You are on page 1of 2

13 Rahsia Pelajar Cemerlang

1.
MAKLAMAT ATAU SASARAN . Pelajar berjaya mempunyai matlamat
dan sasaran yang jelas . Mereka tahu apa tujuan mereka belajar . Mereka
tahu berapa 'A' yang mereka mahukan . Mereka juga tahu hendak
mengambil jurusan apa semasa di universiti , mahukan kerjaya yang
bagaimana dan sebagainya.
2.
PERCAYA . Pelajar cemerlang percaya mereka dapat cemerlang.
Hanya faktor masa sahaja yang dapat membuktikan semua usahanya.
Mereka tidak pernah ragu-ragu dengan kemampuan mereka bagi
melakukan apa sahaja dan sanggup berkorban bagi berjaya.
3.
TUMPUAN . Pelajar berjaya memberikan tumpuan pada setiap
perkara yang mereka lakukan. Mereka juga tahu kepentingan memberi
tumpuan dalam kelas dan cara hendak memberikan tumpuan itu. Mereka
juga memberikan tumpuan semasa melakukan ulang kaji .
4.
PERANCANGAN . Pelajar berjaya mempunyai perancangan belajar
yang teratur dan tahu memanfaatkan masa sebaik-baiknya. Mereka juga
tahu menilai masa dan cara bagi menghargainya . Mereka mempunyai
jadual yang berkesan yang membolehkan mereka memantau kemajuan
tahap penguasaan pelajaran mereka.
5.
STRATEGI BELAJAR. Pelajar berjaya kerana mereka mempunyai
startegi belajar yang berkesan serta teknik belajar yang mantap. Mereka
mengamalkan pelbagai teknik mengingat dan teknik mengambil nota
yang baik. Di samping itu , mereka juga belajar secara berkumpulan.
6.
MENJAGA MASA . Pelajar berjaya tidak membiarkan masanya berlalu
begitu sahaja. Mereka mempunyai jadual harian dan jadual belajar. Jadual
Harian ialah jadual yang digunakan bagi merancang aktiviti seperti
sekolah, tuisyen, ulang kaji, riadah, rehat, tidur, berkawan dan
sebagainya. Jadual belajar pula ialah jadual yang digunakan bagi
merancang pembelajaran anda. Subjek apa yang mahu dipelajari ? Bab
berapa? Berapa lama belajar? Berapa banyak yang mahu dibaca? Dan
sebagainya.
7.
PERGAULAN . Pelajar berjaya berbaik-baik dengan semua orang.
Tetapi mempunyai hanya beberapa orang rakan karib yang berkongsi
matlamat yang sama dan saling membantu antara satu sama lain.
8.
PEMANTAUAN . Pelajar berjaya sentiasa memantau prestasi
akademik mereka dan membuat post-mortem bagi memperbaiki setiap
kelemahan yang ada. Mereka juga tahu apa yang perlu dilakukan setiap
kali ada perkara yang kurang jelas ataupun tidak difahami. Mereka
selesaikan setiap masalah, persoalan dan perkara yang tidak difahami itu
dengan serta merta.
9.
HUBUNGAN BAIK DENGAN GURU. Pelajar berjaya rapat dengan guruguru dan sentiasa tidak segan untuk bertemu dengan mereka bagi
mendapatkan bantuan. Mereka tahu apa yang mahu ditanya dan cara
memanfaatkan khidmat guru-guru yang ada. Namun begitu , mereka tidak
bergantung sepenuhnya kepada guru. Mereka tahu apa yang patut

dilakukan bagi meningkatkan sendiri penguasaan mereka dalam sesuatu


objek.
10. KONSISTEN ATAU ISTIQAMAH. Pelajar berjaya adalah mereka yang
bukannya rajin hari ini tetapi malas esoknya. Hari ini mereka rajin belajar
sehingga mengalahkan Nur Amalina Che Bakri tetape esoknya mlas sekali.
Perasaan rajin dan malasnya naik turun umpama roda. Sebaliknya, pelajar
berjaya adalah mereka yang konsisten atau istiqamah dalam belajar. Buat
sedikit tetapi berterusan . Mereka meletakkan sasaran tertentu. Misalnya,
mahu menghabiskan 10 muka surat setiap hari ataupun menjawab 50
soalan setiap hari. Istiqamah membentuk tabiat dan tabiat pula
membentuk peribadi.
11. PERSISTENT. Pelajar cemerlang tidak mudah berputus asa dan
berpuas hati selagi tidak dapat menyelesaikan masalah ataupun soalan
yang susah serta mencabar minda. Mereka berusaha mendapatkan
jawaannya sama ada dengan bertanya pada guru , merujuk pada kawan ,
membaca buku-buku tambahan dan sebagainya.
12. SANGGUP BERKORBAN . Remaja mana tidak sukan hiburan dan
keseronokan . Tetapi pelajar cemerlang dapat mengekang perasaan
mereka daripada berhibur dan berseronok secara melampau sehingga
menjejaskan pelajaran. Mereka sanggup mengorbankan masa , tenaga ,
wang ringgit dan perasaan . Mereka belajar lebih lama berbanding pelajar
lain, lebih gigih, bersungguh-sungguh, sanggup membelanjakan wang
yang banyak bagi tuisyen dan membeli buku-buku tambahan serta tidak
terlibat engan cinta monyet yang melalaikan.
13. AGAMA NOMBOR SATU. Bagi pelajar beragama Islam , mereka
faham hakikat hidup ini sebagai suatu ibadah. Mereka juga sedar
kepetingannya meminta guru menghalalkan setiap ilmu serta memohon
restu guru dan ibu bapa upaya pelajaran yang diperoleh itu mendapat
keberkatan . Mereka juga menitikberatkan ibadah harian dan sentiasa
berdoa supaya hidup mereka berada dalam rahmat tuhan.

You might also like