You are on page 1of 5

Unit Gaji

SOALAN-SOALAN LAZIM UNIT GAJI

SOALAN 1
Apakah kriteria yang diambil kira dalam pengiraan Potongan Cukai Berjadual
(PCB) selepas pembayaran gaji setiap bulan diproses?
Jawapan :
Kriteria yang diambil kira dalam pengiraan Potongan Cukai Berjadual (PCB)
adalah kategori status perkahwinan dan jumlah tanggungan sepertimana
yang digariskan dalam panduan Akta Hasil yang digazetkan. Sekiranya
pegawai ada membuat potongan zakat, pengiraan cukai tersebut akan
berkurangan kerana diberi rebat oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Pengiraan cukai dibuat secara automatik apabila pembayaran gaji
dilaksanakan setiap bulan.

SOALAN 2
Apakah yang perlu dicatitkan di ruangan perihal untuk bayaran kepada
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dibuat melalui Baucar
Bayaran Berasingan?
Jawapan :
Hendaklah mematuhi penggunaan 20 aksara termasuk 9 digit no. majikan, 6
digit bulan dan tahun, jenis bayaran dan kod negeri merujuk kepada surat
ANM (SEL) G.01/01 Jld. 5(31) bertarikh 24 April 2012.
Contoh : 123456789022012A0100
123456789
merujuk kepada 9 digit no majikan
022012
merujuk kepada 6 digit bulan dan
tahun caruman
A
Jenis Bayaran (Borang A)

0100
Kod Negeri (Selangor)

SOALAN 3
Apakah yang perlu dicatitkan di ruangan perihal untuk bayaran kepada Biro
Perkhidmatan Angkasa (ANGKASA) yang dibuat melalui Baucar Bayaran
Berasingan?
Jawapan :
Hendaklah mematuhi penggunaan No Kad Pengenalan Kakitangan, Nama
Penuh Kakitangan dan Bulan Potongan Gaji yang dibuat pada ruangan
perihal bayaran di Baucar Bayaran Berasingan (No K/P Kakitangan/Nama
Penuh Kakitangan/Bulan-Tahun Potongan) merujuk kepada surat ANM (SEL)
G.01/01 Jld. 5(20) bertarikh 22 November 2011.
Contoh : 810216085678,Herlyna Binti Hamid,082012
810216085678
merujuk kepada No Kad Pengenalan pegawai
Herlyna Binti
Hamid
merujuk kepada nama pegawai
082012
merujuk kepada bulan dan
tahun potongan

SOALAN 4
Setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ) hendaklah diwujudkan Pusat Pembayar
bagi memudahkan urusan pembayaran gaji dilakukan serta memudahkan
data bagi setiap kakitangan di bawah PTJ berkenaan di kunci masuk di dalam
pengkalan data. Apakah dokumen yang diperlukan sekiranya PTJ ingin
mewujudkan Pusat Pembayar yang dimaksudkan?
Jawapan :

Dokumen yang diperlukan adalah:


-

Borang SG10 yang lengkap diisi dan diperakui oleh Ketua Jabatan.

Sijil pendaftaran KWSP majikan.

Sijil Pendaftaran LHDN majikan.

Surat Arahan dan kelulusan.

Salinan waran peruntukan.

SOALAN 5
Penanggungan Kerja bermaksud pelaksanaan tugas bagi satu jawatan lain
oleh seseorang pegawai disamping tugas hakikinya sendiri untuk suatu
tempoh yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Melulus yang berkenaan.
Berapakah kadar bagi pengiraan Elaun Penanggungan Kerja?
Jawapan :
Kadar Elaun Penanggungan Kerja adalah 25% daripada gaji permulaan
jawatan yang ditanggung kerja.
Elaun Penanggungan kerja
Permulaan Jawatan Yang
Ditanggung Kerja

= Gaji permulaan Jawatan X 25% Gaji

Pegawai yang menanggung kerja mestilah tidak meninggalkan tugasnya


dalam sesuatu kalendar selama 28 hari iaitu pegawai tersebut tidak boleh
memohon cuti rehat dan cuti sakit.

SOALAN 6
Apakah yang perlu dilakukan sekiranya seseorang pegawai menerima gaji
dan elaun yang tidak layak diterima di atas sesuatu sebab seperti tidak hadir
bertugas?
Jawapan :
Sekiranya seseorang pegawai telah menerima sebarang lebihan bayaran
emolumen, beliau perlu pada kadar segera memulangkan balik lebihan

bayaran tersebut kepada Jabatan dalam 2 kaedah iaitu secara tunai


sekaligus atau bayaran ansuran melalui pendahuluan diri. Bagi permohonan
pendahuluan diri hendaklah melalui Ketua Jabatan dan permohonan tersebut
dimajukan kepada Pegawai Pengawal untuk kelulusan. Pendahuluan diri
adalah merujuk kepada Arahan Perbendaharan 327 (a) dan (b).

SOALAN 7
Pentadbir Sistem peringkat Jabatan/ Pusat Tanggungjawab (PTJ) adalah
pegawai yang diberi kuasa untuk mengakses e-Laporan bagi peringkat
jabatan/ PTJ. Walaubagaimanapun, capaian tersebut hendaklah sentiasa
diperbaharui juga secara online. Berapa lamakah tempoh masa yang
dimaksudkan?
Jawapan :
Sah laku capaian adalah dalam tempoh tiga (3) bulan. Pegawai yang
dilantik hendaklah sentiasa memperbaharui tempoh sah capaian setiap 3
bulan sekali.
Pegawai akan diberi peringatan secara pop-up sekiranya tempoh sah laku
capaian hampir tamat dan pegawai dikehendaki untuk memperbaharui
capaian melalui peringatan tersebut apabila mengakses kepada siatem epenyata dan laporan tersebut.
Sekiranya pegawai gagal berbuat demikian, pegawai tidak dapat mengakses
laporan-laporan dan pegawai dikehendaki untuk memohon semula dengan
mengemukakan borang yang terdahulu untuk mendapatkan capaian
tersebut.

SOALAN 8
Adakah pegawai yang sedang cuti bersalin layak menerima Bayaran Insentif
Tugas Kewangan (BITK)?
Jawapan :
Tidak Layak. Merujuk kepada perkara 9, Pekeliling Perkhidmatan Bil 3 Tahun
1999, seseorang pegawai yang menerima BITK tetapi telah meninggalkan

tugasnya selama 28 hari atau lebih secara berturut-turut, bayaran tersebut


hendaklah dihentikan dalam tempoh berkenaan. Walaubagaimanapun,
pengecualian adalah diberikan bagi pegawai yang meninggalkan tugas bagi
tempoh tidak melebihi 92 hari berturut-turut termasuk cuti mingguan dan
hari kelepasan am dalam keadaan berikut :
-

Menghadiri kursus yang diarahkan oleh Ketua Jabatan

Menjalankan tugas rasmi atas arahan Ketua Jabatan

Bercuti sakit yang disokong oleh Siji Sakit mengikut Perintah Am Bab C

Dalam hal yang dibangkitkan, BITK hendaklah dihentikan kerana Cuti


Bersalin bukan dianggap sebagai cuti sakit tetapi Cuti Pemulihan.

You might also like