You are on page 1of 5

PERATURAN PERTANDINGAN DAN TEKNIKAL

TEMPAT : STADIUM HOKI NASIONAL, BUKIT JALIL


TARIKH : 27 31 MEI 2015

PKS HOKI UNITEN

KARNIVAL HOKI UNITEN KPM 2015


PERATURAN PERTANDINGAN DAN TEKNIKAL
1. Undang-undang permainan
Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang Konfederasi Hoki Malaysia (MHC)
dan Federation International Hockey (FIH).

2. Peraturan Pertandingan
Mengikut undang-undang dan peraturan pertandingan Jawatankuasa Pengelola yang
dikuatkuasakan sepanjang Karnival Hoki ini.

3. Jenis Pertandingan
Pertandingan secara liga dalam kumpulan untuk lelaki dan wanita.

4. Pendaftaran Pemain
Tiap-tiap pasukan dibenarkan mendaftar tidak lebih daripada 8 orang pemain lelaki dan 9
orang pemain wanita untuk mendaftar. Hanya pemain yang didaftarkan di dalam borang
pendaftaran sahaja dibenarkan bermain dalam karnival ini. Borang pendaftaran pemain
hendaklah dihantar kepada jawatankuasa pengelola semasa mesyuarat pengurus pasukan
26 MEI 2015 (B12) & 28 MEI 2015 (B17, IPT DAN TERBUKA LELAKI). Start List
hendaklah diserahkan kepada pegawai teknikal bertugas 5 minit sebelum pertandingan
dimulakan.Setiap pasukan diwajibkan menyertakan salinan ID pelajar (IPT) & Salinan IC
bersama-sama dengan borang pendaftaran pemain semasa mesyuarat pengurus pasukan
dan membawa ID sebenar pada hari perlawanan dimulakan bagi tujuan pengesahan
pemain. Sekiranya terdapat pasukan yang menarik diri selepas tarikh tutup pendaftaran
pasukan atau menarik diri semasa pertandingan, yuran tidak akan dikembalikan.

PKS HOKI UNITEN

5. Bilangan Pemain Setiap Perlawanan


Sekurang-kurangnya 5 orang pemain perlu berada di padang jika sesuatu perlawanan
diperintahkan untuk mula oleh pengadil dan penjaga gol tidak diwajibkan. Jika tidak,
pasukan yang mempunyai 5 orang atau lebih di padang hendaklah diberi kemenangan
percuma dengan jaringan 3 gol.
Jika kedua-dua pasukan tidak dapat menurunkan 5 orang pemain atau lebih apabila
pengadil memerintahkan supaya perlawanan dimulakan pada waktu yang dijadualkan,
maka pengadil hendaklah melaporkan perkara tersebut kepada jawatankuasa pengelola
yang akan mengambil tindakan yang difikirkan patut.

6. Sistem Pertandingan
6.1 Masa Bermain
Masa bermain adalah 15 minit bagi setiap perlawanan.

6.2 Penggantian Pemain


Setiap pasukan boleh menukar/mengganti pemain secara rolling substitutes
dalam setiap perlawanan.

7. Cara Memutuskan Keputusan Kumpulan


7.1. Secara Liga
7.1.1. Cara memberi mata
Menang

3 Mata

Seri

1 Mata

Kalah

0 Mata

7.1.2. Sekiranya mana-mana pasukan yang gagal bermain pada sesuatu


perlawanan, pasukan lawan hendaklah diberi tiga (3) mata dengan jaringan
3-0. Jika terdapat mana-mana pasukan digantung atau menarik diri dari
pertandingan atas apa-apa sebab jua pun, mata dan jaringan gol yang masuk
atau dikena tidaklah diambil kira.

PKS HOKI UNITEN

7.1.3 Jika dua (2) atau lebih pasukan memperolehi mata yang sama, maka
pemenang akan ditentukan seperti berikut:
7.1.3.1. Pasukan yang memenangi lebih perbezaan gol akan
dikira menang.
7.1.3.2. Jika masih seri, pasukan yang telah mengalahkan
pasukan lawannya dalam perlawanan dikira menang.
7.1.3.3. Jika masih seri juga, penentuan PENALTI STROKE (Sudden
Death/ Kalah Mati) akan dijalankan untuk menentukan
pemenang.

7.2. Secara kalah mati


Bagi pusingan kedua, peringkat suku, separuh dan akhir, perlawanan dijalankan
secara Kalah Mati. Jika diakhir perlawanan keputusan seri, maka pemenang
akan ditentukan dengan cara berikut:

7.2.1

Jika keputusan masih seri, penentuan PENALTI STROKE (3


Stroke/Pukulan Penalti) akan dijalankan untuk menentukan pemenang.

7.2.2

Jika keputusan masih seri, penentuan PENALTI STROKE (Sudden


Death/Kalah Mati) akan dijalankan untuk menentukan pemenang.

8. Kelewatan
Hanya 5 minit sahaja diberikan kepada pasukan yang lewat dan selepas itu pihak lawannya
akan diberikan kemenangan percuma dengan tiga (3) mata dan jaringan gol adalah 3-0.

9. Pakaian
9.1. Setiap pemain dikehendaki memakai jersi yang sama. Nama yang disebut dahulu
dianggap sebagai tuan rumah. Tuan rumah wajib menukar warna jersi atau memakai
bips sekiranya terdapat persamaan warna jersi.
9.2. Setiap pemain diwajibkan menggunakan nombor jersi yang sama sepanjang kejohanan
dilangsungkan.

PKS HOKI UNITEN

10. Bantahan
10.1 Bantahan boleh dibuat melalui meja sekretariat pengajur pertandingan dan
setiap bantahan perlu membayar deposit sebanyak RM100.00 dan deposit tidak akan
dipulangkan sekiranya bantahan tersebut berjaya atau gagal.
10.2 Bantahan hanya boleh dilakukan dalam tempoh masa 30 minit selepas sesuatu
perlawanan ditamatkan. Setiap keputusan penganjur adalah muktamad. Perbincangan
akan dihadiri oleh Jawatankuasa Tatatertib.

11. Pergaduhan
Mana-mana pasukan didapati memulakan sesuatu pergaduhan di dalam sesuatu
perlawanan yang dijalankan akan dibatalkan penyertaannya dari kejohanan ini. Setiap
pergaduhan dan perkara berkaitan akan diadili oleh Jawatankuasa Tatatertib dan segala
keputusan adalah muktamad.

12. Penipuan
Segala bentuk penipuan oleh pasukan yang menyertai kejohanan akan dihadapkan kepada
Jawatankuasa Tatatertib kejohanan. Hukuman akan dijatuhkan dengan mengambil kira
keterangan dari pasukan yang terlibat. Pasukan yang didapati melakukan sebarang bentuk
penipuan di dalam kejohanan ini akan dibatalkan penyertaannya. Keputusan oleh
Jawatankuasa Tatatertib adalah muktamad.

13. Penubuhan Jawatankuasa Tatatertib


Terdiri daripada 7 orang :
i.

Pengarah Pertanidngan (TD)

ii.

Pengurus Pengadil (UM)

iii.

Penyelaras Program

iv.

Pengadil Terlibat (2)

v.

Wakil Setiap Pasukan Yang Terlibat (2)

14. Sebarang keputusan adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.

PKS HOKI UNITEN

You might also like