You are on page 1of 6

LAPORAN LAWATAN SEHARI KE KUALA LUMPUR (ONE-DAY TOUR

TO KUALA LUMPUR)
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT LANJAN
12 APRIL 2014 (SABTU)
8:00 PAGI 2:30 TENGAHARI
1.0

NAMA PROGRAM
Program Pendidikan Luar Bilik Darjah (PLBD),lawatan sambil belajar
sehari ke Kuala Lumpur bersama murid-murid Tahun 6, Tahun 5 dan
Tahun 4 dan guru anjuran MISC.
1.1 PENGENALAN
Program Pendidikan Luar Bilik Darjah (PLBD) ini diadakan oleh pihak
MISC bertujuan untuk memberi peluang kepada murid-murid melawat
tempat-tempat baru yang
menarik di samping menimba pengetahuan
dan pengalaman baru yang mengembirakan. Lawatan ini juga
merupakan cara untuk mendedahkan muridmurid melihat sendiri
tempat-tempat yang dilawati secara live selain merupakan
salah
satu kaedah dalam proses pembelajaran dan pelajaran di luar bilik darjah.
Murid-murid memperolehi pengetahuan melalui pembelajaran
masteri yang mana ia merupakan satu kaedah yang berkesan dalam
menyalurkan maklumat kepada
murid-murid ini.
1.2 MATLAMAT PROGRAM
MISC selaku penganjur program bersama-sama guru SK Bukit Lanjan
menganjurkan
program pendidikan luar bilik darjah (PLBD) yang
tersusun dan terancang ke arah
meningkatkan keyakinan diri pelajar
dan mengembangkan semangat sosialisasi
pelajar terhadap
persekitaran luar.
Melalui lawatan ini murid-murid Tahun 6, Tahun 5 dan Tahun 4 SK
Bukit Lanjan akan
diberi pendedahan serta menimba pengalaman
dan pengetahuan secara langsung kea rah meningkatkan prestasi
pencapaian mereka dalam bidang pendidikan khasnya dan kehidupan
amnya.
1.3 FOKUS/SASARAN PESERTA PROGRAM
Murid-murid Tahun 6, Tahun 5 dan Tahun 4.

1.4

BILANGAN PESERTA PROGRAM


Peserta

Bilangan

Nama

Murid

34 orang

(Lihat lampiran)

Guru Pengiring

4 orang

1.
2.
3.
4.

Pegawai MISC

6 orang

1.
2.
3.
4.
5.
6.

1.5

2.0

Mohammad Rosdi bin Tahir


Nor Azlina bt Kajaan
Rajamah bt Hassan
Halimah bt Jailani

En. Shahrizal
En. Azhar
En. Chia Jon Kwong
En. Hafiz
En. Balshan
Cik Kanesgari

DESTINASI PROGRAM/LAWATAN
a.
Bangunan Parliamen
b.
Tugu Pahlawan Negara
c.
ASEAN Garden
d.
Menara Kuala Lumpur
e.
KLCC
f.
Bangunan Daya Bumi (ibu pejabat MISC)

OBJEKTIF
Objektif program pendidikan luar bilik darjah (PLBD) ke Kuala
Lumpur ini diadakan
ialah:
a.
mewujudkan suasana riang dan mesra di kalangan muridmurid di samping
membentuk kestabilan diri.
b.
memberi peluang murid-murid keluar dari kawasan tempat
tinggal mereka
untuk menyaksi sendiri bangunan-bangunan yang hanya
mereka lihat di
media massa sahaja.
c.
memberi ruang kepada murid-murid mempelajari dan
menghormati budaya
orang lain.

d.
memberi peluang kepada murid-murid bersiar-siar ke tempat
yang belum
pernah mereka kunjungi di samping dapat
membina pengalaman baru.

3.0

PELAKSANAAN AKTIVITI
Masa

Aktiviti

7.10 pagi

Murid-murid berkumpul di Dataran SK Bukit Lanjan


- guru mengambil kehadiran

7.20 pagi

Senamrobik

7.50 pagi

Penyampaian duit poket, cap, roti/air oleh pegawai


MISC

8.00 pagi

Bas mula bergerak meninggalkan SK Bukit Lanjan

9.00 pagi

Tiba di Bangunan Parliamen


- mencatat maklumat/mendengar penerangan
yang disampaikan oleh Cik Kanesgari (tour
guide)
- sesi bergambar beramai-ramai

9.10 pagi

Bertolak ke Tugu Pahlawan Negara

9.20 pagi

Sampai di Tugu Pahlawan Negara


- bersarapan di kawasan dataran
- menerokai kawasan Tugu Pahlawan Negara
- mencatat maklumat kawasan sekeliling
- sesi bersoaljawab/perbincangan
- bersiar-siar di sekitar kawasan ASEAN Garden
- sesi bergambar
Menuju ke Menara Kuala Lumpur

Sampai di Menara Kuala Lumpur


- berada di Menara Kuala Lumpur selama 30

minit
sesi bergambar

Bertolak ke KLCC

Sampai di KLCC
- bersiar-siar di kawasan KLCC
- sesi soaljawab/pertandingan kuiz antara
kumpulan
Menuju ke Bangunan Daya Bumi

Sampai di Bangunan Daya Bumi


- disambut oleh pegawai MISC, Puan Mashita
dan Encik
Rashid (jurugambar)
- menikmati makan tengahari yang ditaja oleh
pegawai MISC
- penerangan tentang Bangunan Daya Bumi (ibu
pejabat MISC) oleh pegawai MISC, Encik Jerry
Chia.
- demonstrasi keluar/masuk pegawai ke pejabat
di Bangunan Daya Bumi
- sesi bergambar

Menuju pulang ke SK Bukit Lanjan

2.30 petang

Tiba di SK Bukit Lanjan

4.0 SEKITAR AKTIVITI-AKTIVITI LAWATAN SEHARI KE KUALA


LUMPUR
(Lihat lampiran)
5.0

PERBELANJAAN SEPANJANG PROGRAM


Tiada yuran dikenakan kerana semua kos ditanggung penuh oleh
pihak MISC.

6.0

BATASAN/MASALAH YANG DIHADAPI


Tiada masalah dihadapi sepanjang lawatan ini. Disiplin murid-murid
adalah sangat
baik dan terkawal. Murid-murid dikawal sepenuhnya
oleh guru-guru pengiring dan
pegawai-pegawai MISC.
7.0

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Program ini telah dapat dijalankan dengan lancar dan jayanya serta
mencapai objektif yang telah ditetapkan. Perancangan dan pelaksanaan
kerja-kerja awal yang dilaksana dan juga kerjasama yang baik antara
pihak sekolah dan MISC banyak
membantu kejayaan program ini.
Bagi meningkatkan tahap pengurusan yang lebih cemerlang dalam
program akan
datang dicadangkan agar program seperti ini mendapat
sokongan proaktif dan penglibatan yang lebih komited dari semua warga
SK Bukit Lanjan agar ianya akan
menjadi lebih mesra pelanggan.
8.0

KEBERKESANAN PROGRAM
- Murid-murid didapati boleh bercerita dengan yakin tentang
tempat-tempat yang
telah dilawati.
- Murid-murid masih ingat pengalaman sepanjang perjalanan ke
tempat-tempat
yang dilawati/pengalaman di dalam bas/tempat-tempat
yang dilalui dan dilihat
sekaligus boleh sedikit sebanyak
mengaplikasi pengalaman tersebut dalam proses
pembelajaran dan
pelajaran terutama dalam penulisan.
- Di setiap tempat yang dilawati murid-murid dapat menimba ilmu
serta
meningkatkan keyakinan diri mereka.
- Murid-murid dapat mempelajari perihal sesuatu yang
dilihat/mengumpul
maklumat dan dapat menikmati keindahan
dan keunikan persekitaran yang
dilawati.
9.0

PENUTUP
Program ini dapat memupuk semangat murid-murid untuk
bekerjasama,
menghormati antara satu sama lain dan menimba ilmu
dan pengalaman baru
serta menikmati persekitaran yang indah sekeliling mereka. Ia juga
membantu mengeratkan lagi hubungan antara guru, murid dan pihak
MISC serta hubungan
sesama murid.
Harapan kami selaku warga pendidik SK Bukit Lanjan agar program
seperti ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang demi kebaikan
dan kecemerlangan murid- murid SK Bukit Lanjan.

Disediakan oleh:
_____________________
_____________________
(RAJAMAH BINTI HASSAN)
BINTI OTHMAN)
Setiausaha Program Bersama MISC
Pentadbiran
SK Bukit Lanjan
Lanjan

Disahkan oleh:

____________________________
(KHAIRUL ANUAR BIN ABDUL AZID)
Guru Besar
SK Bukit Lanjan
Tarikh: _______________________

Cop Rasmi: ____________________

Disemak oleh:

(ROHANI
GPK
SK Bukit

You might also like