You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN KUBANG IKAN

21080 KUALA TERENGGANU

PKSR JULAI/2014

TAHUN 3

NAMA : _____________________________ KELAS : 3 ........................


Bulatkan jawapan yang betul.
1. Monyet itu sedang ____________ pokok kelapa itu.
A. memanjat
C. menaiki
B. mendaki
D.bergayut
2. Kapal tangki itu singgah di ___________.
A. stesen
C. lapangan terbang
B. pelabuhan
D. perhentian
3. Banduan-banduan itu ditahan di dalam ____________.
A. makmal
C. istana
B. pentas
D.penjara
4. Kereta-kereta yang rosak dihantar ke __________ untuk di baiki.
A. bengkel
C. zoo
B. kilang
D. klinik
Pilih perkataan yang berlawanan.
5. Pak Dolah dapat menangkap burung itu.
A. menawan
C. melepaskan
B. memburu
D. menembak
6. Budak gemuk itu tidak kuat.
A. gagah
C. sakit
B. lemah
D. berani
7. Ikan-ikan dalam akuarium itu mati.
A. hidup
C. wafat
B. segar
D. tumbuh

-1-

8. Keadaan negeri itu tidak aman.


A. damai
C. susah
B. senang
D. huru-hara
9. Baju budak itu basah terkena hujan.
A. lembab
C. panas
B. kering
D. sejuk

Pilih kata gandaan yang paling sesuai.


10. Bangunan-bangunan di bandar raya itu ___________ belaka.
A. pendek-pendek
C. tinggi-tinggi
B. hodoh-hodoh
D. dalam-dalam
11. Kakinya _________ kerana duduk terlalu lama.
A. semut-semut
C. kuda-kuda
B. anai-anai
D. layang-layang
12. Di kebunnya ditanam ________ bunga.
A. daun-daun
C. tangkai-tangkai
B. batang-batang
D. pokok-pokok
13. ________ suka merosakkan harta benda kita.
A. lalat-lalat
C. labah-labah
B. anai-anai
D. sumpah-sumpah
14. Cahaya ___________ di jalan raya sungguh terang ketika malam.
A. api-api
C. lampu-lampu
B. bola-bola
D. kunang-kunang
Pilih kata penghubung yang paling sesuai bagi setiap butiran itu.
15. Ali ___________ bapanya pergi ke pasar.
A. dan
C. sebab
B. jika
D. tetapi

16. Budak kecil itu ___________ berani.


A. serta
C. apabila
B. tetapi
D. atau

-2-

17. Awak mahu minum teh __________ milo?


A. dan
C. kerana
B. sambil
D. atau
18. Budak itu membaca ___________ makan kuih.
A. atau
C. lalu
B. sambil
D. supaya
19. Rajin-rajinlah belajar ___________ lekas pandai.
A. sebab
C. supaya
B. dan
D. kalau

Setiap butiran di bawah ini diikuti oleh empat perkataan berimbuhan.


Pilih perkataan yang paling sesuai bagi setiap butiran itu.
20. Linda _________ keluarganya pergi ke India.
A. tersama-sama
C. menyama-nyama
B. bersama-sama
D. penyama-nyama
21. Emak _________ air yang sejuk itu.
A. dipanaskan
C. memanaskan
B. memanas
D. berpanas
22. __________ di Singapura sangat tinggi.
A. bangunan
C. dibangunkan
B. pembangunan
D. membangun
23. Kakinya luka kerana ___________ kaca.
A. memijak
C. dipijak
B. berpijak
D. terpijak
24. ___________bola itu telah patah.
A. dipukul
C. memukul
B. pemukul
D. pukulan
Berikan maknanya simpulan bahasa di setiap butiran di bawah ini.
25. Aminah selalu memakai alas kaki ketika berjalan.
A. tidak berkasut
C. kasut dan selipar
B. berkaki ayam
D. pelokek

-3-

26. Orang yang baik hati disayangi orang.


A. suka menolong orang lain
C. suka mengumpat
B. suka memuji orang lain
D. suka mengutip
27. Kebanyakan penduduk kampung itu buta huruf.
A. boleh membaca dan menulis
C. boleh makan dan minum
B. boleh menari dan menyanyi
D. tidak tahu membaca dan menulis
28. Encik Hanim seorang kaya yang tangkai jering.
A. pemurah
C. tamak
B. lokek atau kedekut
D. rajin
29. Osman lebih suka makan gaji daripada bekerja sendiri.
A. menerima bayaran tetap
C. menerima hadiah
B. menerima makanan dan minuman
D. menerima pujian

Baca dengan teliti petikan karangan di bawah ini dan jawab semua soalan yang
mengikutinya.
Pada zaman dahulu, raja yang memerintah sebuah negeri baru saja
dikurniakan seorang puteri. Puteri baginda terlalu cantik parasnya.Semasa
kelahiran puteri tersebut ramai pari-pari yang datang membawa jenis hadiah yang
indah. Salah satu hadiah yang dibawa ialah tiga biji bola kecil yang comel.
Tuan Puteri sangat disayangi rakyat jelata.
Apabila besar, dia menjadi seorang puteri yang berbudi bahasa selain
memiliki rupa paras yang sungguh menawan. Dia tidak sombong dengan dayangdayangnya dan semenjak kecil Tuan Puteri itu asyik bermain-main dengan tiga biji
bola hadiah sewaktu dia dilahirkan. Semua orang tahu dia cekap bermain dengan
tiga biji bola itu. Pada suatu hari, sedang Tuan Puteri asyik melambunglambungkan bola-bola kesayangannya dia terserempak dengan Dara, anak tukang
kebun istana yang sedang menangis teresak-esak.
Puteri raja itu menghampiri Dara dan bertanya perlahan, Wahai Dara,
mengapakah kamu menangis?.Ampun tuanku, jawab Dara lagi sambil teresakesak. Hamba akan dikahwinkan dengan buah hati hamba esok, tetapi tetapi.
31. Raja yang memerintah sebuah negeri baru mendapat ___________.
A. seekor kuda putih
C. seorang cahaya mata
B. sebiji bola
D. sebuah rumah
-4-

32. Cahaya matanya seorang anak _____________.


A. jantan
C. lelaki
B. perempuan
D. betina
33. pari-pari dalam cerita ini adalah ______________.
A. burung
C. anjing
B. ikan D. dewa perempuan
34. Apabila besar dia menjadi seorang puteri yang ____________.
A. jahat
C. berbudi bahasa
B. sombong
D. mengomel
35. Dara adalah _____________.
A. anak tukang kebun istana
B. anak nelayan

C. anak raja
D. anak menteri

Dalam petikan karangan di bawah ini terdapat lima tempat kosong. Tuliskan
perkataan yang paling sesuai untuk setiap tempat kosong itu bagi melengkapkan
jalan ceritanya.
Ada seorang nelayan. Rumahnya di sebuah kampung di tepi(36)____________.
Pagi-pagi lagi dia sudah bangun. Dia(37)_______________ kopi dan makan roti.
Selepas itu(38)____________mengambil jala dan alat-alat menangkap ikannya
(39) ____________ lain lalu pergi ke laut. Dia (40)_______________ sampan
dengan dua orang kawannya.
-5-

Soalan Tamat

You might also like