You are on page 1of 63

Ahad, 15 Ogos 2010

Impak globalisasi dan pengantarabangsaan pendidikan ketika ini sudah


mulai difahami dan pelan tindakan telah pun digubal untuk menangani isu dan
cabaran yang bakal timbul. Perubahan corak dalam pendidikan dalam masa
terdekat akibat daripada globalisasi, pengantarabangsaan dan perubahan dalam
teknologi maklumat dan komunikasi ini cukup mencabar bagi pendidikan di
Malaysia. Berikutnya adalah cabaran-cabaran, peranan pendidikan serta
persekitaran yang perlu dihadapi oleh pendidikan di Malaysia.
CHEM WEI KEONG (196767)

CABARAN: KESEDIAN GURU


DALAM MENGHADAPI
GLOBALISASI
Cabaran yang terpaksa dilalui oleh institusi pendidikan dalam konteks
pelaksanaan inovasi kurikulum adalah kesediaan guru untuk menerima dan
melaksanakannya dengan penuh kesungguhan. Harvey (1990) telah
menyenaraikan beberapa faktor yang mengekang kesediaan guru untuk
melaksanakan perubahan iaitu:
1. Kurang rasa kepunyaan: Guru-guru merasakan perubahan yang
dilaksanakan di sekolah sebagai elemen asing justeru mereka tidak
mempunyai rasa kepunyaan, lebib-lebih lagi sekiranya mereka menyedari
idea sesuatu perubahan itu adalah daripada pihak mar seperti pertubuhan
bukan kerajaan, kumpulan-kumpulan pendesak, tekanan pihak media dan
sebagainya.

2. Kurang berfaedah: Guru-guru mempunyai pandangan agak konservatif


bahawa amalan yang sedia ada tidak perlu kepada perubahan yang
drastic kerana kurang diyakini benar-benar membawa faedah kepada
mereka dan juga murid. Situasi mungkin akan menjadi lebih bercelaru
apabila perubahan itu menyebabkan guru kekurangan kuasa autonomi
terhadap pelajar seperti idea mengenai fungsi guru dalam kelas adalah
sebagai pemudah cara sedangkan kebanyakan guru berpendapat fungsi
tradisi guru adalah sebagai pendidik dan penyampai ilmu.
3. Penambahan beban: Guru mempunyai persepsi umum bahawa setiap
perubahan bermakna penambahan terhadap beban tugas dan
tanggungjawab. Persepsi ini menyebabkan guru bersikap pesimis terhadap
pencetus idea perubahan kerana pihak-pihak berkenaan dianggap sebagai
tidak memahami masalah mereka terutama beban tugas yang tidak
berkaitan dengan pengajaran seperti menghadiri mesyuarat, menghadiri
kursus, menjalankan aktiviti berkala di sekolah seperti hari kantin, hari
sukan, hari kokurikulum dan pelbagi "jenis hari".
4. Kekurangan sokongan pentadbiran: Guru-guru sukar untuk melaksanakan
perubahan kurikulum di sekolah sekiranya pihak pentadbiran kurang
memberikan sokongan iaitu dari segi:
a) kewangan
b) motivasi dan dorongan
c) pengiktirafan
d) penyediaan peralatan untuk pengajaran dan pembelajaran dan
e) mengurangkan karenah birokrasi di peringkat sekolah.
5. Menyendiri: Kebanyakan guru lebih suka melakukan tugas secara
menyendiri terutama berkaitan pengajaran dan pembelajaran. Justeru
sekiranya perubahan memerlukan guru bekerja secara berpasukan seperti
pelaksanaan kaedah kolaboratif guru berasa kurang kondusif dan
kebanyakan mereka akan mengelak dari melibatkan diri secara proaktif.

JESSICA AGNES FLETCHER (196878)

CABARAN: KEBERKESANAN
KOKURIKULUM SEKOLAH

Dunia tanpa sempadan menyebabkan Malaysia menghadapi kemelutan


sosial. Kebanjiran maklumat, akses yang mudah keadaan dunia hiburan,layaran
mudah bahan-bahan porno melalui Internet dan melayari alam siber yang
menjadi trend masyarakat menyebabkan berlakunya gejala negatif di
masyarakat kini.
Perasaan kebimbangan terhadap generasi pelajar masa ini telah tercetus akibat
fenomena negatif ini. Perkembangan tersebut telah mendorong para perancang
kurikulum Malaysia terpaksa menyemak semula keberkesanan kurikulum sekolah
untuk menghadapi pelbagai perubahan akibat pengaruh globalisasi tersebut.
Penyemakan terhadap kekuatan dan kelemah system pendidikan di Malaysia
perlu dilakukan dari semasa ke semasa oleh perancang kurikulum untuk
menyediakan pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan tertentu bagi
menghadapi daya saing persekitaran global yang semakin sengit dan mencabar.

CHONG ZYY KIAT (196877)

CABARAN: PENGURUSAN
PENDIDIKAN

Pengurusan pendidikan juga telah mengalami transformasi yang agak radikal


dalam perkembangan dunia global terutama dari segi penggunaan teknologi
telekomunikasi dan pengkomputeran. Beberapa inovasi telah dilaksanakan
dalam pengurusan pendidikan di Malaysia terutama di peringkat sekolah bagi
meningkatkan kecekapan dalam pengurusan pendidikan. Beberapa perisian baru
telah diaplikasikan yang dikenali sebagai Pengurusan Maklumat Sekolah (School
Management Information System). Aplikasi sistem ini telah memudahkan pihak
pentadbiran sekolah melaksanakan tugas-tugas rutin seperti:
1. Membantu dan mempermudahkan pengurus sekolah membuat keputusan.
2. Meningkatkan kecekapan pengurusan dan pentadbiran.
3. Mengurangkan beban pengurus dalam melaksanakan tugas yang pelbagai.
4. Meningkatkan kecekapan sistem pengurusan fail.
5. Memudah dan menjimatkan masa dari segi mengumpul, memproses
danmenyimpan data seperti laporan kehadiran pelajar.
6. Meningkatkan kecekapan dalam penyediaan gred/markah
peperiksaan pelajar.
7. Penempatan pelajar dalam kelas.
8. Membuat agihan jadual waktu mengajar guru.
9. Pembinaan jadual waktu guru.
10. Membuat agihan sumber kewangan, buku teks, dan sebagainya.
11. Menyimpan data mengenai stok dan inventori sekolah serta pelbagai
urusan rutin yang dikendalikan pentadbir dan guru.
CHEE HAN PING (196754)

PERANAN PENDIDIK

Hussien Ahmad (2001) memberi penegasan

bahawa
proses globalisasi telah
membawa perubahan yang mendadak kepada perlakuan hidup dan norma
kehidupan manusia. Masyarakat Malaysia sedang berdepan dengan pelbagai
budaya yang bertentangan dengan budaya setempat. Jati diri anak-anak remaja
yang masih di bangku sekolah kini menjadi pertanyaan kerana terdapat petunjuk
dimana asas-asas budaya, agama dan bangsa mulai longgar. Mereka semakin
liar dan terikut-ikut akan gaya hidup dan amalan negatif kehidupan barat seperti
pergaulan bebas dan berseronok-seronok sehingga lewat malam menyebabkan
mereka tidak dapat menumpukan perhatian dalam kelas keesokan hari. Semua
institusi pendidikan menghadapi cabaran untuk meletakkan anak-anak remaja di
landasan moral yang betul melalui pelaksanaan program-program pendidikan
nilai di sekolah.
Aspek yang diteliti adalah aspek berkaitan keperibadian guru. Guru perlu
menampilkan perwatakan yang positif terutama ketika proses pengajaran dan
pembelajaran. Antara watak yang perlu diterampilkan supaya menjadi contohan
pelajar ialah amanah, bersopan santun, berdedikasi serta taat kepada tuhan.
Aktiviti kokurikulum seperti badan beruniform, persatuan, kelab, dan kegiatan
sukan dapat memberi input penting kepada pembentukan sahsiah pelajar.
Aktiviti yang dijalankan melalui pemantauan guru akan menyuburkan sikap
positif terhadap semangat kerjasama, berdikari dan semangat cinta akan negara
serta membantu dalam pembentukan jati diri dan moral pelajar.
NG NOOR VEEN (197475)

PERANAN PELAJAR

Isuisu berkaitan perlakuan negatif pelajar semakin membimbangkan.


Hasrat untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan
individu pelajar yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani sedang menghadapi ujian dari segi keberkesanan pelaksanaannya
kerana masyarakat masa kini sedang berhadapan dengan arus globalisasi yang
bersamanya membawa masuk pelbagai budaya yang bertentangan dengan
budaya setempat. Dalam era globalisasi ini, banyak cabaran yang harus
ditempuhi. Globalisasi itu sendiri merujuk kepada dunia tanpa sempadan.
Generasi kini dikatakan mempunyai kemudahan dihujung jari. Namun begitu,
generasi muda seperti pelajar harus lebih berhati hati dalam memilih segala
maklumat yang diperolehi.
Sebagai contoh, dunia hari ini banyak menggunakan internet sebagai
rujukan maklumat terutamanya kepada pelajar. Pelajar menggunakan internet
dalam mencari bahan rujukan kepada tugasan yang diberikan oleh pengajar.
Selain itu, pelajar juga menggunakan internet sebagai bahan untuk bersosial
pada laman web tertentu bagi memenuhi keperluan sosial mereka. Sehubungan

dengan itu, pelajar haruslah mempunyai nilai kesedaran sendiri. Mereka perlulah
pandai dalam memilih maklumat. Banyak maklumat positif yang boleh
merangsang minda pelajar dan dalam masa yang sama banyak maklumat
negatif yang boleh merosakkan pelajar.
Para pelajar dikatakan sebagai tunjang kepimpinan pada masa akan
datang. Pelajar harus bersikap matang dalam menghadapi cabaran era
globalisasi. Pada masa sekarang pelajar harus lah sentiasa mengikut
perkembangan dalam setiap maklumat kerana persaingan yang ramai. Pelajar
yang ketinggalan tidak akan dapat bersaing dan akan sentiasa kebelakang.
Perkembangan semasa penting untuk menjadi seorang pemimpin yang disegani.
Dunia hari ini mengatakan sehari tanpa berita semasa sudah banyak maklumat
yang dilepaskan. Pelajar harus dididik dari sekarang supaya terbiasa dengan
arus dunia sekarang.
SITI NORSAIDAH BT MOHD AZIMI (195751)

PERANAN IBUBAPA

Ibu bapa merupakan contoh terbaik untuk pembentukan sahsiah diri anakanak. Ia bertujuan untuk mencorakkan perwatakan atau personaliti anak-anak
supaya ciri-ciri tingkah laku yang ditunjukkannya adalah baik dan sesuai dengan
kehendak ibu bapa, keluarga, masyarakat dan negara. Keindahan tingkah laku
dalam diri anak-anak menjamin masa depan yang cerah bagi belia untuk
menjadi seorang pemimpin yang berwibawa kelak. Oleh yang demikian, peranan
ibu bapa dalam cabaran globalisasi masa kini terutama di Malaysia semakin
mencabar. Ibu bapa haruslah menjadi contoh yang terbaik dalam mengorak
langkah bagi membimbing anak-anak mereka ini. Seawal dalam kandungan lagi,
ibu bapa haruslah cuba untuk menjaga permakanan dan kesihatan agar dapat
melahirkan anak yang baik.
Ibu bapa juga haruslah memastikan anak-anak mereka mendapat
pendidikan yang terbaik dari guru-guru dan seboleh-bolehnya ibu bapa haruslah
cuba untuk memenuhi keperluan pelajaran mereka seperti menyediakan
komputer peribadi kepada mereka, bahan-bahan bacaan yang mencukupi dan
memberikan perkhidmatan tuisyen tambahan agar masa terluang mereka
tidaklah diabaikan begitu sahaja. Tambahan pula, ibu bapa mesti sentiasa peka
dengan pembelajaran anak-anak dan cuba untuk memberikan yang terbaik agar
mereka dapat belajar dalam persekitaran yang baik dan tenang bagi
memudahkan mereka menelaah pelajaran dengan berkesan. Selain itu, ibu bapa
mestilah sentiasa menemani anak mereka terutama pada waktu malam
sekiranya ibu bapa ada kelapangan bagi menemani anak-anak mengulangkaji

pelajaran. Dengan itu, tidaklah mereka berasa sunyi dan ada teman untuk
berbual atau teman ketakutan. Maka, jelaslah peranan ibu bapa amatlah besar
dalam cabaran globalisasi pendidikan masa kini di Malaysia khususnya.
NUR AMIRA BINTI ISMAIL (195612)

PERANAN ICT

Globalisasi yang asaskan


perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), pembangunan
pendidikan mementingkan budaya dan penguasaan ICT di kalangan pelajar.
Perubahan harus berlaku dalam system mengajar dan belajar di bilik-bilik darjah
yang mana pendekatan konstruktivisme adalah digalakkan kerana ia dapat
memupuk minat serta menggalakkan pelajar lebih bertanggungjawab terhadap
pembelajaran di samping menerapkan amalan pembelajaran sepanjang hayat.
Penyelidikan yang menyeluruh dan berterusan juga perlu dibuat terhadap
keberkesanan pendekatan konstruktivisme agar kesan pembudayaan ICT di
kalangan generasi muda berlaku secara berkesan dan berpanjangan.
NOR SYAHIDA BT NIK WIL (114070)

PERSEKITARAN PEMBELAJARAN
Dalam usaha menangani cabaran globalisasi dalam sektor pendidikan,
Malaysia perlu menyediakan segala sumber manusia dan kelengkapan sosialnya
agar dapat membentuk satu daya ketahanan budaya yang membolehkannya

berinteraksi dan bertindak secara autonomous dalam persekitaran baru ini.Pada


abad ini, adalah amat penting untuk menjadikan rakyat Malaysia lebih produktif
dalam persekitaran ekonomi baru.Pengurusan sumber manusia dalam
pendidikan dahulu dan kini telah membangkitkan pelbagai isu yang menyentuh
pelbagai aspek perkhidmatan dalam pendidikan.Namun dalam memastikan
produktiviti dipertingkatkan, isu-isu berbangkit ini perlu diberikan perhatian oleh
pihak yang bertanggungjawab.
Antara isu yang telah dibangkitkan dalam sektor pendidikan beberapa
tahun
kebelakangan ini termasuklah:
i)isu penilaian prestasi atau insentif dalam pendidikan,yang merangkumi,
penilaian prestasi tidak dilaksanakan mengikut jadual seperti yang
ditetapkan dalam Pekeliling yang berkenaan, penilaian prestasi tidak
dibuat secara objektif, adil dan telus, kelemahan pegawai penilai, sistem
giliran dalam Anugerah Perkhidmatan Cemerlang,penetapan kuota 8%
penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang mengikut Pekeliling yang
relevan, dan kefahaman konsep dan pelaksanaan Penilaian Tahap
Kecekapan.
ii)isu globalisasi pendidikan, yang merangkumi pencapaian perkhidmatan
pendidikan bertaraf dunia,pencapaian daya saing dan daya tahan global, dan
transformasi pengajian tinggi bagi menjadikan negara hab
kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa.
iii)isu teknologi dalam pendidikan, yang merangkumi keefisienan sistem
pertukaran guru atas talian,kemahiran kakitangan dalam teknologi
maklumat dan kekurangan infrastruktur fizikal (komputer/peralatan) dan
infrastruktur bukan fizikal (perisian teknologi maklumat & komunikasi).
iv)isu jaminan kualiti pendidikan yang merangkumi isu-isu berhubung Pelan
Strategik Pengajian Tinggi Negara Melangkaui Tahun 2020 dan
Pengurusan
v)Kualiti Menyeluruh (Total Quality Management (TQM)) dan Persijilan
ISO(International Organisation for Standardisation);
vi)isu perekrutan dan pemilihan staf yang merangkumi perekrutan dan
pemilihan guru,unjuran keperluan guru, pembangunan kurikulum,latihan
dan pembangunan kerjaya dan penempatan dan pertukaran
guru,kekurangan data dan maklumat pendidikan.
vii)isu latihan dan pembangunan staf yang merangkumi pembentukan polisi
dan objektif latihan memerlukan maklum balas daripada semua
kakitangan masalah impak latihan, contohnya, analisis organisasi yang
tidak mencukupi sebelum pelaksanaan, kurangnya sokongan
pengurusan, pelatih yang tidak bermotivasi, kemahiran diajar tidak
berkaitan dengan masalah, tiada tindakan susulan di tempat pelatih dan

masalah peruntukan bagi program latihan yang tidak mencukupi.

viii)isu pembangunan kerjaya pekerja yang merangkumi kriteria yang dijadikan


asas kenaikan pangkat,pertukaran tempat bertugas,pengurusan
kerjaya,contohnya penilaian berorientasikan kerjaya, disiplin pekerja dan
persaraan serta latihan yang diperlukan sebelum persaraan.
NURUL SYUHADA BT MOHD SOHAIMI (113992)

KESIMPULAN

Kesimpulannya, dunia tanpa sempadan ini memaksa industri pendidikan di


Malaysia untuk melalui era transformasi yang sangat dirasai gelombangnya.
Selain itu, perkembangan pendidikan di Malaysia yang semakin pesat ini adalah
hasil daripada minat ibu bapa yang tinggi terhadap perkembangan pendidikan
dan persekolahan anak-anak mereka baik di peringkat pra sekolah, pendidikan
rendah, menengah dan juga di institusi pengajian tinggi. Kesedaran tersebut
adalah implikasi daripada kesedaran mengenai kepentingan pendidikan bagi
memajukan diri dalam menghadapi cabaran kehidupan yang semakin sengit.
Oleh itu, peranan-peranan daripada pihak pendidik, ibubapa, dan pelajar itu
sendiri amatlah penting bagi menghadapi transformasi dunia tanpa sempadan
ini. Akhir sekali, pihak perancang pendidikan perlu melihat isu-isu dan cabaran
yang berbangkit secara menyeluruh dan komprehensif. Menyelesaikan masalah
secara runcitan dan memberi tumpuan kepada aspek tertentu dan
mengurangkan tumpuan kepada aspek lain akan menghalang pelaksanaan
pendidikan kita terutama bagi memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan
Kebangsaan itu sendiri.

CABARAN PENDIDIKAN DAN USAHA-USAHA UNTUK MENANGANINYA


OLEH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Keberkesanan Kurikulum di
Sekolah

Pengurusan
pendidikan
3
Kesediaan guru dalam menghadapi era
globalisasi

Cabaran dalam menghadapi arus perubahan


dasar
5
Cabaran dalam mengekalkan kestabilan
politik

Cabaran dalam mengekalkan kestabilan


ekonomi

Cabaran dalam menanangi isu


sosial

Cabaran untuk merapatkan jurang pendidikan antara Bandar dan


desa
7
Cabaran untuk mengekalkan perpaduan
kaum

Cabaran dai segi pemantapan


agama

Cabaran alaf
baru
9
a. Pembinaan budaya
ilmu
b. Pembudayaan masyarakat
Malaysia
PERANAN
PENDIDIK
10

10
10

ISU-ISU DAN MASALAH DALAM SISTEM PENDIDIKAN

A. Sistem sekolah pelbagai


aliran

13

B. Pengajaran Pendidikan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris


(PPSMI)
15
C. Pengisian kurikulum dank kokurikulum
D. Merealisasi wawasan
2020

16
16

PENUTUP
17

RUJUKAN
19

PENDAHULUAN

Pendidikan adalah nadi pembangunan sesuatu bangsa dan negara. Tanpa sistem
pendidikan yang teratur dan berkembang sejajar dengan perkembangan zaman, maka
bolehlah dianggap bangsa atau negara tersebut gagal dalam melaksanakan tanggungjawab
memartabatkan sesuatu bangsa atau negara. Peranan sistem pendidikan sangat penting dalam
pembangunan negara. Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan wahana usaha
membangunkan generasi alaf baru. Sistem pendidikan negara memerlukan usaha-usaha yang
strategik yang boleh meningkatkan keupayaan dan kemampuan amalannya ke tahap kualiti
yang tingggi dan cemerlang agar dapat menangani cabaran-cabaran abad ke-21. Selanjutnya
dunia era globalisasi kini memperlihatkan perkembangan ilmu yang sangat pantas. Kemajuan

dalam teknologi maklumat member kesan secara langsung atau tidak langsung dalam
kehidupan dan sistem pendidikan. Perubahan demi perubahan yang berlaku itu turut
membawa bersama isu dan cabaran dalam sistem pendidikan kita.
Sistem pendidikan akan berubah sejajar dengan perubahan aspek ekonomi, budaya
dan
politik Perubahan aspek tersebut amat hebat dan pantas. Leka dan alpa boleh menyebabkan
kita terpinggir dan tersingkir. Oleh itu sistem pendidikan dan persekolahan dalam
menghadapi gelombang perubahan alaf baru perlu berfungsi pada landasannya untuk
menyumbang kepada pembangunan bangsa dan negara.
Menurut Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Dr. Mahathir bin Mohamad,
dalam ucapan sempena menyambut perayaan Hari Kebangsaan Malaysia ke-40 baru-baru ini,
telah meminta rakyat supaya mencari strategi dan pelan baru bagi menghadapi alaf
mendatang ini. Rakyat perlu melengkapkan diri dari segala sudut, dari ilmu pengetahuanyang
berasaskan teknologi tinggi sehingga memupuk semangat kebangsaan yang unggul di dalam
jiwa masing-masing. Jika rakyat tidak bersedia menghadapi perubahan dunia, negara pasti
tidak akan mampu bersaing dengan negara-negara maju lain. Beliau mahukan pembangunan
negara mestilah seiringdengan pembangunan rohaniah agar keseimbangan antaranya dapat
memenuhi hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat medani. Kerap juga Perdana Menteri
dalamu capannya memberi ingatan "kita mahu menjadi negara maju dalam acuan kita
sendiri".
Oleh itu dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut, negara kita Malaysia juga
tidak terlepas dengan situasi yang mencabar kewibawaan negara dalam menjadikan sistem
pendidikan negara yang dihormati dan bertaraf dunia.

CABARAN PENDIDIKAN DAN USAHA-USAHA UNTUK MENANGANINYA OLEH


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

1.

Keberkesanan kurikululum di sekolah

Dunia tanpa sempadan menyebabkan Malaysia menghadapi kemelutan


sosial. Kebanjiran maklumat, akses yang mudah, keadaan dunia
hiburan,layaran mudah bahan-bahan lucah atau porno melalui Internet,
melayari alam siber yang menjadi trend masyarakat dan juga program tv
banyak menyiarkan filem-filem, drama yang berunsur ganas dan lucah baik
di tv percuma mahupun swasta serta yang menjadi kegilaan ramai sekarang
ini iaitu facebook menyebabkan berlakunya gejala negatif di masyarakat kini.
Perasaan kebimbangan terhadap generasi pelajar masa ini telah tercetus
akibat fenomena negatif ini. Perkembangan tersebut telah mendorong para
perancang kurikulum Malaysia terpaksa menyemak semula keberkesanan
kurikulum sekolah untuk menghadapi pelbagai perubahan akibat pengaruh
globalisasi tersebut. Penyemakan terhadap kekuatan dan kelemahan sistem
pendidikan di Malaysia perlu dilakukan dari semasa ke semasa oleh
perancang kurikulum untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran dan
pengetahuan tertentu bagi menghadapi daya saing persekitaran global yang
semakin sengit dan mencabar.

2.

Pengurusan Pendidikan

Pengurusan pendidikan juga telah mengalami transformasi yang agak


radikal dalam perkembangan dunia global terutama dari segi penggunaan
teknologi telekomunikasi dan pengkomputeran. Beberapa inovasi telah
dilaksanakan dalam pengurusan pendidikan di Malaysia terutama di
peringkat sekolah bagi meningkatkan kecekapan dalam pengurusan
pendidikan. Contohnya adanya aplikasi e-spel, emis dan sebagainya. Aplikasi
sistem ini telah memudahkan pihak pentadbiran sekolah melaksanakan tugastugas rutin seperti:
1. Membantu dan mempermudahkan pentadbir sekolah membuat keputusan.
2. Meningkatkan kecekapan pengurusan dan pentadbiran.

3. Mengurangkan beban pentadbiran dalam melaksanakan tugas yang


pelbagai.
4. Meningkatkan kecekapan sistem pengurusan fail.
5. Memudah dan menjimatkan masa dari segi mengumpul, memproses dan
menyimpan data seperti laporan kehadiran pelajar dan sebagainya.
6. Meningkatkan kecekapan dalam penyediaan gred/markah peperiksaan
pelajar.
7. Penempatan pelajar dalam kelas.
8. Membuat agihan jadual waktu mengajar guru.
9. Pembinaan jadual waktu guru.
10. Membuat agihan sumber kewangan, buku teks, dan sebagainya.
11. Menyimpan data mengenai stok dan inventori sekolah serta pelbagai urusan
rutin yang dikendalikan pentadbir dan guru.

3.

Kesediaan Guru Dalam Menghadapi Globalisasi

Cabaran yang terpaksa dilalui oleh institusi pendidikan dalam konteks


pelaksanaan inovasi kurikulum adalah kesediaan guru untuk menerima dan
melaksanakannya dengan penuh dedikasi dan kesungguhan. Harvey (1990)
telah menyenaraikan beberapa faktor yang mengekang kesediaan guru untuk
melaksanakan perubahan iaitu:
1. Kurang rasa kepunyaan: Guru-guru merasakan perubahan yang
dilaksanakan di sekolah sebagai elemen asing justeru mereka tidak
mempunyai rasa kepunyaan, lebib-lebih lagi sekiranya mereka menyedari

idea sesuatu perubahan itu adalah daripada pihak mar seperti pertubuhan
bukan kerajaan, kumpulan-kumpulan pendesak, tekanan pihak media dan
sebagainya.
2. Kurang berfaedah: Guru-guru mempunyai pandangan agak konservatif
bahawa amalan yang sedia ada tidak perlu kepada perubahan yang drastik
kerana kurang diyakini benar-benar membawa faedah kepada mereka dan
juga murid. Situasi mungkin akan menjadi lebih bercelaru apabila perubahan
itu menyebabkan guru kekurangan kuasa autonomi terhadap pelajar seperti
idea mengenai fungsi guru dalam kelas adalah sebagai pemudah cara
sedangkan kebanyakan guru berpendapat fungsi tradisi guru adalah sebagai
pendidik dan penyampai ilmu.
3. Penambahan beban: Guru mempunyai persepsi umum bahawa setiap
perubahan bermakna penambahan terhadap beban tugas dan tanggungjawab.
Persepsi ini menyebabkan guru bersikap pesimis terhadap pencetus idea
perubahan kerana pihak-pihak berkenaan dianggap sebagai tidak memahami
masalah mereka terutama beban tugas yang tidak berkaitan dengan
pengajaran seperti kerja-kerja pengkeranian, menghadiri mesyuarat,
menghadiri kursus, menjalankan aktiviti berkala di sekolah seperti hari
kantin, hari sukan, hari kokurikulum dan pelbagi "jenis hari".
4. Kekurangan sokongan pentadbiran: Guru-guru sukar untuk melaksanakan
perubahan kurikulum di sekolah sekiranya pihak pentadbiran kurang
memberikan sokongan iaitu dari segi:
a) kewangan
b) motivasi dan dorongan
c) pengiktirafan
d) penyediaan peralatan untuk pengajaran dan pembelajaran dan
e) mengurangkan karenah birokrasi di peringkat sekolah.

5. Menyendiri: Kebanyakan guru lebih suka melakukan tugas secara


menyendiri terutama berkaitan pengajaran dan pembelajaran. Justeru
sekiranya perubahan memerlukan guru bekerja secara berpasukan seperti
pelaksanaan kaedah kolaboratif guru berasa kurang kondusif dan kebanyakan
mereka akan mengelak dari melibatkan diri secara proaktif.
4. Cabaran dalam Menghadapi Arus Perubahan Dasar

Pembagunan pendidikan sesebuah Negara merupakan aspek yang sangat penting


dalam pembentukan Negara bangsa. Untuk menuju kearah status pendidikan Negara maju.
Pemerintah berperanan bagi mencorak masa depan dunia pendidikan Negara. Ini kerana
melalui pendidikanlah sesebuah Negara dapat berkembang maju terutamanya dari segi
pembangunan insan yang telah diwarwarkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Abdullah
Ahmad Badawi. Melalui pendidikanlah akan lahir warga yang berilmu dan ientelektual bagi
memacu Negara kearah hasrat murni Negara maju menjelanag 2020. Suasana politik Negara
berperanan dalam pembangunan pendidikan Negara. Pemerintah yang memandang bahawa
pendidikan merupakan asas kepada pembangunan Negara perlu di kekalkan. Pemerintah yang
sentiasa berusaha memikirkan cara membangunkan sektor pendidikan dengan meperkenalkan
pelbagai dasar dasar demi pembangunan pendidikan Negara. Hari ini keperluan mengekalkan
pemerintah yang pentingkan soal pendidikan amatlah perlu, adalah menjadi satu cabaran
untuk mengekalkan suasana politik seperti hari ini. Sekarang sedikit sebanyak soal
pendidikan cuba diganggu gugat oleh pihak pihak yang sengaja menangguk di air yang keruh.
Mengambil kesempatan kepada warga pendidik, pelajar pelajar demi kepentingan
peribadi.seperti contoh warga kampus sendiri dipengaruhi oleh pihak tertentu demi
kepentingan individu. Mereka tidak segan sanggup memberontak seperti berdemontrasi
tanpa memikirkan baik dan buruk. Namun apa yang jelas suasana pendidikan Negara terjejas.
Andai terganggu gugat sistem politik sedia ada hasrat pencaturan dasar dasar kerajaan yang
telah ditentukan dari saban tahun yang dikaji dan digubal demi memantantapkan suasana
pendidikan Negara akan terjejas, kerana kita masih kabur tentang bawaan suasana baru
sistem politik yang akan mengantikannya.demi untuk itu isu ini menjadi cabaran yang besar

untuk kita berfikir sebelum membuat sebarang tindakkan yang kita sendiri tidak tahu
kesannya.

5.

Cabaran Dalam Mengekalkan Kestabilan Politik

Mengekalkan kestabilan politik juga merupakan cabaran besar kepada dunia


pendidikan. Kestabilan politik memainkan peranan yang besar untk memacu arus kemajuan
dunia pendidikan. Suasana Negara yang aman, dengan penuh hrmoni dan muhibbah,
menjadikan segala perancangan-perancangan pendidikan dapat dilaksanakan dengan jayanya
tanpa sebarang gangguan. Sebagai pedoman, kita lihat suasana politik dunia sekarang.
Contohnya Negara negara yang bergolak pada hari ini. Suasana pendidikan tidak dapat
berjalan lancar. Apabila suasana politik tidak stabil, Negara akan menjadi huru-hara, banyak
berlakunya kekacauan, pembunuhan seperti masyarakat dibunuh, guru dibunuh, sekolah
dibakar, dari hal ini apa yang Negara akan dapat. Apa yang pasti kerugian yang
terpaksa ditangung.kita lihat Negara kita hari ini. Sudah ada tanda-tanda negatif kearah itu.
Hal ini perlu dibendung dengan segara demi msasa depan pendidikan Negara.

6.

Cabaran Dalam Mengekalkan Kestabilan Ekonomi

Cabaran seterusnya dunia pendidikan hari ini ialah mengekalkan status quo ekonomi
Negara pada tahap terbaik. Melalui peningkatan kemajuan ekonomi Negara yang pesat dpat
membantu

untuk

pembangunan

sektor

pendidikan

Negara.

Banyak

kemudahan-

kemudahan pendidikan dapat dibangunkan seperti insfrastsruktur seperti banguan banguan


yang selesa, dan sebagainya. Dengan tahap ekonomi yang baik program-program boleh
dirancang untuk kepentingn pendidikan. Berdasarkan pengalaman tahun 2007, apabila
berlaku krisis ekonomi, banyak program terutama pembanguanan sektor pendidikan
terbantut, banyak peruntukan perbelanjaan yang selama ini digunakan untuk sektor
pendidikan ditarik balik. Ini akan menganggu kemajuan sektor pendidikan.

7.

Cabaran Menangani Isu Sosial

Dewasa ini, isu sosial menjadi buah mulut warga Negara Malaysia. Kita sering
disajikan dengan pelbagai isu sosial remaja yang rata-rata terdiri dari mereka yang menghuni
institusi pendidikan terutama sekolah. Terlalu banyak isu sosial yang kita dengar hari, antara
kes masalah sosial seperti buang bayi, yang terlibat merupakan pelajar sekolah, isu ponteng
sekolah, merokok, dadah, minuman keras dan sebagainya. Perkara ini menjadi duri dalam
daging kepada sektor pendidikan , yang seterusnya boleh menghalang perkembangan
pendidikan secara positif. Banyak masa, wang dan tenaga digembleng untuk menaganinya.
Dari hari kesehari ia membiak bak kudis buta yang tiada berkesudahan pada
dunia pendidikan. Andai ia tidak ditangani oleh semua pihak dengan bijak , isu ini boleh
menyebabkan keruntuhan sistem pendidikan kita pada hari ini.Selain itu juga, gejala sosial
lain peperti ponteng sekolah, pergaduhan buli , juga manjadi isu hangat disekolah seperti juga
diatas, ia perlu ditangani dengan sebijak mungkin.

8.

Cabaran Untuk Merapatkan Jurang Pendidikan Antara Bandar Dan Desa

Sistem persekolahan yang berbeza mempunyai haluan masing-masing dan tidak dapat

melahirkan satu identiti bangsa. Atas rasa kesedaran kebangsaan menerusi pendidikan
sebagai alat untuk mencapai perpaduan bangsa, maka satu jawatankuasa ditubuhkan untuk
mengkaji sistem pendidikan yang sedia ada. Akta Pelajaran 1961 telah dirangka berasaskan
Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 yang menekankan penggunaan Bahasa
Kebangsaan sebagai bahasa perpaduan.Walaupun hasrat dan tujuan Akta Pendidikan 1961 ini
untuk menyatukan kaum yang ada di Malaysia ini, tetapi secara praktikalnya, sukar untuk
mencapai matlamat itu memandangkan pola tempat tinggal yang berlainan.Misalnya orang
Melayu tinggal di kampung-kampung dan pinggir pantai, kaum Cina tinggal di kawasan
perlombongan dan kaum India di kawasan ladang-ladang getah. Dengan ini tentulah amat
sukar untuk menyatukan mereka. Sabah dan serawak.masih ada diantara murid murid
disana masih ketinggalan dari segi kemudahan insfrastruktur dan sebagainya. Sehingga kini
jurang pendidikan antara desa dan Bandar masih ketara.

9.

Cabaran Untuk Mengekalkan Perpaduan Kaum

Dasar Pendidikan Kebangsaan Pendidikan menjadi tunjang kepada perpaduan negara.

Tidak dapat dinafikan bahawa sekolah dan pendidikan memainkan peranan yang sangat
penting dalam pembinaan dan pembentukan warga negara dan rakyat yang bersatu padu. Hari
ini isu perpaduan masih rapuh, kita sering dengar walau ia kes-kes terpencil namun masih
berlakunya

kerengangan

hubungan

antara kaum

disekolah-sekolah.

Sesuatu

perlu

dilaksanakan terutama mengekalkan perpaduan Negara.

Selain itu untuk mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara. Secara tidak langsung dasar ini dapat
melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan berintegrasi seperti yang
dihasratkan dalam Rukun Negara melalui penggunaan dan penghayatan kurikulum yang
bersepadu.sesuatu telah dilaksanakan untuk menjamin perpaduan antaranya penggunaan
bahasa pengantar dan sistem peperiksaan yang sama serta penglibatan aktif pelajar dalam
aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dirancang dan dilaksanakan sepanjang persekolahan
pelajar.Kurikulum yang dibina bukan saja bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan dan
maklumat berbentuk akademik sahaja, bahkan ia jugadapat membentuk sahsiah, keperibadian
dan perwatakan murid yang diingini bagi memupuk perpaduan. Hasrat membina Negara
Bangsa ini akan dicapai dengan memperkasakan Bahasa Melayu,meningkatkan disiplin
pelajar, menggiatkan Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)

Penubuhan Sekolah Wawasan Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang


berkonsepkan belajar bersama sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau
agama. Di bawah konsep ini, dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan bahasa pengantar
dan pentadbiran akan ditempatkan dalam kawasan yangsama dan berkongsi kemudahan asas
seperti padang permainan, dewan dan kantin. Setiap sekolah akan mempunyai bangunan
sendiri yang boleh disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan
penghubung.Perlaksanaan sekolah wawasan akan mewujudkan persekitaranyang memberi
peluang yang lebih luas kepada murid daripada pelbagai kaum untuk bergaul dan berinteraksi
secara langsung dalam pelbagai aktiviti.Tujuan dan matlamat Sekolah Wawasan Untuk

mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid yang berbagai-bagai bangsa dan latar


belakang. Untuk memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran untuk
melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi demi
mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu.

10.

Cabaran Dari Segi Pemantapan Agama

Sememangnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa: "Pendidikan di


Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmupengetahuan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkemampuan pelbagai usaha dilaksanakan untuk
memantapkan potensi diri dari segi keagamaan. Antaranya perlaksanaan Kurikulum ini
berorientasikan suasana Malaysia dan dilaksanakan melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah(KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai tahun1983.
Mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al Quran Dan
Assunnah dan Pendidikan Moral yang diperkenalkan dapat mengukuhkan pegangan agama,
menanam sifat-sifat mulia serta membentuk tingkahlaku yang bersopan santun dan saling
menghormati sesama manusia. Dengan menanam sifat-sifat mulia serta membentuk
tingkahlaku yang Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).

11.

Cabaran Alaf Baru


Perubahan-perubahan yang hebat dan pantas dalam aspek ekonomi, budaya dan

politik itu sendiri adalah cabaran besar yang akan dihadapi oleh rakyat Malaysia. Walaupun
tidak dapat dinafikan bahawa sejak dari dahulu lagi cabaran-cabaran itu sudah wujud dan
diperbincangkan tetapi kali ini dijangka lebih hebat dan kritikal dengan sumbangan teknologi
baru yang serba canggih. Masalah yang timbul dari cabaran tersebut seperti rohani, akhlak,
sosial, politik, ekonomi, sains dan teknologi. Dalam Persidangan Pendidikan Nasional Ke-5,

dalam tahun 1997 yang lalu, natijah persidangan menunjukkan dua cabaran besar alaf baru
ialah ledakan ilmu yang berbentuk global danmasalah sosial yang perlu ditangani dan diatasi
ke arah membentuk masyarakat madani. Justeru itu agenda penting untuk membangun rakyat
Malaysia melalui sistem pendidikan pertama ialah pembinaan budaya ilmu dan keduanya
ialah pembudayaan masyarakat.
a. Pembinaan Budaya Ilmu
Ilmu merupakan faktor terpenting dalam menentukan kebahagiaan individu dan
kejayaan serta kekuatan sesuatu bangsa dan negara. Ilmu membina kekuatan minda ke arah
daya fikir tinggi (high order thinking) dan daya kreatif di kalangan indidvidu dan bangsa.
Semua agama dan sistem sosial manusia mahukan ahlinya menguasai ilmu pengetahuan sama
ada untuk kebahagiaan duniawi dan ukhrawi. Dr. Wan Mohd. Nor Wan Daud, menjelaskan
"Budaya Ilmu bermaksud kewujudan satu keadaan di mana setiap lapisan masyarakat
melibatkan diri baik secara langsung mahupun tidak langsung dengan kegiatan-kegiatan
keilmuan di setiap kesempatan: dan keadaan di mana segala tindakan manusia baik di tahap
individu, apatah lagi di peringkat masyarakat, diputus dan dilaksanakan berdasarkan ilmu
pengetahuan." Mengikut beliau lagi, budaya ilmu ialah satu budaya yang meletakkan nilai
tertinggi dan asas kepada ilmu pengetahuan sebagai kunci segala kebaikan dalam kehidupan
individu, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.
Para pendidik perlu sedar bahawa dalam usaha negara menghadapi masa depan yang
penuh saingan, pendidikan adalah bersifat futuristik, maka kita hendaklah mampu
menyediakan generasi muda kita untuk menghadapi kemungkinan-kemungkinan berupa
masyarakat industeri, ekonomi yang global, kebanjiran teknologi tinggi dan sentiasa
bertambah canggih, penggunaan komputer sebagai keperluan urusan harian dan limpahan
maklumat sejagat. Kita perlu lahirkan
generasi berilmu untuk berfikir, bertindak dan menghasilkan sesuatu yang bermanfaat
berlandaskan skop yang global dan teknologi yang terkin, serta berupaya menangani
gelombang perkembangan dan perubahan masa kini.
b. Pembudayaan Masyarakat Malaysia

Perkembangan ekonomi dan industri yang berlaku dengan pesatnya tidak bermakna
jika tidak diseimbangan dengan kesejahteraan sosial, ketinggian rohani, kekuatan jiwa dan
kebudayaan yang terpelihara. Cabaran yang sedia wujud seperti masalah remaja, dadah, seks
bebas, samseng sekolah, ponteng, dan berbagai kes salah laku perlu ditangani dengan
bijaksana. Para pendidik seharusnya menghadapi cabaran ini sebagai satu peluang (opptunity)
secara

komited

menggunakan

wadah

pendekatan nilai

merentasi kurikulum

persekolahan untuk membentuk masyarakat madani di kalangan pelajar dan masyarakat.

Peranan Pendidik
Tuntutan abad ke-21 dilandaskan kepada tuntutan Wawasan 2020 dan Wawasan
Pendidikan. Selari dengan tuntutan-tuntutan tersebut penyediaan sumber manusia berkualiti
hendaklah dihasilkan oleh sistem pendidikan kita.. YAB Perdana Menteri telah menggariskan
ciri-ciri generasi yang hendak dilahirkan untuk mewarisi alaf baru akan datang iaitu:
kaya

maklumat (termasuk sains dan teknologi)

kekuatan

minda (krestif dan proaktif)

nilai-nilai

luhur dan murni (termasuk penyayang)

semangat jati

diri, jaya diri dan keusahawanan, dan

ketrampilan

Untuk menentukan kehendak ciri-ciri manusia berkualiti tersebut dapat dihasilkan,


maka para pendidik dan guru-guru pelatih, perlulah dilengkapkan dengan ciri-ciri berikut
pula:
menguasai subjek
mahir

(kandungan kurikulum)

dan bertrampilan dalam pedagogi (pengajaran & pembelajaran)

memahami perkembangan

murid-murid dan menyayangi mereka

memahami psikologi pembelajaran


memiliki

kemahiran kaunseling

menggunakan

teknologi terkini

dapat menyaring
boleh

(cognitive psychology)

dapatan-dapatan kajian dan penyelidikan mutakhir

bekerjasama dengan rakan sejawat dan orang lain, dan

memiliki

keyakinan terhadap peranan dan sumbangan sebagai pendidik.

Satu agenda dalam program pendidikan kini sebagai persediaan abad ke-21,
ialahSekolah Bestari. Pelaksanaan Sekolah Bestari turut mewujudkan transformasi dalam
sistem pendidikan yang meliputi aspek kurikulum, sistem penilaian, pentadbiran, pengurusan
pembelajaran. Implikasi kepada reformasi ini, memerlukan persediaan guru. Tan Sri Datuk
Dr. Wan Mohd. Zahid bin Mohd. Nordin, memberi ciri-ciri guru bestariialah guru-guru yang
boleh dan bijaksana mengimbang keperluan Wawasan Pendidikan dengan tuntutan dan
cabaran semasa. " Pendidikan Bestari antara lain menginginkan guru yang berketrampilan.
Tingkat ketrampilannya bukan sekadar mengguna dan menguruskan teknologi, tetapi lebih
penting berkeupayaan menyaring, mengadun, mengacuan setiap perkara seiring dengan
tingkat ketahanan anak bangsa,
sejajar dengan budaya halus masyarakat kita dan seterusnya menyumbang untuk terus
memperkukuh asas kewujudan kita." (1997) Merujuk kepada cabaran besar di atas, para
pendidk mempunyai tanggungjawab melaksanakan peranan berikut secara komited dan
ikhlas:

1. Membina Budaya Ilmu


Kemampuan para pendidik ialah menyusun, dan mensepadukan ilmu dengan
perkembangan semasa, seperti:

a Teknologi

dan perkomputeran

Para pendidik seharusnya mengorak langkah dan menggembleng peluang untuk


melengkapkan diri berketrampilan sebagai pemimpin ilmu berasaskan teknologi serta
bersedia menjurus kepada penguasaan dan penggunaan teknologi maklumat untuk pelbagai
bidang dan menjadi mekanisme urusan harian.
b Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif
pelajar-pelajar mestilah dididik menggunakan daya fikir tinggi dan minda untuk
melahirkan pelajar-pelajar untuk belajar sepanjang hayat dan mempunyai modal intelektual
tinggi menghadapi era globalisasi. Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif perlu juga
terarah kepada pandangan jauh dan luar biasa.
c. Kebolehan

menterjemah dan mengawal kurikulum yang luwes

Para pendidik seharusnya mempunyai kemahiran dan ketrampilan mengaitkan domain


teori

dengan

praktis

dan

mesti

bijak

membina

pengetahuan

dan

kemahiran

secaradevelopmental mengikut kadar pembelajaran (pace of learning) untuk mencapai


kemahiran thoughtful learning. Kurikulum sepatutnya mempunyai ruang untuk disesuaikan
dengan perkembangan semasa berdasarkan keperluan negara, perkembangan semasa dan
kemajuan sejagat. Kurikulum yang hendak digubal melalui Four Pillars of Learning iaitu:
@ Learning to know ( Belajar untuk menguasai ilmu)
@ Learning to do (Belajar untuk menguasai kemahiran)
@ Learning to be (Belajar untuk menjadi insan berguna)
@ Learning to live together (Belajar untuk harmoni dan bekerjasama)
d Menerapkan

nilai-nilai murni/moral/akhlak

nilai-nilai murni menitikberatkan perlakuan baik, peradaban dan tatasusila insan


dalam

hubungannya sesama manusia, alam dan Tuhan. Elemen ini sangat penting dalam usaha
pembudayaan masyarakat yang dapat mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian negara.
e. Menguasai pengetahuan dan kemahiran industri
melahirkan generasi untuk pasaran tenaga kerja industri merupakan Dasar Pembangunan
Negara. Usaha ini ialah sebagai sumbangan kepada melahirkan sumber manusia yang
menyumbang kepada tenaga buruh yang berkualiti, seba boleh dan responsive kepada
perubahan keadaan perindustrian. Kurikulum dan daya didik di dalam sistem pendidikan
hendaklah berupaya merealisasikan masyarakat sainstifik, teknologis dan progresif yang
inovatif dan berpandangan jauh ke hadapan.

f.

Membentuk Masyarakat Madani


Pendidik yang profesional dapat menangani pengajaran dan pembelajaran yang dapat
membudayakan masyarakat dengan amalan akhlak dan nilai-nalai murni. Perkembangan dan
kemajuan dunia boleh mempengaruhi gaya hidup dan akhlak masyarakat kita. Usaha
mengimbangkan perkembangan dan kemajuan dunia aspek teknologi maklumat dan industri
hi-tech, dengan pembentukan rohaniah dan ketahanan diri diberikan perhatian serius.
Kurikulum dalam sistem pendidikan kita sama ada secara formal atau tidak formal, mampu
menyusun dan membentuk masyarakat madani. Dalam merancang pelaksanaan konsep ini
beberapa perkara mesti diberi perhatian:

oPrinsip

berteraskan keimanan dan moral yang menjamin keseimbangan antara kekebasan

perseorangan dengan kestabilan dan kesejahteraan masyarakat


oMendorong

perkembangan indidvidu dari segi pemikiran, budaya, sosial, ekonomi, alam

sekitar dan teknologi


oSistem sosial yang

cekap dan saksama serta perlaksanaan pemerintahan mengikut undang-

undang dan bukan nafsu atau kepentingan individu

oMengamalkan

akhlak terpuji dan boleh diteladani Usaha mewujudkan masyarakat madani

diharap dapat melahirkan warga negara yang berpegang kepada teras keimanan dan
ketuhanan, mempunyai ketahanan diri, memiliki identiti bangsa Malaysia, tahap kepimpinan
yang dinamik, berpandangan jauh, kreatif dan inovatif, citra diri yang tinggi, berdisiplin dan
amalan hidup yang cemerlang.

ISU-ISU DAN MASALAH DALAM SISTEM PENDIDIKAN


A. Sistem persekolahan Pelbagai Aliran
Memasuki tahun 2010 telah menjadikan sistem pendidikan di Malaysia bergerak seiring
dengan keperluan semasa kerana masyarakat juga turut berubah disebabkan oleh arus
permodenan dan globalisasi. Sehingga kini, Malaysia masih meneruskan kesinambungan
sistem persekolahan lama dengan mengekalkan sekolah kebangsaan, sekolah jenis
kebangsaan Cina, dan sekolah jenis kebangsaan Tamil. Seringkali isu-isu berkenaan dengan
system persekolahan dibincangkan dan diperdebatkan yang akhirnya tiada jalan penyelesaian
yang dilakukan bagi mengubah kepada sistem persekolahan yang baru. Isu-isu sistem
persekolahan merupakan isu yang sensitif bagi masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa,
kerana bukan sesuatu yang mudah untuk mendapat persetujuan daripada masyarakat yang
mempunyai pandangan dan kepentingan yang berbeza.
Seringkali setiap keputusan, sama ada yang hendak mahupun yang telah dibuat,
dipengaruhi oleh politik tanah air yang bermula sejak zaman penjajah lagi. Umum
mengetahui bahawa pihak kerajaan sentiasa memainkan peranan bagi menaikkan mutu
pendidikan kebangsaan, tetapi sejauh mana setiap tindakan yang diambil dapat
menyelesaikan masalah yang timbul. Sistem persekolahan Malaysia kini masih tidak banyak
berubah dari aspek perpaduan kaum. Murid-murid dan pelajar-pelajar dapat menjadikan
sekolah sebagai asas permulaan membina hubungan baik sesama mereka di mana di sekolah,
mereka dapat beramah mesra, bergaul, bersukan, makan bersama, saling kenalmengenal, dan
merapatkan hubungan silaturahim. Namun begitu, kewujudan sekolah yang pelbagai aliran
seperti sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil telah menjejaskan
perpaduan kaum di Malaysia. Kini, ianya sudah tidak relevan untuk diguna pakai kerana

sekiranya ia masih diteruskan, maka hubungan antara masyarakat Malaysia akan semakin
pudar.
Hal demikian kerana sekolah merupakan tempat mula-mula masyarakat Malaysia
yang berbilang bangsa bertemu untuk saling mengenal. Perdana Menteri Malaysia, Datuk
Seri Najib Tun Razak, mengatakan bahawa beliau sedia menimbangkan untuk mewujudkan
hanya satu system sekolah sahaja yang diguna pakai sekiranya rakyat Malaysia bersetuju
untuk mengikuti satu sistem persekolahan. Dalam melaksanakan dasar baru itu, kerajaan
perlu mengambil kira kehendak rakyat kerana tidak mahu timbul perbalahan dan kesan buruk
kepada rakyat. Sehingga kini, masyarakat Malaysia masih belum bersetuju untuk
menggunakan satu sistem sekolah sahaja. Masyarakat Cina dan India dilihat masih mahu
menggunakan system sekolah pelbagai aliran yang dianggap dapat menjaga bahasa ibunda
mereka dan menjamin hak-hak mereka.
Idea menubuhkan satu aliran sistem persekolahan perlu dilaksanakan kerana
melaluinya semangat perpaduan di kalangan rakyat dapat dipupuk. Pelaksanaan sekolah satu
aliran tidak akan menyebabkan kehilangan identity kaum tertentu, malah ia akan terus
menyemai semangat perpaduan yang kukuh di kalangan masyarakat Malaysia. Masyarakat
Cina, India, dan semua kaum masih boleh mengekalkan penggunaan bahasa ibunda mereka,
walaupun belajar di sekolah yang sama aliran. Di sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan
Tamil, bilangan murid-murid Melayu terlalu sedikit jika dibandingkan dengan sekolah
kebangsaan. Keadaan ini menunjukkan jurang yang begitu luas antara murid-murid Melayu,
Cina, dan India. Masalah ini disebabkan oleh penggunaan bahasa, iaitu bahasa Melayu, Cina,
dan Tamil yang menjadi faktor utama wujud jurang pendidikan antara masyarakat.
Contohnya, di sekolah kebangsaan, bahasa Cina dan Tamil tidak diterapkan; manakala di
sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, bahasa Melayu bukan bahasa utama. Jadi, wujud
dua keadaan yang berbeza dan masalah ini sering berlanjutan sehingga kini.
B. Pengajaran Pendidikan Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)
Pada tahun 2003, semasa era pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad, suatu dasar
baru pendidikan diperkenalkan, iaitu Pengajaran Pendidikan Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris (PPSMI). Tujuan ianya dilaksanakan adalah untuk memperkukuhkan

penguasaan bahasa Inggeris di kalangan masyarakat Malaysia. Namun begitu pada tahun
2009, Menteri Pelajaran Malaysia mengumumkan bahawa PPSMI akan dimansuhkan
sepenuhnya pada 2012, disebabkan timbulnya masalah-masalah. Walau bagaimanapun, atas
sebab-sebab tertentu, pelajar yang telah memulakannya boleh meneruskan pembelajaran
dalam bahasa Inggeris.
Isu PPSMI merupakan isu besar dalam pendidikan Malaysia kerana mendapat
tentangan daripada masyarakat Melayu terutamanya. Antara sebab-sebab ia mendapat
bantahan dari banyak pihak ialah kerana: (1) ianya bertentangan dengan Perlembagaan
Perkara 152, iaitu memartabatkan bahasa Melayu; (2) prestasi pelajar-pelajar Melayu
terutamanya merosot dalam subjek Sains dan Matematik; (3) kurangnya guru yang terlatih;
dan (4) tentangan daripada pejuang-pejuang bahasa Melayu, para cendiakawan, tokoh
akademik,

ahli

politik,

memperjuangkan

bahasa

dan
Melayu

NGO

atau Non

sebagai

bahasa

Governmental
rasmi.

Ada

Organization yang
sesetangah

pihak

mempersoalkan mengapa setelah 7 tahun ia dilaksanakan, kini mendapat tentangan? Mungkin


kah ianya sejajar dengan kehendak masyarakat yang telah merasai kesan daripada
pelaksanaan dasar tersebut kepada pelajaran anak-anak mereka? Sememangnya, murid-murid
dan pelajar-pelajar di luar bandar menunjukkan keputusan yang merosot kerana ternyata
sehingga kini mereka masih lagi ketinggalan, terutama dalam penguasaan bahasa Inggeris.
Masyarakat luar bandar terutamanya masih belum bersedia sepenuhnya menerima PPSMI
dilaksanakan kerana bimbang
dengan masa depan.
C. Pengisian Kurikulum Dan Ko-Kurikulum
Masalah lain yang turut timbul ialah berkenaan dengan pengisian dalam kurikulum
dan aktiviti ko-kurikulum yang menjadi penentu kepada perkembangan murid-murid dan
pelajar-pelajar (Awang Had Salleh, 1980). Hal ini penting kerana ia memberi kesan, sama ada
positif atau negatif kepada masyarakat dalam membentuk jati diri dan disiplin. Sekiranya
pengisian dalam kurikulum dan ko-kurikulum mengikut keperluan rakyat, maka tentu
sebarang masalah tidak timbul. Tetapi oleh kerana wujud kelemahan-kelemahan dalam
pengisian kukirulum dan ko-kurikulum, reaksi yang negatif kelihatan dalam hubungan

masyarakat. Contohnya, sekolah kebangsaan tidak menjadikan bahasa ibunda kaum Cina dan
Tamil sebagai subjek wajib telah menyebabkan ibu bapa daripada Cina dan India tidak mahu
menghantar anak-anak mereka ke sekolah kebangsaan.
Bagi mereka, bahasa ibunda ialah identiti yang harus dipelihara. Mukriz Mahathir
(2008) memberi pandangan supaya satu sistem persekolahan sahaja diwujudkan dengan
menerapkan bahasa Mandarin dan Tamil sebagai subjek yang wajib diambil oleh muridmurid Cina dan India (kenyataan dalam Utusan Online di http://www.utusan.com.my,
2/12/2008). Murid-murid Melayu boleh mengambil bahasa Mandarin dan Tamil sebagai salah
satu subjek pilihan. Secara tidak langsung, orang Melayu akan dapat menguasai bahasa
Mandarin dan Tamil yang akhirnya dapat merapatkan jurang pendidikan antara kaum.
Masyarakat perlu memahami bahawa objektif penggubalan dasar dan sistem
pendidikan adalah berlandaskan keperluan pembentukan Negara Malaysia sebagai negara
demokrasi yang mempunyai masyarakat berbilang bangsa, agama, dan menjadikan Malaysia
maju ke hadapan. KBSR (Kurikulum Baru Sekolah Rendah) dan KBSM (Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah) merupakan kurikulum yang diperkenalkan bagi meningkatkan
lagi pendidikan dan perpaduan masyarakat, tetapi keberkesanannya untuk menyatupadukan
rakyat yang berbilang kaum masih memerlukan penambahbaikan (Shahril @ Charil
Marzuki et al., 1995:110-126).
D. Merealisasikan Wawasan 2020
Wawasan 2020 telah dicetuskan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr.
Mahathir Mohamad, pada 28 Febuari 1991 yang akan menjadikan Malaysia sebagai sebuah
negara perindustrian dan negara maju menjelang tahun 2020. Reformasi yang telah dilakukan
dalam sektor pendidikan adalah langkah konkrit untuk menuju ke arah Wawasan 2020. Bagi
merealisasikan Wawasan 2020, antara sasaran yang mahu dicapai adalah mengenai perpaduan
Negara di mana sektor pendidikan menjadi peneraju utama. Dalam sektor pendidikan, sistem
persekolahan yang sempurna menjadi pendekatan yang digunakan untuk memastikan
perpaduan di kalangan masyarakat. Tema perpaduan dalam sistem persekolahan amat
dititiberatkan kerana hanya melalui perpaduan matlamat mencapai Wawasan 2020 dapat

direalisasikan. Bermula dari sekarang (2010), hanya 10 tahun sahaja masa yang ada untuk
negara Malaysia menjadi
negara maju.
Namun begitu, dengan situasi masyarakat dan negara sekarang timbul persoalan
tentang persediaan untuk menghadapinya. Contohnya, hubungan masyarakat Malaysia kini
masih lagi perlu diperkukuhkan kerana masih wujud tanda-tanda kelemahan dalam hubungan
masyarakat. Sistem persekolahan sepatutnya menjadi medium penggerak kepada masyarakat
supaya mereka dapat disatupadukan melalui peluang pendidikan. Tetapi, masih wujud
permasalahan dalam menentukan sistem persekolahan kerana ada sesetengah pihak mahu
mengekalkan sistem persekolahan yang sedia ada, manakala sesetengah pihak lain mahu
perubahan.
Masalah-masalah dalam sistem pendidikan yang bermatlamatkan perpaduan negara
diringkaskan melalui: (1) Masalah isu berbangkit hak bumiputra dan bukan bumiputra; (2)
Jurang pencapaian pendidikan orang Melayu dan bukan Melayu melalui peluang pekerjaan
dan pendapatan; (3) Masalah keciciran pelajar-pelajar Melayu dan bukan Melayu; (4)
Hubungan yang renggang antara pelajar Melayu dan bukan Melayu; (5) Kurangnya pergaulan
antara pelajar Melayu dan pelajar bukan Melayu, terutama selepas waktu sekolah; dan (6)
Kurangnya pengetahuan dan tidak memahami dengan mendalam mengenai budaya, amalan,
dan adat resam sesuatu kaum.

PENUTUP

Kesimpulannya, pada era globalisasi ini atau dunia tanpa sempadan


telah memaksa industri pendidikan di Malaysia untuk melalui era
transformasi yang sangat dirasai gelombangnya. Selain itu, perkembangan
pendidikan di Malaysia yang semakin pesat ini adalah hasil daripada minat
ibu bapa yang tinggi terhadap perkembangan pendidikan dan persekolahan
anak-anak mereka baik di peringkat pra sekolah, pendidikan rendah,
menengah dan juga di institusi pengajian tinggi. Kesedaran tersebut adalah

implikasi daripada kesedaran mengenai kepentingan pendidikan bagi


memajukan diri dalam menghadapi cabaran kehidupan yang semakin sengit.
Oleh itu, peranan-peranan daripada pihak pendidik, ibubapa, dan
pelajar itu sendiri amatlah penting bagi menghadapi transformasi dunia tanpa
sempadan ini. Akhir sekali, pihak perancang pendidikan perlu melihat isu-isu
dan cabaran yang berbangkit secara menyeluruh dan komprehensif.
Menyelesaikan masalah secara runcitan dan memberi tumpuan kepada aspek
tertentu dan mengurangkan tumpuan kepada aspek lain akan menghalang
pelaksanaan pendidikan kita terutama bagi memenuhi aspirasi Falsafah
Pendidikan Kebangsaan itu sendiri.

Tue sd a y, 1 0 S e pt e m b e r 2 0 1 3

GLOBALISASI DAN CABARAN PENDIDIKAN

Mengikut Prof Michael Gibbons (2003), Setiausaha Agong Persatuan


Universisti Komonwel (ACU), globalisasi pendidikan ialah proses

perubahan untuk amalan dan pelaksanaan pengajaran yang berkualiti.


Fungsi utama globalisasi pendidikan adalah menghasilkan sumber-sumber
yang diperlukan untuk pendidikan dan pembelajaran sepanjang hayat.

Ia merupakan proses berterusan untuk meningkatkan tahap kemahiran dan


pengalaman individu.
Dalam hal ini, pelbagai langkah telah dilakukan untuk menghadapi cabaran
globalisasi pendidikan ini antaranya, menubuhkan Multimedia Super
Corridor (MSC) dan mengembangkan sekolah-sekolah bestari. Selain itu,
mereformasikan kurikulum sekolah dengan melaksanakan pengajaran
Sains Matematik dalam bahasa Inggeris atau dikenali sebagai PSMI dan
penswastaan pendidikan tinggi dengan memberi peluang untuk penubuhan
kolej dan universiti swasta dalam negeri.

Untuk menghadapi cabaran pendidikan, guru merupakan aset utama yang


berperanan dalam menyahut segala cabaran pendidikan akan datang.
Jadi, ciri-ciri guru dalam cabaran globalisasi pendidikan perlu
dititikberatkan oleh semua guru. Guru perlulah mempunyai iltizam yang
tinggi iaitu melibatkan diri secara bersungguh-sungguh serta penuh
tanggungjawab dalam pelaksanaan tugas melahirkan modal insan kelas
pertama. Seterusnya, dalam era globalisasi ini seseorang guru itu perlu
berorientasikan maklumat, dengan kata lain bersungguh-sungguh
mengejar maklumat baru yang berkaitan pendidikan serta isu-isu semasa.
Aspek ini perlu diambil perhatian kerana ia amat berguna kepada pelajar.

Seseorang guru perlu berpandangan jauh dan mempunyai visi terutamnya


dalam perkembangan pendidikan demi mencapai matlamat kecemerlangan
pendidikan negara dalam alaf baru. Selain itu, guru juga perlu
berpandangan positif iaitu memperlihatkan reformasi dan inovasi
pendidikan serta perubahan kurikulumnya dalam perspektif yang positif
yang boleh mendatangkan manfaat kepada diri, pelajar, masyarakat dan
negara contohya peka kepada perubahan dalam setiap aspek, sedar
tentang keperluan negara dan bersikap positif terhadap pembelajaran.
Seseorang guru juga perlu berpengetahuan, fleksibel dan mudah

menyesuaikan diri dalam reformasi, inovasi dan perubahan pendidikan


dengan menguasai kemahiran belajar.

Salah satu nilai aspirasi dalam penerapan Satu Malaysia adalah budaya
inovasi dan budaya ilmu. Oleh yang demikian, kesediaan rakyat Malaysia
untuk mencuba perkara baru dan berinovasi dalam apa jua lapangan yang
diceburi perlu dititikberatkan.

Rakyat Malaysia perlu dikenali sebagai individu-individu yang mampu


menjadi pemimpin dalam bidang masing-masing. Rakyat Melaysia perlu
berani mencari penyelesaian baru dalam menangi masalah dan sentiasa
bersedia untuk menjadi perintis. Seterusnya, negara Malaysia akan benarbenar maju dan berjaya apabila rakyatnya memiliki ilmu pengetahuan yang
tinggi.

Budaya ilmu yang diterapkan dalam nilai aspirasi cenderung untuk sentiasa
memburu pengetahuan yang terkini dan kesediaan menimba ilmu
sepanjang hayat. Justeru itu, globalisasi dan cabaran pendidikan amat
bertepatan dengan konsep Satu Malaysia itu sendiri.

Jadi untuk merealisasikan konsep Satu Malaysia : Rakyat Didahulukan,


Pencapaian Diutamakan, rakyat Malaysia perlulah disediakan dengan
kriteria globalisasi dan cabaran pendidikan kerana kemajuan dan
pembangunan sesebuah negara bermula dari pendidikan.

Posted by Guru Oh Guru at 00:25 5 comments:


Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
F r i d ay, 6 Sep t emb er 2 0 1 3

Pengambilan Guru Hanya Di kalangan 30%


Graduan Terbaik

Profesion keguruan akan menjadi lebih berprestij dan elit apabila


pengambilan dibuat hanya dalam kalangan graduan 30 peratus terbaik
dalam negara dalam usaha mentransformasi profesion itu menjadi
profesion pilihan.

Ini bermakna Kementerian Pendidikan akan meninggikan syarat


kelayakan kemasukan ke profesion keguruan bagi memastikan semua
guru yang mengikuti setiap latihan perguruan memenuhi syarat
minimum kelayakan akademik.

Kementerian turut berhasrat untuk mengubah Institut Pendidikan Guru


(IPG) kepada universiti latihan guru bertaraf dunia menjelang 2020
dan menilai semula kurikulum latihan praperkhidmatan semasa bagi
memastikan guru bersedia untuk mengajar kemahiran berfikir aras
tinggi yang diperlukan murid.

Menurut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025


yang dilancarkan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri
Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin, mulai tahun ini, guru akan
menerima program Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) bagi
membantu guru mencapai potensi penuh.

Program CPD itu termasuk latihan komponen teras dan elektif


mengikut keperluan pembangunan diri yang akan diberi latihan secara
individu daripada penyelia masing-masing.

Pelan itu turut menyebut, guru boleh memilih laluan kerjaya yang
menarik berdasarkan prestasi, potensi dan minat mereka, sama ada
memilih untuk menjalankan tugas kepimpinan atau menjadi guru
pakar.

Selain itu, guru juga akan dinilai secara tahunan oleh pengetua atau
guru besar dengan menggunakan input yang mungkin diberikan oleh
rakan sejawat dan menggunakan instrumen penilaian baharu yang
memberi tumpuan kepada keupayaan guru menyampaikan pengajaran
secara berkesan di dalam dan luar bilik darjah.

Dalam memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di


setiap sekolah, kementerian akan menukar kriteria pemilihan pengetua
dan guru besar daripada pemilihan berasaskan tempoh perkhidmatan
kepada pemilihan yang berfokuskan kecekapan kepimpinan.

Setiap pengetua atau guru besar juga dikehendaki mendapatkan sijil


Kelayakan Profesional Kebangsaan bagi Kepimpinan Pendidikan
(NPQEL) daripada Institut Aminuddin Baki sebelum boleh dilantik.

Pengetua dan guru besar yang bakal dilantik juga akan mengikuti
program pementoran selama satu bulan di bawah bimbingan pengetua
dan guru besar yang akan berpindah dan bersara.

Dalam pada itu, kementerian akan memastikan 100 peratus sekolah


memenuhi keperluan infrastruktur asas menjelang 2015, bermula

dengan Sabah dan Sarawak bagi mewujudkan


pembelajaran yang selamat, bersih dan kondusif.

persekitaran

Kementerian juga akan melaksanakan prinsip asas yang telus dan


saksama dalam pengagihan kewangan dan sokongan lain kepada
semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.

Bagi memanfaatkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam


meningkatkan kualiti pembelajaran, kementerian menyediakan akses
Internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui iBestariNet bagi
kesemua 10,000 sekolah menjelang tahun ini.

Perpustakaan video pengajaran oleh guru cemerlang akan diwujudkan


supaya guru boleh menggunakan sumber ini bagi mendapatkan idea
dan murid pula dapat menjadikannya sebagai alat ulang kaji

SUMBER : BERNAMA

Posted by Guru Oh Guru at 19:47 22 comments:


Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

GELOMBANG 3PM

TIGA gelombang pembaharuan yang bertujuan meningkatkan prestasi


sistem pendidikan negara ditetapkan untuk dilaksanakan dalam
tempoh 13 tahun bermula tahun depan hingga 2025.
Laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
menjelaskan, menerusi Gelombang Pertama membabitkan tahun
pelaksanaan 2013 hingga 2015, sasaran diletakkan bagi menambah
baik kualiti pendidikan negara supaya setanding dengan pencapaian
purata global.
Menurut laporan itu, sepanjang pelaksanaan gelombang itu,
Kementerian Pelajaran menentukan tiga bidang tumpuan iaitu
menambah baik pengajaran di bilik darjah, meningkatkan kepimpinan
kementerian dan sekolah serta meningkatkan kecekapan guru bahasa
Inggeris.
Hal ini tidak bermakna inisiatif perubahan akan menumpukan
perhatian kepada tiga bidang berkenaan sahaja malah terdapat inisiatif
yang memberikan tumpuan kepada isu lain seperti penambahbaikan
kurikulum dan peningkatan infrastruktur.
Bagaimanapun, tiga bidang itu dipilih sama ada ketiga-tiganya
merupakan pemacu utama bagi menambah baik kualiti guru dan
pengetua atau kerana keperluan bagi keseluruhan aspirasi ekonomi
negara (bahasa Inggeris), jelas laporan tersebut.

Bagi Gelombang Kedua (2016-2020), laporan berkenaan memberitahu,


kementerian akan melaksanakan perubahan dari segi struktur untuk
mempercepat langkah perubahan dengan perancangan bagi semua
inisiatif akan bermula semasa gelombang pertama.
Perancangan itu termasuk menggerakkan semua 410,000 orang guru
dan 10,000 pengetua atau guru besar kepada pakej kerjaya baru selain
menstruktur dan menjajarkan pejabat Persekutuan, negeri serta daerah
terhadap fungsi baru.
Ini bagi membolehkan pejabat berkenaan membantu sekolah dan
memperkenalkan kurikulum sekolah menengah yang baru dan
kurikulum sekolah rendah yang disemak dalam menangani isu
mengenai pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperlukan untuk
berkembang maju di persekitaran ekonomi global masa kini.
Sementara itu laporan itu menyebut, semasa awal Gelombang Ketiga
(2021-2025) pula, semua sekolah, guru dan pengetua seharusnya
menunjukkan prestasi yang lebih tinggi daripada standard minimum.
Oleh itu, kementerian akan menumpukan perhatian kepada
peningkatan keluwesan operasi untuk menyemai budaya pemimpin
rakan sebaya ke arah kecemerlangan profesional. Kementerian juga
akan menggerakkan kebanyakan sekolah, jika tidak semuanya, ke arah
model pengurusan berasaskan sekolah dan menambah model inovasi
pengajaran yang berjaya.
Matlamatnya adalah untuk membentuk suatu sistem tadbir urus
kendiri yang mampu membuat pembaharuan dan membawa
pencapaian ke tahap lebih tinggi, tambah laporan itu.
Jelas laporan itu, kementerian menyedari kepentingan serta
kesegeraan dalam melaksanakan tugasan yang sedang dijalankan dan
untuk itu, kementerian akan mula mengambil tindakan awal dalam
beberapa bidang kritikal.
Sebahagian besar daripada tindakan awal itu akan menjadi asas
perubahan dramatik pada masa depan. Bagaimanapun kementerian
juga menyedari keperluan menghasilkan pencapaian dengan kadar

segera dan konsisten bagi membina dan mengekalkan momentum


transformasi.
Dalam 12 bulan yang akan datang, kementerian mempunyai
kesungguhan untuk melaksanakan perubahan dan mendapatkan hasil
seperti semua 70,000 guru bahasa Inggeris dinilai pada tahap
kecekapan berbahasa mengikut standard antarabangsa dan syarat
pengambilan guru diperketat selain semua 10,000 sekolah rendah dan
menengah kebangsaan akan mendapat liputan internet 4G melalui
pelaksanaan 1BestariNet, jelas laporan berkenaan.
SUMBER
pendidikan/

: http://psssksa.wordpress.com/category/isu-semasa-

Karangan Isu Pendidikan


Negara? Satu Pandangan
Berani

Karangan 9
Pendidikan telah menjadi kritikan masyarakat dan sektor ini
memang merupakan satu isu sensitif.
Jelaskan masalah-masalah yang dihadapi oleh sektor
pendidikan.
Bidang pendidikan dianggap bidang sensitif negara kerana bidang ini
mampu mengubah senario politik dan sosial negara kita. Bilangan generasi

muda yang terlibat dalam bidang ini turut menjadikan pendidikan satu isu
yang harus ditangani dengan bijak tetapi pantas. Kejayaan negara
mengubah bidang pendidikan ini dalam menangani cabaran globalisasi
pasti akan mendatangkan kejayaan kepada rakyat dan negara kita secara
keseluruhannya. Cuma ketika ini bidang yang dianggap murni suatu masa
dahulu sedang menghadapi saat gentingnya.
Masalah yang paling kritikal sedang dihadapi oleh bidang pendidikan ialah
pelajarnya yang dikatakan tidak berdisiplin. Saban hari kita didedahkan
melalui media massa masalah disiplin yang dilakukan oleh pelajar. Kes
guru dipukul, gejala jenayah pelajar, sikap ponteng pelajar, dan budaya buli
semuanya menjurus betapa seriusnya masalah ini. Keadaan ini turut
menyebabkan bidang pendidikan menjadi mangsa sasaran kritikan
masyarakat yang mahu perkara ini diatasi seberapa segera.
Bidang pendidikan turut mengalami masalah kekurangan guru terutama
guru lelaki dan di kawasan pedalaman. Kurangnya guru lelaki sering
dikaitkan dengan rendahnya tangga gaji yang diberikan kepada guru.
Lelaki yang sering dianggap ketua keluarga akan mencari kerjaya lain yang
menjanjikan gaji lebih lumayan. Manakala, guru lelaki yang kecil
jumlahnya pula dihantar ke kawasan pedalaman tetapi masih belum cukup
untuk menampung keperluan kawasan pedalaman. Situasi ini dibebankan
lagi dengan budaya keguruan yang dianggap lebih bercorak kewanitaan
akibat kurangnya guru lelaki.
Tambahan pula, ada sekolah yang masih kekurangan kemudahan seperti
komputer dan bangunan yang sesuai. Keadaan ini menjejaskan peluang
pelajar untuk memperoleh pendidikan yang baik. Mereka belajar dalam
keadaan tidak selesa dan ini sudah pasti akan menjejaskan pencapaian
mereka dalam peperiksaan. Kalau sekolah tidak lengkap kemudahannya,
bagaimana guru hendak menjalankan tugasnya? Inilah isu yang
menghantui bidang pendidikan ini.
Malah, isu sekolah dianggap bukan faktor integrasi masyarakat turut
menjadi persoalan utama kini. Konsep Sekolah Wawasan yang cuba
diketengahkan mendapat bantahan pelbagai pihak lantaran bimbang
hilangnya budaya kaum tertentu. Malah, sekolah biasa pula sering
menyaksikan pelajar-pelajarnya berinteraksi mengikut kaum dan bukannya
bercampur. Semua ini menghasilkan satu generasi pelajar yang tidak

memahami budaya masyarakat lain. Sekolah seharusnya mendidik mereka


bukannya memisahkan mereka mengikut kaum.
Selain itu, isu pelajar berlumba-lumba untuk mengaut jumlah A yang
banyak dalam peperiksaan turut menjadi satu kemelut baru dalam
pendidikan. Ramai yang menganggap sekolah menjadi tempat untuk
menghafal bukannya memberi pendidikan yang holistik kepada pelajarnya.
Kesannya, pelajar yang ada kini tidak mampu berfikir secara kritis atau
menyelesaikan masalah yang di luar batasan soalan peperiksaan yang
ditanya kepada mereka. Pelajar ketiadaan kepandaian emosional yang
penting daam era globalisasi ini.
Kesimpulannya, pendidikan harus diberi lebih banyak peruntukan untuk
meningkatkan tahap pendidikan negara. Guru-guru harus diberi lebih
banyak ruang untuk kreatif dalam pengajaran mereka. Guru harus diberi
lebih banyak peluang untuk meningkatkan kemahiran mereka melalui
kursus dan program pendidikan jarak jauh. Guru harus diberi insentif
kewangan yang lebih setimpal dengan tugas yang diamanahkan kepada
mereka. Guru sumber inspirasi generasi muda.

KARANGAN BERPANDU

Karangan Berpandu

Tema atau tajuk karangan berpandu di atas sukar, kerana pelajar perlu
mempunyai pengetahuan yang luas mengenai e-pembelajaran. Justeru, pelajar
perlu memahami definisi e-pembelajaran dan pengetahuan fungsinya sebelum
menulis karangan bertemakan tajuk berkenaan.

Contoh karangan.

Pepatah ada mengatakan sekali air bah, sekali pantai berubah,


begitulah hakikatnya perubahan sistem pendidikan negara kita kerana sistem
pendidikan konvensional yang diamalkan sebelum ini telah bertukar wajah
kepada sistem pembelajaran moden berasaskan elektronik. Sistem pendidikan
terkini iaitu e-pembelajaran melanda kehidupan manusia dengan evolusinya
seakan-akan tidak mengenal penghujungnya. Justeru, untuk memastikan sistem
pendidikan negara bertaraf dunia, Kementerian Pelajaran Malaysia telah
memperkenalkan e-pembelajaran di sekolah-sekolah bertujuan untuk
melonjakkan taraf pendidikan rakyat Malaysia agar boleh duduk sama rendah
dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju serta bertaraf dunia.
Pendidikan secara e-pembelajaran merupakan satu bentuk pendidikan masa
depan yang memaksimumkan penggunaan Teknologi dan Maklumat (IT) dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. E-pembelajaran dapat ditakrifkan sebagai
sistem pengajaran dan pembelajaran yang melepasi sempadan bilik kuliah atau
kelas di sekolah. Jika kita menerobosi secara terperinci tentang sistem epembelajaran ini, banyak kelebihan yang bakal diperoleh pelajar, mahasiswa,
dan masyarakat keseluruhannya apabila e-pembelajaran diaplikasikan dalam
sistem pendidikan negara.
Mari kita fokus perbincangan pertama berdasarkan kata kunci
kebaikannya iaitu e-pembejaran membolehkan para pelajar mengikuti
pembelajaran tanpa perlu terikat dengan waktu pembelajaran di dalam kelas. Hal
ini kerana, para pelajar dapat meneruskan pembelajaran dimana-mana sahaja
tanpa mengira waktu menggunakan sistem eketronik ini. Para pelajar boleh
meneruskan pembelajaran dan melakukan perbincangan pada bila-bila masa, di
mana-mana sahaja tanpa perlu duduk setempat bersama-sama seperti sistem
pendidikan kovensional yang memerlukan pelajar berada di dalam kelas atau
kuliah. Hasilnya, lebih banyak informasi dapat digali dan pelbagai idea baru
dapat ditunasi. Selain itu, sitem pembelajaran e-pembejaran ini turut membuka
peluang untuk para pelajar berinteraksi menggunakan internet dan juga e-mel
antara pelajar dengan pelajar, pelajar dengan guru atau pensyarah, atau guru
dengan pelajar. Hal ini secara tidak langsung dapat menjimatkan lagi masa para
pelajar. Bahkan juga, pelajar boleh berintraksi dengan guru setiap ruang masa.

Contohya, pengenalan sistem Frog vle merupakan kaedah pembelajaran terkini


yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran di sekolah-sekolah terutama
sekolah kluster kecemerlangan. Pelajar boleh melakukan latihan dan menerima
nota daripada guru melalui sistem pembelajaran baru tersebut. Tegasnya, sistem
e-pembelajaran membolehkan para pelajar mengikuti kelas tanpa perlu terikat
dengan waktu pembelajaran di dalam kelas.
Seterusnya, fokus perbincangan kedua menjurus kepada isi menerusi epembelajaran, para pelajar dapat menggunakan E-buku yang boleh dimuat turun
secara langsung dari sistem e-pembelajaran. E-Buku mempunyai pelbagai
aplikasi. Antaranya termasuklah pemprosesan kata, hamparan data, senarai
kandungan, kalendar dan sebagainya. Dengan e-buku itu, para pelajar tidak
perlu membawa buku yang banyak ke sekolah. Penggunaan buku elektronik ini
dijangka dapat mengurangkan kos bagi Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) di
sekolah dalam jangka masa yang panjang. Penggunaan e-buku mampu
menangani kepelbagaian masalah pelajar dalam bidang akademik di dalam
kelas. Dengan itu, keluhan ibu bapa terhadap bebanan anak-anak membawa
jumlah buku yang banyak ke sekolah dapat diselesaikan apabila e-buku
diaplikasi di sekolah. E-buku menjadi suatu wahana dengan pendekatan
interpersonal antara guru dengan pelajar yang boleh mereka melahirkan
komunikasi positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai seorang
pelajar, internet juga boleh dijadikan sebagai medium rujukan. Malahan, internet
juga dianggap sebagai perpustakaan maya yang menyimpan khazanah ilmu
pengetahuan. Maklumat yang diperoleh menggunakan sistem pendidikan
elektronik ini membolehkan pelajar menerima bahan berkenaan dengan lebih
cepat, mudah dan menjimatkan masa. Jelaslah, e-pembelajaran mampu
mengurangkan kebergantungan pelajar terhadap penggunaan buku teks di
sekolah.
Fokus kebaikan seterusnya ialah e-pembelajaran membantu para pelajar
terutama mahasiswa meneruskan pembelajaran di peringkat pengajian tinggi.
Hal ini kerana dengan penggunaan e-pembelajaran mereka tidak perlu lagi
bersemuka dengan pensyarah. Pelajar yang mengikuti Pengajian Jarak Jauh
(PJJ) tidak perlu ke Institusi Pengajian Tinggi untuk bertemu dengan pensyarah
mereka kerana para pensyarah mengendalikan pembelajaran secara telesidang
yang menggabungkan audio, video dan grafik dari lokasi yang berbeza dengan
menggunakan sistem e-pembelajaran. Sudah pasti dengan pembelajaran cara ini
kos pembelajaran dapat dikurangkan.. Malahan, konsep universiti terbuka
seperti ini dijalankan oleh universiti tempatan seperti Universiti Terbuka ( Open
Universiti), Universiti Tun Abdul Razak, dan Universiti Putra Malaysia. Dalam hal
ini, golongan seperti suri rumah dan pesara dapat terus melanjutkan pelajaran
tanpa perlu menghadirkan diri ke institusi pendidikan tinggi berkenaan. Hal ini
secara tidak langsung dapat memanifestasikan slogan pendidikan sepanjang

hayat yang digalakkan oleh kerajaan. Seterusnya, e-pembelajaran ini dapat


menjimatkan pelbagai kos kehidupan pelajar seperti penginapan dan
pembelanjaan harian kerana pembelajaran boleh dilakukan di rumah. Sudah
pasti pembelajaran secara e-pembelajaran menjimatkan kos perbelanjaan dan
penginapan para pelajar. Tegasnya, e-pembelajaran tidak memerlukan pelajar ke
Institusi Pendidikan Tinggi untuk melakukan proses pembelajaran.
Bahkan juga, aplikasi pengajaran dan pembelajaran menggunakan epembelajaran amat memberangsangkan proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas. Dalam sistem pembelajaran ini, pelajar boleh melakukan pelbagai
aktiviti, disamping pembelajaran boleh dilakukan dalam pelbagai cara
berasaskan perisian di dalam komputer seperti kecanggihan grafiknya, audiovisualnya yang menarik sudah pasti pembelajaran akan lebih kondusif kepada
pelajar. Tambahan pula, suasana pendingin hawa yang menyegarkan akan
menyebabkan pelajar akan lebih aktif, tidak berasa bosan dan tubuh badan
pelajar cergas dan fikiran mereka cerdas. Bahkan juga, pelajar dapat
menjalankan latihan secara interaktif sama ada dengan tindak balas perisian
komputer yang dijana oleh sistem yang dihasilkan khas oleh pihak Kementerian
Pelajaran atau dihasilkan oleh guru-guru mata pelajaran sendiri. Oleh sebab itu,
pelajar akan mudah dan cepat memahami mata pelajaran yang sukar seperti
Matematik Tambahan, Sains, dan juga mata pelajaran bahasa sama ada bahasa
Melayu atau bahasa Inggeris. Justeru, Tegasnya, aplikasi pengajaran dan
pembelajaran menggunakan e-pembelajaran amat memberangsangkan proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Kesimpulannya, sememangnya e-pembejaran memberikan pelbagai
kelebihan kepada seluruh lapisan masyarakat. Umum mengetahui bahawa
bentuk pengajaran dan pembelajaran yang baharu membolehkan rakyat
meningkatkan kemahiran dan kelayakan akademik mereka. Pelaksanaan sistem
pendidikan maya di negara kita dapat meluaskan lagi horizon minda para pelajar.
Para pelajar akan lebih terdedah dengan dunia globalisasi sekiranya epembelajaran dilaksanakan secara menyeluruh. Walaupun usia telah meningkat
ilmu pengetahuan tetap dapat dikuasai. Konsep pembelajaran sepanjang hayat
menerusi pendidikan sedemikian patut dimanfaatkan oleh semua bertunjangkan
pepatah sebab mutiara sebiji, lautan dalam diselami orang. Selain itu pelbagai
pihak tidak kira pihak swasta mahupun badan bukan kerajaaan (NGO) perlulah
berganding bahu bersama kerajaan untuk membangunkan lagi sistem pendidikan
di negara kita agar pendidikan negara bertaraf dunia.

ISU BEBAN TUGAS GURU

Sebagai seorang guru, pelbagai perkara yang perlu dititik beratkan walaupun ada
kalanya, kebajikan diri perlu diketepikan. Namun, sebagai seorang guru yang
memegang amanah yang telah diberikan ini, guru ini sanggup berkorban wang,
masa, tenaga dan sebagainya untuk kepentingan sekolah terutamanya untuk muridmurid. Hari berganti hari, peredaran zaman membuatkan tugas guru semakin
bertambah daripada pelbagai aspek sebagai contoh, mengisi data markah murid.

Selain itu, guru jugalah yang berperanan dan bergerak aktif apabila hari sukan,
sambutan-sambutan hari yang penting, penyampaian hadiah dan lain-lain. Profesion
perguruan bukanlah sesuatu pekerjaan yang mudah dan hanya kemahiran mengajar
sahaja seperti tanggapan sebilangan masyarakat, namun seorang guru itu, perlu
mendalami pelbagai kemahiran dalam bidang pendidikan dan kehidupan.

Pihak guru pula saban hari dibebani dengan pelbagai tugas yang semakin
mencabar. Pembangunan profesionalisme diri guru sentiasa dituntut, komitmen guru
sentiasa dipertikaikan sementara sebaliknya pengorbanan guru kelihatan agak
kurang ditonjolkan oleh masyarakat. Bagi saya, Kementerian Pelajaran Malaysia
telah melakukan pelbagai usaha dengan mengadakan pelbagai inisiatif daripada
segi kenaikan pangkat dan gaji serta elaun.

Isu pendidikan di dalam negara sebenarnya sentiasa panas dan membara. Isu
tentang guru juga sering kali diperkatakan, dibincangkan dari parlimen hinggalah ke
kedai buku. Persepsi serta tanggapan terhadap kerjaya guru pada mata masyarakat

amnya telah berubah. Guru bukan lagi kerja yang dianggap mulia, guru pula sering
dipersalahkan apabila result peperiksaan menjunam jatuh, walau pun bukan semua
majoriti akan menyalahkan guru jika keputusan peperiksaan merosot, guru jugalah
yang dipersalahkan apabila disiplin pelajar sekarang yang sangat membimbangkan,
guru jugalah yang akan dipersalahkan apabila berlakunya kecederaan atau
kematian murid , sewaktu aktiviti kokurikulum atau sebarang aktiviti luar walaupun
semua prosedur keselamatan telah dipatuhi dan dituruti untuk mengelakkan hal
yang

tidak

diduga.

Di samping itu, ada kalangan masyarakat yang mempersalahkan guru, apabila isu
beban kerja guru ditimbulkan, kata mereka , guru mengada-ngada, banyak kerjaya
lain yang turut terbeban dan sukar seperti bahagian keselamatan dan kesihatan,
yakni polis dan doktor. Mengapa perlu membuat perbandingan sebegini, wajarkah
perbandingan sebegini? Semuanya beranggapan guru hanya bermula bekerja 7.30
pagi hingga 1.30 tengah Hari.

Itulah persepsi kebanyakan masyarakat tanpa melihat kerjaya guru sebagai satu
kerjaya mencabar, sebab itulah cadangan waktu bekerja selama 9 jam perlu
diperhalusi, dan bukannya tangkap muat sahaja. Tugas seorang guru pada saya
merupakan jurutera manusia, bukan senang mengajar dan mendidik pelajar yang
datang dari pelbagai latar belakang, pelbagai kaum, pelbagai tahap IQ dan EQ,
semuanya perlu ditangani oleh guru untuk muridnya yang disayangi dan dikasihi.

Apa yang menjadi isu masa kini ialah penghormatan yang ditagih daripada
masyarakat umum. Ibu bapa seharusnya memberikan penghormatan yang tinggi
kepada

kerjaya

guru

dengan

memberikan

kerjasama

yang

tinggi

demi

memartabatkan profesion ini. Masyarakat janganlah asyik menyalahkan guru sahaja


apabila terdapat isu yang melibatkan murid atau anak-anak mereka. Kita perlu
menangani masalah yang timbul bersama-sama dengan guru secara permuafakatan
dengan menggunakan saluran yang tertentu dengan bijaksana.

Berbalik kepada isu beban tugas yang semakin bertambah, isu ini sudah pun lama
wujud dan sentiasa menjadi rungutan hampir kesemua guru. Malahan, isu perbualan
sesama guru ketika berbual sama ada di kantin sekolah, bilik guru, ketika berjumpa
di pasar raya, pasar ketika membeli ikan, restoran, tempat joging dan sebagainya
tidak boleh lari daripada memperkatakan hal-hal mengenai beban tugas yang tidak
pernah berkesudahan.

Menurut Lok Yim Pheng, guru banyak membazirkan masa mengajar mereka dengan
membuat kerja-kerja yang diarahkan oleh phak-pihak tertentu.

Amat malang

perkara ini berlaku sebab tugas guru adalah mengajar dan mendidik murid dengan
penuh tanggungjawab.

Khabarnya satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan untuk menangani masalah ini
di peringkat kementerian yang juga dianggotai oleh NUTP. Semoga perkara ini akan
menjadi kenyataan dan isu yang berlarutan ini dapat ditangani dengan bijaksana dan

berkesan. Justeru, semoga selepas ini para guru akan menjadi lebih selesa dan
mempunyai banyak masa untuk menumpukan perhatian kepada tugas dan
tanggungjawab

yang

diamanahkan.

Ingatlah

bahawa

tanggungjawab,

perlu

ditunaikan dengan penuh ikhlas dan setia. Masa yang ada kelak, jangan dihabiskan
dengan aktiviti yang tidak berkaitan dengan pendidikan.

Pelbagai isu yang dikaitkan dengan profesion


perguruan, pentadbir di sekolah, guru-guru, ibu
bapa dan murid. Saya melihat, isu bebanan tugas
guru menjadi perbualan dalam kalangan guru-guru
di sekolah apabila mereka dibebankan atau
diberikan pelbagai arahan yang perlu dilaksanakan
di sekolah. Walaupun ada segelintir pihak yang
menyatakan bahawa gaji yang diperoleh oleh guru
adalah lumayan, kita perlu melihat dan menilai kerja
yang dilaksanakan itu adalah berbaloi atau tidak.
Menurut, Wahid Hashim dalam laman Pendidikan,
Utusan Malaysia bertarikh 29 Mac 2010 yang
bertajuk 'Mencemburui gaji guru'. Tulisan beliau
yang menjurus kepada reaksi KPPK untuk
bersemuka dengan Menteri Pelajaran, Tan Sri
Muhyiddin Yassin atas beberapa isu berkaitan
bebanan tugas dan kenaikan gaji guru, sedikit

sebanyak mampu membuka minda semua yang


terlibat dalam profesion keguruan.
Bebanan tugas guru ibarat isu yang tidak ada
kesudahannya, padahal realiti sebenarnya bukan
ditanggung oleh semua guru tetapi oleh sebahagian
guru terutamanya guru mata pelajaran peperiksaan
utama, guru yang menjawat jawatan penting
sekolah dan guru yang terpaksa bertugas selepas
waktu kelas seperti jurulatih sukan utama sekolah
dan sebagainya. Tugas guru tidak terikat dalam
waktu persekolahan sahaja, tetapi di luar waktu
persekolahan. Perkara ini, menjadi lumrah bagi
kebanyakan guru di sekolah.
Bagi mereka, sudah menjadi asam garam
kehidupan seorang guru yang berkhidmat di
sekolah, terpaksa melaksanakan pelbagai tugasan
dalam bidang mereka mahupun di luar bidang
mereka. Inilah realiti yang berlaku pada hari ini.
Kebanyakan guru merungut dengan pelbagai
tugasan yang diberikan kerana di luar keupayaan
mereka, ada benarnya kenyataan dan keluhan

mereka terhadap bebanan tugas yang telah


diberikan kepada guru di sekolah. Seseorang itu
tidak dapat memikul tanggungjawab dan tugas yang
di luar keupayaan mereka kerana boleh
menyebabkan tekanan dan sebagainya. Sebagai
contoh, kewujudan KSSR di sekolah ada baik dan
buruknya.
Usaha yang baik dilaksanakan agar dapat
melahirkan murid yang melengkapi semua aspek
JERIS ( jasmani, emosi, intelek, rohani dan sosial).
SAPS adalah sistem pengisian markah dan datadata markah murid dalam peperiksaan yang perlu
diisi oleh guru mata pelajaran dan guru kelas
melalui internet. Saya memetik beberapa keluhan
oleh Siti Roshayu, seorang guru mengenai sistem
ini. Beliau mengatakan bahawa, sistem SAPS
yang kononnya diselenggara oleh pakar IT
kementerian ini ibarat meletakkan batu seberat 10
TAN di kepala kami sebagai warga pendidik.
Menurutnya lagi, pada dasarnya sistem ini sememangnya berpotensi dalam
membentuk satu sistem dalam talian yang akan memberi pelbagai impak positif

kepada seluruh masyarakat. Namun akibat kurangnya cakna oleh pihak kerajaan,
nampaknya sistem ini seperti projek tangkap muat dan warga pendidik menjadi
kambing hitam atau tikus makmal.

Mari kita lihat antara masalah yang timbul apabila menggunakan sistem ini,

1.

Kadar masa untuk memasuki sistem ini purata seorang guru terpaksa daftar

masuk sebanyak 3 hingga 10 Kali.

2.

Sistem biasanya akan bermasalah sekiranya ada lebih dari 1000 orang guru

cuba memasuki sistem ini pada masa yang sama.

3.

Data yang telah disimpan kadangkala akan hilang dengan sendirinya

malahan hilang secara keseluruhan. Natijahnya guru akan bersengkang mata dari
malam hingga ke pagi untuk mengisi kembali markah melalui sistem ini.

4.

Bebanan guru akan bertambah sebanyak 50% kerana untuk mengisi markah

ke dalam sistem, masa yang diambil untuk mengisi markah tidak kurang dari 3 jam
iaitu di luar waktu kerja. Malahan ada guru yang mengambil pendekatan mengisi
markah pada waktu awal pagi antara julat 12.30 pagi sehingga 4 pagi kerana
beranggapan pada masa itu tidak ramai guru lain yang memasuki sistem.

5.

Malah ada kes di mana data guru lain termasuk ke dalam sistem dan data

guru lain. Dengan tekanan dari pihak PPD dan JPS yang memberikan tempoh masa
tertentu,

maka

guru

terpaksa

mengejar

masa

sehingga

mengabaikan

tanggungjawab hakiki.
Setiap profesion tentu ada cabarannya lebih-lebih lagi profesion keguruan. Namun,
jika ia tidak diseimbangkan dengan adil, akan berlakulah bebanan tugas tersebut.

Tentu amat terbeban jika seseorang guru yang mengajar kelas peperiksaan lebih
tiga tahun secara berterusan, guru yang memegang lima jawatan utama sekolah
dalam satu masa dan sebagainya.

Di sekolah rendah, pihak kesihatan akan datang memeriksa murid secara berkala.
Guru juga yang perlu mengisi buku rekod kesihatan murid, timbang dan rekod berat
dan tinggi mereka, kiraBMI untuk setiap murid, memeriksa mata mereka rabun atau
tidak, mengisi maklumat tempat tinggal dalam borang yang disediakan khas oleh
pihak jabatan. Mungkin pada masa yang akan datang guru juga akan diberi kursus
macam mana nak cucuk murid, siapa tahu? Fikirkan juga kesan yang bakal berlaku
kepada generasi yang akan datang.

Ada juga terdapat sekolah, di mana ada guru kelas


untuk KSSR yang terpaksa membeli fail yang
banyak dengan menggunakan wang sendiri. Di
manakah letaknya sensitiviti dan keprihatinan pihak
yang bertanggungjawab terhadap guru tersebut?
Adakah seorang guru itu, perlu mengikut segala
arahan yang diberikan tanpa dibenarkan sebarang
rungutan? Di manakah fungsi NUTP di Malaysia
dan sejauh mana suara guru-guru di Malaysia
didengari? Kita perlu renungkan dan fikirkan setiap
permasalahan yang berlaku dalam kehidupan

sebagai seorang guru agar setiap refleksi yang


dilakukan dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan
seseorang dalam bidang yang diceburi.
Namun, ada yang mempertikaikan, ada segelintir
guru yang masih sempat lagi melakukan pekerjaan
lain selain mengajar di sekolah. Dalam riuh rendah
isu bebanan tugas guru ini, ada pula guru yang
sempat membuka kedai kain, restoran, perniagaan
jualan langsung dan pelbagai kerja sampingan yang
tidak berkaitan dengan pendidikan. Kalau terbeban
dengan tugas sekolah, mana mampu guru tersebut
menjawat 'dua profesion' dalam satu masa. Mari
kita lihat sejauh mana kebenarannya dan setiap
guru melaksanakan akauntabiliti masing-masing.
Amanah yang dipikul oleh mereka adalah terpulang
kepada individu itu sendiri. Kita tidak boleh menilai
dan menuduh pihak tertentu hanya kerana segelintir
atau sebahagian guru sahaja yang melakukannya.
Seperti kata pepatah, kerana nila setitik, rosak
susu sebelanga.

Menurut

Kesatuan

Perkhidmatan

Perguruan

Kebangsaan

(NUTP)

, guru

menanggung beban kerja berganda akibat wujudnya arahan dalam arahan yang
mana mereka terpaksa melakukan tugasan dalam skop sama berulang kali atas
arahan pihak atasan pada peringkat berbeza.Kadangkala, guru itu semakin tertekan
dengan arahan yang dikeluarkan namun, seorang guru haruslah bersikap
profesional dan akur dengan arahan kerana itu merupakan salah satu daripada
tugas sebagai seorang guru.

Sebagai contoh, Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng, berkata senario itu berlaku
apabila Kementerian Pelajaran mengeluarkan pekeliling yang mengarahkan guru
melaksanakan program tertentu, namun pada masa sama mereka dikehendaki
menjalankan lagi program seumpama atas arahan pentadbiran pada peringkat
jabatan pelajaran negeri (JPN) atau pejabat pelajaran daerah (PPD), walaupun
semua mengandungi pengisian hampir sama.

Keadaan ini berlaku di negeri tertentu menyebabkan guru terpaksa akur dengan
arahan dikeluarkan pihak atasan pada peringkat berbeza itu sehingga berlaku
pembaziran masa dan menjejaskan tanggungjawab mereka dalam pengajaran dan
pembelajaran. Tanggungjawab hakiki seorang guru adalah mengajar dan mendidik
murid, namun jika terdapat halangan bagi mereka untuk melaksanakan tugas
mereka sebagai seorang guru, di manakah silapnya? Tanggungjawab yang
diamanahkan kepada guru itu, bergantung kepada seorang guru itu sendiri
bagaimana untuk mengendalikan masalah yang dihadapi.

Besar kemungkinan guru yang tidak dapat mengawal emosi mereka apabila
menjalankan tugas mereka akan mengalami tekanan. Menurut Kyriacou (2000),
stress guru merujuk kepada pengalaman guru terhadap emosi yang tidak diingini
seperti tekanan, kekecewaan, kebimbangan, kemarahan dan kemurungan akibat
tugasnya sebagai seorang guru. Bagi pendapat saya, stress merupakan tindak balas
fizikal yang biasa terhadap sesuatu perkara atau peristiwa yang boleh menyebabkan
ketidakseimbangan berlaku.

Sedikit sebanyak, apabila seorang guru itu, mengalami tekanan kerja, kualiti
pengajarannya juga turut terjejas dan yang menjadi mangsa adalah murid. Adakah
guru menjadi seperti kerana nyamuk, kelambu dibakar?. Murid-murid berhak
mendapat ilmu yang secukupnya daripada guru mereka, namun andai terdapat
tugas-tugas yang membebankan tugas utama guru, mungkin langkah perlu diambil
dan diatasi agar mendapat kebaikan daripada setiap pihak.

Selain itu, isu beban tugas guru ini memberi impak atau kesan yang pelbagai.
Terpulang kepada guru itu mengadaptasikan tugasan yang diberikan kepadanya
dalam kehidupan sebagai seorang guru. Namun, sampai bilakah guru yang
berkaliber sekali pun, nescaya pasti akantumpas sekiranya tugas ini menjadi
bebanan dan tugas yang diberikan semakin bertambah. Menurut Dunham dan
Varma (1998), antara beberapa punca-punca tekanan guru ketika bekerja ialah
tekanan masa dan beban kerja.

Jika kita lihat, guru pada masa kini diharapkan dapat melaksanakan pelbagai
tanggungjawab selain mengajar. Selain daripada yang telah dibincangkan ialah,
antaranya guru sebagai pengurus bilik darjah, guru disiplin, perancang program,
agen perubahan ,penyelidik, fasilitator, penilai dan lain-lain lagi. Apabila sesi
persekolahan menuju ke penghujungnya pada setiap tahun, guru-guru mendapat
semakin banyak tanggungjawab yang perlu dipenuhi. Adakah seorang guru itu, tidak
perlukan waktu berehat mahupun untuk dirinya?

Apabila tugas-tugas seperti itu semakin bertambah, guru-guru berhadapan pula


dengan tugas pemeriksaan tugasan, ujian dan peperiksaan selain daripada tugas
rutin, iaitu mengajar. Pada pendapat saya, setiap insan di dunia ini, tidak lari
daripada kerja-kerja, tugas dan masalah kerana semua ini merupakan warna-warni
kehidupan. Namun, dalam menjalankan tugas sebagai seorang guru yang semakin
terbeban dengan tugas dan kerja yang banyak, guru itu haruslah berkebolehan
menguruskan tugasnya dengan sistematik supaya tidak terlalu beban. Sebagai
seorang insan biasa, tidak bolehlah mencapai terlalu banyak tugas dalam sehari
kerana situasi tersebut akan menyebabkan mutu dan kualiti kerja merosot. Guruguru perlu mengutamakan tugas-tugas yang penting dan sebaiknya merancang apa
yang perlu dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan.

Menurut Waxler (2009), guru seharusnya berfikiran positif dan salah satu cara yang
terbaik adalah menyebutkan pemikiran-pemikiran yang positif setiap hari. Setiap

hari, guru perlu berfikiran positif terhadap tugasnya. Jika seorang guru itu, tidak
mampu dan menganggap bahawa tugas yang diterimanya, adalah berat, salurkanlah
di tempat yang betul. Sebagai contoh, lontarkan idea dan aduan ketika mesyuarat
sesama guru atau berjumpa dengan guru besar secara peribadi untuk perbincangan
atau luahan rasa.

Setiap masalah yang berlaku pasti ada penyelesaiannya. Namun, jangan kita
beranggapan dan berpendapat bahawa, setiap arahan yang dikeluarkan oleh pihak
atasan tidak semuanya membebankan tugas guru. Seorang guru yang matang
pemikirannya, akan berpandangan bahawa, setiap perkara yang diusulkan terdapat
baik dan buruknya.

Jika kita lihat dari sudut yang positif, tugas-tugas yang diberikan seperti mengisi data
markah murid dengan menggunakan sistem SAPS, ianya dapat melatih seseorang
guru itu ,celik IT, terdedah kepada teknologi terkini mengikut peredaran zaman.
Selain itu, cara dan corak pendidikan berubah kepada yang lebih sistematik dan
teratur. Bagi saya, mungkin pada permulaan rancangan ini dijalankan, terdapat
banyak masalah yang berlaku kerana kurangnya kemahiran atau sebagainya. Ada
baiknya, sekiranya arahan yang dikeluarkan dan tugas yang diberikan, dibekalkan
kemudahan untuk melaksanakannya. Tidak kiralah, sama ada kemudahan dari segi
peralatan dan lain-lain lagi.

Sebenarnya, tugas dan arahan yang diberikan kepada guru merupakan satu
perubahan dan satu titik permulaan untuk mencapai ke arah kecemerlangan.
Menurut Lembaga Editorial Jurnal Inovasi, ialah perubahan penting yang
bermanfaat. Hal ini bermakna, sebarang perubahan yang dilakukan dapat
memberikan manfaat kepada semua tanpa mengira ideology atau hasilan siapa.
Justeru, dalam menangani situasi sebegini, NUTP berharap guru hanya perlu akur
kepada pekeliling dikeluarkan Kementerian Pelajaran dan tidak perlu ditokok tambah
dengan program yang mirip oleh pihak JPN atau PPD. Sebuah jawatankuasa khas
ditubuhkan untuk mengkaji beban tugas guru yang kini terpaksa melakukan kerja
berlebihan,

termasuk

pentadbiran

dan

perkeranian

hingga

mengganggu

tanggungjawab mendidik pelajar untuk menjadi seorang insan yang berguna.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata jawatankuasa yang
dipengerusikan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, dan
dianggotai beberapa pegawai pelajaran dan wakil NUTP akan mengenal pasti tahap
keseriusan isu berkenaan serta diberi tempoh dua bulan untuk menyelesaikannya.
Lok berkata, masalah berkenaan ialah antara beban kerja guru yang dibangkitkan
dalam mesyuarat antara NUTP dan Tan Sri Muhyiddin Yassin,

di Bangunan

Parlimen.

Selain itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri


Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pelajaran

dimaklumkan mengenai masalah kekurangan waktu


untuk guru berehat apabila dipanggil menjalankan
pelbagai
aktiviti
pada
setiap
Sabtu,
justeru NUTP mencadangkan supaya kementerian
menetapkan peraturan bahawa guru hanya
dipanggil bertugas pada Sabtu kedua dan keempat
dalam sebulan. Hal ini, bagi mengurangkan tugas
guru dan memberi ruang kepada guru untuk
berehat serta mempunyai waktu peribadi untuk diri
dan keluarga serta meningkatkan kualiti kerja. .
SPM / STPM : Karangan Transformasi Pendidikan Negara
Format Karangan STPM
Soalan :
2. Sistem pendidikan negara telah mengalami beberapa evolusi sejajar dengan
pembangunan dan keperluan negara. Jelaskan peranan kerajaan untuk merealisasikan
transformasi sistem pendidikan negara pada alaf baharu ini.

Karangan Penuh

Apabila kita membaca akhbar, kita sering didedahkan dengan berita berkenaan transformasi
sistem pendidikan negara pada alaf baharu ini. Secara umumnya, transformasi pendidikan
negara dapat dijelaskan sebagai satu perubahan dalam sistem pendidikan negara. Sebelum ini,
isu berkenaan transformasi pendidikan negara tidak banyak didedahkan oleh media untuk
tatapan umum. Jika ada, ia hanya sekadar perbincangan tidak rasmi di kedai kopi atau warung
kecil di pinggir jalan. Walau bagaimanapun, statistis telah menunjukkan berlakunya
peningkatan laporan berkenaan kemorosotan keputusan pelajar dalam pendidikan negara
seperti yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Perkara ini turut
ditegaskan oleh Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyddin Yassin dalam majlis yang dihadiri
beliau baru-baru ini. Transformasi sistem pendidikan negara alaf baharu ini diperlukan melalui
peranan yang diberikan oleh pihak kerajaan.

Salah satu langkah transformasi pendidikan negara ialah memperkenalkan Sistem Pentaksiran
Pendidikan Kebangsaan (SPPK). Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan dapat dijelaskan
sebagai transformasi pendidikan negara yang tidak lagi berorentasikan terhadap peperiksaan
sepenuhnya sebagai langkah tepat bagi melahirkan modal insan holistik. Apabila Sistem
Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) diperkenalkan, pelajar sudah pasti mendapat
peluang yang seimbang terutamanya mereka yang kurang cemerlang dalam akademik untuk
menonjolkan diri dalam aspek kepimpinan, sahsiah diri dan komunikasi kerana Sistem
Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) memasukkan elemen kecerdasan akademik, sahsiah
pelajar dan penglibatan dalam kokurikulum sebagai penentu gred peperiksaan awam. Oleh itu,
melalui SPPK penilaian kecemerlangan pelajar berasaskan peperiksaan dalam Ujian Pencapaian
Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
dapat dikurangkan. Transformasi melalui Sistem Pentaksiran Kebangsaan (SPPK) telah dapat
dipertingkatkan dan terbukti melalui pencapaian akademik pelajar yang semakin menunjukkan
peningkatan seperti yang dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia baru-baru ini. Hal ini jelas
menunjukkan bahawa transformasi pendidikan negara dapat dilakukan dengan cara
memperkenalkan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK).

Selain itu, transformasi pendidikan negara juga dapat dilakukan dengan cara memberi
penekanan terhadap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Teknologi maklumat dan
komunikasi dapat dijelaskan sebagai teknologi yang berkaitan dengan pemerolehan,
penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat melalui penggunaan teknologi
komputer dan telekomunikasi. Apabila penekanan terhadap penggunaan teknologi maklumat
dan komunikasi diberikan, negara akan melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan,
celik Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), berkemahiran bagi menghadapi cabaran baru
kesan dalam dunia serba maju dan moden ini. Mahu tidak mahu kita tidak boleh menyingkirkan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam era globalisasi yang dikenali sebagai Dunia
Tanpa Sempadan. Ledakan maklumat yang menjadi pemangkin kemajuan ICT ini memungkinkan
kita untuk terus bersaing. Transformasi pendidikan melalui penggunaan teknologi maklumat
dan komunikasi dapat diberi penekanan dengan menyalurkan maklumat dan membekalkan

pengetahuan dan ini terbukti dengan wujudnya dasar dalam menjayakan wawasan 2020 untuk
menjadikan rakyat Malaysia berpengetahuan menggunakan teknologi maklumat dan
komunikasi. Hal ini jelas menunjukkan bahawa transformasi pendidikan negara dapat dilakukan
melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dengan lebih meluas.

Di samping itu, transformasi pendidikan juga dapat dibuat dengan cara meluaskan akses
kepada pendidikan prasekolah yang berkualiti dan berkemampuan. Pendidikan prasekolah
dapat dijelaskan sebagai pendidikan yang tidak formal dan fleksibel. Kaedah pembelajaran dan
pengajarannya menggunakan pendekatan belajar melalui bermain. Aktiviti yang dirancang
menitik beratkan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang.
Apabila peningkatan kadar penyertaan kanak-kanak yang berumur 4 dan 5 tahun ditingkatkan
daripada 67 peratus kepada 87 peratus pada tahun 2012, kanak-kanak yang berumur 4 dan 5
tahun lebih cepat terdedah dengan pendidikan di alam persekolahan yang lebih meluas serta
meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah. Oleh itu, kanak-kanak yang berumur 4 dan 5 akan
diberikan pendidikan awal dan ini akan melahirkan generasi kanak-kanak yang cemerlang.
Penyertaan kanak-kanak yang berumur 4 dan 5 dapat dibuktikan melalui penyertaan semua
kanak-kanak normal melangkah masuk ke sekolah dengan boleh menguasai kemahiran
membaca, menulis dan mengira ketika melangkah ke Tahun 4 sewaktu sekolah rendah. Hal ini
jelas menunjukkan bahawa penyertaan kanak-kanak berumur 4 dan 5 dapat dipertingkatkan
dengan cara memperluaskan akses kepada pendidikan prasekolah yang berkualiti dan
berkemampuan.

Dalam pada itu, transformasi pendidikan juga dapat dilakukan dengan memperluaskan
pendidikan Vokasional dan Teknik. Pendidikan Vokasional dan Teknik dapat dijelaskan sebagai
pendidikan melalui latihan pendidikan bercorak kemahiran pra vokasional dalam usaha untuk
menyediakan mereka memenuhi permintaan pasaran pekerjaan pada masa hadapan. Apabila
Pendidikan Vokasional dan Teknik dijadikan teras untuk mempertingkatkan kemahiran pelajar
khususnya tenaga kerja dalam negara, mereka akan lebih terdedah dengan pengetahuan asas
dan kemahiran bagi memenuhi keperluan sektor industri dan perdagangan dalam dan luar
negara. Oleh itu, pelajar akan lebih mudah mendapatkan pekerjaan sebagai tenaga mahir dan
separuh mahir dalam sektor perindustrian, perdagangan dan pertanian. Kerajaan telah
melakukan pelbagai usaha antaranya melaksanakan program formal pendidikan teknik dan
vokasional melalui agensi-agensinya iaitu Kementerian Pendidikan, Kementerian Sumber
Manusia, Kementerian Belia Dan Sukan, dan MARA dan telah melahirkan tenaga mahir dan
separa mahir di bidang teknikal dan vokasional disamping pengetahuan teknologi. Hal ini jelas
menunjukkan bahawa pendidikan Teknik dan Vokasional dapat dipertingkatkan melalui
pendedahan awal ketika di usia remaja lagi.

Sehubungan dengan itu, tranformasi pendidikan juga dapat dilakukan dengan memantapkan
sistem pendidikan negara berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) dapat dijelaskan sebagai satu usaha berterusan kearah
perkembangan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan
insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Transformasi berkenaan membabitkan perubahan
dalam bentuk, kandungan penjadualan waktu dan penekanan kepada pendekatan

pembelajaran yang menyeronokkan dan ianya akan memberi penekanan yang lebih kepada
pentaksiran berasaskan sekolah, meningkatkan penglibatan murid dalam kokurikulum dan
kegiatan luar bilik darjah. Oleh itu, sifat dan peribadi kental di kalangan murid melalui
transformasi sistem pendidikan negara berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang
lebih efektif dapat diperkukuhkan. Anugerah "Tokoh Kanak-kanak", "Pingat Hang Tuah",
"Olahragawan dan Olahragwati" dan lain-lain anugerah menunjukkan nilai-nilai murni yang
disemai dan keberkesanannya dalam penerapan nilai murni melalui Falsafah Pendidikan Negara
ini berhasil. Hal ini jelas menunjukkan melalui negara sistem pendidikan negara berasaskan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) akan melahirkan seorang insan, ahli keluarga dan
masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti.

Kesimpulannya, tranformasi sistem pendidikan telah telah memberi sumbangan besar kepada
pembangunan dan kemajuan dalam sistem pendidikan negara kita selama ini. Antara peranan
yang dimainkan oleh kerajaan dalam merealisasikan transformasi pendidikan negara ialah
memperkenalkan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK), memberi penekanan
terhadap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi, meluaskan akses kepada pendidikan
prasekolah yang berkualiti dan berkemampuan, memperluaskan pendidikan Vokasional dan
Teknik, dan memantapkan sistem pendidikan negara berasaskan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK). Oleh sebab pelbagai usaha telah dilakukan dalam merealisasikan
tranformasi pendidikan negara, pelbagai kesan positif telah diterima. Antaranya adalah
peningkatan mendadak keputusan pelajar dalam Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran
Malaysia serta menaikkan nama negara dalam melahirkan generasi muda yang berilmu dan
bekerjaya. Perkara ini pernah ditegaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun
Razak dalam ucapan beliau sempena Hari Guru, Guru Penjana Transformas Pendidikan Negara
baru-baru ini. Oleh itu, semua pihak, iaitu orang perseorangan, pelajar, masyarakat umum,
pihak swasta, kementerian dan kerajaan sendiri hendaklah bekerjasama antara satu sama lain
untuk merealisasikan transformasi pendidikan negara ini. Kerjasama ini amat penting dan
bersesuaian pula dengan pelaksanaan konsep 1Malaysia.

Bibliografi
: Mohd Izani Mohd Zain, Melahirkan Modal Insan Bertaraf Dunia, Artikel Dewan Masyarakat, M/s
22-24
: Mohd Zamberi Othman, KSSR penuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Artikel Berita
Harian, Sabtu, 20 Ogos 2011, M/s 11
: Kulan Salleh, Strategi Bagi Menjayakan Dasar Pendidikan Kebangsaan, Julai 2010,
http://kulanzsalleh.com/strategi-bagi-menjayakan-dasar-pendidikan-kebangsaan/2/
: Mohd Asron Mustapha, Transformasi Pendidikan Langkah Tepat, Artikel Utusan Malaysia, 20
April 2009

You might also like