You are on page 1of 3

UNTA MUKJIZAT

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon cemara;
Assalammualaikum mulanya kata,
Saya mulakan pembuka bicara.
Beratus-ratus tahun setelah kaum Ad musnah, negeri mereka menjadi subur kembali dan
didiami oleh sebuah kaum yang baru bernama Tsamud. Kaum Tsamud bekerja keras
membangun peradaban di daerah bernama Hijr.
Di tengah tengah kurniaan kekayaan yang melimpah ruah, Allah telah mengutus Nabi Salleh
iaitu Putra Ubaid bin Jabir bin Samud dan merupakan keturunan keenam Nabi Nuh. Nabi
Salleh terkenal dengan sifatnya yang bijaksana, rendah diri dan ramah dalam pergaulannya.
Dengan sifatnya yang terpuji,Nabi Salleh sentiasa menyeru kaumnya menyembah ALLAH
yang Esa namun tidak diendahkan dan mereka berterusan mendurhakai Allah Swt. dengan
menyembah berhala. Seharusnya mereka bersyukur akan nikmat dan kelebihan yang
dianugerahkan Allah kepada mereka dengan beriman dan menyembah Allah.
Dalil : hud 61
Nabi Salleh berterusan dalam mengajak kaumnya mengikuti jalan yang benar dan
meninggalkan penyembahan patung, maksiat dan dosa. Nabi Salleh yang dahulunya
dihormati mula diejek dan dicemuh kerana kaumnya tidak mahu menerima kebenaran dan
meragui kerasulan Nabi Salleh.
Jika benar engkau seorang utusan
Jika benar engkau seorang pembawa kebenaran

Maka hadirkanlah bukti kerasulan


Selepas itu barulah kami menyahut seruan

Nabi Salleh memohon kepada Allah agar dikurniakan mukjizat bagi membuktikan
kerasulannya.
Pada suatu hari yang dijanjikan maka kaum tsamud keluar beramai-ramai ke arah sebuah
bukit. Tiba tiba muncul seekor unta yang sangat besar dari celahan batu di hadapan mereka
sambil mengeluarkan bunyi yang kuat. Sesungguhnya Allah maha berkuasa di atas tiap tiap
sesuatu.
-Al-syuara 155
Maka hiduplah Unta mukjizat yang sentiasa mengeluarkan susu tanpa henti dengan syarat
mereka membenarkan unta tersebut minum di perigi secara bergilir. Giliran ini sebagai adab
sesama makhluk kerana haiwan juga makhluk ciptaan Allah yang mempunyai hak.
-Al-araf 73-76
Pengikut Nabi Soleh bersyukur dengan peristiwa itu manakala mereka yang menolaknya
berasa amat marah dan masih tidak percaya.
Baginda berkata : unta ini adalah tanda kebesaran Allah, janganlah kamu menyakitinya,
nanti kamu akan ditimpa azab yang pedih
Setelah kemunculan unta mukjizat tersebut, semakin ramai orang miskin yang beriman, ini
menyebabkan kemarahan kaum Tsamud yang lain sehingga mereka merancang untuk
membunuh unta mukjizat.

Perancangan jahat mereka untuk membunuh unta mukjizat dilaksanakan dan dengan
angkuhnya mereka mencabar agar diturunkan azab ke atas mereka.
-as syuara 156
-al-araf 77-78
Nabi soleh merasa dukacita di atas perlakuan kaumnya yang melampau itu. Baginda
mengingatkan bahawa azab akan diturunkan setelah tiga hari. Nabi soleh dan pengikutnya
yang beriman meninggalkan negeri tersebut.
Setelah tiga hari, kaum tsamud ditimpa suara yang kuat yang menyebabkan gempa bumi.
Mereka mati dalam keadaan yang ngeri akibat perbuatan mereka sendiri. Manakala nabi
solih dan pengikutnya yang beriman terselamat daripada azab tersebut.
Sesungguhnya Allah maha berkuasa menyelamatkan dan membinasakan sesuatu.
-fussilat 17
-al dzariyat 44

PENUTUP
Bunga dedap di atas para,
anak emas pasang pelita;
moga bermanfaat tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

You might also like