You are on page 1of 10

SOH YI HAN

REFLEKSI:
BERITA VANDALISME
Merujuk kepada Wikipedia Bahasa Melayu definasi vandalisme ialah
penambahan, penghapusan, atau pengubahan isi yang secara sengaja
dilakukan untuk mengurangi kualitas ensiklopedia. Isu ini sering menghiasi
dada akhbar tempatan baru-baru ini. Kadar vandalisme ini amat
membimbangkan. Sebagai contoh rujukan kepada hirerki peratusan
keterlibatan salahlaku remaja Johor, vandalisme mununjukkan 17.9% darjah
keterlibatan remaja di negeri itu. Oleh sebab itu, berita ini semakin hangat
diperbincangkan dalam kalangan orang ramai.
Saya berpendapat bahawa, punca kes ini berlaku ialah kesedaran
rakyat tentang isu ini masih rendah. Mereka yang melakukan vandalisme
tidak menghargai harta benda yang dibina oleh kerajaan kepada rakyat.
Pengguna lain yang mempunyai hak ke atas harta benda ini pula tidak
mengambil langkah untuk menghubungi pihak yang bertugas supaya tidakan
dapat diambil. Selain itu, tekanan yang dialami oleh orang pada hari ini juga
merupakan penunjang kepada berlakunya kes ini. Individu yang banyak
menerima tekanan telah melepaskan kegeramman mereka ke atas
infrastruktur yang disediakan oleh kerajaan ini. Pemuda yang dipengaruhi
oleh rakan sebaya juga mudah terjebak ke dalam isu ini. Rakan sebaya
merupakan orang yang paling dekat dengan pemuda jadi amat mudah bagi
mereka untuk mengajak rakan mereka supaya terlibat dalam gejala ini.
Isu ini telah memberi kesan yang amat mendalam bagi semua pihak.
Infrastruktur tidak dapat dinikmati oleh semua yang berhak menggunakannya
hanya disebabkan oleh sikap sesetengah pihak yang tidak
bertanggungjawab. Lebih teruk lagi apabila infrastruktur yang sedia ada
dirosakkan dan menyebabkan kecederaan berlaku. Imej Negara juga
dijejaskan sebagai akibat gejala ini. Hal ini demikian kerana infrastruktur kita
yang dibina telah dirosakkan dan tidak dapat digunakan. Apabila pelawat
mengunjungi negara kita mereka akan berasa kurang selesa kerana
kemudahan-kemudahan telah dirosakkan.

SOH YI HAN
Menurut berita ini, kita mudah mendapati bahawa bekas perdana
menteri kita, iaitu Yang Amat Berhormat Datuk Seri Utama Tun Abdullah bin
Haji Ahmad Badawi ingin mengatasi masalah ini dengan menginginkan pihak
yang terbabit dalam vandalisme serta cuai terhadap tanggungjawab
menyelenggara aset dan fasiliti negara dikenakan hukuman lebih berat. kita
sediakan infrastruktur kelas pertama tetapi dimusnahkan oleh vandalisme.
Mereka dengan mentaliti kelas ketiga ini tidak dapat menghargai infrastruktur
kelas pertama. Kata perdana menteri kita yang kelima. Hal ini jelas
menunjukkan langkah yang berkesan untuk mengatasi masalah ini iaitu
dengan mengenakan hukuman yang lebih berat. Melalui kata bekas perdana
menteri kita ini juga jelas menunjukkan bahawa beliau ingin kita menyemai
nilai murni menghargai harta benda. Saya telah belajar untuk menghargai
harta benda kerana infrastruktur dibina untuk memudahkan kehidupan rakyat.
Namun telah dimusnahkan oleh rakyat kita sendiri. Penghargaan harta benda
ini membolehkan kehidupan kita lebih selesa.
Mereka yang cuai (menyelenggara aset dan fasiliti negara), juga patut
didisiplinkan. Jika tidak, dia akan pandang ringan dan tidak kisah walaupun
dia diberi tanggungjawab, katanya ketika merasmikan Konvensyen
Pengurusan Aset dan Fasiliti Negara (NAFAM) 2007 di Pusat Dagangan
Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam. Saya telah belajar bahawa nilai
disiplin perlu disemaikan dalam diri kita. Nilai murni ini jelas terpapar dalam
berita ini. Dengan penyemain nilai inilah isu vandalisme ini dapat
dikurangkan.
Melalui berita ini, kita juga berlajar untuk menerapkan nilai
bertanggungjawab ke dalam diri kita. Hal ini demikian kerana, bekas perdana
kita pernah berkata begini:Tugaskan kakitangan secara tetap untuk
memeriksa aset dan fasiliti, misalnya tandas bagi memastikan ia bukan saja
bersih tetapi juga berbau harum. Budaya penyelenggaraan di Malaysia
masih lemah, kita anggap ia bukan untuk kita lakukan. kita tak kisah sebab
kita berasakan kita tak jadi mangsa. Jika kita tidak menjaga perkara ini, takut
nanti kita pula yang akan menjadi mangsa bumbung jatuh dan sebagainya,
Kata beliau ini jelas menunjukkan bahawa bekas perdana menteri kita ingin

SOH YI HAN
kita menyemai nilai bertanggungjawab. Dengan pengamalan nilai ini, kita
akan berusaha menyempurnakan tugas kita.
Melalui pembacaan berita sebenarnya juga dapat secara langsung
memberi kesedaran kepada kita tentang keburukkan vandalisme. Hal ini
sebnarnya merupakan suatu langkah yang amat sesuai untuk mengurangkan
kadar berlaku gejala.
Di samping itu, langkah yang juga boleh diambil untuk mengkurangkan
masalah ini adalah dengan menyelipkan kesedaran menghargai harta benda
dalam pembelajaran murid di sekolah. Sebagai contoh pendidikan moral dan
pendidikan sivik dan kewarganegaraan boleh dijadikan mata pelajaran yang
mengajar murid-murid tentang isu ini. Dengan pemahaman yang lebih
mendalam tentang isu vandalisme barulah kes-kes seperti ini dapat
dikurangkan.
Ceramah-ceramah juga harus diadakan secara berterusan supaya
kesedaran dapat disemai dalam hati orang awam. Sebagai pengguna, tiada
sebabnya kita merosakkan harta benda dan sebagai pengguna juga kita
harus melaporkan kerosakkan harta benda kepada pihak yang berkuasa.
Dengan memberi ceramah begini barulah rakyat akan sedar tentang betapa
pentingnya harta benda ini kepada kita.
Saya dapat mengaitkan berita ini dengan kehidupan saya. Semasa di
sekolah, saya sering perlu menghubungi pemandu van saya. Hal ini demikian
kerana supaya dia boleh mengambil saya dari sekolah pada masa yang
berlainan. Namun, ketidakbolehan saya untuk membawa telefon bimbit ke
sekolah merupakan satu masalah yang besar bagi saya kerana susah untuk
saya menghubungi pemandu van saya. Hal ini semuanya berpunca daripada
kerosakkan telefon awam. Hal ini memang menyusahkan saya dan semua
pengguna telefon awam kerana kita tidak dapat membuat panggilan.
Daripada perkara ini, saya belajar untuk tidak merosakkan harta benda malah
menghargai harta benda ini supaya infrastruktur yang disediakan dapat terus
memudahkan orang ramai.

SOH YI HAN
Penyelesaian isu ini bukan hanya bergantung kepada pihak kerajaan,
tetapi semua orang terutamanya orang awam yang merupakan pengguna
infrastruktur. Jika ternampak orang yang ingin merosakkan harta benda,
tindakan segera harus dilakukan iaitu dengan menghubungi pihak yang
berkenaan supaya tindakan dijalankkan. Pengemblengan tenaga semua
pihak dapat mengurangkan berlakunya perkara ini.

SOH YI HAN

REFLEKSI:
BERITA PENYAMUNAN
Isu penyamunan merupakan isu yang hangat diperbincangkan oleh
orang awam. Kes-kes penyamunan semakin hari semakin menjadi-jadi dan
hal ini sangat dibimbangi oleh orang ramai.
Punca berlakunya penyamunan ialah kurang ketatnya undangundang. Undang-undang yang tidak ketat akan menjadikan pesalah semakin
hari semakin berani melakukan jenayah seperti menyamun. kekurangan
kesedaran tentang keburukkan menyamun juga merupakan punca
peningkatan kes-kes seperti ini. Tanpa kesedaran tentang kesan negatif
menyamun akan menjadikan orang yang terlibat semakin bertambah. Selain
itu, penyamun juga menyamun atas ajakan kawan. Kawan merupakan orang
yang paling mudah mempengaruhi kita. Jadi atas ajakan kawan, orang akan
lebih tertarik dan berani melakukan kesalahan ini.
Antara kesan bagi kes penyamunan ini ialah mangsa kehilangan harta
benda. Wang, barang kemas, dan lain-lain yang dimiliki oleh mangsa telah
disamun oleh penyamun yang tidak berperikemanusiaan ini.

Kesan yang

lain ialah fizikal mangsa yang disamun akan terjejas. Hal ini demikian kerana
mangsa yang disamun mungkin dicederakan dalam penyamunan. Penyamun
yang menyamun akan menggunakan apa jua cara untuk mendapatkan
keinginan mereka. Mereka yang menjadi mangsa menyamun akan dihantui
oleh perkara itu seumur hidup. Hal ini secara langsung telah mempengaruhi
mental mangsa-mangsa tersbut. Mereka akan mengalami ketakutan seumur
hidup mereka.
Langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini adalah dengan
mengetatkan undang-undang. Undang-undang yang ketat boleh
menakutkkan individu yang ingin menyamun untuk berfikir semula sebelum
membuat keputusan kerana takut akan akibatnya yang lebih berat.
Di samping itu, pertandingan-pertandingan seperti pertandingan
perbahasan, pertandingan pidato, pertandingan melukis juga boleh diadakan

SOH YI HAN
pada pelbagai peringkat supaya dapat meningkatkan kesedaran orang ramai.
Hal ini demikian kerana melalui pertandingan-pertandingan yang dianjurkan,
peserta akan mencari maklumat yang berkaitan dengan isu-isu moral. Hal ini
secara tidak langsung akan memberi kesedaran kepada mereka tentang
keburukan gejala ini.
Selain itu bacaan sumber yang akan memberi kita kesedaran juga
memainkan peranan penting dalam mengatasi masalah ini. Sebagai contoh
bacaan berita ini. Setelah membaca berita ini nilai murni yang dapat dikaitkan
ialah rasional. Penyamun yang tidak berfikir rasional telah melakukan
jenayah. Sebagai akibatnya, mereka telah diburu oleh polis. Kita patut
berfikir secara rasional sebelum melakukan sebarang tindakan supaya tidak
menyesal kelak.
Di samping itu, menurut berita ini, mereka berempat telah diburu oleh
polis. Setelah membaca berita ini nilai moral yang dapat dikaitkan ialah
bertanggungjawab. Mereka jika dapat mengamalkan nilai murni ini tentulah
tidak akan terjebak dalam gejala ini. Hal ini demikian kerana orang yang
bertanggungjawab mengetahui tanggungjawab diri mereka terhadap
keluarga, masyarakat dan negara. Mereka tidak akan melakukan perkara
yang tidak bertanggungjawab ini sebaliknya mencari suatu pekerjaan supaya
berbakti kepada semua.
Berita penyamunan ini juga mengingatkan saya tentang nilai
menghormati hak orang lain. Hal ini demikian kerana penyamun-penyamun
yang tidak berperikemanusiaan itu telah merampas hak orang ramai untuk
hidup dengan aman dan damai. Dengan kewujudan mereka, orang ramai
perlu hidup dalam keadaan yang tidak tenteram. Daripada sini, kita dapat
membuktikan bahawa pembacaan berita memang dapat memberi kesedaran
kepada kita dan merupakan langkah yang berkesan untuk mengurangkan
gejala ini.
Pengajaran tentang cara pemilihan rakan juga perlu disalurkan
daripada ibu bapa dan guru. Hal ini demikian kerana rakan merupakan orang
yang akan banyak mempengaruhi kita. Jika kita mengenali rakan yang baik,
dia akan membawa kita kepada kebaikan manakala jika kita berkenalan

SOH YI HAN
dengan rakan yang buruk, tentulah dia akan membawa kita ke arah yang
salah. Untuk menyelesaikan masalah ini, langkah ini amat penting kerana
tanpa pengaruh rakan yang tidak baik, kes ini memang dapat diatasi.
Isu ini dapat dikaitkan dengan kehidupan seharian saya. Sebagai
orang awam, saya juga sering akan mengunjungi ke tempat-tempat yang
mungkin menjadi sasaran penyamun. Berita ini memang menakutkan saya
dan saya amat bimbang tentang keselamatan diri saya sendiri dan keluarga
saya serta kenalan saya. Namun jika berfikir dari segi positif saya dapat
membelajari pelbagai nilai. Sebagai contoh saya dapat membelajari untuk
bersikap rasional menerusi pembacaan berita ini. Saya akan mengingatkan
diri saya untuk sentiasa berfikir rasional sebelum melakukan sesuatu perkara.
Saya juga telah belajar untuk menjadi seseorang yang lebih
bertanggungjawab supaya tidak menjadi sampah masyarakat dan
menghormati hak orang lain supaya orang lain juga turut menghormati saya.
Isu ini tidak dapat diselesaikan begitu sahaja. Namun kita kena
bekerjasama bagai aur dengan tebing supaya isu ini dapat ditangani. Bak
kata pepatah bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Pepatah ini amat sesuai digunakan supaya semua orang dapat bersamasama manyelesaikan masalah ini.

SOH YI HAN

REFLEKSI:
BERITA MAT REMPIT
Isu mat rempit memang meniti dari bibir ke bibir orang ramai. Dari
pelbagai sumber kita boleh mendapati bahawa isu ini semakin giat berlaku,
terutamanya pada pemuda yang dianggap sebagai tiang negara kita.
Berita ini memang telah menarik perhatian pelbagai pihak. Dua nyawa
telah diragut akibat daripada gejala ini. Mat rempit yang hanya berusia 17 dan
19 tahun telah mati dalam kemalangan semasa merempit. Mereka yang tidak
menghargai nyawa telah maut di atas jalan raya. Kalaulah mereka tahu
menghargai nyawa, tentulah mereka tidak akan merempit. Hal ini telah
memberi pengajaran kepada kita supaya menghargaai nyawa diri dan orang
lain.
Di samping itu, nilai menghormati nyawa juga dapat dikaitkan dengan
berita ini. Hal ini demikian kerana, mereka yang tidak tahu menghormati
nyawalah yang akan bermain-main nyawa mereka di atas jalan raya. Hal ini
bukan sahaja membahayakan nyawa mereka malah juga telah meletakkan
nyawa orang lain dalam bahaya. Kita harus belajar untuk menghormati
nyawa kita diri sendiri dan juga orang lain. Nilai ini terutamanya perlu
dibelajari oleh pemuda kita sekarang.
Pengguna jalan raya yang lain memang berada dalam keadaan
berbahaya kerana mat rempit-mat rempit tersebut. Mereka yang tidak
mematuhi peraturan jalan raya dan suka membuat aksi-aksi berbahaya yang
akan mangugat nyawa diri dan orang lain memang kekurangan nilai
menghormati pengguna jalan raya yang lain. Mereka harus belajar bahawa
bukan hanya mereka pengguna jalan raya sahaja yang menggunakan jalan
raya, namun terdapat banyak lagi pengguna yang mempunyai hak mereka
untuk menggunakan jalan raya. Selepas meneliti berita ini, saya mendapati
bahawa saya harus belajar menghormati hak orang lain.
Pada pendapat saya selepas membaca berita ini, punca berlakunya
kes mat rempit adalah kerana mereka mempunyai tanggapan salah bahawa

SOH YI HAN
merempit merupakan sesuatu yang bergaya namun tidak tahu akan akibat
merempit. Mat rempit juga menyertai dalam gejala ini kerana ajakan kawan
yang juga terlibat dalam aktiviti merempit. Ajakan kawan akan serba sedikit
mempengaruhi keinginan mereka untuk merempit. Akibatnya mereka
melibatkan diri mereka dalam kes ini juga. Tekanan yang semakin hari
semakin meningkat telah 'menyumbang' kepada penambahan kadar
berlakunnya kes mat rempit. Mereka yang merempit ingin melepaskan
tekanan mereka dengan merempit.
Kesan isu ini adalah merempit akan membahayakan pengguna jalan
raya yang lain. Mereka yang merempit akan melebihi had laju yang
ditetapkan dan menunjuk-nunjukkan kehebatan mereka di atas jalan raya.
Perbuatan ini secara langsung telah meletakkan nyawa pengguna lain dalam
bahaya. Isu ini juga telah menyebabkan maruah keluarga mat rempit
dijatuhkan. Mereka yang merempit jika telah ditangkap akan dikenakan
hukuman. Oleh sebab itu, merempit akan menyebabkan keluarga mereka
berasa malu atas perbuatan mereka. Masa depan mereka yang merempit
juga akan terjejas kerana mereka akan menghabiskan banyak masa dalam
merempit dan ini memang merugikan mereka sendiri.
Untuk mengurangkan terus berlakunya kes ini, banyak cara yang perlu
dilaksanakan. Antaranya ialah dengan menukar pandangan orang ramai
tentang isu ini. Memberitahu kepada umum tentang keburukannya dapat
secara tidak langsung mengurangkan berlakunya gejala ini. Dengan
pengajaran tentang pemilihan rakan, serba sedikit dapat mengurangkan kes
Dalam pelbagai mata pelajaran, gejala ini dapat diselipkan untuk memberi
kesedaran kepada mrid-murid hari ini. Cara melepaskkan tekanan jika diajari
juga dapat mengurangkan kadar berlakunya kes ini. Dengan mempunyai
cara melepaskan tekanan yang betul, orang ramai tidak akan memilih untuk
melepaskan tekanan dengan merempit lagi.
Sebagai seorang pengguna jalan raya, isu ini memang
membimbangkan saya. Saya amat membimbangkan keselamatan saya
dengan kenalan saya. Mereka yang merempit memang amat melampau. Hal
ini demikian kerana mereka bukan sahaja menyalahi undang-undang jalan

SOH YI HAN
raya dan mengugut nyawa orang lain malah telah meninggalkan rakan
mereka sendiri yang telah ditimpa kemalangan. Oleh sebab itu, sebagai
pengguna jalan raya, saya bukan sahaja perlu menerap nilai-nilai yang dapat
dibelajari daripada berita ini malah saya juga harus menggunakan semasa
saya berada di atas jalan raya.
Sesuatu masalah tidak akan selesai apabila kita berpeluk tubuh
sahaja. Sebagai salah seorang pengguna jalan raya, kita perlu
melaksanakkan tanggungjawab kita dengan bekerjasama dengan pihak yang
berkuasa dan bersama-sama kita menangani masalah ini.

You might also like