You are on page 1of 5

PERISTIWA 13 MEI 1969

Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak
masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa
serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan Pilihan Raya Umum 1969
merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.

LATAR BELAKANG

Isu perkauman dalam pilihan raya 1969


Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama
sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di
Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli
politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif
berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa
orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini
telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.
Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan
yang teruk dalam Pilihan Raya 1969. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan
Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi
pada tahun 1969. Parti Perikatan telah kehilangan majoriti dua-pertiga dalam Dewan
Rakyat.
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti
Progresif
Rakyat (PPP)
menang
25
buah
kerusi
dalam Dewan
Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi. Sebab terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969
adalah perarakan kemenangan pihak pembangkang. Penyokong-penyokong Parti
Gerakan telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan
perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.

Pembangkang meraikan kemenangan


Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei
1969.
Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor.
Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di
Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor. Perarakan tersebut menyebabkan
kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan
Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih
30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan

pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato
Harun Idris.
Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada
kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi
sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut
sebagai lambang mereka akan menyapu (menyingkir) orang-orang Melayu ke laut.
Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang
mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.

Perarakan kematian Cina


Akibat daripada rusuhan maut tersebut, kesesakan jalanraya turut berlaku.
Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan
dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan
kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.
Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon maaf di
atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang
besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan maaf sudah terlambat.

Rumah Menteri Besar Selangor


UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan
terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya
kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan ini tidak dirancang.
Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul
Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dato Harun Idris selaku Menteri
Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya, mereka yang
berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu
isyarat lampu hijau dari Dato Harun Idris untuk mengamuk.
Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar dan
meluap-luap. Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu
di Setapak, hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor.
4.00 petang dua penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah
dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh. Pemudapemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap telah bertindak balas.
Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur. Rupa-rupanya orang
Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombak dan lembing
berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.

Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak dibenarkan
keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera
dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur.

Rejimen Renjer
Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Rejimen Renjer ambil
alih. Malangnya
pasukan
ini
terdiri
dari
orang-orang Melayu,
Iban, Cina, India, Sikh, Gurkha dan lain-lain turut menembak orang-orang Melayu dan ini
menyebabkan kemarahan orang Melayu semakin meluap-luap. Menurut laporan, ketua
pasukan Rejimen Renjer dikatakan berbangsa Cina.
Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan yang lain-lain
mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askar Rejimen
Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor.

Askar Melayu
Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu. Beberapa
bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman masih
terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu. Malangnya beberapa
askar Askar Melayu turut masuk ke kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta benda
di sana. Ada yang berkata askar tersebut berpakaian preman.
Ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong bijih timah. Konon ada
rakaman televisyen, beberapa pemuda Cina ditangkap, dibariskan di tepi lombong dan
dibunuh. Bagaimanapun, sehingga sekarang, tiada bukti yang diedarkan mengenai
rakaman ini.

Panggung Odeon
Pemuda-pemuda Cina dari kongsi-kongsi gelap telah bertindak mengepung Panggung
Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam
bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari
panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut ramai yang mati. Ini termasuklah dua
orang Askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang.
Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton
wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih hidup
hingga sekarang. Akibat daripada tindakan sebegini, orang-orang Melayu mulai
bertindak balas, dan dikatakan kepala orang Cina yang dibunuh diletakkan di atas pagar
.
Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke Kuala Lumpur
turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka pada

13 Mei itu. Beliau turut melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas
jalan.
Khabar angin mengatakan Tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke Kampung
Baru tetapi tersekat. Begitu juga dengan Tentera Selempang Merah dari Muar dan Batu
Pahat tersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras.
Ada 4 kiai di sekitar Kampung Baru mengedarkan air jampi dan tangkal penebat,
iaitu ilmu kebal dengan harga yang agak mahal. Sesiapa yang memakainya menjadi
kebal dan boleh terbang. Apa yang pasti, Askar Melayu juga telah menyelamatkan orang
Melayu di Kampung Baru ketika itu. Mungkin juga ramai yang pernah mendengar kisah
parang terbang yang terbang dan memenggal kepala orang Cina.
Namun
rusuhan
kaum
tidak
terjadi
di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Di Perak, Kedah, Pulau
Pinang serta Perlis tidak
ada
sebarang
pergaduhan.
Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa. Cuma ada sedikit
kekecohan di Melaka. Di Betong ada tembakan dilepaskan oleh PKM.
Ada yang menyifatkan bahawa pergaduhan ini sebenarnya adalah pergaduhan politik
dan bukannya perkauman. Kerana sebelum itu masyarakat Melayu dan Cina boleh
hidup dalam keadaan yang harmoni. Seperti dinyatakan pergaduhan tidak belaku di
negeri Melayu seperti Kelantan, Pahang dan Kedah. Jika ia merupakan isu perkauman,
pastinya hari ini tiada lagi orang Cina di negeri-negeri tersebut kerana habis dibunuh.
Kesimpulannya, pergaduhan ini bukanlah rusuhan perkauman, kerana ia hanya terjadi
selepas pilihanraya (perbezaan politik) dan hanya melibatkan orang-orang Melayu dan
Cina di Kuala Lumpur sahaja.

Angka korban
Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211
kenderaan musnah. Tapi ramai telah menganggar ramai lagi dibunuh. Sebuah thesis
PhD. daripada Universiti California, Berkeley menganggar seramai 2,000 orang hilang
nyawa dalam peristiwa 13 Mei.

Di mana Tunku
Ketika itu (13 Mei 1969), Tunku Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star meraikan
kemenangan beliau di sana.
6.45 petang Encik Mansor selaku Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur memaklumkan
kejadian pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat diisytiharkan pada jam
7.00 malam 13 Mei 1969. Ada khabar angin mengatakan Tunku sedang
bermain mahjung. Dalam tulisannya, Tunku menafikan hal tersebut.

Mageran
Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969 di seluruh negara
dan Mageran dibentuk di bawah pentadbiran Tun Abdul Razak. Parlimen dibubarkan.
Peristiwa 13 Mei 1969 menyebabkan Tunku Abdul Rahman dipersalahkan oleh orang
Melayu dan Malaysia secara keseluruhannya. Berikutan itu Tunku meletakkan jawatan
pada tahun 1970. Buku Dilema Melayu (Malay Dilemma) oleh Tun Dr Mahathir telah
diharamkan. Dikatakan Tun Dr Mahathir memburuk-burukkan Tunku Abdul Rahman.
Keadaan akhirnya dapat dikawal dan beberapa keputusan telah diambil bagi mencari
jalan penyelesaian termasuklah penubuhan beberapa badan seperti Majlis Perundingan
Negara, Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara telah diciptakan.
Ternyata langkah Tunku Abdul Rahman penyingkiran Singapura dari Malaysia tidak
menyelesaikan masalah perkauman. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan kemuncak
kemarahan lama orang Melayu kerana mereka miskin di tanah air mereka sendiri.
Tahun 1969 pilihan raya diadakan semula dan memberi kemenangan 2/3 semula
kepada
kerajaan
yang
memerintah. Barisan
Nasional dibentuk.Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur dibentuk bagi mengurangkan pengundi Cina dalam Dewan
Undangan Negeri Selangor. Beberapa ahli politik yang dianggap berbahaya telah
ditahan melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Persempadanan pilihan
raya yang lebih bijaksana dan seimbang telah dilaksanakan. Sistem demokrasi, pilihan
raya dan agihan kek ekonomi (hak-hak keistimewaan bumiputera) mendapat tafsiran
semula.

You might also like