You are on page 1of 5

Secara ringkas ICT bermaksud maklumat

dan teknologi yang disampaikan daripada


sumber kepada penerima melalui saluran
teknologi. Darsawarsa ini, kemajuan ICT atau
Industri Teknologi Komunikasi dan Maklumat
negara kita sudah boleh dikatakan maju dan
mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama
rendah dengan negara-negara maju yang
lain. Banyak usaha telah dilakukan dalam
memajukan ICT negara kita.

Kemajuan penggunaan ICT dalam kalangan


penduduk negara ini diwujudkan melalui
Koridor Raya Multimedia (MSC) iaitu suatu
projek raksasa kerajaan Malaysia untuk
memajukan sektor teknologi maklumat.
Penubuhan Koridor Raya Multimedia ibarat
enjin yang dapat memacu Malaysia ke arah
pencapaian negara maju menjelang 2020
dan menyediakan ICT bertaraf dunia yang
komprehensif.
MSC
ternyata
menjadi
pemangkin kepada syarikat ICT di Malaysia
berdaya saing supaya dapat berkembang
sebagai syarikat bertaraf dunia.

Negara berusaha Meluaskan ICT kepada


seluruh masyarakat, misalnya kemudahan
komputer di Malaysia melebihi 65% terutama
di tempat kerja dan perumahan. Menurut
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
tahun 2001, sehingga akhir tahun 2020
dianggarkan pengguna internet di negara ini
menjangkau 26.14 juta orang. Selain itu
statistik
daripada
suruhanjaya
juga
menunjukkan
pertumbuhan
penggunaan
internet di Malaysia pada tahun 2002
mencapai 77.25% Ternyata usaha kerajaan
menjadikan masyarakat kita celik ICT
menampakkan kejayaan.

Bukan itu sahaja, kemajuan ICT semakin


rancak dalam bidang pendidikan. Sehingga kini
4500
buah
sekolah
disediakan
makmal
komputer dengan 99 ribu unit komputer.
Sebanyak 8120 sekolah dihubungkan dengan
kemudahan jalur lebar school-net dan 14 ribu
unit
televisyen.
Ternyata
penggunaan
teknologi maklumat dapat memajukan dan
merevolusikan bidang pendidikan negara.
Diharap sekolah-sekolah dapat berkongsi
maklumat melalui sidang video. Dengan ini
hasrat kita untuk memperkasakan bidang
pendidikan bukan hanya mimpi.

Konklusinya, kemajuan ICT negara yang


memberangsangkan
sepatutnya
tidak
dilepaskan begitu sahaja oleh kita semua
dalam
merealisasi
wawasan
2020.
Sesungguhnya kita belum boleh mendabik
dada kerana cabaran ICT mendatang harus
ditempuh oleh semua rakyat Malaysia
dengan penuh persediaan ibarat kata orang
kalau takut dilambung ombak, janganlah
berumah di tepi pantai. Tegasnya, kerjasama
semua
pihak
penting
dalam
usaha
memajukan lagi ICT di negara kita.

You might also like