You are on page 1of 10

No.

Siri
No. Fail
Pindaan

: BK 4/13
: JPA(BKP)548/1/12
: 00/2009

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM


MALAYSIA
PANDUAN RAYUAN KENAIKAN PANGKAT

BAHAGIAN PERKHIDMATAN

JPA PENERAJU PERUBAHAN PERKHIDMATAN AWAM

PANDUAN RAYUAN KENAIKAN PANGKAT

JPA

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

Kata-kata Aluan
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Malaysia
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah rahmat dan inayahNya, maka Buku Panduan JPA Edisi Keempat dapat diterbitkan
sebagai satu usaha murni ke arah meningkatkan sistem
penyampaian perkhidmatan.
Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) yang dibentangkan oleh
Y.A.B. Perdana Menteri meletakkan harapan yang tinggi terhadap
keupayaan perkhidmatan awam sebagai penggerak kemajuan
negara. Ia dizahirkan melalui teras kedua dan kelima RMK-9 yang
menekankan aspek modal insan yang berminda kelas pertama dan
meningkatkan keupayaan organisasi.
Realitinya, persekitaran perkhidmatan awam tidak lagi seperti biasa.
Justeru, JPA perlu terus relevan melaksanakan peranan untuk
menjelmakan manifestasi stakeholders kepada rakyat. JPA harus
sentiasa mengamalkan prinsip kaizen bagi memastikan
perkhidmatan yang disampaikan adalah berkualiti dan melangkaui
kebiasaan.
Saya berharap agar semua usaha JPA dapat diterjemahkan melalui
penerbitan Buku Panduan JPA Edisi Keempat ini. Semoga dengan
penerbitan Buku Panduan JPA, segala urusan antara pelanggan
dengan JPA dapat dipermudahkan dan dipercepatkan.
Sekian, terima kasih.

(TAN SRI ISMAIL ADAM)

PANDUAN RAYUAN KENAIKAN PANGKAT


PENDAHULUAN
1. Pegawai yang terkilan dengan keputusan Lembaga Kenaikan
Pangkat boleh merayu kepada Lembaga Rayuan Kenaikan
Pangkat yang berkenaan dalam tempoh 30 hari dari tarikh
pegawai menerima surat keputusan kenaikan pangkat tersebut.
2. Rayuan hendaklah dibuat secara bertulis dan dihantar kepada
Pengerusi Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat melalui
Pengerusi Lembaga Kenaikan Pangkat.
KUASA YANG MELULUSKAN
Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat yang berkenaan.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
1. Rayuan Kenaikan pangkat / Pemangkuan Kumpulan
Pengurusan dan Prfesioanal
i) Surat rayuan pegawai.
ii) Surat pengesahan penerimaan rayuan oleh Ketua
Jabatan.
iii) Format 13 yang mengandungi ringkasan maklumat
perkhidmatan pegawai.
iv) Salinan Kenyataan Perkhidmatan.

2.

Rayuan Kenaikan pangkat / Pemangkuan Kumpulan


Sokongan

i.

Surat rayuan pegawai

ii.

pengesahan penerimaan rayuan oleh Ketua Jabatan.

iii.

Ulasan Pengerusi Lembaga Naik Pangkat.

iv.

Salinan kertas urusan kenaikan pangkat.

v.

Salinan Minit Mesyuarat Lembaga Kenaikan Pangkat.

vi.

Salinan Kenyataan Perkhidmatan.

PROSES KERJA
1.

Rayuan Kenaikan pangkat / Pemangkuan Kumpulan


Pengurusan dan Prfesioanal

i.

Urus setia menerima surat rayuan pegawai


dipanjangkan oleh Kementerian / Jabatan.

ii.

Mengemukakan surat aku terima kepada ketua jabatan /


pegawai.

iii.

Urus setia menyemak maklumat yang dikemukakan.

iv.

Urus setia mendapatkan maklumat tambahan daripada


ketua jabatan / pegawai yang merayu jika berkenaan.

v.

menyediakan kertas ulasan untuk kelulusan Pengerusi


Lembaga Kenaikan Pangkat (LKPPA).

vi.

Mengemukakan kertas ulasan kepada urus setia


Mesyuarat Mingguan Dengan Y. Bhg. Tan Sri KSN untuk
kelulusan pengerusi LKPPA.

yang

vii) Mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan Kenaikan


Pangkat mengandungi maklumat berikut- Surat Rayuan pegawai;
- Format 13;
- Ulasan Pengerusi Lembaga Kenaikan Pangkat;
- Kertas urusan naik pangkat yang berkenaan (beserta
maklumat kekosongan jawatan dan maklumat pegawai
yang dipertimbangkan);
- Minit Mesyuarat Lembaga Kenaikan Pangkat;dan
- Salinan Kenyataan Perkhidmatan Pegawai.
viii) Menerima keputusan rayuan pegawai daripada
Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat.
ix) Keputusan Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat
disampaikan kepada perayu melalui Ketua Jabatan.

2. Rayuan Kenaikan pangkat / Pemangkuan Kumpulan


Sokongan
i) Urus setia menerima surat rayuan pegawai yang
dipanjangkan oleh Kementerian / Jabatan.
ii) Mengemukakan surat aku terima kepada ketua jabatan /
pegawai.
iii) Urus setia menyemak maklumat yang dikemukakan.
iv) Urus setia menyediakan kertas untuk pertimbangan.
Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat (LRKP)
v) Menetapkan tarikh mesyuarat dengan pengerusi.

vi)

Mengedarkan kertas rayuan kepada ahli-ahli Lembaga Rayuan


menimbangkan kertas rayuan.

vii)

Mesyuarat Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat

viii) Menyediakan minit mesyuarat


ix)

Keputusan lembaga disampaikan kepada perayu melalui Ketua


Jabatan.

CARTA ALIRAN KERJA


1.

Rayuan Kenaikan pangkat / Pemangkuan Kumpulan


Pengurusan dan Profesioanal

Urus setia terima surat rayuan


beserta dokumen lengkap daripada
Ketua Jabatan
Urus setia mengeluarkan surat aku
terima dan semak dokumen

Maklumat
tidak
lengkap

Maklumat lengkap

Dapatkan
maklumat
tambahan

Urus setia kaji rayuan dan sediakan


kertas untuk ulasan pengerusi
LKPPA
Tidak setuju

Buat
pembetula
n
Rayuan
ditolak

Dapatkan ulasan pengerusi LKPPA


Setuju
Kepada Lembaga Rayuan
Kenaikan Pangkat
Rayuan diterima
Keputusan Lembaga Rayuan
diterima

Keputusan disampaikan kepada


pegawai melalui ketua jabatan

CARTA ALIRAN KERJA


2.

Rayuan Kenaikan pangkat / Pemangkuan Kumpulan


Sokongan

Urus setia terima surat rayuan


beserta dokumen lengkap daripada
Ketua Jabatan
Urus setia mengeluarkan surat
akuan terima dan semak dokumen

Maklumat
tidak
lengkap

Maklumat lengkap
Urus setia kaji rayuan dan sediakan
kertas untuk Lembaga Rayuan
Kenaikan Pangkat

Dapatkan
maklumat
tambaha
n

Dapatkan tarikh mesyuarat daripada pengerusi

Rayuan
ditolak

Mengedarkan kertas kepada ahli


Lembaga Rayuan Kenaikan
Pangkat
Mesyuarat Lembaga Rayuan
Kenaikan Pangkat
Rayuan diterima
Keputusan disampaikan
kepada Pegawai melalui ketua
jabatan

PERTANYAAN

Sebarang kemusykilan dan pertanyaan sila hubungi alamat berikut :

Bahagian Perkhidmatan
Aras 6-7, Blok C2, Kompleks C
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 Putrajaya

Tel : 03-88854000/ 8602/ 4107/ 4112/ 4113/ 4114/ 4761


Fax : 03-88892202

You might also like