You are on page 1of 1

Tn. Hj.

Mohd Hassan Bin Awang Boon,


Timbalan Pengarah,
Bahagian Pembangunan Hal Ehwal Pelajar,
INTEC Education College,
Jalan Senangin Satu, 17/2A, Seksyen 17,
40200 Shah Alam,
SELANGOR DARUL EHSAN
Nabilatasha Binti Mohd Poad,
Setiausaha Persatuan ALevel Fast Track (ALFA),
INTEC Education College,
Jalan Senangin Satu, 17/2A, Seksyen 17,
40200 Shah Alam,
SELANGOR DARUL EHSAN

18 MAC 2014

Tuan,
SURAT CADANGAN PENASIHAT PERSATUAN ALEVEL FAST TRACK (ALFA)
Merujuk perkara di atas, ahli Persatuan ALevel Fast Track (ALFA) ingin mencadangkan
penasihat persatuan ini.
2.
Setelah diadakan mesyuarat persatuan, ahli ALFA sebulat suara mencadangkan
Encik Mohd Nizam Bin Yusli selaku pensyarah Fizik ALFA sebagai penasihat Persatuan
ALevel Fast Track (ALFA).
3.
Tujuan utama ahli-ahli ALFA memilih seterusnya mencadangkan Encik Mohd
Nizam Bin Yusli sebagai penasihat ALFA ialah kerana beliau telah banyak memberi
dorongan dan semangat kepada ahli ALFA untuk berusaha bersungguh-sungguh dalam
mencapai cita-cita iaitu menyambung pelajaran ke luar negara.
4.
Di samping itu, Encik Mohd Nizam Bin Yusli telah bersetuju untuk menjadi
penasihat ALFA berikutan jadual pengajaran yang kurang sibuk dan fleksibel. Hal ini
demikian juga kerana beliau juga telah serasi dengan ahli ALFA dan telah mengajar
dengan sebaiknya.
5.
Oleh itu, ahli ALFA sangat berharap bahawa cadangan ini akan diluluskan oleh
pihak tuan kerana perkara ini amat penting untuk kelancaran persatuan ini.
Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh,
--------------------------------NABILATASHA MOHD POAD,
Setiausaha ALFA

You might also like