Laporan Orientasi Program Pembangunan Guru Baharu

You might also like

You are on page 1of 1

Laporan Orientasi Program Pembangunan Guru Baharu

Tarikh

: 9 Februari 2011

Hari

: Rabu

Tempat : Bilik Mesyuarat SMK Kota Masai 2


Masa

: 10 a.m sehingga 12.30 p.m

Aktiviti : Hari ini dalah hari ketiga orientasi guru-guru baharu. Orientasi dimulakan dengan
taklimat daripada Puan Noraini binti Mohd Lazim, guru data SMK Kota Masai 2. Beliau
memberi penerangan serba sedikit beberapa aplikasi yang diguna pakai di sekolah. Antaranya
adalah sistem EMIS. EMIS merupakan simpanan data guru-guru yang akan menjadi rujukan bagi
bagi pihak lain seperti Pejabat Pendidikan Daerah dan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Selain itu, aplikasi lain yang digunakan adalah OPMEN (Operasi Sekolah Menengah) di
peringkat Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah. dBLAT adalah sistem
pemantauan sekolah pada awal dan akhir tahun. EG-Tukar merupakan sistem online yang
menguruskan pertukaran guru dan dibuka dua kali setahun. SLAP adalah system offline bagi
memasukkan data pengawas Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM).
SIP adalah aplikasi online yang memantau peningkatan prestasi sekolah selaras dengan
program NKRA yang digubal oleh kerajaan. LDP atau Latihan Dalam Perkhidmatan merupakan
kursus yang perlu dilalui oleh semua guru dan perlu dimalumkan kepada guru data bagi proses
mengemaskini maklumat di EMIS. SMM adalah Sistem Maklumat Murid yang diuruskan oleh
kaunselor sekolah. Guru tingkatan perlu memasukkan semua maklumat berkenaan pelajar dalam
sistem ini. E-Disiplin adalah system online yang diuruskan oleh guru disiplin bagi mencatatkan
kesalahan-kesalahan disiplin yang dilakukan oleh para pelajar.
Rumusan : Setelah mendengar taklimat daripada Puan Noraini binti Lazim, sebagai seorang
guru baharu, saya dapat menambah pengetahuan dan kefahaman tentang aplikasi-aplikasi yang
digunakan di sekolah terutamanya yang berkaitan secara langsung dengan guru seperti SMM dan
EMIS.

You might also like