You are on page 1of 20

Rahsia Menjana Pendapatan Dengan Web Jualan http://panduanweb-advance.

com

Disclaimer & Legal Notice


E-Book ini ditulis berdasarkan pengalaman dan pengetahuan penulis sendiri. Anda dibenarkan
untuk mengedarkan ebook ini kepada orang lain, menjadikan ia sebagai bonus produk anda
dengan syarat isi kandungan ebook ini tidak diubah sama sekali. Walaupun banyak usaha telah
dilakukan untuk memastikan ketepatan maklumat dalam e-book ini, namun maklumat yang
disampaikan tidak dijamin berkesan kepada semua orang kerana maklumat berubah dengan
pantas sejajar dengan kepantasan perubahan teknologi zaman ini. Segala kerugian yang anda
hadapi semasa menggunakan ebook ini haruslah ditanggung sendiri. Gunakan ebook ini atas
risiko anda sendiri.

Ditulis oleh

Bearnerd Bondly
http://panduanweb-advance.com/blog

Muka Surat 1
Rahsia Menjana Pendapatan Dengan Web Jualan http://panduanweb-advance.com

ISI KANDUNGAN

DISCLAIMER & LEGAL NOTICE................................................................ ................... 3

MUKADIMAH................................ ................................................................ .................. 4

6 RAHSIA UNGGUL WEB JUALAN................................ .............................................. 5

Rahsia #1: Produk Yang Hangat................................................................ ............... 5

Rahsia #2: Sales Letter Yang Killer................................................................ .......... 8

Rahsia #3: Grafik Yang Mengancam................................ ................................ ...... 10

Rahsia #4: Sistem Web Jualan Yang Lengkap................................ ...................... 11

Rahsia #5: Strategi Pelancaran Produk ................................ ................................. 14

Rahsia #6: Promosi Berterusan................................................................ .............. 15

PENUTUP ................................................................ ..................................................... 18

IKLAN ................................ ................................................................ ........................... 19

Muka Surat 2
Rahsia Menjana Pendapatan Dengan Web Jualan http://panduanweb-advance.com

DISCLAIMER & LEGAL NOTICE

Ebook Rahsia Buat Duit Dengan Web Jualan adalah percuma dan anda dibenarkan
untuk memberikan ebook ini secara percuma kepada sesiapa sahaja dengan syarat isi
kandungan ebook tidak diubah sama sekali. Penulis tidak akan bertanggung jawab
terhadap sebarang kerugian yang anda alami selepas menggunakan ebook ini.
Gunakan ebook ini atas risiko anda sendiri. Walaupun ebook ini bermanfaat untuk
memberi panduan mengenai perniagaan internet, tetapi kemungkinan isi kandungannya
sudah tidak relevan lagi semasa anda membacanya kerana maklumat berubah dengan
pantas sejajar dengan kepantasan perkembangan teknologi masa kini. Sekiranya anda
ingin menghubungi penulis, sila hantar email ke bearnerd@gmail.com

© HAKCIPTA TERPELIHARA, PanduanWeb Advance Edition 2008

Ditulis oleh: Bearnerd Bondly

Muka Surat 3
Rahsia Menjana Pendapatan Dengan Web Jualan http://panduanweb-advance.com

MUKADIMAH

Salam sejahtera... Terima kasih kerana muat turun ebook ini. Saya percaya bahawa
anda ingin tahu apakah kandungan ebook ini. Siapa yang tidak mahu tahu cara buat
duit kan? Ok anda tidak akan dikecewakan kerana ebook ini menceritakan bagaimana
caranya menjana pendapatan melalui web jualan berdasarkan pengalaman penulis
sendiri. Ia bukan sesuatu yang dibaca daripada buku semata-mata. Walaupun saya
akui bahawa saya juga merujuk ebook dan buku untuk memulakan perniagaan internet,
tetapi teknik sebenar hanya diperolehi melalui pengalaman dan pengamatan saya
sendiri. Dan teknik inilah yang saya percaya berkesan untuk semua orang juga.

Perniagaan internet bukan suatu yang asing lagi pada masa kini. Sudah ramai yang
tahu, malah sudah ramai yang pernah mengikuti kursus-kursus perniagaan internet.
Walaupun begitu, masih ramai lagi yang gagal menjana pendapatan dengan web jualan
kerana menggunakan teknik yang kurang berkesan.

Inilah matlamat saya sekarang iaitu saya ingin mendedahkan kepada anda langkah-
langkah TERPERINCI bagaimana menjana wang melalui web jualan agar anda tidak
akan gagal menguasainya lagi. Saya yakin anda pasti mendapat manfaat daripada
ebook ini, dan jika anda berjaya kelak jangan lupa untuk memberikan ilmu tersebut
kepada orang lain juga.

“Selamat Berjaya”

Ikhlas,
Bearnerd Bondly
BSc. Geoinformatics, UTM Skudai, Johor
http://panduanweb-advance.com
http://panduanweb-advance.com/blog

Muka Surat 4
Rahsia Menjana Pendapatan Dengan Web Jualan http://panduanweb-advance.com

6 RAHSIA UNGGUL WEB JUALAN

Mungkin anda sudah pernah mencuba untuk menjual produk di internet tetapi menemui
kegagalan. Atau mungkin anda belum lagi mencuba sendiri menjual produk di internet.
Tidak kira anda pernah atau tidak menjual produk di internet, 6 rahsia yang bakal
dibongkar dalam ebook ini pasti akan membuka minda dan fikiran anda mengenai
betapa beruntungnya menjual produk di internet melalui web jualan. Walaupun ada
banyak lagi model perniagaan internet yang boleh anda ceburi, tetapi jika tidak ada
“fokus” anda pasti tidak dapat mengecapi hasil yang diingini. Kunci utama kejayaan
perniagaan internet ialah “fokus” terhadap apa yang anda lakukan. Erti kata lain, jika
anda ingin menjual produk melalui web jualan, tumpukan sepenuh masa, tenaga,
fikiran, dan jiwa anda dengan model perniagaan internet ini. Jangan sertai banyak
model perniagaan internet sekaligus kerana ini akan mengganggu tumpuan anda dan
akhirnya tiada hasil langsung. Kenapa perlu fokus? Kerana jika anda buat sesuatu
perkara dengan penuh tumpuan dan usaha, anda dapat belajar dengan cepat dan
berjaya lebih awal. Sila baca ebook ini dengan sepenuh jiwa dan fikiran anda agar
segala perancangan anda dalam perniagaan internet akan menjadi kenyataan. Selamat
berjaya...

Rahsia #1: Produk Yang Hangat

Produk yang hangat ialah produk yang mendapat permintaan di pasaran. Sebagai
contoh, produk melangsingkan badan, alat penjimatan petrol, produk mencantikkan
wajah, dan banyak lagi produk yang terhasil daripada keadaan semasa. Bagaimana
untuk mengetahui produk tersebut mendapat permintaan tinggi di pasaran? Senang
sahaja, mula-mula kenalpasti apakah isu semasa yang sedang hangat diperkatakan.
Sebagai contoh, isu mengenai kenaikan harga minyak petrol. Untuk mengetahui berapa
ramai yang membuat carian mengenai produk berkaitan dengan petrol, buat carian
anda di internet. Anda boleh gunakan Google Trends untuk melihat trend permintaan
produk.

Katakan anda ingin melihat trend permintaan di antara produk petrol dan kebaya. Buat
carian di http://google.com/trends

Muka Surat 5
Rahsia Menjana Pendapatan Dengan Web Jualan http://panduanweb-advance.com

Kemudian klik Regions ialah Malaysia

Berikut adalah trend carian keyword petrol dan kebaya di Malaysia. Perhatikan bahawa
carian bagi keyword petrol (biru) adalah lebih tinggi berbanding keyword kebaya

Muka Surat 6
Rahsia Menjana Pendapatan Dengan Web Jualan http://panduanweb-advance.com

(merah). Ini bermakna produk petrol amat diperlukan kerana ia mendapat carian yang
tinggi di internet.

Satu lagi cara untuk mendapat produk di internet ialah membuat carian di laman web
WordTracker. Pergi ke http://freekeywords.wordtracker.com. Sebagai contoh saya
membuat carian mengenai “acne skin care”.

Muka Surat 7
Rahsia Menjana Pendapatan Dengan Web Jualan http://panduanweb-advance.com

Ini adalah hasil carian bagi keyword tersebut

Lihat keyword “acne skin care” mendapat carian sebanyak 72 kali dalam sehari.
Bermakna dalam sebulan keyword ini mendapat jumlah carian sebanyak 2160 kali. Ini
memberi pentunjuk bahawa produk yang berkaitan dengan “acne skin care” berpotensi
untuk dijual di internet. Inilah produk hangat yang anda perlukan untuk dijual di internet.
Buat seberapa banyak carian mengenai produk hangat sebelum membuat keputusan
mengenai produk apa yang hendak dijual di internet.

Rahsia #2: Sales Letter Yang Killer

Sales letter ialah surat jualan anda kepada pelawat laman web. Ia mengandungi ayat-
ayat yang berupa informasi dan promosi-promosi hebat anda kepada pembaca. Sales
letter yang “killer” ialah surat jualan yang mampu membuatkan pelawat laman web
tertarik dengan produk yang anda jual sehingga memaksa mereka mengeluarkan wang
untuk memberli produk anda. Bagaimana membina sales letter yang killer? 3 daripada 9
kunci utama akan didedahkan iaitu

Mengandungi banyak informasi – pelawat laman web memerlukan informasi


sebelum tertarik dengan produk anda. Informasi ialah maklumat mengenai
masalah-masalah yang dihadapi oleh prospek yang berkaitan dengan produk
yang anda jual.

Testimonial - Jika anda berjaya mendapat komen dan testimonial daripada


seorang yang berkredibiliti tinggi, prospek akan menjadi lebih yakin dengan
produk yang anda jual.

Muka Surat 8
Rahsia Menjana Pendapatan Dengan Web Jualan http://panduanweb-advance.com

Bonus – Berikan bonus kepada prospek jika mereka membeli produk anda.
Nyatakan nilai bonus-bonus tersebut agar prospek berasa amat beruntung
mendapat produk anda.

Satu cara mencipta sales letter yang baik ialah, kaji dan tiru cara orang lain buat. Pergi
ke http://clickbank.com/marketplace.htm dan taip keyword produk yang anda ingin cari.
Ada berpuluh ribu produk dijual di clickbank. Tiru cara penulisan sales letter mereka di
sini.

Taip keyword anda di ruangan Keywords

Kemudian klik pada link

Kaji bagaimana cara penulisan sales letter mereka. Buat perbandingan dengan 2 atau 3
sales letter lain.

Muka Surat 9
Rahsia Menjana Pendapatan Dengan Web Jualan http://panduanweb-advance.com

Rahsia #3: Grafik Yang Mengancam

Web jualan yang menggunakan grafik yang mengancam atau mempesonakan terbukti
mampu menarik ramai pembeli. Grafik yang menarik menunjukkan profesionalisme
anda dan anda dianggap serius dalam perniagaan yang anda lakukan. Bandingkan 2
web jualan di bawah, yang mana anda rasakan menarik dan professional?

Grafik Biasa

Grafik Mengancam

Sememangnya terbukti bahawa grafik hebat menggambarkan produk yang hebat. Jadi
jangan alang-alang membina web jualan. Mintalah grafik designer mencipta grafik web
yang professional untuk anda. Jika anda tahu mencipta grafik profiessional, ini adalah
satu kelebihan buat anda.

Muka Surat 10
Rahsia Menjana Pendapatan Dengan Web Jualan http://panduanweb-advance.com

Rahsia #4: Sistem Web Jualan Yang Lengkap

Sistem web jualan yang saya maksudkan di sini ialah seperti borang opt-in, borang
contact, borang pembelian, dan sistem affiliate. Jika web jualan anda memiliki kesemua
yang disebutkan ini, web jualan anda adalah profesional dan lengkap.

Borang Opt-In

Anda memerlukan borang ini untuk mengutip email pelawat. Kenapa perlu
mendapatkan email pelawat? Kerana merekalah prospek produk anda. mereka
sanggup memberi email kepada anda kerana berminat dengan produk yang anda
tawarkan. Anda hanya perlu hantar mesej follow-up bagi mengingatkan mereka tentang
tawaran hebat produk anda. Contoh borang opt-in ialah

Bagaimana membina borang opt-in? Anda perlukan perkhidmatan autoresponder sama


ada berbayar atau percuma atau memasang sendiri skrip autoresponder percuma.

Autoresponder Berbayar

GetResponse – Yuran bulanan ialah serendah RM60 sebulan. Layari


http://getresponse.com untuk maklumat lanjut. Selepas mendaftar, anda hanya perlu
copy dan paste kod html ke laman web anda untuk membina borang opt-in.

Aweber – Yuran bulanan serendah RM65 sebulan. Layari http://aweber.com untuk


maklumat lanjut.

Muka Surat 11
Rahsia Menjana Pendapatan Dengan Web Jualan http://panduanweb-advance.com

EmailAces – Yuran bulanan serendah RM30 sebulan. Harga terbaik untuk memulakan
kempen web jualan. Layari http://emailaces.com untuk maklumat lanjut

Autoresponder Percuma

FreeAutobot – anda boleh mencuba perkhidmatan autoresponder percuma ini. Ia amat


mudah digunakan dan percuma. Walaubagaimanapun, perkhidmatan autoresponder ini
tidak digalakkan untuk jangka masa yang panjang kerana penghantaran email tidak
dijamin 100%. Layari http://freeautobot.com untuk maklumat lanjut.

SendFree – satu lagi autoresponder percuma yang boleh digunakan untuk tujuan
percubaan. Tidak digalakkan untuk jangka masa panjang. Layari http://sendfree.com
untuk maklumat lanjut.

Skrip Autoresponder Percuma

Skrip percuma ini boleh digunakan untuk tujuan borang opt-in anda. Tetapi anda
memerlukan pengetahuan dalam pemasangan skrip php di server hosting anda.
Mungkin agak sukar dipasang jika anda langsung tidak tahu mengenai cpanel, dan
sedikit asas php. Anda boleh download skrip percuma ini di
http://daniberg.com/aar.php.

Borang Contact

Borang contact ialah satu borang khas untuk diisi oleh pelanggan atau prospek produk
anda apabila ingin bertanya sesuatu. Borang ini sebenarnya hanya memudahkan
pelawat sahaja. Tetapi adalah baik jika anda dapat sediakan borang ini agar prospek
dapat menghubungi anda dengan segera jika ingin bertanyakan sesuatu. Jika anda
hanya berikan email, kemungkinan prospek lupa untuk bertanya selepas keluar
daripada laman web anda.

Contoh borang contact ialah

Muka Surat 12
Rahsia Menjana Pendapatan Dengan Web Jualan http://panduanweb-advance.com

Di mana hendak dapatkan skrip php bagi borang contact? Anda boleh layari
http://www.emailmeform.com/ untuk muat turun perisian percuma mereka. Ia sungguh
mudah digunakan.

Borang Pembelian

Borang Pembelian atau juga dikenali sebagai borang pengesahan pembelian ialah
borang yang diisi oleh pembeli selepas membuat bayaran produk anda. Tujuan borang
pengesahan pembelian ini ialah untuk memaklumkan kepada admin laman web
bahawa seseorang telah membuat pembayaran dan admin perlu periksa dan sahkan
bayaran tersebut. Anda boleh gunakan perisian yang sama yang dimuat turun di
http://www.emailmeform.com untuk membina borang pengesahan pembelian. Di bawah
ialah contoh borang pengesahan pembelian

Muka Surat 13
Rahsia Menjana Pendapatan Dengan Web Jualan http://panduanweb-advance.com

Sistem Affiliate

Sistem affiliate ialah program yang dipasang di web jualan anda. Ia terpulang kepada
anda jika ingin memasang sistem affiliate. Sistem affiliate akan memberikan peluang
pendapatan kepada ahli affiliate yang mempromosikan produk anda. Maknanya, setiap
jualan yang dilakukan oleh ahli affiliate akan dibayar melalui komisen secara mingguan
atau bulanan. Anda boleh menyewa sistem affiliate ataupun memasang skrip percuma.
Jika anda menyewa sistem affiliate, perkhidmatan yang anda terima adalah lebih
advance dan efektif. Skrip affiliate percuma hanya dapat membantu mengesan jualan
affiliate dan menguruskan pembayaran dan tidak ada ciri-ciri advance.
Walaubagaimanapun, skrip affiliate percuma ini tetap berguna dan boleh digunapakai
untuk kempen web jualan anda.

Download skrip affiliate percuma di sini. Anda perlu memasang skrip ini sendiri.
Panduan pemasangan juga disediakan tetapi dalam bahasa inggeris.

http://www.qualityunit.com/postaffiliate/

Jika anda rasa ingin menggunakan perkhidmatan berbayar, saya sarankan anda
menggunakan iDevAffiliate di

http://www.idevdirect.com/idevaffiliate.php

Rahsia #5: Strategi Pelancaran Produk

Inilah rahsia mendapat jualan yang tinggi selepas web jualan anda telah siap. Ambil
masa 1 atau 2 minggu untuk promosi pelancaran produk. Ada bebera teknik untuk
melancarkan produk iaitu

Produk Percuma

1 minggu sebelum pelancaran, berikan produk percuma kepada pelawat laman web di
samping menyampaikan berita mengenai pelancaran produk anda. contoh produk
percuma ialah ebook. Berikan ebook percuma kepada pelawat agar mereka kenal
dengan laman web dan perkhidmatan atau produk anda.

Joint-Venture

Joint venture ialah kerjasama di antara anda dengan webmaster laman web lain.
Hubungi mereka dan tawarkan komisen bagi setiap produk yang berjaya dijual melalui
promosi rakan jv anda. Teknik jv mampu meledakkan jualan produk anda.

Muka Surat 14
Rahsia Menjana Pendapatan Dengan Web Jualan http://panduanweb-advance.com

Promosi Pra-Pelancaran

Teknik ini ialah melalui pengiklanan di laman web popular seperti berita harian,
lelong.com.my, wangcyber.com, google adwords dan sebagainya. 1 minggu sebelum
pelancaran, lakukan promosi di laman web ini untuk mendapat trafik. Mereka yang
berminat pasti akan melanggan newsletter anda untuk menantikan berita hari
pelancaran.

Apabila mendapat email prospek daripada hasil promosi ini, hantar email kepada
mereka setiap selang 2 hari untuk mengingatkan tentang pelancaran ini.

Kupon Diskaun & Harga Promosi

Satu lagi cara mempromosi produk anda untuk pelancaran ialah menggunakan kupon
diskaun. Anda juga boleh letakkan harga promosi untuk 1 minggu pelancaran sahaja
supaya ramai yang berlumba-lumba membeli produk anda semasa minggu pelancaran.

Rahsia #6: Promosi Berterusan

Perniagaan internet anda hanya akan “hidup” jika adanya promosi berterusan. Selepas
tamat 1 minggu pelancaran ebook, anda mungkin telah naikkan harga produk kepada
harga asal. Walaubagaimanapun, untuk mengekalkan web jualan yang sentiasa ada
pembeli, anda harus mengambil langkah mempromosikan web jualan secara
berterusan. Ada banyak cara promosi yang boleh digunakan.

Iklan Classified

Masuklah ke laman-laman classified dan tempah iklan panas mereka untuk 1 bulan.
Harga hanya dalam lingkungan RM15 ke RM20 sebulan. Contoh laman classified ialah
www.freeiklan.com, www.iklanfree.com, www.iklanpercuma.com,
www.classified.cari.com.my, www.bestiklan.com, www.iklan101.com,
www.iklaniaga.com.

Laman Web Popular

Mengiklan di laman web popular dapat menjanjikan trafik yang tinggi. Berita harian
mendapat pelawat unik sebanyak 40,000 setiap hari. Dan kadar iklan teks yang
ditawarkan cukup murah iaitu Cuma RM150 seminggu. Laman web lain seperti
lelong.com.my juga bagus untuk iklan. Tempah iklan sidebar di muka hadapan Cuma

Muka Surat 15
Rahsia Menjana Pendapatan Dengan Web Jualan http://panduanweb-advance.com

RM35 seminggu dan trafik yang diterima memang banyak. Selain itu, wangcyber.com
juga dapat dijadikan pilihan baik untuk mengiklan.

Blog

Blog dapat menaikkan kredibiliti anda sebagai penjual. Bina blog peribadi anda dan
gunakan kuasa blog untuk tarik pelawat membeli produk anda. blog percuma boleh
dibina menggunakan Blogger.Com atau Wordpres.Com. Jika anda seorang advance
blogger, anda mungkin menyukai blog dengan domain name sendiri. Itu lebih bagus
kerana ia mampu menjadikan anda lebih professional. Cipta blog untuk diri sendiri dan
tarik lebih ramai pembeli.

Forum

Jika anda aktif dalam forum, gunakan kesempatan ini untuk mempromosikan produk
terbaru anda. Caranya ialah letakkan signature di bawah nama anda seperti di bawah.
Dengan adanya signature, anda akan mendapat trafik apabila seseorang membaca
post anda.

Signature Email

Satu lagi cara ialah signature email. Ramai orang mengabaikan cara yang penting ini.
Jika anda memasang signature di setiap email yang dihantar, anda sebenarnya
mempromosikan produk anda kepada rakan dan mereka yang mendapat email anda
secara halus.

Muka Surat 16
Rahsia Menjana Pendapatan Dengan Web Jualan http://panduanweb-advance.com

Muka Surat 17
Rahsia Menjana Pendapatan Dengan Web Jualan http://panduanweb-advance.com

PENUTUP
Diharap dengan adanya ebook ini, anda mendapat idea dan suntikan semangat dalam
membina web jualan. Web jualan adalah sumber pendapatan yang baik jika anda tahu
menguruskannya. Lakukan cara profesional untuk menerima pulangan pendapatan
yang tinggi. Tiada jalan pintas untuk menjana pendapatan sampingan yang lumayan
dengan web jualan. Anda perlu berusaha dan mengaplikasikan 6 rahsia yang telah
didedahkan kepada anda. Semoga anda berjaya dan hubungi saya selalu untuk
mendapat tips dan khidmat nasihat.

“To Your Success”

Ikhlas,
Bearnerd Bondly
http://panduanweb-advance.com
http://abohsoft.blogspot.com

Muka Surat 18
Rahsia Menjana Pendapatan Dengan Web Jualan http://panduanweb-advance.com

IKLAN
Memperkenalkan sebuah pakej membina web jualan versi ADVANCE...

PAKEJ PANDUANWEB ADVANCE EDITION

Merangkumi Banyak Topik Utama Untuk Menguasai Web Jualan

FORMULA MEMILIH PRODUK


 Bagaimana memilih produk
 Bagaimana membuat kajian saingan
 Bagaimana menulis ebook

RAHSIA MENULIS SALES LETTER


 9 blok utama sales letter
 Tips rahsia menulis sales letter

MEMBINA GRAFIK LAMAN WEB


 Bagaimana membina imej header, footer, dan background
 Bagaimana membina butang Buy Now
 Bagaimana membina ecover

MEMBINA WEB JUALAN – BAHAGIAN I


 Membeli domain dan hosting
 Mengedit layout web jualan
 Memasang borang order

Muka Surat 19
Rahsia Menjana Pendapatan Dengan Web Jualan http://panduanweb-advance.com

 Memasang sistem affiliate


 Memasang borang opt-in
 Memasang borang contact

MEMBINA WEB JUALAN – BAHAGIAN II


 Menggunakan PayPal
 Membina download page
 Muat naik fail ke hosting
 Membina webmail
 Menggunakan Outlook Express
 Menggunakan Gmail untuk “fetch” email

STRATEGI PELANCARAN EBOOK


 Mengedar ebook percuma
 Buat JV dengan internet marketer lain
 Promosi sebelum pelancaran

PROMOSI BERTERUSAN
 Promosi di laman web popular
 Promosi melalui google adwords
 Email marketing
 Promosi-promosi percuma

Termasuk Video Tutorial!

Produk Terbaik Untuk Newbi Perniagaan Internet

Layari http://panduanweb-advance.com sekarang untuk maklumat lanjut!

Muka Surat 20

You might also like