You are on page 1of 15

BIDANG PENGAJIAN PENDIDIKAN

KOLEJ SASTERA DAN SAINS

SGDU 2013 - KEPEMIMPINAN PENDIDIKAN

TAJUK:

GREAT MAN THEORY

Disediakan Oleh :

Azhar Bin Ahmad 201388


Mohd Tahir Bin Lokman 201397
Nazzir Hussain Bin Mydeen 201400

PENSYARAH
En. Shuhaili Shamsudin
Tarikh Serah Tugasan

1 Februari 2010

1
Kandungan :

Bil Perkara Halaman

1. Pengenalan 3

2. Latarbelakang Great Man Theory 4

3. Perbandingan Great Man Theory dengan Teori lain 6

4. Kritikan 10

5. Rumusan 12

6. Bibliografi 14

7. Lampiran 1 : Cetakkan Persembahan MS Powerpoint 15

2
Pengenalan

Teori “The Great Man Theory” adalah usaha menjelaskan impak

manusia-manusia hebat pada sejarah. Samada melalui karisma peribadi

mereka, kebijaksanaan atau Machiavellianism, mereka telah menggunakan

kuasa mereka untuk memberi impak pada sejarah.

Machiavellianism menurut kamus Oxford adalah penggunaan tipu

muslihat dalam urusan negara atau sikap seharian. Dengan lain perkataan,

matlamat menghalalkan cara.

Doctrin politik Machiavelli, menafikan kaitan moral dalam urusan

politik dan tipu muslihat adalah dibenarkan malahan digalakkan dalam

mengekalkan kuasa dan kedudukan politik. Mengambil namanya dari Penulis

dan Diplomat Zaman Kebangkitan Itali, Niccolò Machiavelli, yang telah

menulis Il Principe (The Prince) dan kerja-kerja lain.

Seseorang pengkaji teori The Great Man Theory” ini akan mengkaji

perang dunia kedua dengan mengfokus pada personaliti besar dalam konflik

tersebut seperti, Sir Winston Churchill, Franklin Delano Roosevelt, Joseph

Stalin, Charles de Gaulle di pihak Berikat; Adolf Hitler, Benito Mussolini,

Hideki Tojo di pihak Pakatan Paksi. Pengkaji akan menumpukan perhatian

kepada keputusan yang dibuat individu tersebut yang akhirnya memberi

kesan yang besar pada sejarah.

3
Latarbelakang Great Man Theory

Pandangan ini beranggapan bahawa para pemimpin hebat dilahirkan

dan bukan dibentuk dan seorang pemimpin hebat akan bangkit tatkala dunia

memerlukannya. The Great Man Theory sering dikaitkan dengan sejarahwan

kurun ke 19 Thomas Carlyle, yang menyatakan bahawa ‘Sejarah dunia

adalah tidak lebih dari kisah hidup manusia-manusia hebat yang

mencerminkan kepercayaannya bahawa tokoh-tokoh ini telah membentuk

sejarah samada melalui sikap dan kekuatan peribadi mereka. Dalam

bukunya, On Heroes, Hero-Worship and the Heroic in History, Carlyle

menegaskan pandangannya tentang sejarah dengan memberi analisa

terperinci tentang keputusan dan pengaruh beberapa manusia hebat

termasuk, Nabi Muhammad SAW, Shakespeare, Luther, Rousseau, and

Napoleon. Carlyle juga merasakan bahawa dengan mengkaji sejarah hidup

manusia hebat sebegini adalah menguntungkan kerana dalam mengkaji,

proses tersebut mampu membangkitkan kehebatan dalam diri kita sendiri.

Kajian awal dalam bidang kepimpinan berdasarkan kajian atas orang-

orang yang sudahpun menjadi pemimpin yang hebat. Orang-orang ini sering

datang dari golongan bangsawan. Ini telah mendorong pandangan bahawa

kepimpinan berkait rapat dengan keturunan. Tambahan pula hampir tiada

pembaca dari kalangan petani dan buruh untuk menyangkal pendapat ini.

4
Pandangan ini juga mengambil aspek yang agak mistik dengan

pendapat bahawa di masa-masa bila mana mereka diperlukan, seorang

manusia hebat akan bangkit secara ajaib untuk memimpin orang ramai ke

arah kejayaan. Pandangan ini mudah ditentu-sahkan dengan melihat

kebangkitan Churchill dan Eisenhower dan pada peringkat awalnya Hitler dan

Mussolini.

Majoriti pengkaji adalah lelaki pada masa itu dan bias jantina diterima

sebagai perkara biasa. Isu jantina tidak langsung timbul apabila teori ini

dicadangkan kerana kepemimpinan kaum wanita adalah dianggap sebagai

‘absurd’.

Teori ‘Great Man’ sering dibandingkan dengan teori lain yang

mengutarakan urutan peristiwa yang berlaku dalam satu jangkamasa yang

panjang. Pendekatan “Great Man Theory” amat popular dikalangan para

sejarahwan di kurun ke19. Encyclopedia Britannica Eleventh Edition

(1911) yang mengandungi biographi manusia hebat dalam sejarah yang

panjang dan terperinci tetapi terlalu sedikit tentang sejarah umum. Misalnya,

segala maklumat tentang zaman penghijrahan pasca Rom dihimpunkan

didalam biograpi Attila the Hun, raja kaum gasar.

Pandangan memuja hero (Hero worship) sebegini didukung kuat oleh

tokoh-tokoh falsafah seperti Hegel, Nietzsche, and Spengler.

5
Perbandingan Teori Great Man dengan Teori lain

1. Teori “Great Man” :

Teori Great Man beranggapan kemampuan memimpin adalah diwarisi,

pemimpin hebat dilahirkan dan bukan dididik. Teori ini menggambarkan

pemimpin sebagai hero dan mistik. Pemimpin ini akan bangkit memimpin

waktu diperlukan. Istilah great man digunakan kerana pada waktu itu

kepimpinan diterima pakai sebagai kualiti maskulin terutama dalam bidang

kepimpinan ketenteraan.

2. Teori Trait (Ciri-ciri) :

Ada banyak persamaan dengan teori “Great Man”. Teori trait

mengganggap manusia mewarisi ciri-ciri dan kualiti tertentu yang melayakkan

mereka untuk bangkit memimpin. Teori ini sering mengenal pasti personaliti

atau sikap yang dikongsi di kalangan pemimpin. Masalahnya, ada juga orang

yang memilikki ciri-ciri kepimpinan tetapi tidak mampu memimpin. Persoalan

ini aalah antara masalah bagi menggunakan teori trait untuk menjelaskan

kualiti kepemimpinan.

6
3. Teori Contingency (Kemungkinan) :

Teori Contingency memfokuskan pada kemungkinan yang akan timbul

dalam sesuatu persekitaran, yang akan menentukan gaya kepimpinan yang

sesuai dengan keadaan yang timbul. Menurut teori ini, tiada gaya kepimpinan

yang sesuai dalam semua keadaan. Kejayaan bergantung pada kombinasi

kebarangkalian termasuk kualiti gaya kepimpinan, kualiti pengikut dan

pelbagai aspek keadaan.

4. Teori Situational (Situasi):

Teori Situast mencadangkan pemimpin memilih jalan terbaik

menangani sebarang situasi bergantung kebarangkalian yang timbul. Gaya

kepimpinan berubah-ubah mungkin sesuai dalam proses membuat

keputusan.

5. Teori Behavioral (Sikap):

Teori Behavioral berasaskan kepercayaan bahawa kepimpinan dididik

dan bukan dilahirkan. Teori kepimpinan ini, menumpukan pada tindakkan

pemimpin dan bukan kualiti mental atau nilai lain. Menurut teori ini, orang

boleh belajar menjadi pemimpin melalui permerhatian dan pembelajaran.

7
6. Teori Participative (Penyertaan):

Teori kepimpinan Participative mencadangkan gaya kepimpinan

terbaik adalah gaya yang menerima-pakai input dan pandangan orang lain.

Gaya kepimpinan ini menggalakkan penyertaan dan sumbangan dari ahli

kumpulan. Gaya ini juga membantu ahli kumpulan merasa lebih relevan dan

komited dalam proses membuat keputusan. Walaubagaimanapun, pemimpin

masih mempunyai hak samada menerima atau menolak inpuit dari ahli

kumpulannya.

7. Teori Management (Pengurusan):

Teori Management juga dikenali sebagai teori Transactional

memfokuskan pada peranan penyelian, organisasi dan prestasi kumpulan.

Teori ini berasaskan sistem ganjaran dan hukuman. Teori Management

sering diguna-pakai dalam dunia perniagaan; bila para pekerja berjaya,

mereka diberi ganjaran. Bila para pekerja gagal, mereka diberi amaran atau

hukuman.

8
8. Teori Relationship (Hubungan):

Teori Relationship yang juga dikenali sebagai teori Transformational

memfokuskan pada hubungan yang terjalin antara pemimpjn dan pengikut.

Pemimpin memotivasikan pengikut mereka dengan membantu mereka

menyedari kepentingan tugas yang dihadapi. Para pemimpin transformational

memfokuskan bukan sahaja pada prestasi kumpulan tapi juga setiap pengikut

memenuhi potensi masing-masing. Pemimpin sebegini biasanya memiliki

prinsip moral dan etika yang tinggi.

9
Kritikan

Salah seorang dari pengkritik paling keras terhap teori ‘Great Man’ ini

adalah Herbert Spencer, yang percaya bahawa mengaitkan peristiwa

sejarah dengan keputusan yang diambil oleh para pemimpin semata-mata

adalah primitif, dan tidak saintifik. Beliau menegaskan, bahawa manusia

hebat pada pandangan Carlyle adalah hasil persekitaran sosial mereka

masing-masing.

Dalam bukunya, "The Study of Sociology": Spencer menyatakan,

“Anda harus mengakui perwatakan manusia hebat bergantung pada

kesan sejarah yang panjang bangsa dari mana asalnya manusia-

manusia hebat ini dan tahap sosial yang telah dicapai oleh bangsa

tersebut. Sebelum dia (Manusia Hebat) boleh membentuk

masyarakatnya, masyarakat harus membentuk dirinya.”

Para penyunting ensiklopedia Peranchis kurun ke18 Encyclopedie

yang berpengaruh, telah mengamalkan dasar tidak menerbitkan sebarang

biograpi atas kepercayaan bahawa sudah terlalu banyak telah ditulis tentang

para pemimpin gereja dan raja, tetapi terlalu kurang tentang manusia biasa

atau sejarah umum. Sehubungan itu, Encyclopedie hampir tiada ada

langsung artikel biograpi. Walaubagaimanapun, dasar ini tidak begitu popular

di kalangan penulisnya. Oleh yang demikian mereka telah menyembunyikan

biografi dalam artikel yang mereka tulis, misalnya artikel tentang Wolstrope,

England hampir kesemuanya tentang hidup Sir Isaac Newton.

10
Seorang lagi penentang teori ‘Great man’ ialah Leo Tolstoy, yang

telah mendedikasikan keseluruhan permulaan naskah ketiga buku War and

Peace mengkritiknya dengan menggunakan Perang Napoleonic sebagai

contoh.

Pada hari ini, teori ‘Great man’ tidak lagi diterima pakai sebagai satu-

satunya penjelasan kenapa sesuatu peristiwa berlaku. Para sejarahwan juga

melihat faktor seperti ekonomi, masyarakat, pesekitaran dan teknologi yang

kadangkala memberi impak lebih yang lebih kepada perubahan sejarah.

Ramai sejarahwan beranggapan sejarah yang hanya berkisar tentang

kehidupan seorang manusia terutama jika kepentingan mereka adalah sebab

status politik hanya satu pandangan tentang masa lampau yang cetek.

Pandangan sebegitu sering mengabaikan sumbangan kumpulan besar

manusia kepada sesuatu perisyiwa. Pendekatan sejarah manusia (people's

history) memberi pandangan yang lebih luas dalam kajian sejarah dunia.

Kritikan sebegini telah juga merebak ke bidang lain seperti

kesusasteraan, di mana Stephen Greenblatt menegaskan bahawa

masyarakat memainkan peranan dalam mencipta hasil seni dan mahakarya

bukan hanya para seniman yang diagung-agungkan.

11
Rumusan

Teori great man yang mula diperkatakan sejak kurun ke19, adalah

usaha awal untuk membincangkan dan merungkai misteri kepimpinan.

Pandangan ini yang menganjurkan ketaksuban, memuja pemimpin (hero

worship) dan kesetiaan yang membuta tuli. Posisi kepimpinan

dikhaskan untuk golongan bangsawan atau keluarga pemimpin sahaja.

Pengikut tidak digalakkan menyoal atau mempertikai pemimpin.

Sehingga pada satu peringkat, pengikut menjadi buta terhadap

kesilapan dan kelemahan pemimpin. Pemimpin dianggap maksum dan

tidak akan pernah silap.

Pandangan sebegini amat digemari dan disenangi oleh golongan

pemimpin kerana mereka akan dapat mengekalkan kuasa tanpa perlu takut

cabaran dari pengikut. Kesinambungan kepimpinan boleh diwariskan kepada

anak kerana orang biasa dianggap sebagai tidak mampu atau layak memikul

tanggung jawan kepimpinan, tetapi teori ini menjadi kurang popular selepas

Perang Dunia kedua.

12
Minat untuk merungkai misteri kepimpinan bertambah pada awal abad

ke 20. Teori-teori awal menumpukan perhatian pada kualiti yang

membezakan anatara pemimpin dan pengikut. Teori-teori yang kemudian

memfokuskan pada kebarangkalian lain seperti situasi dan faktor

kemahiran.Walaupun banyak teori kepimpinan yang muncul, kebanyakkan

boleh diklasifikasikan ke lapan jenis yang telah dibincangkan di atas.

Secara paradoks, kajian terhadap kembar yang terpisah selepas

dilahirkan dan jurusan sains yang baru seperti Kajian Genetik Sikap

menunjukkan jauh lebih banyak yang diwariskan dari yang dijangkakan

dahulu. Mungkin suatu hari nanti mereka akan menemui ‘gen pemimpin’.

13
Bibliografi

1. ^ Hirsch, E.D. The New Dictionary of Cultural Literacy (Third Edition),

Houghton Mifflin Company, Boston, 2002.

2. ^ Carlyle, Thomas. On Heroes, Hero-Worship and the Heroic in

History, Fredrick A. Stokes & Brother, New York, 1888. p. 2.

3. ^ Segal, Robert A. Hero Myths, Wiley-Blackwell, 2000, p. 3.

4. ^ Spencer, Herbert. The Study of Sociology, Appleton, 1896, p. 34.

5. ^ [1] "Twilight of the Idols", by Peter Dizikes, from The New York

Times, November 5, 2006. "Do changes in science mean the traditional

great-man science biography is going the way of the dodo?"

6. "http://en.wikipedia.org/wiki/Great_Man_theory"

14
Lampiran 1
Cetakkan Persembahan MS
Powerpoint

15

You might also like