You are on page 1of 22

Forum

Aktiviti P&P Dalaman

Apa itu forum?


Forum merupakan salah satu kaedah pengajaran
dan pembelajaran yang membolehkan pelajar
memantapkan pemahaman dan penerokaan ilmu
pengetahuan di samping dapat mengasah bakat
serta kepetahan berbahasa. Ia juga merupakan
salah satu aktiviti lisan yang efektif di mana pelajar
berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara
langsung untuk meningkatkan kemahiran
menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas,
kreatif dan rasional.(Wan Zulkifli, 2012).

Pengendalian Forum
Tajuk : Perpaduan Asas Kemajuan Sekolah
Bilangan murid : 1 pengerusi, 3-5 orang panel
Contoh :

Pengarah Pejabat Pendidikan Daerah,


Guru Besar sekolah,
guru cemerlang sekolah,
pakar psikologi dan
Pengerusi Persatuan Ibubapa dan Guru sesebuah
sekolah.

Pengendalian Forum
(samb.)
Persediaan
Menyediakan kertas kerja (aspek khusus)

Semasa
Pembentangan daripada ahli panel

Selepas
Sesi soal jawab

Pengerusi

1. mengumpulkan biodata panel


2. mengalu-alukan kehadiran ahli panel dan hadirin,
memperkenalkan tajuk serta biodata ahli panel
3. menerangkan syarat dan peraturan, peruntukan
masa untuk sesi pembentangan dan soal jawab
kepada ahli panel dan hadirin
4. membuat rumusan yang ringkas terhadap apa
yang disampaikan oleh ahli panel dan
mengemukakan soalan yang bernas supaya
mendapatkan maklum balas
5. memastikan pembentangan ahli panel berjalan
dengan lancar dan mengawal penglibatan aktif
dari ahli panel.

Pengarah
Pejabat
Pendidikan
Daerah

1. aspek peranan PPD dalam membentuk murid


yang berpadu.
2. menyatakan program yang dianjurkan oleh pihak
PPD dan usaha membentuk murid yang berpadu.

Guru Besar
sekolah

1. aspek peranan murid dalam mencapai


kemajuan sekolah.

guru cemerlang 1. aspek impak negatif terhadap guru dan


sekolah,
murid akibat pengaruh isu perkauman
di dalam kelas.
pakar psikologi 1. aspek perubahan tingkah laku murid
melalui pengaruh persekitaran dan
rakan sebaya.
Pengerusi
1. aspek peranan ibubapa dalam
Persatuan
membentuk murid yang mempunyai
Ibubapa dan
semangat perpaduan.
Guru sesebuah
sekolah.

Kesimpulan
Melalui aktiviti forum, guru dapat
membuat pemerhatian dan menilai muridmurid dari segi perolehan ilmu
pengetahuan, sikap serta prinsip mereka
terhadap semangat perpaduan.
Boleh diadakan pada waktu pengajaran
dan pembelajaran dan sebagai salah
aktiviti mengembangkan kemahiran
mendengar dan berucap murid-murid di
samping dapat meningkatkan semangat
perpaduan murid berbilang kaum.

Persembahan
ShuEr

Aktiviti-Aktiviti di Luar
Bilik Darjah
- Lawatan Sambil
Belajar-

Kepentingan Aktiviti
Bilik Darjah
Kepentingannya setara dengan kepentingan
pelaksanaan aktiviti di dalam bilik darjah kerana
peranannya juga turut menjadi penyumbang dan
pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran di sekolah keseluruhannya.
Dapat membantu pelajar untuk menambah,
mengukuh dan mengamalkan pengetahuan,
kemahiran dan nilai-nilai yang telah dipelajari di
dalam bilik darjah.
Peranan utama aktiviti luar bilik darjah ini ialah
untuk memupuk dan mengeratkan hubungan di
kalangan pelajar dan juga antara sekolah dengan
masyarakat.

Lawatan Sambil Belajar


Tema: Tempat Bersejarah
Tujuan :
Perpaduan kaum yang terbentuk pada masa
dahulu sehingga kini.
Rakyat berbilang kaum ini dapat hidup
bersama kerana mempunyai semangat
patriotik yang kukuh dan kental dalam diri
mereka.

Dengan lawatan ke tempat bersejarah


ini, maka murid-murid dapat merasai
perpaduan dan memupuk semangat
patriotik dalam diri sendiri.

1. Bandar Bersejarah
Melaka, Lembah Bujang, Seri Menanti, Kota
Belanda di Perak dan lain-lain.
Terdapat pelbagai barang dan bangunan
tinggalan sejarah.
Dapat menimbulkan dan melahirkan minat
murid-murid untuk mengetahui latar belakang
dan asal-usul pembentukan negara dan
seterusnya akan wujud semangat patriotik
dalam jiwa anak-anak.
Selain menimba ilmu pengetahuan, juga dapat
mengekalkan hubungan silaturahim yang erat
antara kelas dengan murid etnik lain dan dapat
lebih memahami antara etnik masing-masing.

2. Tempat Sambutan
Kemerdakaan
Stadium Merdeka.
Murid dapat melihat sendiri kemeriahan
sambutan kemerdekaan sekali gus memahami
objektif sebab-sebab sambutan sebegini
diadakan.
Mengetahui kisah disebalik kemewahan dan
kedamaian negara bahawa banyak harta benda
dan nyawa yang harus dikorbankan demi melihat
Malaysia gagah seperti sekarang.
Berpeluang melihat persembahan daripada kaum
lain dan berkenal-kenalan antara satu sama lain.

Kesimpulan
Jelaslah bahawa,lawatan sambil belajar
ini boleh dianjurkan bagi murid-murid
mendapat peluang yang lebih luas untuk
memahami perbezaan antara etnik-etnik
di Malaysia dan dapat saling hormatmonghormati. Maka dengan itu,
semangat perpaduan dapat disemaikan
dalam kalangan mereka semua.

PERKHEMAHAN
UNIT BERUNIFORM

TUJUAN : Mengeratkan lagi hubungan dan


silaturahim murid yang berbagai-bagai
etnik.
BUKTI : Perkhemahan Perdana Unit
Berunifom yang diadakan di Kem D' Lereng
Ulu Chepor Ipoh pada 15 hingga 17 Julai
2011 berjaya memupuk perpaduan kaum
dalam kalangan murid. Kegiatan yang
berbentuk interaksi antara kaum berjaya
menyuburkan semangat integrasi dan
mengikis jurang perbezaan kaum.

Murid-murid akan dapat bergaul dan berinteraksi


dengan rakan-rakan yang berlainan latar
belakang dan budaya
Saling membantu apabila menyediakan makanan
bersama di tapak perkhemahan.
Pelajar yang berlainan bangsa dapat bertoleransi,
tolong-menolong dan bahu-membahu untuk
menjayakan sesuatu program,bagai hati gajah
sama dilapah, hati kuman sama dicecah.
Ahli pasukan beruniform bukan sahaja menjalani
aktiviti di dalam sekolah malah boleh juga
diadakan dalamgabungan dengan beberapa buah
sekolah di peringkat daerah, negeri, kebangsaan
malah antarabangsa.

Masalah-masalah yang
akan timbul jika isu
perpaduan tidak ditangani
dengan baik

Pembahahagian puakpuak kaum akan wujud


Pembahahagian puak-puak kaum akan wujud di
sekolah atau universiti.
Anggota etnik akan memilih etnik yang sama
dengan mereka sebagai kawan mahupun rakan
sekerja.
Mereka
mendapati
sukar
untuk
mengadaptasikan diri dan menerima budaya etnik
yang lain dan menganggapnya tidak akan memberi
apa-apa faedah kepada mereka dalam kehidupan
seharian.
Masalah saling menyalahkan etnik-etnik tertentu
akan wujud. Perbezaan nilai antara etnik juga
mengakibatkan hubungan antara kaum bertambah
rumit.

Perjalanan menuju ke
arah Wawasan 2020
akan
terjejas.
Pembentukan sebagai sebuah negara yang bangsanya
bersatu padu adalah satu perkara yang sangat berat dan
sukar untuk dilakukan kerana ia boleh menimbulkan
ketegangan akibat dari beberapa perkara yang sensitive.
Sejarah juga menunjukkan bahawa pelbagai usaha telah
diambil oleh kerajaan sejak dari dahulu lagi.
Setiap kaum mempunyai budaya, kepercayaan dan bahasa
yang berlainan. Justeru, setiap kaum akan mengamalkan
ciri-ciri yang kemudiannya menjadi identiti diri mereka.
Oleh itu, jika masalah perpaduan antara kaum tidak
diselasaikan dengan awal, Wawasan 2020 susah dicapai
tanpa perpaduan antara rakyat.

Keadaan negara tidak


stabil

Negara kita akan menjadi huru-hara dan


berada dalam keadaan yang tidak stabil.
Hal ini akan menjejaskan dasar ekonomi
dan dasar pendidikan negara kita.
Pelabur-pelabur asing akan terasa bimbang
terhadap modal yang dilaburkan dan tidak
akan membuat perniagaan di negara kita.
Taraf hidup rakyat akan menurun. Oleh hal
yang sedemikian, perpaduan di kalangan
rakyat menjadi salah satu faktor penting
dalam penjanaan ekonomi negara.

Imej negara juga akan


terjejas
Negara kita akan menjadi tajuk perbualan di
peringkat antarabangsa kerana tidak aman dan
huru-hara.
Negara akan menjadi mundur dan tidak dapat
mencapai kejayaan secara berterusan.

Sesebuah negara yang tanpa keamanan tidak


dapat menarik perhatian negara lain.

Hal ini kerana keharmonian antara pelbagai kaum


merupakan satu simbul kerjaya di peringkat global.
Negara akan disegani oleh negara lain.
Sektor perlancongan turut akan diperkembangkan.

You might also like