You are on page 1of 60

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

(TITAS)
Pensyarah TITAS

Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan


Universiti Sains Malaysia

TAMADUN ISLAM: Istilah dan Definisi

1.

Terdapat 4 istilah:
Hadharah
Umran
Thaqafah
Tamaddun

2. Tamaddun - asal kata dasar Bahasa


Arab, MA-DA-NA ( )yang bermaksud
sifat kehidupan yang berada pada
tahap yang maju dalam pelbagai
lapangan.

3. Istilah di atas adalah merujuk kepada kualiti


kehidupan yang bertamadun, iaitu fenomena
kehidupan yang maju dalam bidang ilmu dan
peradaban kehidupan, atau mobility kehidupan
yang mengalami perubahan-perubahan dari cara
hidup yang nomad dan tradisional kepada cara
hidup yang lebih berkualiti
4. Istilah
popular
yang
digunakan
untuk
menjelaskan
pengertian
Tamadun
ialah
HADHARAH kerana istilah ini memberikan
petunjuk yang jelas, tentang sifat-sifat hidup
bertamaddun.

Istilah HADHARAH
(
HADHARI)
Pengertian objektif:
Pelbagai fenomena pencapaian kemajuan dalam
pelbagai bidang kehidupan seperti bidang ILMU,
budaya, seni, falsafah, ekonomi, teknikal, undangundang dan lain-lain yang mempengaruhi
kehidupan dari generasi ke generasi.

Pengertian subjektif:
Menggambarkan suatu perubahan, perkembangan
dan peningkatan kehidupan kepada taraf yang
lebih tinggi, maju dan makmur.

Istilah HADHARAH ISLAM atau TAMADUN


ISLAM: Pandangan dari ILMUAN

IBNU KHALDUN
Tahap kemuncak pembangunan yang bercirikan
peningkatan kemewahan, keindahan suasana dan minat
atau
pencapaian
dalam
bidang
industri
yang
meningkatkan kualiti kehidupan.

SAYYID QUTB
Tamadun Islam ialah segala bentuk pencapaian
kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat
dalam bidang sosial, pemerintahan, kebudayaan,
ekonomi dan ilmu pengetahuan yang berasaskan nilainilai ajaran Islam.

S. KHUDA BUKHSY
Kehidupan yang serba maju (civilized) yang membentuk
kehidupan di kawasan perbandaran atau kota-kota.

UMAR AUDAH AL-KHATIB


Tamadun/Hadharah adalah Himpunan pencapaian
ilmu pengetahuan, Syariat, peraturan tradisi dan
akhlak (moral dan etika) yang telah membina
perubahan pemikiran, ekonomi, politik, sosial,
kebudayaandan seluruh bidang kehidupan.

DR. MUHAMMAD AL-BAHIY


Keseluruhan
penghasilan
atau
produktiviti
kehidupan yang menggambarkan nilai kemajuan
dalam keperibadian manusia, dari sudut falsafah,
pengetahuan, kesenian, politik, ekonomi, sosial dan
lain-lain.

Rumusan Definisi Tamadun


Islam:
Berasaskan Ajaran Islam
Mencapai kemajuan dalam aspek ilmu pengetahuan
Kehidupan bertamaddun bermula di kawasan kota atau
perbandaran

Pencapaian yang tinggi dalam aspek ekonomi, politik,


sosial, budaya dan teknologi

Menikmati / mengamalkan nilai sepadu antara kerohanian


dan kebendaan berasaskan Iman, Syariat dan Akhlak

TAMADDUN ISLAM:
PERSPEKTIF dan PANDANGAN
SEMESTA

Perspektif

Tamaddun Islam: Kenyataan bukti-bukti


dan rekod sumbangan, kejayaan dan
pencapaian yang berteraskan ajaran Islam
yang menggabungkan unsur-unsur asas
yang sepadu; meliputi,

a) Asas
b)
c)

keyakinan ketuhanan, kerasulan dan


ketulenan sumber (wahyu)
Kemuliaan norma atau nilai diri manusia
(kekuatan Ruhaniah)
Keutuhan
institusi-institusi
dalam
jaringan
kehidupan manusia seperti institusi keluarga,
masjid, institusi pendidikan, dan lain-lain

d) Keunggulan ILMU dan kecemerlangan


sistem pendidikan

e) Kesahihan sistem undang-undang dan


sistem nilai dalam kehidupan

f) Keluhuran Nilai Estetika dalam kesenian


g) Kegemilangan
pencapaian
aspek
kemajuan kebendaan

h) Keistimewaan
bernegara

dan

keutuhan

sistem

Identiti Tamadun
Berasaskan kepada sifat Islam sebagai al-Din, iaitu sistem
kehidupan yang membentuk, membina keseluruhan cara hidup
dalam semua bidang kehidupan

Islam sebagai al-Din, berteraskan kepada asas-asas berikut:

o Sistem kehidupan yang berpusat atau berdasarkan Tawhid,


iaitu pengakuan dan pematuhan terhadap kekuasaan ketuhanan
ALLAH

o al-Din:
Sistem kehidupan atau cara hidup yang bersumberkan WAHYU
(Revealation)- iaitu Panduan Kehidupan yang diturunkan atau
dibawa oleh Rasulullah (Muhammad) dari ALLAH, yang
terkandung di dalam al-Quran dan dijelaskan pula oleh alHadith/Sunnah (Amalan/Praktikal dari Rasulullah)

o Islam sebagai al-Din:


Berpaksi kepada sistem Ibadah (hubungan
secara langsung antara manusia dengan
ALLAH) iaitu, cara penyembahan, ketaatan,
kepatuhan dan kesetiaan terhadap seluruh
ajaran Islam

o Islam sebagai al-Din, berpusat/berpandu kepada

SYARIAT (sistem perundangan, peraturan,


hukum dan nilai) yang menjadi panduan untuk
membina kehidupan secara menyeluruh

o Islam sebagai al-Din, mengandungi nilai,


norma, akhlak dan adab, untuk membina
manusia
mulia-supaya
manusia
dapat
membina dan melindungi kehormatan,
kemuliaan, kesejahteraan kehidupan dalam
semua aspek kehidupan

o al-Din membentuk hubungan atau interaksi

yang positif, berterusan, supaya jalinan


hubungan
antara
sesama
manusia,
mewujudkan asas-asas kemuliaan kehidupan

EMPAT Aspek Utama Interaksi Dalam


Islam:

1. Hubungan Manusia dengan Allah


2. Hubungan/tanggungjawab

manusia
terhadap DIRI SENDIRI (ROH, JASAD dan
AKAL)

3. Hubungan sesama manusia (suami/isteri,


keluarga, kawan, masyarakat kepimpinan
dan lain-lain)

4. Hubungan manusia dengan persekitaran


(binatang, tumbuhan, udara,air, tanah dan
lain-lain)

al-Din

adalah sistem kehidupan yang


memelihara dan melindungi prinsip-prinsip
kemanusiaan sejagat seperti:
Prinsip kepercayaan
Prinsip kehormatan
Prinsip kemuliaan
Prinsip keadilan
Prinsip kesejahteraan
Prinsip kebebasan
Prinsip keilmuan

Sasaran/matlamat Sistem Hidup Islam (al-

Din) adalah bahawa semua manusia


sentiasa terjamin hak-hak kehidupan dan
setiap
manusia
mendapat
peluang
kehidupan berdasarkan keperluan dan
keupayaan sendiri
Semua manusia wajib menunaikan hak
dan tanggungjawab secara maksima,
berterusan dan bersama, sehingga boleh
mencapai
kejayaan,
kemajuan
dan
kebahagiaan, DUNIA dan AKHIRAT

Hubungan Hadith dengan alQuran


1.Hadith/Sunnah

menjelaskan
sesuatu
perkara dari al-Quran sebagai menyokong
atau
mengukuhkan
perkara
yang
dibentangkan oleh al-Quran.

2.Hadith bertindak sebagai Penghurai atau

Penjelas kepada kandungan al-Quran,


terutama
perkara
yang
mempunyai
maksud,
kaedah
pelaksanaan
yang
difahami atau dilaksanakan oleh Rasulullah.

3. Hadith/Sunnah

menunjukkan
cara-cara
melaksanakan sesuatu perintah/arahan dari
al-Quran secara terperinci.

4. Hadith/Sunnah bertindak sebagai Penggubal/

Pembentuk
peraturan-peraturan
dan
undang-undang yang hanya dijelaskan oleh
al-Quran secara teori, secara prinsip sahaja.
Masalah kemanusiaan semakin berkembang
dan hadith, sentiasa menjelaskan isu/perkara
baru, berdasarkan petunjuk dari al-Quran.

MATLAMAT TAMADDUN
ISLAM

A.Mengukuhkan sistem hubungan manusia


dengan ALLAH (Tuhan) Pencipta, Pemilik dan
Penguasa ke atas manusia dan Alam

B.Memelihara

kehormatan

dan

kemuliaan

manusia:
Kesempurnaan
keyakinan
Aqidah
ketuhanan
Kesejahteraan nyawa dan tubuh badan
Kesejahteraan Fakulti Akal
Kemuliaan kelahiran zuriat atau insan
Kesucian milikan kebendaan

C. Mewujudkan sistem kehidupan yang


lengkap, sempurna dan universal

D. Menyediakan sistem kawalan dan

perlindungan
terhadap
kesejahteraan manusia dan Alam

E. Menyediakan Sistem Nilai Akhlak (moral


dan etika) yang mulia untuk pembinaan
sumber manusia yang berkualiti

F. Membina jaringan kemanusiaan yang

adil dan saksama tanpa membezakan


unsur-unsur
perbezaan
kejadian,
budaya,
kepercayaan
dan
status
ekonomi

G. Menyediakan pelbagai dasar, undang-

undang
dan
kaedah
untuk
membolehkan
manusia
mencipta
kejayaan, kemajuan dan kebahagiaan
secara sepadu demi kesejahteraan
kehidupan dunia dan kedamaian akhirat

H. Menyediakan standard atau tanda aras


(benchmarking)
semua bidang.

kehidupan

dalam

TERAS PEMBINAAN TAMADDUN


ISLAM
AQIDAH
(Tauhid/Keimanan)
Sumber
Manusia
Sumber WAHYU
(al-Quran/Sunnah)

AKHLAK
SYARIAT
Nilai Susila Diri

Sumber
Kebendaan

TERAS TAMADDUN
ISLAM

Syariat

Ilmu
IBADAH
Pengabdian
Penyembahan

Tamaddun Islam: Pembentuk-pembentuk


Asas

Manusia

Teknologi

Aqidah
Tauhid
(ALLAH)

Sumber Alam Dikuasai dan


dipengaruhi
oleh TAUHID

Wahyu

Ilmu

Pandangan Semesta Islam


(Islamic World View)
Sistem kehidupan Islam yang membentuk peradaban/
Tamadun Islam, diasaskan kepada pegangan dasar dari
ajaran Islam

Antaranya:

1.Tauhid: Intisari dan Paksi Tamadun

Penegasan dan pengisytiharan bahawa Tuhan yang


sebenar ialah ALLAH. Pencipta, Pemilik dan Penguasa
yang MUTLAK

2. Identiti Tamadun Islam adalah berasaskan Tauhid yang


menyatukan semua unsur ajaran Islam dalam satu
kesatuan dan kekuatan. Tuhan ALLAH sebagai punca
segala kejadian dan segala kekuatan

TAUHID: ASAS KEKUATAN TAMADDUN


ISLAM**
Pemilik
Pencipta
Penguasa Segala
Makhluk
TAMADDUN
Pemberi
Pengatur

TAUHID
ALLAH

Penggubal
Syariat
MANUSIA

Penilai
Pengadil
Manusia dan Alam;
Tunduk kepada ALLAH yang MAHA Agung

Tauhid sebagai Identiti dan Intisari Tamaddun


Islam mempunyai unsur-unsur Asas:

1.Kesatuan
Tauhid menjadi faktor central (pusat) yang
menghubungkan
pelbagai
unsur
kehidupan kepada satu struktur sistem
yang bersatu. Manusia, budaya, bahasa,
kepercayaan,
semuanya
bersatu
membentuk satu kesatuan melalui prinsip
Tuhan yang Esa dan Mutlak iaitu ALLAH.
Alam bukan manusia juga tunduk kepada
Hukum dan peraturan yang berasaskan
Tauhid.

2. Rasionalisme
Kuasa mutlak Allah ke atas semua
kejadian adalah suatu yang rasional.
Kewujudan Allah boleh dibuktikan
melalui kajian tanda kebesaranNya.
Kuasa
Allah,
bersifat
Mutlak,
melakukan dan menciptakan sesuatu
tanpa proses atau bahan.
Kemutlakan
Allah
dalam
Tauhid,
menyebabkan Islam ciptaan Allah
mengandungi ajaran yang sempurna
melambangkan
kesempurnaan
ZatNya.

3.Toleransi
Konsep Toleransi dalam Tauhid, bererti
Allah yang Mutlak, menyediakan asasasas
pemahaman
manusia
untuk
membina kehidupan yang sejahtera.
ALLAH
menurunkan
KITAB,
mengutuskan Nabi dan Rasul, untuk
memandu
manusia
membina
kehidupan. Tuhan tidak membiarkan
manusia
meneroka
dan
membina
peradaban, dalam keadaan kelemahankelemahan
yang
terdapat
pada
manusia.

4. Pandangan Semesta Islam tentang


Alam.
Alam dari perspektif Islam:

Tanda/Bukti Kebesaran Tuhan


Alam sebagai sumber/punca ilmu
Alam
sebagai
Pembekal
kepada
keperluan-keperluan manusia
Alam mempunyai sistem dan tindak
balas tersendiri
Alam sebagai Daerah Operasi dan
Bahan Operasi Kehidupan Manusia

ALAM: Perspektif Islam


Tanda Bukti
Kebesaran Allah
Faktor
Keseimbangan
Daerah Operasi
Manusia
Bergerak Dalam
Sistem dan
Tindak Balas
Sendiri

ALAM

Pembekal Keperluan
Manusia

Punca/Sumber
ILMU

Worldview Pandangan Hidup


Islam
1. Kehidupan berpaksi kepada Tauhid, iaitu mengiktiraf
bahawa Tuhan Yang Esa ialah ALLAH yang berkuasa
mencipta dan menentukan segalanya. Dialah Zat yang
abadi dan Yang Maha Tinggi
2. Manusia-Status pertamanya ialah ABD iaitu HAMBA
ALLAH. Ia tunduk menyembah dan menyerah kepada
ALLAH
Status keduanya ialah KHALIFAH yang bermaksud
wakil, yang menerima amanah ALLAH. Untuk mengurus
dan membangunkan kehidupan manusia dan alam
semesta
3. Manusia mestilah mempunyai ikatan kesetiaan dengan
ALLAH dan kemesraan hubungan sesama manusia dan
makhluk

4. Sumber pegangan kehidupan ialah wahyu yang

terkandung di dalam al-Quran. Al-Quran adalah


sumber kebenaran dan sumber ilmu yang
membentuk kehidupan manusia.
Sumber kedua ialah Hadith atau Sunnah iaitu segala
sesuatu yang bersumberkan daripada perkataan,
perbuatan, pengakuan atau pengiktirafan dari
Rasulullah

5. Kehidupan mempunyai kaitan yang kukuh dengan

kematian.
Kebahagiaan
selepas
kematian
bergantung kepada jumlah kebaikan yang bernilai
PAHALA yang mendapat ganjaran SYURGA.
Kehinaan,
kesengsaraan
adalah
akibat
dari
perbuatan jahat atau HINA yang bernilai DOSA yang
mengakibatkan dibalas AZAB NERAKA. Pegangan ini
menjadi asas keyakinan konsep peranan

6. Manusia semasa hidup, secara umum ialah mengajak


kepada KEBAIKAN dan mencegah daripada KEJAHATAN

7. Ilmu mesti disepadukan dengan IMAN atau TAUHID,


untuk membentuk
kemandirian INSAN

kesepaduan,

kekuatan

dan

8. Manusia mestilah membentuk hubungan yang kukuh

dengan ALLAH melalui IBADAT dan mestilah


membentuk hubungan mulia dan mesra sesama
MANUSIA serta bersifat melindungi, dan memelihara
makhluk dan alam semesta

9. Ukuran mulia/hina manusia, bukanlah diukur dari jenis

bangsa, rupa, miskin-kaya, atasan-bawahan, kasta,


tetapi
kemuliaan
ditentukan
oleh
DARJAH
KETAQWAAN, KEPATUHAN dan KEBAIKAN yang
dilakukanoleh manusia secara IKHLAS

10. Kehidupan

merupakan
satu
AMANAH
dan
TANGGUNGJAWAB. Manusia mestilah menunaikan
AMANAH
dengan
melaksanakan
segala
tanggungjawab sebaiknya

11. Asas kepada kualiti kehidupan terletak kepada


KEMULIAAN MANUSIA dari segi ILMU, IMAN dan
ADAB SUSILA

12. Kekayaan alam merupakan ANUGERAH yang mesti


dinikmati secara ADIL dan SAKSAMA, secara HALAL
dan MULIA

13. Manusia mestilah bertanggungjawab terhadap


kehidupannya. Seluruh kehidupan manusia dalam
PENGLIHATAN, PENGETAHUAN dan PENDENGARAN
ALLAH. Di akhirat akan diadili dengan TELITI dan
ADIL sehingga sehalusnya

CIRI-CIRI UTAMA TAMADUN ISLAM

1.Rabbaniyah (Bersumberkan Ketuhanan)

Tamaddun Islam diasaskan kepada intisari


Tauhid. Keagungan Allah menjadi PUSAT
kepada seluruh kegiatan kehidupan dan
menjadi
matlamat
dalam
membina
peradaban manusia.
Semua aspek peradaban Islam bertolak,
merujuk dan menjadi manifestasi kepada
Tamaddun Islam.
Aqidah Tauhid menjadi sebati, sepadu dan
selari dengan seluruh sistem kehidupan.
Tauhid, tidak boleh berpisah atau dipisahkan
dari kehidupan.

2. Akhlak Mulia (Nilai susila yang murni)

Ciri akhlak mempunyai pengaruh yang


unggul dalam pembinaan peradaban Islam.
Unsur-unsur jahat atau hina ditolak oleh
Islam. Islam membebaskan manusia dari
semua unsur zalim, ganas, kotor, lucah dan
lain-lain.
Nilai akhlak mulia dihubungkan dengan
matlamat dan kaedah dalam kehidupan.
Ciri akhlak mulia menjadi dasar penting
ajaran Islam.

3.Insaniah: Ciri Nilai Kemanusiaan


Manusia
sebagai
makhluk
mulia
dan
istimewa. Asas kesejahteraan komunikasi
dan
interaksi
sesama
manusia
ialah
kehormatan dan kemuliaan insan, tanpa
merujuk kepada bangsa, bahasa, budaya,
status dan lain-lain.
Premis kemanusiaan tetap sama selamalamanya. Hidup dalam jaringan kasih sayang,
tolong bantu, hormat menghormati dengan
memelihara kehormatan dan kemuliaan
manusia secara menyeluruh.

4. Alamiyah (Bersifat Universal/Antarabangsa)

Prinsip, dasar, polisi, nilai, undang-undang yang


terdapat dalam ajaran Islam ditujukan kepada
semua manusia, untuk membina kesejahteraan
semua.
Ajaran Islam boleh memenuhi citarasa semua
manusia, tanpa merujuk kepada kumpulan umat
tertentu.
Undang-undang/Hukum/Nilai
Islam
menepati
Fitrah atau Nature manusia dan keperluannya,
bukan khusus untuk bangsa dan kepercayaan
tertentu.

5.Tasamuh

(Saling

Menghormati/

Keterbukaan)
Kepelbagaian manusia dari sudut bangsa,
bahasa dan budaya, bukan menjadi faktor
krisis dan konflik kemanusiaan.

Perbezaan
dalam
kepelbagaian
memaknakan:
Tanda kebesaran Tuhan
Identiti dan Jatidiri kaum tersendiri
Sumber kekayaan budaya dan bahasa
Teras interaksi ialah prinsip menghormati,
memaafkan, memahami antara sesama
manusia dengan saling memenuhi keperluan
hidup secara mulia dan bersama.

6. Wasatiyah (Pertengahan/Kesederhanaan)
Islam menampilkan set ajaran yang tidak rigid
dan tidak menekan. Aspek amalan mempunyai
banyak pilihan, sesuai dengan sebab-sebab
tertentu.
Ajaran Islam membentuk gabungan antara
wahyu dan akal, memberikan kemudahan
dalam amalan. Wahyu menjadi panduan,
sementara intelek (akal manusia) boleh
memilih untuk mengambil sesuatu yang
terbaik, sesuai dengan keupayaan dan kondisikondisi semasa.

7.Takamul (Lengkap Melengkapi)

Kepelbagaian dalam bidang dan bentuk


kehidupan.
Menyumbang
kepada
ciri
kesatuan dan perpaduan yang harmonis iaitu
saling lengkap melengkapi bagi memenuhi
keperluan hidup yang menyeluruh.
Contoh:
Lelaki
Malam
Ilmu Farmasi
Aqidah
Miskin
Muda

Wanita
Siang
Ilmu Perubatan
Syariat
Kaya
Tua

8. Tanawwu

(Kepelbagaian/Beraneka

Ragam)
Kepelbagaian menjadi ciri istimewa
peradaban Islam. Ciri ini meliputi:

a) Kepelbagaian Disiplin Ilmu


Aqidah
Syariat
Akhlak
Aliran/Pemikiran/Falsafah

b)Kepelbagaian Isi kandungan/Bidang Hidup


Kebendaan
Kerohanian
Kesusasteraan
Kesenian

c)Kepelbagaian Bentuk
Bahasa
Rupa
Bangsa
Resam/Budaya

9. Adalah: Keadilan/Kesaksamaan
Ciri ini menjadi dasar utama
pengurusan dan pentadbiran sistem
hidup yang mulia.
Kedaulatan dan keluhuran undangundang
meletakkan
manusia
sebagai sama, tanpa diskriminasi.

10.Salam (Keamanan/Kedamaian)
Ciri ini menjadi matlamat utama manusia
secara global yang sangat dipelihara oleh
Islam.
Manusia dipandu dan dikawal oleh
Hidayah dan Syariat untuk menikmati
keamanan dalam skop yang luas:
Keamanan
jiwa,
pemikiran,
karya,
rumahtangga, harta benda dan negara.

11.Jamalah (Keindahan/Kehalusan)
Ciri ini merupakan jiwa kepada peradaban
Islam. Alam yang indah adalah manifestasi
kepada keindahan Pencipta (Allah).
Ajaran Islam menekankan unsur ini dalam
semua
aspek
kehidupan.
Keindahan
diasaskan kepada keyakinan, bahawa
keindahan
menjadi
faktor
yang
menenangkan jiwa dan mempengaruhi
kesejahteraan hidup.

PRINSIP ILMU DALAM


TAMADUN ISLAM
Disediakan oleh:
ABU RAMADHAN

Hj. Ellias bin Hj. Zakaria

Pensyarah
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan
Universiti Sains Malaysia

PRINSIP ILMU DALAM TAMADUN


ISLAM & PEMBANGUNAN
MASYARAKAT
1. ILMU sebagai sumber pembinaan Tamadun Islam
1.1 : Konsep dan falsafah ILMU

a) Konsep Ilmu

Ilmu ialah sesuatu sifat atau nilai kebenaran yang


membolehkan manusia mengenal dan mengetahui
sesuatu secara pasti dan yakin.

b) Falsafah Ilmu

Falsafah ilmu ialah jalan mencapai kebenaran. Ilmu


juga adalah jalan kehidupan, cahaya kemuliaan yang
bertindak meningkatkan darjat pengetahuan dan
kebijaksanaan manusia. Ilmu merupakan asas utama
yang menghuraikan setiap sesuatu daripada definasi,
cara / kaedah, peraturan / undang-undang hinggalah
kepada matlamat sesuatu secara pasti dan yakin.

2.

Sumber Ilmu dalam Islam


Pemilik dan Pencipta Ilmu ialah Allah secara mutlak. Ilmu dilimpahkan Allah
dalam semua ciptaanNya termasuklah pada diri manusia atau luar diri
manusia. Allah merupakan zat yang MAHA Berilmu dan semua ciptaan Nya
menjadi sumber ilmu sebenar.
Dalam kehidupan : ilmu boleh diterokai melalui dua sumber utama iaitu:

i)

Sumber Primer utama: Wahyu.


Wahyu Allah yang terkandung dalam Al-Quran. Sumber ini bersifat MATLU
atau NAQLI, iaitu ilmu yang diperolehi dengan membaca, memahami dan
mengkaji ayat-ayat al-Quran yang dipenuhi oleh ilmu pengetahuan.

ii)

Sumber Am : Alam sebagai Sumber Ilmu.


Sumber Ilmu yang diperoleh secara mempelajari dan meneroka seluruh
rahsia kejadian Alam, bermula dari kejadian diri manusia dan segala
ciptaan Tuhan. Sumber ini disebut AQLI dan LOGIK atau saintifik.

iii) Kombinasi dua sumber di atas membentuk ILMU yang boleh meningkat
darjat keilmuan dan darjat kemuliaan manusia di samping mengukuhkan
keyakinan terhadap kebesaran kekayaan dan keagungan Allah.

3. Klasifikasi Ilmu
Menurut Dr. Yusuf al-Qardawi, ILMU dibahagikan kepada:
a) Berasaskan konsep Rabbaniah (ketuhanan).
Ilmu ini merupakan TERAS kepada segala ilmu.
Bidang-bidangnya Akidah (keimanan) dan ibadah. Ilmu
ini membentuk kepercayaan, keyakinan, kepatuhan
dan ketaatan manusia kepada Allah.
b) Berasaskan konsep kemuliaan dan kehormatan
manusia.
Ilmu ini menghuraikan falsafah kejadian manusia,
nilai-nilai yang memuliakan manusia, atau sifat-sifat
yang menjatuhkan kemuliaan dan kehormatan
manusia. Ilmu disebut ILMU al-AKHLAQ. Ilmu ini
bermatlamat
membentuk
manusia
memiliki
keperibadian yang unggul sebagai asas utama
pembangunan modal insan.

Berasaskan
Kehidupan.

konsep

Amalan

Pelaksanaan

Ilmu ini membina kemudahan kehidupan dan


memenuhi
keperluan
kehidupan.
Ilmu
ini
menjelaskan kaedah atau cara, peraturan / undangundang, perhubungan sesama manusia dalam
semua aspek kehidupan. Ilmu ini disebut sebagai
ilmu syariat dan ilmu muamalat, ilmu minakahat dan
ilmu masyarakat.

d) Berasaskan
(Kemahiran)

konsep

Sains

dan

Teknologi

Ilmu ini diterokai oleh akal manusia. Ia bersumberkan


kekuatan intektual pada manusia. Ilmu ini berkembang
selari dengan perkembangan penerokaan ilmu melalui
R&D&I. penyelidikan, pembangunan dan inovasi.
Sumber bagi perkembangan ilmu ini terdapat dalam
seluruh kejadian Alam. Manusia dikehendaki meneroka,
mengkaji, menganalisi hingga dapat mencipta sesuatu
yang boleh memudahkan kehidupan manusia dan
boleh memenuhi keperluan manusia. Ilmu ini dikenali
sebagai sains dan teknologi.

HIRARKI ILMU
KEJAYAAN

AKH
LAK
ILMU

IBAD
AH
ILMU

H
ADA
U IB
ILM

LAK
AKH

ILMU SYARIAT
Muamalat,
Munakahat
Jinayat
Daulah

ILMU

ILMU SAINS
&
TEKNOLOGI

ILMU TAUHID, KEIMANAN


Integrasi ilmu-ilmu di atas membentuk pemahaman dan amalan kehidupan yang
bersepadu di terima oleh Islam. Ilmu-ilmu yang memisahkan ketuhanan atau
keimanan dan ibadat kepada Allah, dianggap ilmu sekular (secular knowledge).
Kesepaduan antara ilmu ini menjadi asas kepada manusia untuk mencapai alFALAH iaitu KEJAYAAN di dunia dalam semua bidang dan kebahagiaan akhirat.

5. Ciri-ciri utama ILMU dalam Islam:**


i. Ketuhanan (Rabbani)
ii. Kebenaran (Al-Haq Truth)
iii. Cahaya (Nur The Light)
iv. Jalan

(Sirat The Way)

v. Adil

(Al-Adlu Just)

vi. Kemuliaan

(Karamah)

vii.Petunjuk

(Huda Guidance)

viii.Senjata (Silah Weapon)

6. Sifat Fungsi Ilmu**


Menemu
Menjelas
Membeza
Menunjuk
Memudah
Memimpin

Membetul
Merekacipta
Mempasti
Menapis
Meyakin
Mengukuhkan

7. Pencapaian Bersepadu antara ILMU TERAS


dengan Sains & Teknologi dalam Tamadun
Islam

Faktor
yang
merancak
dan
mempercepatkan pembangunan Tamadun
Islam di Semenanjung Arab hingga 2/3
dunia disebabkan oleh pencapaian ilmu
pengetahuan yang hebat dan menyeluruh

Sikap pemimpin-pemimpin Islam sejak


zaman Rasulullah hinggalah ke zaman
kejatuhan Baghdad pada tahun 1258M ialah
sangat
aktif
dan
proaktif
kepada
mempelopori
perkembangan
ilmu
pengetahuan dalam berbagai bidang secara
bersepadu. Kesannya dunia Islam mencapai
kejayaan yang gemilang dalam semua
bidang kehidupan. Ia meninggalkan impak
besar
terhadap
perkembangan
dan
permodenan kehidupan kepada dunia Islam,
Eropah dan Timur Jauh.

You might also like