You are on page 1of 1

4.

REFLEKSI

Pada 28 September 2013 sekolah saya akan mengadakan pertandingan permainan


tradisional peringkat sekolah yang melibatkan warga sekolah Sk Abang Gesa Belawai
sahaja. Antara objektif utama sukan seperti ini dilancarkan adalah untuk memenuhi
kursus ataupun sukatan pelajaran yang telah dilengkan dalam takwim dalam
matapelajaran

Pengurusan

Dan

Pentadbiran Pendidikan Jasmani

Dan

Sukan

(PJM3112)
Sukan permainan tradisional berbeza daripada kejohanan sukan yang lain. Acara yang
dipertandingkan berupa acara permainan tradisional yang dimainkan pada zaman
dahulu. Antara acara yang dipertandingkan pada kejohanan tersebut adalah seperti
permainan galah panjang dan congkak. Sepintas lalu, pelbagai faedah yang diperolehi
dengan penganjuran kejohanan seperti ini. Antaranya ialah seperti membangkitkan
kembali minat untuk bermain permainan tradisonal serta memperkenalkan permainan
tradisional ini kepada kaum-kaum lain. Dengan aktiviti seperti ini, saya melihat bahawa
walaupun

permainan

seperti

ini

seperti

ketinggalan

zaman,

namun tidak

memerlukan kos yang tinggi kerana bahan-bahan yang digunakan dalam permainan
seperti ini adalah bahan terbuang dan bahan yang mudah didapati di kawasan sekitar.
Selain itu, aktiviti seperti ini membolehkan kaum-kaum lain seperti Masyarakat Cina
dan India merasai sendiri permainan ini. Dengan pengalaman secara langsungseperti
ini mungkin dapat meningkatkan rasa minat mereka untuk bermain permainan seperti
ini pada masa akan datang.

You might also like