksanakan polisi belanjawan yang seimbang.Sebuah
undang-undang pelaburan asing telah diperkenalkan pada tahun 1967 bagi menarik lebih banyak
pelaburan modal asing.Dengan peraturan baru ini ekonomi Indonesia menjadi lebih terbuka
kepada pemodal asing.
Program penstabilan yang dilakukan oleh kerajaan ternyata telah berjaya dalam
memperlahankan kadar pertumbuhan inflasi. Daripada 635.3% pada tahun 1966 kadar inflasi
menurun kepada 112,2% dan 85.1% pada tahun 1967 dan 1968. Kadar inflasi terus berkurangan
dengan mendadak kepada 9.9% dan 8.9% pada tahun 1969 dan 1970 dan jatuh kepada 2.5%
sahaja pada tahun 1971. Pada tahun 1972 kadar inflasi meningkat semula kepada 25.8% dan
seterusnya kepada 27.3% dan kepada 33.3% pada tahun 1973 dan 1974.

Dalam rangka masa 1973 dan 1974 inflasi di Indonesia berkemungkinan besar
dipengaruhi oleh inflasi global yang mula meningkat pada pertengahan tahun 1972. Selain
daripada pengaruh harga global bagi eksport minyak Indonesia pada tahun 1972 dan 1973
masing-masing meningkat sebanyak 27% dan 61% dibandingkan dengan tahun-tahun
sebelumnya.
Untuk kedua kalinya kerajaan telah melancarkan program penstabilan ekonomi bagi
mengawal inflasi. Pengagihan subsidi secara terus kepada

barangan pengguna bagi serta

penetapan seling dan National Buffer Stockyang diperkenalkan oleh kerajaan bagi mengawal
kadar inflasi. Kesan daripada langkah yang di ambil oleh kerajaan ini telah menyebabkan kadar
inflasi menurun keapda 19.7% dan 14.2% masing-masing pada tahun 1975 dan 1976. Kadar
inflasi tersebut terus berkurangan kepada 11.8% dan kepada 6.7% pada tahun 1977 dan 1978.
Pada tahun 1979 kadar inflasi meningkat kepada 21.8% berikutan penurunan nilai mata
wang Rp. Pada tahun 1980 lebihan penawaran wang di dalam pasaran domestik merupakan
punca utama berlakunya inflasi. Hasil penuaian padi yang memberangsangkan telah
mengurangkan tekanan kos terhadap bahagian penawaran dan seterusnya membantu dalam
menstabilkan kadar inflasi kepada 16.0% dan 7.1% pada tahun 1980 dan 1981.
Walaubagaimanapun pada tahun 1982 memperlihatkan penurunan harga yang melibatkan
komoditi petroleum yang mengakibatkan pengurangan pendapatan kerajaan Indonesia sebanyak
5%. Kerajaan telah mengurangkan kos sabsidi pada minyak dan makanan. Pada mac 1983
kerajaan telah mengumumkan penurunan nilai mata wang Rp kepada 27.62%. Polisi kewangan
kekal ketat dan menyebabkan kadar inflasi hanya pada kadar 11.5% pada tahun 1983. Pada tahun
1984 kadar Inflasi menurun dengan konsisten.
Pada tahun 1986 harga minyak menjunan dan menyebabkan tekanan yang tinggi terhadap
baki pembayaran dan penurunan drastik kepada pendapatan kerajaan.kesan daripada tekanan ini
kerajaan telah menurunkan nilai matawang bagi mengelakkan kemerosotan terhadap baki
pembayaran. Langkah tersebut mencatatkan kadar inflasi sebanyak 8.8% pada tahun 1986 dan
8.9% pada tahun 1987. Kadar inflasi berkurangan sebanyak 5.5% pada tahun 1988 dan 6.0%
pada 1989 kesan daripada polisi kewangan yang diperkenalkan oleh kerajaan.terhadap barangan
pengguna.
5

Selain daripada itu, peningkatan permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan


domestik pada tahun 1991 menyebabkan peningkatan terhadap penawaran di dalam
pasaran.Situasi ini telah mempercepatkan lagi peningkatan inflasi apabila pada tahun 1990-1991
inflasi berkadar 9.5% telah direkodkan.Walaubagaimanapun peningkatan permintaan domestic
pada tahun-tahun yang lepas adalah disebabkan aktiviti pelaburan tertentu.kenaikan harga
minyak, pengangkutan dan simen paa tahun 1990 menyebabkan kaar inflasi meningkat. Kadar
inflasi pada tahun 1994 berkurangan kepada 9.2% kerana gangguan terhadap bahagian
penawaran dan permintaan yang tinggi terhadap perkhidmatan dan barangan pengguna.
Usahausaha untuk mengawal kadar inflasi pada tahun tersebut dijalankan dengan
meningkatkan koordinasi terhadap kewangan, fiscal dan polisi polisi lain. Tentang polisi
kewangan, kerajaan mengurangkan pertumbuhan bekalan wang dengan cara menjalankan operasi
pasaran terbuka melalui tindakan tindakan dalam Persijilan Bank Indonesia (SBIs) dan sekuriti
pasaran wang (SBPUs) dan perhentian secara berperingkat terhadap percairan Bank Indonesia
menurut Polisi Pakej 1990. Tentang polisi fiscal, sejak Oktober 1990 kerajaan mengenakan siling
kepada deposit deposit Pejabat Kewangan yang dikekalkan bersama bank bank dan untuk
memindahkan kesemua resit cukai serta merta ke Bank Indonesia. Melalui polisi polisi
tersebut, bersama sama dengan peningkatan dalam bekalan agregat, kadar inflasi menurun
kepada 4.9/ sen pada tahun 1992. Output sector pertanian bertambah baik disebabkan oleh kadar
hujan yang mencukupi, sekaligus melenyapkan tekanan inflasi daripada harga harga makanan,
yang mencakupi bahagian yang besar dalam Indeks Harga Pengguna. Faktor lain yang
menyumbang kepada menurunan kadar inflasi termasuk ketiadaan pelarasan dalam harga
barangan dan servis yang dikawal oleh kerajaan seperti bahan api berasaskan minyak, eletrik dan
kos kos pengangkutan.
Walau bagaimanapun, kadar inflasi meningkat kepada 9.8/ sen pada tahun 1993.
Peningkatan mendadak pada suku pertama tahun 1993 adalah disebabkan oleh pelarasan
terhadap harga harga bahan api berasaskan minyak, kos kos pengangkutan, eletrik dan harga
lantai beras. Tambahan pula terhadap banjir yang berlaku di Kepulauan Jawa juga menyumbang
kepada peningkatan harga makanan pada ketika itu. Peningkatan terhadap gaji dan kadar upah
penjawat kerajaan, peningkatan terhadap beberapa barangan berkaitan pembinaan dari April
1993 disebabkan oleh aktiviti aktiviti rancak dalam sector pembinaan dan hartanah; dan
6

seterusnya memudahkan situasi kewangan yang cenderung untuk membawa kepada penggunaan
juga menyumbang kepada kadar inflasi yang tinggi
Pada tahun 1995 kadar inflasi mencecah 8.6% iaitu berkurangan daripda 9.8% pada tahun
1993 dan 9.2% pada tahun 1994. Pertumbuhan inflasi pada tahun ini adalah disebabkan tekanan
terhadap permintaan dan penawaran produk domestik.Ganguan terhadap bekalan makanan
terutama beras merencatkan lagi pengeluaran secara tidak langsung memberi impak kepada
peningkatan harga komoditi di pasaran antarabangsa.Peningkatan purata gaji juga merupakan
faktor sampingan yang menyebabkan inflasi berlaku pada tahun 1995.
Selepas langkah yang diambil oleh Republik Indonesia dalam mengekang asakan inflasi
di negara itu, ianya membawa hasil yang baik terhadap pengawalan Inflasi dan perkembangan
ekonomi di Indonesia. Namun pada pertengahan tahun 1997-1998 negara itu sekali lagi diasak
dengan peningkatan kadar Inflasi yang tinggi. iaitu pada tahap 58.1% . Kejadian Inflasi tertinggi
pada tahun 1998 ini merupakan kes kedua yang berlaku di Indonesia setelah buat pertama
kalinya ia berlaku pada tahun 1966. Walaubagaimanapun kadar Inflasi di Indonesi terus dapat
dikawal selepas itu. Pada tahun 1999 kadar Inflasi yang direkodkan di Indonesia mencatatkan
penurunan iaitu berada pada tahap 24.03% setelah langkah pemulihan yang di ambil oleh
kerajaan menampakkan hasil yang kosisten. Pada tahun 1999-2008 kadar inflasi yang direkodkan
sering berubah mengikut tahun. Namun perubahan kadar inflasi yang terjadi pada kitaran tahun
ini tidak banyak menunjukan perubahan drstik terhadap kadar inflasi. Perubahan dalam
peningkatan kadar inflasi tertinggi yang di rekodkan dalam kitaran kumpulan tahun ini adalah
pada tahun 2006 iaitu 13.34% yang tidak melebihi angka dua digit. Keberhasilan rancangan
penstrukturan ekonomi yang di ambil oleh kerajaan Republik Indonesia memerlihatkan kadar
inflasi yang konsisten di rekodkan pada tahun 2009-2014 di bawah 10% kadar inflasi yang
dicatatkan. walaupun rekod kadar inflasi pada tahun tersebut tidak menunjukkan tahap konsisten
yang baik namun perubahan peningkatan kadar inflsi yang berlaku tidak melebihi angka satu
digit iaitu pada tahun 2009 berkadar (4.45%), 2010 pada kadar (5.12), 2011 (5.38%), 2012
(4.28%), 2013 6.40 dan 2014 pada kadar (6.24%) ini menunjukkan kadar inflasi yang berlaku di
Indonesia berada pada tahap kawalan(Inflation. Eu; World Wide Inflation Data).

1.5 Analisis Krisis Inflasi Indonesia 1966


Krisis Inflasi yang direkodkan di Indonesia pada tahun 1966 merupakan satu krissi Inflasi
yang memberi impak kritikal terhadap masyarakat, politik dan ekonomi di negara ini secara
keseluruhanya. Oleh itu penulisan ini akan memberi penerangan terhadap faktor berlakunya
krisis Inflasi dan langkah yang diambil oleh kerajaan Republik Indonesia untuk mengawal kadar
Inflasi yang di rekodkan pada tahun berkenaan.
Pada tahun 1966 kadar Inflasi yang direkodkan di indonesia adalah berada pada tahap
635.3% merupakan kadar Inflasi tertinggi yang direkodkan oleh Indonesia selepas negara itu
memperoleh kemerdekaan pada tahun 1945.Terdapat beberapa faktor yang menyebabakan krisis
ini berlaku dengan begitu drastik.Beberapa penganalisis ekonomi menyatakan krissi Inflasi yang
berlaku pada tahun 1966 berkait rapat dengan unsur kelemahan pemerintahan yang pada ketika
itu mengutamakan kepentingan kedudukan politik mereka.Pada tahun 1959 Indonesia
menjalankan sistem demokrasi terpimpin dan struktur ekonomi Indonesia menjrus kepada sistem
etatisme.Dengan mengamalkan sistem ini, kerajaan Indonesia merasakan ianya mampu memacu
negara tersebut berada pada landasan ekonomi dan poltik yang kukuh.Walaubagaimanapun
perancangan yang diambil oleh kepimpinan semasa itu tidak mampu memperbaiki ekonomi
Indonesia, malah ianya lebih memberi kesan buruk terhadap ekonomi dan kestabilan poltik di
negara itu.
Perancangan ekonomi yang dilaksanakan oleh kepimpinan Indonesia ketika itu ialah
dengan menurunkan nilai wang Rp. Tindakan ini diambil oleh kerajaan Republik Indonesia
adalah untuk menghalang Inflasi daripada menyerang Indonesia. Nilai wang Rp menjadi lebih
rendah dari sebelumnya, Rp500 menjadi Rp 50, wang kertas Rp1000 menjadi Rp100 dan wang
deposit rakyat yang berada di bank dibekukan secara serta merta untuk mengukuhkan modal
kerajaan. Selain itu Kerajaan Republik Indonesia juga melancarkan Pembentukan Dekralasi
Ekonomi (Dekon) bagi mencapai tahap ekonomi sosialis Indonesia dengan cara terpimpin.
Namun segala perancangan yang dilakukan oleh kerajaan Indonesia dalam menangani krisis
ekonomi ini terhenti dengan dengan perlaksanaan (Dekon) kesannya memperlihatkan harga
barang pada ketika itu melonjak naik sebanyak 400% pada tahun 1961-1962.Impak buruk
ekonomi ini terus dicatat oleh Indonesia menerusi kadar inflsi yang meningkat.
Walaubagaimanapun pemerintah Repulik Indonesia meneruskan idea perancangan asal yang
8

dilakukan pada tahun 1959 iaitu dengan menurunkan ni Rp Indonesia pada tahun 1965
menjadikan nilai wang Rp 1000 menjadi Rp 1 dan nilai Rp menjadi 10 kali lebih rendah daripada
sebelumnya. Keputusan yang diambil oleh kerajaan Indonesia untuk mengekang serangan Inflasi
di negara itu menmbawa padah apabila pada tahun seterusnya kadar peningkatan inflasi di
negara itu direkodkan pada kadar 635.3%

Selepas tahun 1966, sebaik sahaja sebuah kerajaan telah kukuh dalam kedudukanya
sebuah program penstabilan yang meranggukmi set fiscal, kewangan dan polisi pertukaran
matawang asing telah dilancarkan. Usaha pertama yang dilakukan adalah untuk menghapuskan
perbelanjaan defesit dengan dengan melaksanakan polisi belanjawan yang seimbang.Sebuah
undang-undang pelaburan asing telah diperkenalkan pada tahun 1967 bagi menarik lebih banyak
pelaburan modal asing.Dengan peraturan baru ini ekonomi Indonesia menjadi lebih terbuka
kepada pemodal asing.

Program penstabilan yang dilakukan oleh kerajaan ternyata telah berjaya dalam
memperlahankan kadar pertumbuhan inflasi. Daripada 635.3% pada tahun 1966 menurun kepada
112,2% dan 85.1% pada tahun 1967 dan 1968. Kadar inflasi terus berkurangan dengan
mendadak kepada 9.9% dan 8.9% pada tahun 1969 dan 1970 dan jatuh kepada 2.5% sahaja pada
tahun 1971.Seiring Dengan penurunan kadar inflasi yang ditunjukkan pada setiap tahun
bermuala daripada tahun 1967 -1971 membawa Indonesia kepada perkembangan tahap ekonomi
yang mampan seiring dengan langkah dan polisi yang diambil oleh pihak kerajaan Indonesia
bagi mengurangkan kadar inflasi di negara itu. Pertumbuhan ekonomi bagi negara Indonesia juga
memperlihatkan perkembangan positif terhadap makanisme kerajaan memulihkan ekonomi
negara Indonesia.

1.6 Pengaruh Inflasi di Indonesia


Pengaruh jumlah wang yang berada dalam sebuah negara memainkan hubungan positif
dan mempengaruhi terhadap tingkat inflasi adalah sama ada bagi jangka masa pendek ataupun
9

panjang. Kenaikan jumlah wang yang beredar dalam Negara sebanyak satu peratus akan
menaikkan tingkat inflasi sebanyak 0,9026 peratus. Ini dapat disimpulkan bahawa peningkatan
wang yang beredar dalam negara sama ada dalam jangka masa panjang atau pendek akan
meningkatkan inflasi. Menurut Jaka Sriyana (2001), Sri Suki (2001) dan Sri Ending Novita Sari
(2001) yang menyatakan bahawa tingkat inflasi dipengaruhi oleh jumlah wang yang bergerak
dalam negara tersebut.
Pengaruh Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mempunyai hubungan negatif dan
mempengaruhi tingkat inflasi di Indonesia dalam jangka panjang ataupun pendek dengan
peningkatan 1 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akan menurukan inflasi sebanyak
1,1933 peratus. Ini dapat disimpulkan jika Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mengalami
peningkatan sebanyak 1 peratus akan menurunkan tingkat inflasi sebesar 2,124 peratus. Ini
membuktikan bahawa peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sama ada dalam
jangka masa pendek ataupun panjang akan menyebabkan inflasi Indonesia menurun. Oleh itu,
pemerintah harus memberi perhatian kepada sektor perindustrian kecil dengan memberikan
kemudahan dan situasi yang kondusif agar pertumbuhan ekonomi dapat ditingkat dari tahun ke
tahun.
Selan itu, pengaruh pertukaran nilai mata wang asing terhadap inflasi berhubung secara
positif. Hal ini kerana, jika nilai tukaran dollar mengalami kenaikan 1 peratus, maka inflasi akan
naik sebanyak 1,776 peratus. Menurut Jaka Sriyana (2001) terdapat pengaruh positif dan
kepentingan antara nilai petukaran dengan tingkat inflasi.Dengan itu, demi menjaga kestabilan
harga dalam negara, maka pendekatan kewangan (moneter) digunakan untuk menjaga kestabilan
nilai rupiah terhadap dollar.
Seterusnya, pengaruh tingkat kadar bunga juga mempunyai hubungan negatif dan
memberi kesan terhadap tingkat inflasi di Indonesia sama ada dalam jangka masa pendek atau
panjang. Apabila berlakunya peningkatan 1 peratus dalam tingkat kadar bunga, maka inflasi
akan menurun sebnayak -0,233 peratus. Kadar buga merupakan pembolehubah yang kesannya
cukup kecil terhadap inflasi.
Faktor musim juga turut memberi pengaruh kepada inflasi dari aspek penawaran dengan
berlakunya perubahan iklam dan cuaca yang ekstrim yang dapat merubah pola musim hujan dan
10

kemarau kerana ianya dapat menjejaskan sektor pertanian. Oleh itu, menggangu proses
pengeluaran produk pertanian, hasil menjadi sedikait dan akan menyebabkan berlakunya
peningkatan harga bagi barangan tersebut.

1.7 Menangani Masalah Inflasi


Soeharto pemerintah Indonesia telah berjaya menangani masalah inflasi yang tinggi dari
60 peratus pada tahun 1966 kepada 7.1 peratus pada tahun 1981 melalui tindakan pola
transformasi stuktural yang hanya menumpukan kepada industrialism. Oleh yang demikian,
berlakunya peningkatan pendapatan perkapita ekonomi yang begerak seiring dengan dasar
ekonomi Indonesia.Lantas, beliau mengubal matlamat polisi ekonominya dari sektor pertanian
kepada sektor industri. Misalnya, pada 1968 sektor pertanian memberi sumbangan besar iaitu 51
peratus dari keseluruhan ekonomi, namun pada tahun 1980 dan keatas sektor industri mengambil
alih kedudukan dengan menjadi penyumbang utama dalam pertumbuhan ekonomi. Menurut Hill
(1996) organisasi antarabangsa merupakan faktor utama yang menggerakkan pertumbuhan
ekonomi Indonesia bermula pada tahun 1967-1973 yang menyebabkan berlakunya proses
liberalisasi dalam sektor industri. Antara organisasi antarabangsa yang memberi bantuan
kewangan Ialah Bank Dunia, International Monetary Fund (IMF), Asian Development Bank
(ADB), Swiss Bank dan American Bank.
Selain itu, penggubalan undang-undang Penanaman Modal Asing (UU PMA) yang
memberi manfaat seperti menjaga kepentingan serta melindungi kumpulan pemodal merupakan
penggalak pelabur asing membuat pelaburan ke dalam Indonesia.Undang-undang ini berjaya
menarik minat syarikat-syarikat besar dari luar negara untuk mengambil peluang membuat
pelaburan dan boleh mendapatkan keuntungan yang besar.
Inflasi di Indonesia lebih banyak dipengaruhi oleh cost push inflation berbanding
demand pull inflation. Namun terdapat juga faktor peningkatan wang yang menyebabkan inflasi
seperti peristiwa oil booming. Pemerintah Indonesia kebanyakannya menggunakan pendekatan
kewangan (moneter) dalam menangani inflasi antaranya dengan menggunakan open market
mechanism atau reserve requirement, namun perlu diingatkan bahawa kaedah kewangan
(moneter) merupakan cara mengatasi inflasi dalam jangka masa pendek dan digunakan di negara
11

yang ekonominya telah maju dan bukan kepada negara yang membangun. Inflasi Indonesia
disebabkan kenaikan harga komoditi import dan peningkatan hutang luar negeri disebabkan
depresiasi tukaran nilai rupiah terhadap dollar amerika dan lainnya.
Tight money policy digunakan untuk menaikkan tingkat kadar bunga dengan tinggi melalui open
marketmechanism ini dilihat dapat mengurangkan money supply dan pada masa yang sama
meningkatkan kadar bunga bagi sector perindustrian kecil yang menyebabkan berlakunya cost
push inflation yang diharapkan dapat menaikkan faedah pinjaman sehingga dapat menstabilkan
mata wang rupiah dalam pasaran antarabangsa. Pendekatan yang dilaksanakan dengan
mengurangkan jumlah pengeluaran dan menambahkan pendapatan dalam negara melalui projekprojek pembangunan serta mengurangkan subsidi kepada projek yang kurang strategik atau tidak
mendatangkan keuntung.
Namun dengan membuat pinjam dengan IMF adalah tindakan yang tidak tepat kerana
Indonesia terpaksa menerima syarat yang ditetapkan iaitu kadar faedah harus dinaikkan sehingga
70 peratus untuk mencegah pengeluaran modal ke luar negara. Namun pengurangan subsidi turut
langkah yang tidak tepat kerana iainya mengurangkan kuasa beli rakyat (deliarnov, 2006).Hal ini
menyebabkan perkembangan ekonomi Indonesia lebih merosot.
Berlakunya perombakan semula dasar kewangan yang telah di laksanakan. Kerajaan telah
menarik semula lessen perkhidmatan yang diberikan kepada 16 buah bank yang mengalami
masalah tanpa memberi jamninan simpanan kepada pelanggan bank tersebut kerana berlakunya
pembekuan dana bank oleh kerajaan secara besar-besaran bagi mengurangkan kesan kesan
negatif.
Oleh itu, kerajaan mengubal dasar reformasi struktur dan liberalisasi untuk disesuaikan
dengan kepentingan pasaran untuk menjadikan ekonomi terbuka khasnya untuk pemodalpemodal di peringkat tempatan dan antarabangsa.Selain itu, kerajaan turut memberi banyak
ruang kebebasan kepada pelabur dalam ekonomi dan sektor tempatan.
Selain itu, Indonesia menggunakan inlation targeting framework yang bertujuan untuk
menjaga kebajikan wang dengan cara menentukan sasaran tunggal iaitu inflasi yang telah
ditetapkan oleh bank sentral Indonesia yang seharusnya dicapai pada satu jangka masa dan ianya

12

juga diumumkan kepada seluruh rakyat Indonesia. Hal ini berikutan inflasi yang rendah dan
stabil merupakan tujuan utama dasar ini.

1.8 Kesimpulan
Inflasi merupakan suatu permasalahan ekonomi yang sering dihadapi oleh seluruh Negara
di dunia samada Negara yang berstatus maju, membangun mahupun mundur. Indonesia
mempunyai latar belakang sejarah Inflasi yang lebih kritikal berbanding Negara lain, sejarah
Inflasi tahun 1966 merupakan kayu ukur kepada kerajaan Indonesia supaya lebih berhati-hati
dalam merancang dan melaksanakan program ekonomi Negara. Nilai Inflasi sememangnya tidak
dapat dihapuskan secara keseluruhan, namun kerajaan mempunyai kuasa untuk merancang dan
melaksanakan program yang boleh membantu menstabilkan kadar Inflasi.

13

References
Analisa Perekonomian Indonesia: Pasca Krisis Ekonomi Eropah. (2012).
Country Profile: Indonesia. (2004). Library Of Congress Federal Research Division2004.
Deliarnov. (2006). Ekonomi Politik. Jakarta: Penerbit Erlangga.
Fauzi, F., Mohd Nor, A. H., & Jusoh, M. (2009, Jun). Hubungkait Antara Inflasi, Wang, Jurang
Output Dan Kadar Tukar Tukaran Benar Di Negara-Negara Asean-5. Persidangan
Kebangsaa Ekonomi Malaysia (Perkem Iv).
Hill, H. (1996). Transformasi Ekonomi Indonesia Sejak 1966. Pt Tiara Wacana.
Jusoh, M. (1990). Inflasi. (H. O. Rani, & I. Shari, Eds.) Ampang: Percetakan Dewan Bahasa Dan
Pustaka.
Lajim Ukin, Dori Efendi, & Zaid Ahmad. (2012). Dasar Pembangunan Di Indonesia Dan
Malaysia: Suatu Analisis Perbandingan. Malaysian Journal Of History, Politics &
Strategy, 96-115.
Sari, S. E. (2001). Penerapan Metode Granger : Analisis Hubungan Jumlah Uang Beredar
Dengan Tingkat Pendapatan Nasional Dan Jumlah Uang Beredar Dengan Tingkat Inflasi
Di Indonesia. Skripsi.
Seng, L. C. (1996). Inflation In The Seacen Countries: Its Causes And Management. Kuala
Lumpur: The South East Asian Central Banks (Seacen).
Sriyana, J. (2001). Dampak Ekspansi Fiskal Tehradap Inflasi : Studi Empiris Dengan Pendekatan
Error Correction Model. Jurnal Ekonomi Pembangunan.
Suki, S. (2001). Analisis Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Inflasi Di Indonesia. Skrpsi.

14

You might also like