You are on page 1of 10

PENGGUNAAN X-BOARD DALAM MENINGKATKAN

KEMAHIRAN MENDARAB NOMBOR


TIGA DIGIT DENGAN DUA DIGIT.
Oleh:
Mohd Ridhuwan Bin Mohamad, Safiah Binti Yusoff
Jabatan Matematik, IPG Kampus Dato Razali Ismail
ridhz_real@yahoo.com, sapiah@ipgmkdri.my
ABSTRAK
Matlamat pembelajaran Matematik adalah bertujuan untuk memastikan murid
dapat menguasai konsep dan kemahiran Matematik serta dapat mengaplikasikan
kedua-dua kompenan tersebut dalam menyelesaikan masalah kehidupan seharian.
Bagi tajuk pendaraban, penguasaan fakta asas darab atau sifir merupakan elemen
penting yang perlu dikuasai oleh murid-murid namun tidak terkecuali
kepentingan penguasaan kemahiran proses pendaraban terutama apabila
melibatkan hasil darab dengan nombor yang lebih daripada satu digit.
Kebiasaannya murid melakukan kesilapan meletak nilai tempat dan kesilapan
melakukan proses pengumpulan semula. Kajian ini adalah bertujuan bagi
meningkatkan kemahiran murid dalam mendarab sebarang nombor tiga digit
dengan dua digit. Seramai empat orang murid Tahun 4 Ibnu Khaldun dari
Sekolah Kebangsaan Seberang Takir telah dipilih untuk dijadikan sebagai peserta
kajian. Data dikumpul dan dianalisis menggunakan instrumen ujian pra dan ujian
pasca, analisis dokumen, pemerhatian dan temu bual. Pengkaji telah
memperkenalkan murid kepada penggunaan X-Board dalam meningkatkan
kemahiran mendarab nombor tiga digit dengan dua digit. Dapatan kajian
menunjukkan peningkatan prestasi peserta kajian dalam kemahiran mendarab
nombor tiga digit dengan dua digit. Aspek ketelitian dan kreativiti sentiasa
ditekankan kepada para peserta kajian apabila menyelesaikan masalah
pendaraban menggunakan teknik X-Board.
Kata kunci : fakta asas darab, pengumpulan semula, X-Board.
REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran akan meningkat jika guru bijak menarik
minat murid untuk terus belajar. Berdasarkan pengalaman pengajaran dan pembelajaran
selama tiga bulan di Sekolah Kebangsaan Seberang Takir, pengkaji mendapati kelemahan
yang paling ketara dihadapi murid kelas 4 Ibnu Khaldun yang seramai 27 orang adalah
berkenaan topik pendaraban nombor tiga digit dengan dua digit. Walaubagaimanapun muridmurid didapati tidak bermasalah dalam penguasaan fakta asas darab kerana telah diberi
penekanan dan pendedahan sejak awal lagi. Semasa proses PnP, pengkaji telah mengajar
murid-murid cara menyelesaikan soalan darab tiga digit dengan dua digit dengan
menggunakan bentuk lazim. Namun murid tidak memahami algoritma pendaraban bentuk
lazim dengan betul walaupun pengkaji telah menggunakan petak nilai tempat dan demonstrasi
pengiraan langkah demi langkah. Kesilapan yang sering dilakukan oleh murid adalah
kesilapan meletakkan nilai tempat hasil darab dan kesilapan melakukan proses pengumpulan
semula. Tidak terkecuali kecuaian dalam pengiraan.
Seterusnya pengkaji mengambil alternatif lain dengan menggunakan kaedah kekisi atau
Lattice. Pengkaji menggunakan alat bantu mengajar Papan Kotak Lattice bagi menunjukkan

proses pendaraban. Walaubagaimanapun, pengkaji mendapat rungutan daripada murid-murid


bahawa kaedah ini sangat susah dan mengelirukan. Murid mengambil masa yang lama bagi
menyiapkan tiap-tiap satu soalan menggunakan kaedah kekisi.
Selain itu, pengkaji mendapati murid-murid kurang memberikan perhatian semasa PnP
berjalan. Disiplin murid juga berada pada keadan yang membimbangkan. Pengkaji perhatikan
murid-murid sangat suka bercakap dengan nada yang kuat sehingga mengganggu proses PnP
yang berjalan. Murid-murid bercakap seolah-olah mereka di atas bot di lautan dan sedang
berkomunikasi dengan rakan dari bot yang berlainan. Maka mereka perlu menjerit agar suara
mereka didengari. Pelbagai amaran dan peneguhan telah diberikan bagi mengatasi masalah
ini.
Oleh yang demikian, selepas beberapa pemerhatian pengkaji mula memikirkan kaedah yang
sesuai digunakan untuk membantu murid murid lemah ini di dalam menyelesaikan masalah
darab tiga digit dengan dua digit dengan menggunakan X-Board. Diharap, X-Board yang
bakal digunakan oleh pengkaji ke atas murid nanti, akan dapat membantu murid-murid
menguasai penyelesaian masalah darab tiga digit dengan dua digit dengan baik dan
sistematik.
SOROTAN LITERATUR
Subjek matematik merupakan salah satu subjek yang tidak digemari oleh kebanyakan murid.
Menurut Sabri Ahmad (2006), mata pelajaran Matematik merupakan satu mata pelajaran yang
sukar dan tidak diminati oleh murid-murid. Satu kajian kes mendapati bahawa kebanyakan
pelajar yang mempunyai pencapaian rendah dalam mata pelajaran Matematik adalah dalam
kalangan mereka yang menganggap mata pelajaran Matematik adalah satu mata pelajaran
yang sukar dan membosankan (Johari Hassan dan Norsuriani Ab Aziz, 2011). Guru harus
mempelbagaikan kaedah mengajar dan menvariasikan bahan bantu mengajar kerana ia dapat
meningkatkan minat murid untuk terus belajar. Pernyataan ini disokong oleh Marianne D.
Nelson (2009), menyatakan pendidik perlu memikirkan semula bagaimana untuk mengajar
Matematik melalui cara yang menarik untuk menarik perhatian murid supaya mereka berasa
seronok untuk belajar Matematik.
Pendaraban merupakan suatu cabang dan kemahiran yang wajib dipelajari oleh semua murid
namun ramai murid yang mengalami masalah dan keliru dalam konsep pendaraban. Pendapat
ini disokong oleh Barmby (2009) yang menyatakan bahawa konsep pendaraban adalah lebih
sukar dikuasai oleh murid berbanding kemahiran penambahan dan penolakan nombor. Dalam
tajuk darab, terdapat kemahiran darab tiga digit dengan dua digit yang dianggap susah dan
tidak dapat dikuasai oleh ramai murid. Masalah ini menjurus kepada masalah murid-murid
tidak dapat membuat pengiraan dan melakukan operasi yang betul semasa mendarab nombor
tiga digit dengan nombor dua digit. Masalah ini akan lebih ketara bilamana melibatkan
pengumpulan semula seperti 2526 x 23 dan 3245 x 24 serta seumpama dengannya. Melalui
kajian oleh Zamatun Nasrah (2011), didapati murid-murid dari Sekolah Kebangsaan Bandar,
Kota Tinggi mempunyai masalah dalam mendarab nombor tiga digit dengan dua digit yang
melibatkan pengumpulan semula. Ini disokong melalui ujian PROTIM dan analisis yang
telah dijalankan kepada murid tahun 6 oleh Tengku Halim Tengku Ahmad (1998) turut
menyatakan bahawa murid-muridnya masih belum dapat menguasai kemahiran mendarab
sebarang nombor dengan nombor dua digit atau tiga digit di Sekolah Kebangsaan Batu 7,
Dungun.
Jesteru, dalam mengatasi masalah ini, guru perlulah memperkenalkan dan menggunakan
teknik yang sesuai dengan keupayaan murid. Ini kerana teknik yang tidak bersesuaian dengan
murid akan menimbulkan masalah baru terhadap murid dalam memahami konsep pendaraban
dalam Matematik. Pernyataan ini bertepatan dengan pendapat Smith S.Z. & Smith M.E (2006)
yang menyatakan murid yang menggunakan cara pengiraan yang tidak tepat dan tidak

bersesuaian dalam melakukan pengiraan Matematik akan menimbulkan pelbagai masalah


dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Kajian lepas yang dilakukan oleh Hasrul Hafiz Bin Hamdan (2012) menggunakan Kaedah
Petak Silang Tic-Tac-Toe boleh menggantikan kaedah bentuk lazim bagi membantu murid
meningkatkan kemahiran dalam menyelesaikan masalah pendaraban nombor tiga digit dengan
dua. Namun terdapat kelemahan yang telah dikesan dalam kaedah ini iaitu melibatkan langkah
yang banyak dan kompleks serta tidak berbentuk manipulatif. Penciptaan bahan manipulatif
ini diharap akan lebih meningkatkan kemahiran dan minat murid untuk mempelajari tajuk
darab. Kajian Norma Binti Haji Hassan (2004) mendapati bahawa minat murid dicetuskan dan
rasa bosan dapat dikurangkan melalui penggunaan BBM.
Seseorang guru perlu berfikiran lebih kreatif dan inovatif. Oleh demikian, bagi menguasai
darab tiga digit dengan dua digit, pengkaji telah membina X-Board untuk menarik minat
murid terhadap Matematik seterusnya menghindarkan rasa takut murid-murid semasa
mempelajari Matematik. Pengkaji berhasrat menghindarkan rasa takut terhadap matematik
dalam pemikiran murid-murid dengan mengenalkan alat dan kaedah alternatif yang boleh
diaplikasikan semasa menjawab soalan yang melibatkan sifir.
TUJUAN KAJIAN
Tujuan utama kajian ini dilaksanakan adalah untuk membantu murid Tahun 4 Ibnu Khaldun
yang berpencapaian rendah menguasai dan meningkatkan kemahiran mendarab nombor tiga
digit dengan dua digit menggunakan teknik X-Board.
Objektif
Meningkatkan penguasaan dan kemahiran mendarab nombor tiga digit dengan dua digit
dengan menggunakan teknik X-Board bagi murid-murid berpencapaian rendah Tahun 4
Ibnu Khaldun.
Persoalan
Bagaimanakah penggunaan X-BOARD dalam membantu murid-murid lemah Tahun 4 Ibnu
Khaldun meningkatkan kemahiran mendarab nombor tiga digit dengan dua digit?
METODOLOGI KAJIAN
Model penyelidikan tindakan yang digunakan dalam kajian ini ialah Model Stephen Kemmis
(1983). Kajian tindakan ini melibatkan lima orang murid lemah Tahun 4 Ibnu Khaldun yang
terdiri daripada dua orang murid lelaki dan tiga orang murid perempuan. Semua peserta kajian
dipilih berdasarkan kepada pencapaian dalam ujian diagnostik. Kelima-lima peserta kajian
mempunyai persamaan iaitu lemah dalam menyelesaikan soalan pendaraban nombor tiga digit
dengan dua digit serta mendapat pencapaian yang rendah dalam Ujian Diagnostik yang
dijalankan oleh pengkaji.
Bagi meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan data kualitatif yang diperoleh, kajian ini
telah melibatkan triangulasi iaitu peggunaaan beberapa instrumen pengumpulan data seperti
instrumen ujian pra dan pasca, penelitian dokumen, pemerhatian dan temu bual. Penelitian
dokumen bertujuan untuk mengenal pasti kelemahan dan kesilapan murid dalam menjawab
soalan matematik yang melibatkan kemahiran mendarab nombor tiga digit dengan dua digit.
Pengkaji telah menganalisis dokumen seperti skrip jawapan ujian pra dan ujian pasca setiap
peserta kajian bagi menilai tahap pencapaian peserta kajian sebelum dan selepas sesi
intervensi dilaksanakan. Selain itu, analisis terhadap penelitian dokumen yang dijalankan oleh
pengkaji juga merangkumi latihan lembaran kerja yang diberikan kepada peserta kajian
semasa sesi-sesi intervensi yang dilaksanakan. Latihan lembaran kerja ini bertujuan untuk

melihat perkembangan tahap penguasaan peserta kajian dari semasa ke semasa sepanjang sesi
intervensi dilaksanakan
Pengkaji telah menggunakan pemerhatian berstruktur dengan menyenaraikan borang senarai
semak pemerhatian terhadap tingkah laku dan perkembangan pembelajaran yang dipamerkan
oleh peserta kajian semasa sesi intervensi dijalankan. Data yang diperoleh hasil daripada
pemerhatian pengkaji terhadap tingkah laku yang ditunjukkan oleh peserta kajian boleh
diguna pakai oleh pengkaji dalam membuat analisis maklumat yang berbentuk kualitatif dan
deskriptif.
Seterusnya, instrumen temu bual telah dijalankan ke atas keempat-empat peserta kajian
sebelum sesi intervensi dan selepas sesi intervensi dijalankan. Instrumen ini membolehkan
pengkaji mengenali dan memahami apa yang difikirkan oleh peserta kajian khususnya
mengenai isu keprihatinan yang difokuskan oleh pengkaji iaitu tajuk darab serta kemahiran
pendaraban nombor tiga digit dengan dua digit di samping melihat pendapat peserta kajian
berkaitan penggunaan bahan manipulatif X-Board dalam membantu peserta kajian
menyelesaikan soalan darab nombor tiga digit dengan dua digit. Data kualitatif yang telah
diperoleh dianalisis secara deskriptif dan naratif mengikut peserta kajian.
SPESIFIKASI INTERVENSI
Pengkaji telah memperkenalkan X-Board bagi membantu peserta kajian menguasai dan
seterusnya meningkatkan kemahiran mndarab nombor tiga digit dengan dua digit. X-Board
merupakan bahan manipulatif yang bersifat aktiviti hands on. Pengkaji menamakan alat kajian
X-Board kerana simbol X mewakili simbol bagi operasi darab. Terdapat pelbagai istilah
bagi perkataan darab mengikut bahasa yang terdapat di seluruh dunia. Walaupun wujudnya
pelbagai istilah bagi perkataan darab, namun jika ditunjukkan simbol X maka semua
orang akan mengerti bahawa ia mewakili simbol bagi operasi darab atau dalam Bahasa
Inggeris adalah multiply. Manakala perkataan Board yang digunakan walhal lebih elok
pemberian nama menggunakan perkataan Bahasa Melayu iaitu papan disebabkan pengkaji
mahu menerapkan unsur global dan universal. Selain itu, pengkaji juga mahu menarik minat
murid dengan penggunaan nama yang menarik. Sekali dengar mesti murid teruja mahu
menggunakan alat X-Board yang disangkanya X-Box iaitu sejenis alat permainan video
masa kini yang digemari kanak-kanak. Inovasi yang pengkaji terapkan dalam pembinaan alat
kajian ini ialah penggunaan warna yang bertindak sebagai panduan dalam menulis nilai hasil
darab. Malah, penyelesaian darab bagi nilai rumah puluh dan sa dilakukan dalam satu rajah
sahaja.

Rajah 1 : X-BOARD

Langkah
1) Masukkan nilai

Gambar Rajah

Catatan
i.
ii.
iii.

Tulis soalan dalam


ruangan soalan.
Masukkan nilai dalam
kotak yang disediakan.
Pastikan susunan nilai
tempat betul .

2) Buat anak panah


i.

ii.

3) Darab satu
persatu

i.

ii.

iii.

iv.

4) Tambah semua
hasil darab

i.
ii.

iii.

Jadual 1 : Jadual Langkah Penggunaan X-BOARD

Buat anak panah


menaik pada bahagian
kiri X-Board.
Buat anak panah
menurun pada
bahagian kanan XBoard.

Darab satu persatu


bermula dari bahagian
kiri X-Board iaitu
darab nilai tempat
puluh.
Mula dari nombor
bawah ke atas (anak
panah menaik).
Darab nombor
bahagian kanan XBoard.
Mula dari nombor atas
ke bawah (anak panah
menurun).

Tambah semua hasil


darab.
Tambah semua
nombor hasil darab
dalam baris yang
sama.
Jawapan soalan pada
ruangan hasil tambah.

Pengkaji telah menjalankan 5 kali sesi intervensi terhadap peserta kajian dalam membantu
peserta kajian mengusai dan meningkatkan kemahiran mendarab nombor tiga digit dengan
dua digit. Semasa sesi intervensi pertama, pengkaji memberi pengukuhan terhadap
penguasaan fakta asas darab atau sifir kepada kelima-lima peserta kajian. Pengkaji
menekankan penguasaan fakta asas darab terlebih dahulu. Dalam sesi ini, peserta kajian
dibimbing menguasai fakta asas darab menggunakan Kaedah Jari dan Petak Seratus. Peserta
kajian diberikan Lembaran Kerja 1(a) dan Lembaran Kerja 1(b) yang memerlukan murid
untuk melengkapkan fakta asas darab yang diberi. Semasa sesi intervensi kedua pula, para
peserta kajian diperkenalkan kepada bahan manipulatif X-Board. Peserta kajian diedarkan
seorang satu X-Board dan pengkaji mengajar cara menggunakan alat kajian serta
membimbing peserta kajian untuk mengingati 4 langkah penggunaan X-Board.
Sesi intervensi ketiga pula berbentuk latih tubi untuk peserta kajian menyelesaikan pelbagai
soalan darab nombor tiga digit dengan dua digit. Peserta kajian masih dibimbing
menyelesaikan soalan dengan menggunakan bahan manipulatif X-Board. Sesi intervensi
keempat menjurus kepada aktivti pengukuhan di mana para peserta kajian perlu
menyelesaikan lembaran kerja darab nombor tiga digit dengan dua digit tanpa menggunakan
alat kajian. Lembaran kerja tersebut dibekalkan dengan rajah X-Board dalam ruangan
jawapan. Maka murid perlu selesaikan soalan darab yang diberi menggunakan rajah tersebut.
Sesi intervensi kelima melibatkan aktiviti di mana pengkaji mengajar peserta kajian cara
melukis X-Board dan seterusnya menyelesaikan soalan darab yang diberi. Rasional sesi ini
dijalankan adalah kerana alat manipulative X-Board tidak boleh dibawa masuk ke dalam
bilik peperiksaan. Malah tiada rajah X-Board dibekalkan dalam soalan peperiksaan. Maka
peserta kajian perlu mempelajari cara melukis X-Board dan seterusnya menyelesaikan
soalan darab tiga digit dengan dua digit.
DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian ini akan menunjukkan sejauh manakah keberkesanan penggunaan bahan
manipulatif X-Board dalam membantu murid-murid berpencapaian rendah tahun 4 Ibnu
Khaldun menguasai dan meningkatkan kemahiran mendarab nombor tiga digit dengan dua
digit. Bahagian ini akan menjelaskan perkembangan salah seorang peserta kajian iaitu Shahrul
sepanjang tempoh kajian dijalankan.
Shahrul hanya mendapat dua soalan yang betul dan lapan soalan yang salah dan sepuluh
soalan dalam Ujian Pra. Ini bermakna peratusan soalan yang dijawab betul ialah 20% dan
soalan yang salah ialah 80%.

Rajah 2 : Skrip Jawapan Ujian Pra Shahrul

Rajah 3 : Skrip Jawapan Ujian Pra Shahrul

Berdasarkan Rajah 2 dan Rajah 3, pengkaji mendapati Shahrul masih belum dapat memahami
dan menguasai kemahiran mendarab nombor tiga digit dengan dua digit. Shahrul melakukan
kesilapan meletakkan nilai tempat hasil darab rumah puluh. Shahrul Menyatakan bahawa,
Saya ingat kena selang dua cikgu. Kesilapan mengumpul semula juga dilakukan oleh
Shahrul seperti dalam Rajah 3.
Semasa Sesi Intervensi 1 yang dijalankan, Shahrul berjaya mencapai hasil pembelajaran yang
telah ditetapkan. Ternyata Shahrul tidak menghadapi masalah dalam penguasaan fakta asas
darab atau sifir 2 hingga sifir 9. Shahrul dapat membaca dan memahami Petak Seratus dengan
baik. Malah, dia dapat memberikan jawapan hasil darab yang betul setelah disoal pengkaji. Ini
disokong oleh keupayaan Shahrul dalam menyelesaikan lembaran kerja semasa Sesi
Intervensi 1.
Semasa Sesi Intervensi 2 yang dijalankan, Shahrul berjaya mencapai hasil pembelajaran yang
telah ditetapkan. Shahrul dapat menguasai kemahiran yang diajar oleh pengkaji. Shahrul dapat
mengikuti setiap langkah yang diajar dalam cara menulis nombor soalan di atas X-Board.
Shahrul sangat tertarik dalam mengikuti apa yang diajar oleh pengkaji terutama apabila
diperkenalkan kepada X-Board. Rajah 4 menunjukkan betapa semangatnya Shahrul untuk
memulakan Sesi Intervensi 2 terutama setelah diedarkan alat kajian iaitu X-Board. Shahrul
didapati sangat berminat terhadap tajuk ini. Pengkaji mendapati Shahrul sangat tekun
mendengar penjelasan pengkaji tentang cara penggunaan X-Board. Malah dia dengan
beraninya tampil ke hadapan bagi mencuba menyelesaikan soalan di hadapan kelas sperti
Rajah 5. Shahrul mengtakan, Mudah la cikgu belajar guna X-Board.

Rajah 4

Rajah 5

Dalam sesi intervensi 3 pula, Shahrul menunjukkan minat belajar yang sangat tinggi. Dalam
sesi ini, sekali lagi penggunaan X-Board diperlukan. Pengkaji membacakan soalan darab
dan meminta para peserta menyelesaikannya menggunakan X-Board. Shahrul didapati
bersemangat dalam menyelesaikan soalan yang diberi. Shahrul dapat menyelesaikan soalan
lebih cepat berbanding rakan yang lain. Shahrul juga dilihat membantu rakannya dalam
menyelesaikan soalan. Dalam Sesi Intervensi 4, Shahrul pada awalnya kelihatan tidak begitu
semangat untuk belajar. Pada kebiasaanya, terdapat penggunaan X-Board, namun kali ini
pengkaji melakukan sedikit kelainan dengan mengaplikasi penggunaan rajah X-Board di
atas kertas. Rajah 7 di bawah menunjukkan perubahan riak wajah Shahrul. Pada awalnya,
Shahrul tidak dapat memahami tugasan dalam sesi intervensi ini. Tambahan pula, tiada
penggunaan alat kajian iaitu X-Board dalam sesi ini menyebabkan Shahrul sedikit kecewa.
Setelah diberi penerangan oleh pengkaji, Shahrul dapat memahami tugasan sesi ini.

Rajah 7: Riak Perubahan Wajah Shahrul

Shahrul juga didapati mampu menyelesaikan lembaran kerja darab nombor tiga digit dengan
dua digit tanpa menggunakan alat kajian sebaliknya hanya rajah X-Board. Rajah 8
menunjukkan hasil kerja Shahrul yang berjaya menyelesaikan soalan dengan betul. Shahrul
juga mengatakan, Kita da pandai la cikgu guna teknik X-BOARD. Tak guna alat pun
boleh jawab.

Rajah 8: Jawapan Shahrul Dalam Sesi Intervensi 4

Shahrul kembali semangat untuk belajar kerana dia sudah semakin mahir dalam operasi darab
tiga digit dengan dua digit. Malah dia sudah yakin walaupun tanpa menggunakan X-Board
sebenar, dia mampu menyelesaikan soalan darab. Ini disokong oleh kemampuannya
menyelesaikan lembaran kerja dalam Sesi Intervensi 4 walaupun tanpa alat. Shahrul semakin
yakin untuk mengaplikasikan penggunaan X-Board di atas kertas. Dalam Sesi Intervensi 5
pula, Shahrul diajar melukis X-Board dan seterusnya menyelesaikan soalan dalam rajah
yang dilukis. Peringkat ini adalah paling mencabar tetapi Shahrul dapat menguasai kemahiran
ini dengan bimbingan pengkaji.

Rajah 9: Penyelesaian Lukisan X-Board Shahrul

Selepas menjalani kelima-lima sesi intervensi, secara keseluruhannya Shahrul menunjukkan


perkembangan yang positif dalam penguasaan dan peningkatan kemahiran mendarab nombor
tiga digit dengan dua digit. Dalam sesi ujian pasca yang telah dijalankan, Shahrul didapati
telah berjaya menjawab sembilan daripada sepuluh soalan ujian dengan betul. Shahrul telah
menampakkan perubahan yang sangat drastik dalam pecapaian Ujian Pasca berbanding Ujian
Pra sebelum ini.

Rajah 10
Perbandingan Penguasaan Shahrul Dalam Kemahiran Mendarab Nombor Tiga Digit Dengan Dua
Digit Sebelum Dan Selepas Intervensi

Secara keseluruhannya, keempat-empat peserta kajian yang telah dipilih menunjukkan


penguasaan dan peningkatan yang positif dalam kemahiran mendarab nombor tiga digit
dengan dua digit. Berdasarkan penelitian ke atas dokumen seperti skrip jawapan Ujian Pasca
serta lembaran kerja yang diberikan semasa sesi intevensi, keempat-empat peserta kajian
berupaya untuk menyelesaikan soalan darab tiga digit dengan dua digit dengan baik.
Selain itu, hasil temubual ke atas kesemua peserta kajian, mereka mengatakan bahawa
penggunaan teknik X-Board lebih mudah berbanding dengan kaedah bentuk lazim.
Pemerhatian yang dijalankan ke atas kelima-lima peserta kajian dengan menggunakan senarai
semak, rata-ratanya peserta kajian menunjukkan perubahan tingkah laku yang semakin positif
dari pelbagai aspek.
KESIMPULAN
Berdasarkan dapatan kajian yang telah diperolehi, pengkaji dapat membuat kesimpulan
bahawa penggunaan bahan manipulatif X-Board dapat membantu murid lemah Tahun 4
Ibnu Khaldun dalam menguasai dan meningkatkan kemahiran mendarab nombor tiga digit
dengan dua digit. Malahan, dapatan kajian yang diperolehi ini juga menyokong objektif utama
kajian ini dijalankan.
Kelemahan utama para peserta kajian dalam kajian tindakan ini ialah menyelesaikan soalan
darab nombor tiga digit dengan dua digit. Beberapa kesilapan yang sering dilakukan oleh
murid telah dikenal pasti dalam subtopik ini. Penggunaan X-Board ternyata meningkatkan
kemahiran mendarab para peserta kajian tanpa melakukan kesilapan seperti silap meletak nilai
tempat, kecuaian serta kesilapan proses pengumpulan semula. Walaubagaimanapun,
penggunaan teknik X-Board secara abstrak memerlukan latih tubi yang kerap serta
ketelitian dalam melukis rajah X-Board. Walaubagaimanapun, penguasaan fakta asas darab

oleh murid sangat penting dalam tajuk darab. Selain itu, teknik X-Board juga hanya terhad
kepada pendaraban dengan nombor dua digit sahaja. Oleh itu, kajian seterusnya boleh
dilakukan oleh pengkaji lain dengan membuat penambahbaikan ke atas bahan manipulatif XBoard dengan memasukkan unsur garisan berbentuk tangga bagi menunjukkan perbezaan
antara ruangan hasil darab rumah puluh dan rumah sa.
Sesungguhnya, pelaksanaan kajian tindakan yang telah dijalankan membantu pengkaji dalam
meningkatkan tahap profesionalisme sebagai seorang bakal guru kelak. Kajian tindakan yang
dilakukan membimbing pengkaji untuk sentiasa menerokai keadah-kaedah baru yang
berbentuk inovasi dan diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam
usaha untuk membantu murid-murid yang berpencapaian rendah ataupun bermasalah
terutamanya dalam matapelajaran Matematik.
RUJUKAN
Barmby, P., Bilsborough, L., Harries, T. & Higgins, S. 2009. Primary mathematics:
Teaching for understanding. Buckingham: Oxford Univesity Press
Sabri Ahmad. (2006). Isu-Isu Dalam Pendidikan Matematik. Isu-Isu Dalam Pendidikan
Matematik, 1-19.
Smith S.Z. & Smith M.E (2006). Assessing Elementary Understanding of
Multiplication Concepts. School Science and Mathematics.
Norma Haji Hassan. (2004). Hubungan antara bahan bantu mengajar. Tanjung Malim:
Universiti Perguruan Sultan Idris.
Hasrul Hafiz Bin Hamdam. (2012). Penggunaan Petak Silang Tic-Tac-Toe Dalam
Meningkatkan Kemahiran Mendarab Nombor Tiga Digit Dengan Nombor Dua
Digit Bagi Murid Lemah Tahun 4.
Zamatun Nasrah Marwan. (2011). Meningkatkan Penguasaan Murid dalam Operasi
Darab Tiga Digit dengan Dua Digit yang Melibatkan Pengumpulan Semula
dengan Kaedah Pistol dan Tukul.
Nelson, M. 2009. The effects of computer math games to increase student accuracy and
fluency in basic multiplication facts. Retrieved March 2014 from website pdf:
http://proquest.umi.com/pqdlink?did=1711556781&Fmt=7&clientI

You might also like