You are on page 1of 6

Pengenalan

Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, terdapat lima keberhasilan bagi


sistem pendidikan Malaysia secara keseluruhan, iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan, dan
kecekapan (Ekshibit 7). Keberhasilan yang ditetapkan ini adalah selari dengan aspirasi yang
turut disuarakan oleh peserta semasa Dialog Nasional dan setanding juga dengan keberhasilan
yang ditetapkan oleh sistem pendidikan berprestasi tinggi yang lain. Tindakan bagi
merealisasikan lima aspirasi berkenaan adalah penting, dan tidak ada inisiatif dalam manamana aspek berkenaan yang boleh menjejaskan atau menghalang kemajuan yang
lainnya..Untuk mencapai objektif dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia,
keberhasilan keempat harus ditekankan, iaitu perpaduan. Hal ini kerana melalui interaksi
bersama murid lain daripada pelbagai latar belakang sosioekonomi, agama dan etnik, murid
akan belajar memahami, menerima dan menghayati perbezaan. Keadaan ini mewujudkan
suatu perkongsian pengalaman dan aspirasi bagi membina masa hadapan Malaysia.
Kementerian berhasrat menjana suatu sistem pendidikan yang memberi peluang kepada murid
berkongsi pengalaman dan aspirasi demi membentuk dan memperkukuhkan lagi asas
perpaduan rakyat Malaysia.
Integrasi dan perpaduan kaum yang ingin dicapai oleh kerajaan melalui Dasar
Pendidikan berdepan dengan cabaran dan halangan yang besar. Salah satu cabaran utama
untuk mencapai perpaduan kaum ini ialah aspek dalaman iaitu perbezaan bahasa, kebudayaan,
kepercayaan dan keturunan yang mempengaruhi sikap dan nilai sesuatu kaum. Perbezaan ini
menyebabkan setiap kaum di negara ini sukar untuk menerima perubahan yang ingin
dilaksanakan oleh kerajaan dalam dasar pendidikan, kerana pada sangkaan mereka ia
melibatkan penerimaan dan pengorbanan iaitu mereka terpaksa menerima unsur kaum lain dan
mengorbankan unsur kaum sendiri. Situasi sebegini pasti akan mendapat tentangan daripada
pelbagai kaum kerana unsur keturunan, kepercayaan, budaya dan bahasa sudah menebal
dalam kaum masing-masing.
Sehubungan ini, perpaduan dalam kalangan pelbagai etnik di negara kita haruslah
dikekalkan untuk menjamin keselamatan negara agar kemerdekaan yang kita kecapi sekarang
ini berkekalan .Hal ini adalah untuk mengelakkan berulangnya perkara yang tidak diingini
seperti rusuhan kaum pada 13 mei 1969 yang telah berlaku di negara kita. Kesan daripada
rusuhan ini kita dapat lihat betapa ramai masyarakat negara kita yang mati dalam peristiwa
berdarah ini.

Oleh itu, perpaduan penting agar kejadian yang sama tidak akan berulang. Dalam
nada yang sama kita akan dapat mengekalkan kestabilan politik jika kejadian rusuhan kaum ini
dapat dielakkan oleh semua anggota masyarakat yang memiliki semangat nasionalisme dan
patriotik yang tinggi. Antara langkah-langkah untuk mengukuhkan bagi perpaduan dalam
kalangan murid adalah seperti berikut:
2.0 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Melalui keberhasilan kelima, iaitu integrasi dan perpaduan.pihak kerajaan telah
melaksanakan beberapa kempen dan program yang mampu mengekal dan memantapkan
perpaduan kaum di negara ini. Pelan Tindakan Perpaduan & Integrasi Nasional telah dirancang
oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Ia merupakan rancangan lima tahun
iaitu dari 2005-2010 yang merancang pelbagai usaha untuk memupuk dan mempertingkatkan
perpaduan dan integrasi nasional. Pelan ini mengandungi pelbagai strategi yang dirancang dari
pelabagai aspek seperti strategi politik, ekonomi, pendidikan, penggunaan Bahasa
Kebangsaan, Agama, Kebudayaan, Integrasi Wilayah, Keselamatan, Pembangunan Kawasan,
Penggunaan Tenaga Manusia, Media Massa, Kesukanan, Pemasyarakatan Perpaduan,
Pertubuhan Sukarela, Penyelidikan Dan Penerbitan Bahan Bacaan, Pemantauan Isu-isu
Semasa dan Konflik, Penubuhan Panel Penasihat Perpaduan Negara (PANEL) dan
Jawatankuasa Penasihat Perpaduan Peringkat Negeri (JKPPN), program dan aktiviti
perpaduan, Sekolah Wawasan dan Program Latihan Khidmat Negara. Kesemua program, pelan
dan aktiviti yang dirancang telah dijalankan dengan bertujuan supaya masyarakat dapat
melibatkan diri dan memupuk hubungan etnik yang erat antara rakyat di negara ini.
Selain itu, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan
program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) sejak tahun 1986. Program ini
pada awalnya telah dilaksanakan di peringkat sekolah rendah dan kini diperluaskan ke semua
sekolah rendah dan menengah pada tahun 2005. KPM memandang berat akan pentingnya
dijalin hubungan yang rapat antara murid pelbagai kaum di sekolah supaya wujud kesefahaman
dan perpaduan antara mereka. Dengan adanya persefahaman dan berbaik sangka maka akan
timbul suasana hormat-menghormati terhadap agama, budaya dan adapt resam sesuatu kaum
dengan kaum yang lain. KPM menyediakan peluang kepada murid pelbagai kaum untuk
bergaul mesra secara sedar dan terancang. Proses perpaduan ini dapat dipupuk dan dibina
agar semangat tersebut dapat diamalkan dalam masyarakat. Usaha ini dijana semula kea rah
merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia hidup bersatu padu dan

harmoni.Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah lawatan sambil belajar, kursus motivasi, kem
perpaduan , sambutan hari perayaan , pameran kebudyaan dan persembahan pentas.
Sekiranya isu ini diperinci secara mendalam, kerajaan hendak mewajibkan remaja yang
berumur 17 tahun ke atas menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Modul
kenegaraan PLKN sememangnya bertujuan untuk melahirkan semangat perpaduan dalam
sanubari remaja daripada masyarakat majmuk yang merupakan bakal pemimpin negara.
Selaras dengan modul kenegaraan, para remaja berbilang kaum berpeluang untuk
bekerjasama bagai aur dengan tebing dan seterusnya perpaduan dapat disemai melalui aktivitiaktiviti berkumpulan yang dilaksanakan dalam PLKN. Sesungguhnya, tidak dapat disangkal
bahawa PLKN turut memainkan peranan dominan dalam iltizam membentuk perpaduan kaum.
Di samping itu, perpaduan kaum juga dapat dipupuk melalui aktiviti kemasyarakatan
yang memerlukan setiap kaum mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Cara
ini dapat memupuk semangat kerjasama dan saling membantu antara satu sama lain dengan
menghapuskan sikap mementingkan diri yang tertanam di dalam jiwa masyarakat kini. Namun,
sikap negative masyarakat terutamanya masyarakat yang duduk di bandar yang hanya bekerja
tidak tentu masa dan melakukan kerja sendiri menyebabkan usaha memupuk semangat
perpaduan sukar untuk diterapkan. Aktiviti memperteguh jalinan kemesraan harus dijalinkan
seperti aktiviti gotong royong yang memerlukan sumbangan setiap pihak untuk menjayakan
aktiviti tersebut supaya perpaduan secara maksimum dapat dilahirkan. Pendek kata, aktiviti
kemasyarakatan dapat menjadi wadah yang terbaik bagi memupuk semangat perpaduan yang
perlu ada dalam diri setiap rakyat seiring dengan hasrat negara untuk mewujudkan masyarakat
yang bersatu padu walaupun berlainan bangsa mahupun agama
Satu daripada cara mencapai perpaduan di antara kaum ialah menjaga budi bahasa
serta akhlak dalam pergaulan. Perbezaan agama serta kepercayaan tidak mengurangkan
kepentingan pemupukan budi bahasa. Adat istiadat adalah peraturan yang sentiasa dlpatuhi
dan diamalkan dalam masyarakat Malaysia terutamanya pada hari perayaan. Adat istiadat ini
mencirikan Kebudayaan Kebangsaan. Antara hari-hari perayaan yang sama-sama dihormati
ialah Hari Kebangsaan Malaysia pada 31 Ogos, Hari Deepavali, Tahun Baru Cina, Hari Raya,
Sambutan Maulud Nabi Muhammad s.a.w,
Slogan 1Malaysia atau 'Satu Malaysia' adalah satu gagasan peribadi yang
diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2 April
2009. Intipati gagasan ini idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan

kebudayaan. Semua pihak mestilah bersama-sama menjayakannya. Pelaksanaannya bukan


dibuat semalaman tetapi secara evolusi.Ia adalah ramuan serta formula pentadbiran dalam
proses negara menuju Wawasan 2020 serta menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang seperti
yang diperjuangkan perdana menteri keempat dan kelima iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan
Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Penutup
Untuk mencapai perpaduan dan integrasi kaum di negara ini bukanlah suatu tugas yang
mudah. Proses untuk mencapai perpaduan dan integrasi mengambil masa yang lama serta
memerlukan perancangan yang teliti, tepat dan bijaksana. Bidang pendidikan merupakan
bidang yang paling penting dan sesuai untuk mencapai hasrat kerajaan menyatupadukan dan
mengintegrasikan pelbagai kaum. Oleh yang demikain, pelbagai dasar pendidikan telah
dirancang dan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat sesuai dengan suasana dan
keadaan semasa untuk mencapai matlamat tersebut. Setiap dasar yang dilaksanakan oleh
kerajaan telah menghadapi tentangan dan cabaran yang berbeza daripada pelbagai kaum di
negara ini. Seringkali faktor sikap mementingkan kaum sendiri melebihi kepentingan negara
menjadi penghalang kejayaan sesuatu dasar. Justeru itu, untuk mencapai perpaduan kaum
secara mutlak semua pihak perlu meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri dan
kaumnya. Sekiranya sikap ini tidak dapat dipraktikkan oleh semua kaum, hasrat untuk
mencapai perpaduan dan integrasi di negara ini hanya menjadi angan-angan yang tidak
mungkin dapat dicapai.

Rujukan
Affiiqka Humaira Abdullah.(2012). Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025
mentransformasi pendidikan negara. [Online], [Diakses: 19 Februari 2013 ]. Boleh
didapati: http://www.beritakampus.usm.my /index.php/utama/rencana-kampus/140pelan-pembangunan-pendidikan-2013-2025-mentransformasi-pendidikannegara?tmpl=%20component&type=raw

Azmy Mohamed. (2013, Julai 5). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 20132025: Transformasi Profesion Perguruan Negara,Utusan Malaysia.
Adzly Izab.(2013, September 7). Menganjak Pendidikan Negara, Utusan Malaysia.

Halimah Harun. (2006). Minat, Motivasi dan Kemahiran Mengajar Guru Pelatih, Fakulti
Pendidikan,Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Pendidikan 31, 83-96.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 20132025, Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Mohammed Sani Ibrahim. (2007). Profesion Perguruan. Fakulti Pendidikan Universiti


Kebangsaan Malaysia. Selangor.

Mohd Nasaruddin Parzi.(2013, Ogos 19). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia


2013-2025: Menuju kelas dunia, Berita Harian.

Nor Hartini binti Saari. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 20132025: Transformasi Profesion Perguruan Negara [Online], [Diakses: 19 Februari
2013 ].Boleh didapati http://www.ikim.gov.my/ index.php/ms/berita-harian/8557pelan-pembangunan-pendidikan-malaysia-pppm-2013-2025-transformasi-profesionperguruan-negara

You might also like