You are on page 1of 13

PERCUMA!

Panduan Percuma ini disediakan oleh : Mohd Fairiz aka reezluv


Kunjungi Blog Beliau
ReezluvDesign
Panduan Daftar Paypal 2008
www.reezluvdesign.com/blog

Info Penting!
Hak Edaran :

Adalah dimaklumkan bahawa panduan percuma ini adalah untuk semua dan ianya tidak wajar sekiranya
dijual untuk mendapatkan keuntungan. Anda bebas untuk memberikannya kepada subscriber anda atau
pun menjadikannya sebagai salah satu hadiah kepada pembeli produk anda atau anda bebas
mengirimkannya di laman-laman blog serta laman-laman web atau forum yang anda sertai tanpa tujuan
keuntungan.

Makluman:

Anda adalah dilarang sama sekali untuk mengubah mana-mana info yang terdapat pada panduan
percuma ini dan melakukan apa sahaja sama ada plagiat ataupun menyalin tanpa mendapat izin
daripada penulis sebenar ebook ini.

Penafian :

Segala maklumat, logo serta imej di dalam ebook ini yang berkenaan dengan pengendali third party
account iaitu Paypal.com adalah hak milik sepenuhnya syarikat tersebut dan penulis tiada sebarang
hubungan korporat atau sebagainya. Panduan ini diwujudkan bagi memudahkan mereka yang ingin
mendaftar akaun Paypal dan mendapat tips-tips yang berguna untuk kegunaan mereka untuk
menjalankan bisnes internet yang mereka ceburi.
Panduan Daftar Paypal 2008
www.reezluvdesign.com/blog

Sedikit mengenai Penulis…..

Penulis merupakan seorang anak muda yang mula bergiat dalam dunia bisnes internet ini sejak 1 tahun
yang lalu dan ini merupakan tahun keduanya menceburi dunia bisnes internet. Masih lagi seorang pelajar
dalam jurusan Diploma Multimedia di salah sebuah kolej di Ipoh dan amat berminat dengan bisnes di
internet. Setelah 2 tahun menimba pengalaman dari salah sebuah forum yang amat terkenal dengan
usahawan internet pada ketika itu seperti Alang, Galadriel, Kidino, Bitol, Zul Smart Usaha, Team
SaifulSham dan banyak lagi yang tidak dapat saya nyatakan disini membuatkan penulis terpanggil untuk
membeli domain dan hosting sendiri dan seterusnya melancarkan blog dot com yang pertamanya iaitu
Reezluvdesign yang mana merupakan langkah pertama dalam melakukan bisnes internet ini.

Walau pada mulanya blog tersebut kurang mendapat sambutan, tetapi setelah lebih kurang 2 bulan blog
itu bertapak dan ianya mula membuahkan hasil dimana saya mula bergiat dalam dunia design yang
mana saya cuba dengan sedaya upaya menyerlahkan bakat yang ada untuk membantu para usahawan
internet dalam bidang design. Memang pada mulanya kelemahan yang ada begitu ketara kerana kurang
pengalaman. Tetapi setelah lama bertapak, kini design-design saya sudah pun mendapat tempat
dikalangan pelanggan di luar negara. Kini ReezluvDesign sudah pun mengeluarkan ebooknya yang
pertama iaitu Panduan Buat Logo Versi 1.0 dan bakal mengeluarkan Ebook yang sama tetapi kali ini
versi Affiliate dimana anda boleh mendapat komisen hasil jualan Ebook tersebut.

Minatnya yang mendalam dalam dunia blogging membuatkan beliau tidak pernah jemu dalam berblog.
Pelbagai info menarik dan juga tutorial percuma diberikan kepada pembaca yang inginkan info dalam
bidang Photoshop dan juga basic mengenai Flash dan juga Adobe Illustrator. Lantas beliau
menerbitkan lagi 2 jenis blog yang mempunyai dua niche yang berbeza iaitu IpohMali dan juga
SembangUmum .

Impian beliau adalah ingin menjadi seorang usahawan internet yang berjaya dalam bidangnya dan juga
mendapat perkerjaan yang sesuai sambil melakukan bisnes internet ini dengan jayanya. Diharapkan
segala panduan yang diberikan beliau dapat dimanfaatkan oleh pembaca seterusnya memeriahkan lagi
dunia bisnes internet ini serta mungkin mewujudkan sebuah empayar bisnes internet di Malaysia..siapa
tahu bukan?

Make difference,

Reezluv
Panduan Daftar Paypal 2008
www.reezluvdesign.com/blog

Bagi anda yang masih baru dengan dunia perniagaan internet sudah semestinya sudah biasa mendengar
tentang Paypal iaitu salah satu third party account yang paling besar sekali digunakan di dunia dan telah
ramai yang sudah mencipta jutaan ringgit dengan akaun ini dengan menggunakan pelbagai teknik dan
cara masing-masing. Tetapi masih ramai yang tersilap langkah pada awal untuk mendaftar akaun Paypal
kerana ketiadaan pengalaman dan juga pengetahuan yang lengkap mengenai Bagaimana Daftar
Paypal dengan cara yang betul.

Ok kita mulakan dengan step pertama.Mula-mula sekali anda perlu lah taipkan www.paypal.com untuk
log masuk ke website Paypal dan anda akan dapati paparan website paypal tersebut.Pastikan ada
objek mangga pada sebelah kanan bawah. Itu menunjukkan website ini adalah secure.

Langkah kedua adalah klik pada Sign Up dan anda akan dibawa ke halaman seperti dalam gambarajah:
Panduan Daftar Paypal 2008
www.reezluvdesign.com/blog

Pada page kedua inilah amat penting bagi anda mengetahui apakah jenis akaun yang akan anda pilih
sama ada Personal, Premier atau Business.Satu nasihat dari saya ialah jika anda masih baru dalam
dunia perniagaan internet, pilih lah akaun Personal. Sebelum memilih akaun bacalah dahulu keterangan
yang ada pada setiap akaun tersebut supaya anda tidak terkeliru dan tahu apakah kelebihan pada setiap
akaun.Jika anda memilih akaun personal, anda tidak akan dicaj untuk apa-apa transaksi sama ada
menerima funds atau menghantarnya. Tetapi jika anda merupakan pemegang akaun Premier, anda
akan dikenakan caj tertentu jika anda menerima funds dari akaun paypal yang lain.

Ok..setelah siap anda pilih lah negara anda dan akan keluar lagi satu page untuk anda untuk memilih
jenis akaun.

Pilih akaun Personal dan click Continue


Panduan Daftar Paypal 2008
www.reezluvdesign.com/blog

Bahagian seterusnya adalah amat penting kerana jika anda tersilap memasukkan detail anda atau anda
cuba mahu menipu, makan sukarlah anda untuk verify akaun anda nanti.Kalau boleh isikan detail anda
dengan betul dan jujur seperti mana yang anda isi kan di Debit Card atau Credit Card anda.

Setelah siap mengisikan butir-butir diri anda klik Sign Up.Pastikan anda sudah Klik pada Agree dan baru
tekan butang Sign Up

Kemudian anda akan dibawa ke satu Page lagi untuk memasukkan kredit kad atau Debit kad anda untuk
verify akaun anda.Jika anda masih belum mempunyai kedua-duanya..option adalah gunakan debit kad
kerana ianya lebih mudah dan saya syorkan anda memilih Debit kad dari Public Bank untk verify
akaun.

Jika anda tidak ada kedua-duanya. Klik Cancel.


Panduan Daftar Paypal 2008
www.reezluvdesign.com/blog

Seterusnya adalah untuk confirm registration anda. Anda hanya perlu check email yang anda masukkan
tadi dan click untuk confirm kan registration anda.Setelah anda klik, anda sudah pun mempunyai akaun
paypal anda sendiri..TAHNIAH!

Ok..dapat anda lihat di situ, akaun anda belum lagi verify..tapi bagaimana untuk verify?Tujuan kita verify
adalah supaya anda dapat menggunakan akaun itu dengan sepenuhnya.Unverified user tidak dapat
menghantar fund atau menerima fund dari akaun paypal yang lain..so rugi la kan?

Jadi bagaimana caranya untuk membolehkan anda verify kan akaun anda itu dan memulakan bisnes
internet dengan lebih mendalam lagi?

Jangan risau, saya memberikan anda satu penyelesaian yang amat mudah untuk anda. Anda boleh
download ebook dari Wizurai yang mana beliau memberikan satu panduan yang amat berguna jika
anda ingin verified akaun anda dengan lebih mudah menggunakan debit card.

Download Ebook Panduan Verified Paypal


Panduan Daftar Paypal 2008
www.reezluvdesign.com/blog

Langkah Seterusnya..........

Jadi apakah yang anda perlu lakukan sekiranya anda telah mempunyai akaun paypal?Bagaimana
hendak mendapatkan wang dan juga membolehkan anda menerima fund dari orang lain?Apakah bisnes
yang sesuai untuk saya dan apakah langkah pertama yang perlu saya lakukan?Ok..jangan gelabah..apa
yang anda perlu lakukan adalah bertenang dan jika anda telah pun memilih satu prospek bisnes yang
anda minat..teruskan...

Bagaimana anda dapat menjana wang paypal anda tanpa PRODUK SENDIRI??

Ini merupakan salah satu alternatif yang amat mudah jika anda mempunyai blog atau website.Teknik ini
telah banyak dilakukan oleh ramai Internet Marketer tempatan dan menjana wang sehingga 4 angka
dengan hanya menulis blog.

"Erm..blog? Saya pun ada blog, tapi blogspot je la..maklumlah..FREE je..budget takde".

Anda masih boleh menjana wang walaupun anda hanya memiliki blog free atau pun yang
berbayar.Tetapi apakah kelemahan bagi yang FREE seperti Blogger,Blogdrive,Blogmas dan banyak
lagi di internet?Ya..sudah tentu nama domain..biasanya jika bagi Blogger diakhiri dengan
tajuk.blogspot.com dan bagi Blogmas pula tajuk.blogmas.com.

Tetapi bagi yang ingin mendapatkan blog dengan domain seperti dot com,dot net, dot org dan
sebagainya terdapat banyak keistimewaannya. Ia kelihatan lebih professional bukan?Anda boleh juga
menamakan bisnes anda sendiri seperti Beg.com,Pensel.com,Aiskrim.com atau
sebagainya.Bergantung pada topik apa yang anda ingin tulis.

"Tapi tentu mahal..mesti susah nak buat.."


Panduan Daftar Paypal 2008
www.reezluvdesign.com/blog

Apa yang saya dapat katakan terdapat pelbagai cara yang boleh anda lakukan untuk dapatkan blog dot
com anda sendiri.Caranya amat mudah dan sesiapa sahaja boleh melakukannya dan saya sendiri telah
membuktikannya dengan hanya step yang mudah.Cuba anda lihat seketika link yang terdapat di bawah
dan sudah tentu amat menarik minat anda untuk mendapatkan blog dot com anda sendiri.

Cara Buat Blog Dot Com Sendiri..DISINI!

Blog dah pun siap..tapi apa lagi?

Jika anda mementingkan identiti untuk website anda dan inginkan logo bagi website atau blog anda.
Anda boleh hasilkan sendiri dan juga mengupah designer untuk blog anda itu.Tapi sudah tentu
mahal..upahnya mesti ratusan ringgit.

Oh..salah sama sekali..jika anda mengupah syarikat yang ada secara offline sudah semestinya upahnya
mencapai ratusan atau mungkin ribuan ringgit untuk hasilkan identiti untuk anda. Jika anda berada di
dunia online, logo merupakan amat penting untuk menarik perhatian pelawat membolehkan mereka
mengingati blog anda.

Contohnya cuba anda lihat laman web seperti Technorati,Zookoda,Pando,Google,Yahoo dan


sebagainya..tentu anda dapat mengagak bagaimanakah rupanya logo bagi laman web tersebut
bukan?Jika anda ingin mendapatkan logo yang sekarang ini popular dengan trend 2.0, anda boleh
mengupah designer di ReezluvDesign dengan harga istimewa dengan menggunakan contact form
pada blog tersebut dan menghantar keterangan mengenai logo anda itu.

Jika anda inginkan lagi satu punca bisnes berupa perkhidmatan, anda boleh lah membeli Produk yang
dikeluarkan oleh ReezluvDesign iaitu Panduan Buat Logo

Panduan Buat Logo DISINI

Ok..sudah tahu caranya bukan?

Sekarang anda sudah pun mempunyai blog anda sendiri dan anda ingin menjana wang tanpa produk
anda sendiri. Anda tidak perlu lagi pening kepala untuk mencari bisnes apa la yang perlu diceburi kerana
semuanya sudah berada di depan mata anda.Jika anda membeli pakej Kit Blogger ini sudah tentu anda
dapat info mengenai Affiliate untuk produk ini bukan?

"Affiliate?Apa tu?"
Panduan Daftar Paypal 2008
www.reezluvdesign.com/blog

Affiliate merupakan salah satu teknik bagi internet marketer di seluruh dunia untuk menambahkan lagi
bilangan sales produk mereka dengan membenarkan anda mendaftar sebagai ejen jualan dengan
meletakkan banner,link affliliate dan banyak lagi di blog anda seterusnya anda dapat mendapat komisen
jika jualan itu adalah melalui link affiliate anda.Berapa yang anda dapat?Semuanya bergantung kepada
pihak asal produk tersebut untuk memberikan seberapa banyak komisen yang telah dipersetujui semasa
anda ingin memohon menjadi ejen mereka.

"Apakah saya kena bayar nak jadi ejen?"

Sesetengah produk tidak memerlukan anda membeli produk mereka terlebih dahulu dan ada yang
memberikan secara percuma dan anda bebas untuk promote link affiliate anda dengan apa cara sekali
pun asalkan tidak melanggar syarat yang telah ditetapkan oleh pembekal produk anda.

Apa yang menarik adalah anda tidak perlu pening kepala bagaimana nak setting website atau dimana
nak letakkan file download untuk produk tersebut dan juga tidak perlu risau mengenai support produk
tersebut kerana semuanya tidak menjadi tanggungjawab anda.Anda hanya sebagai ejen, dan anda akan
dapat hasilnya menerusi sales di link affiliate anda.Nah!Anda sudah pun dapat menjana wang hanya
dengan promote produk orang lain tanpa perlu bersusah payah pening kepala mencari produk sendiri
untuk dijual.

Cuba bayangkan jika anda mendapat RM20 bagi setiap komisen dan mendapat 100 jualan
sebulan..RM2000 hanya dengan promote affiliate link dan anda hanya perlu letakkan banner atau
affiliate link untuk menjana wang.MUDAH!

Tetapi itu jika di Malaysia..bagaimana pula mahu mendapatkan affiliate di luar negara?Bolehkah saya
menjadi ahli?Anda mungkin sudah terlupa yang anda sudah pun mempunyai akaun paypal yang sudah
verify dan anda bebas untuk menggunakannya dengan cara yang betul selagi tidak menyalahi
undang-undang yang ditetapkan oleh Paypal.

Jika anda tercari-cari dimana hendak mencari affiliate untuk anda promote, anda boleh mendapatkan
affiliate store yang paling besar di dunia internet dan terdapat dalam pelbagai kategori dan niche. Anda
hanya perlu pilih dan juga anda perlu juga bijak melihat berapakah komisen yang bakal anda dapat jika
anda dapat menjual produk mereka melalui affiliate link atau banner affiliate yang mereka sediakan.

ComissionJunction merupakan tempatnya dan jika anda amat berminat menjana wang di
sana.Silakan dan anda bolehlah melakukan promotion untuk anda mendapat ratusan malah ribuan US
dollar jika anda berjaya menarik pengunjung blog anda untuk membeli produk anda.

Banyak lagi cara yang boleh anda lakukan jika anda ingin mendapatkan wang masuk ke akaun Paypal
anda.Semuanya bergantung kepada anda bagaimana anda ingin memulakan perniagaan internet anda.
Panduan Daftar Paypal 2008
www.reezluvdesign.com/blog

"So..saya sudah ada blog dan saya sudah dapat idea bagaimana nak dapatkan wang dari
internet..tapi bagaimana nak promote blog saya pula dan bagaimana orang dapat lihat blog saya
tu?"

Terdapat pelbagai cara dan juga kaedah untuk anda promote web atau blog anda itu supaya anda orang
ramai dapat mengetahui apakah yang menarik mengenai blog anda itu.Saya akan memberikan
beberapa teknik yang menarik untuk anda promote blog anda.

Teknik SEO(Search Engine Optimization)

Teknik ini merupakan amat popular digunakan oleh ramai pengguna internet khususnya blogger dan
juga para websmaster untuk mempopularkan blog mereka dan seterusnya membolehkan blog atau web
mereka berada pada page pertama di Search Engine dan seterusnya mendapat trafik yang tinggi hasil
carian pengguna di internet.

SEO amat penting bagi Internet Marketer kerana ianya menentukan dimanakah web atau blog mereka di
enjin carian seperti Yahoo atau Google setelah pengguna menaip keyword pada ruangan
Search..Ok..saya tidak akan menerangkan panjang lebar mengenai SEO ini, tetapi jika anda ingin
belajar mengenai SEO dengan lebih mendalam lagi, anda boleh download ebook yang saya berikan
secara percuma kepada anda melalui link download di bawah.

Download Ebook SEO DISINI

Exchange Link

Pertukaran link dengan blog lain juga amat penting. Teknik ini amat mudah dipraktikkan dan juga ianya
berkonsepkan win-win situation dimana anda dapat promote link blog anda dengan lebih mudah hanya
dengan exchange link dengan blog yang anda inginkan.

Sebagai contoh jika anda ingin exchange link dengan webmaster tersebut anda perlulah request pada
pemilik blog tersebut dan biasanya pemilik blog akan meminta keterangan seperti di bawah:

Name:Blog Name
URL:(URL blog anda)

Setelah permintaan anda berjaya, jangan lupa pula meminta keterangan yang sama dari blog yang anda
exchange link itu..
Panduan Daftar Paypal 2008
www.reezluvdesign.com/blog

Forum Signature

Forum signature merupakan teknik yang amat berkesan untuk menarik pengunjung datang ke blog
anda.Jika anda pernah mengunjungi forum seperti WangCyber , Digitalpoint dan banyak lagi dan
mempunyai jumlah pengunjung yang ramai..jadi..jangan segan meletakkan signature anda dengan link
blog anda itu.:)

Tips saya:Letakkan headline yang menarik untuk menarik pengunjung untuk klik pada signature
anda di forum seperti contoh dibawah:

[url=http://reezluvdesign.com/blog]10K Sebulan hanya dengan buat Blog[/url]

hasilnya adalah seperti ini

10K Sebulan hanya dengan buat Blog

Jadi adakah anda sudah jelas bagaimana rasanya hendak mendapatkan wang ke akaun paypal
anda?Dengan akaun paypal anda juga boleh melakukan pembelian online di Ebay atau Amazon serta
banyak lagi shopping online yang membolehkan anda membuat pembayaran melalui Paypal.

Nasihat saya adalah, jika anda ingin mendapatkan wang yang maksimum hasil komisen ke akaun
Paypal anda, anda jangan Upgrade akaun anda ke akaun Premier atau Business akaun terlebih dahulu,
kerana caj yang bakal anda tanggung mungkin membuatkan anda sedikit kecewa jika anda mendapat
komisen yang terlalu kecil...

Rasanya sampai disini sahaja penulisan saya buat kali ini dan saya harap anda sudahpun dapat akaun
Paypal anda dan anda sudah mula menjana wang ke akaun Paypal anda.Sebarkanlah Ebook ini dimana
sahaja yang anda inginkan tetapi AWAS jangan melanggar syarat yang saya telah tetapkan di awal
Ebook ini.

Jadi saya rumuskan di sini untuk menjana wang ke akaun Paypal anda, anda haruslah
mempunyai Akaun Paypal

Register Paypal

Anda juga perlu mempunyai Blog atau website untuk promote.

Cara Buat Blog Dot Com

Dapatkan juga logo 2.0 untuk blog anda

Tempah Logo DISINI

Tidak lupa juga belajar mengenai SEO dan download Ebook yang diberikan..

Ebook SEO DISINI


Panduan Daftar Paypal 2008
www.reezluvdesign.com/blog

You might also like