You are on page 1of 1

FUTSAL

Futsal merupakan versi bola sepak tertutup yang secara rasmi diselia oleh badan
pentadbiran antarabangsa bola sepak, Fédération Internationale de Football Association
(FIFA). Namanya berasal daripada bahasa Portugis futebol de salão, dan bahasa
Sepanyol fútbol de salón. Kedua-duanya bermaksud 'bola sepak dalam dewan'.

Futsal dimainkan oleh lima pemain


dalam satu pasukan. Salah seorang
daripadanya merupakan penjaga
gol. Antara perbezaan bola sepak
dengan futsal ialah padang bola
sepak menggunakan gelanggang
yang besar berbanding futsal yang
agak kecil. Masa permainan futsal
juga singkat iaitu 20 minit bagi
setiap separuh masa. Bola yang
digunakan juga lebih berat
membuatkan pemain mengawal
bola dengan baik. Tambahan pula,
kawasannya yang lebih lebih kecil
memaksa pemain meningkatkan tahap kemahiran serta membuat keputusan dengan lebih
cepat. Kesalahan-kesalahan seperti rempuhan bahu dan melakukan gelungsur terhadap
pihak lawan dilarang sama sekali. Di samping itu, mana-mana pasukan yang
mengumpulkan kesalahan keenam bagi setiap separuh masa akan dihukum dengan
sepakan penalti kedua. Seterusnya kesalahan berikut juga akan dihukum dengan sepakan
penalti kedua. Kesalahan-kesalahan ini dinamakan kesalahan terkumpul.

Pada masa sekarang futsal berkembang dengan pesat. Banyak gelanggang-gelanggang


baru dibina bagi tujuan memberi peluang kepada orang ramai merasai keseronokan
bermain futsal. Ia bukan sahaja terhad kepada golongan lelaki tetapi juga perempuan.

http://mudah.my/sridamansaraoutdoor

You might also like