You are on page 1of 10

IMPAK IMPLIKASI KRITERIA PENTAKSIRAN DALAM PENTAKSIRAN BERASASKAN

SEKOLAH ( PBS ) DI SEKOLAH RENDAH.


Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ialah proses mengumpul maklumat yang
autentik dan boleh diharap oleh guru secara formatif dan sumatif. Pentaksiran Sekolah
secara formatif adalah bertujuan untuk memperbaiki pembelajaran (assessment for
learning) manakala Pentaksiran Sekolah secara sumatif adalah untuk menilai tentang
sejauh mana murid telah menguasai apa yang dipelajari (assessment of learning). PBS
merupakan Pentaksiran Autentik. Takrif autentik ialah dapat dipercayai atau dijadikan
pegangan, asli dan benar (bukan palsu, rekaan, dan sebagainya ).
Proses Pentaksiran Sekolah (PS) melibatkan aktiviti mengumpul maklumat yang
autentik dan boleh diharap (dependable) tentang prestasi murid secara berterusan
(ongoing) berdasarkan pernyataan kriteria yang jelas dipanggil standard prestasi
(performance standard), penggunaan pelbagai kaedah, alat, teknik dan konteks. PBS
juga boleh mengelola, merekod, menterjemah, melapor dan membuat pertimbangan
tentang prestasi murid oleh guru semasa dan sepanjang (formatif) dan di hujung
(sumatif) proses pengajaran-pembelajaran berlangsung, menggunakan kepelbagaian
maklumat, membuat penilaian dan melaporkan secara verval dan/atau bertulis tentang
prestasi, potensi, pencapaian dan keperluan murid.
Bagi kedua-dua cara PS tersebut guru dan murid merujuk kepada satu set
pernyataan standard prestasi yang jelas yang ditetapkan oleh sekolah berdasarkan
pernyataan standard prestasi yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran. PS
dilaksanakan menggunakan pelbagai kaedah, alat, teknik dan konteks. Pentaksiran ini
adalah penilaian yang dilakukan di peringkat sekolah seperti kerja praktikal, tugasan
bertulis, ujian, kajian dan lain-lain tugasan yang melibatkan pelbagai mata pelajaran.
Eviden PS dikumpulkan dalam portfolio.
Maklumat yang diperoleh daripada pentaksiran ini membolehkan guru membuat
keputusan tentang sejauh mana murid telah belajar dan mencapai standard tertentu ,
strategi pengajaran dan pembelajaran berikutnya. Sebagai tambahan, semua murid
perlu mempunyai kefahaman yang jelas tentang apa yang perlu dipelajari, dibuat, dan

penting dalam peringkat tertentu dalam pembelajaran mereka. Pentaksiran dapat


memberi sumbangan positif dalam meningkatkan pembelajaran apabila direkabentuk
dengan teliti dengan mengambilkira pelbagai aspek seperti kejelasan konstruk yang
ditaksir, bentuk, kegunaan, aras kesukaran, bagaimana cara mentaksir, kekerapan,
masa dan maklumbalas.

Pentaksiran yang berkesan membolehkan murid berusaha ke arah yang


sejajar dengan kriteria yang telah diketahui dan difahami lebih awal, menganalisa
pembelajaran dan mengetahui perkara yang perlu diperbaiki, mensntesis dan
mengaplikasi pembelajaran selain daripada mengingati fakta, mempamirkan
kekuatan dan menunjukkan penguasaan dan kepakaran belajar dengan kaedah
tersendiri , reflektif dan melibatkan diri dalam pentaksiran kendiri dan rakan
sebaya ,berupaya melahirkan pandangan dan tafsiran dari sudut yang berbeza,
bertanggungjawab terhadap pembelajaran, melalui proses pembelajaran yang
berjaya dan berupaya bersaing di tahap yang lebih tinggi.
Pentaksiran sekolah mengandungi dua fungsi yang luas, iaitu pentaksiran
tentang pembelajaran yang bersifat summatif (pentaksiran untuk melihat prestasi
murid) dan pentaksiran untuk pembelajaran yang bersifat formatif (pentaksiran
untuk meningkatkan pembelajaran).
Pentaksiran tentang pembelajaran bersifat sumatif merujuk kepada semua
aktiviti dan tugasan yang digunakan untuk menentukan prestasi murid bagi
penggal persekolahan, semester atau tahun tertentu. Semua eviden bagi
pentaksiran tentang pembelajaran wajib dikumpulkan dalam portfolio.

Semua

portfolio mesti disimpan di sekolah dan dibentangkan untuk proses semakan dan
pengesahan. Pelaporan tentang pencapaian murid dalam pembelajaran
dikeluarkan secara bertulis dalam bentuk markah, gred, band, profil, pernyataan
deskriptif sebahagian atau kesemuanya. Pelaporan boleh dibuat dalam bentuk
sijil, pernyataan keputusan, profil atau testimoni.

Pentaksiran untuk pembelajaran bersifat formatif

merujuk kepada semua

aktiviti dan tugasan yang diberikan kepada murid untuk membolehkan guru
menilai perkembangan dan masalah pembelajaran murid. Oleh itu, maklumat
yang diperoleh berupaya memantau dan membantu proses pembelajaran.
Maklumat tersebut diguna sebagai maklum balas dalam mengubahsuai aktiviti
pengajaran dan pembelajaran bagi memenuhi keperluan semua murid.
Keperluan setiap murid berbeza antara satu sama lain.Guru juga boleh
mengetahui keperluan murid melalui pelbagai kaedah seperti pencerapan,
perbincangan dalam kelas atau kerja bertulis, sama ada kerja rumah atau
tugasan dalam kelas.

Pentaksiran kendiri dan rakan sebaya juga boleh

digunakan dengan berkesan untuk menyokong pentaksiran untuk pembelajaran.


Pentaksiran untuk pembelajaran boleh menjadi alat yang sangat berkesan
untuk membantu semua murid sekiranya maklumbalas disampaikan kepada
murid dengan cara yang betul. Maklumbalas

tidak sepatutnya mengandungi

pernyataan perbandingan antara murid tentang kebolehan, kedudukan atau


persaingan. Maklumbalas perlu mengandungi tiga elemen iaitu kedudukan murid
dalam pembelajaran merujuk kepada standard prestasi yang ditetapkan , tahap
pembelajaran yang diharapkan dan maklumat untuk merapatkan jurang antara
kedudukan sedia ada dan tahap pembelajaran yang diharapkan.
Pentaksiran untuk pembelajaran memberi tumpuan terhadap analisis,
perkembangan pembelajaran murid dan maklumbalas,

bukan semata-mata

merekod skor. Oleh itu, pelaporan bertulis tidak perlu dibuat secara berkala
sebaliknya, guru mestilah mampu memberinya secara bertulis atau verbal
apabila dikehendaki pada bila-bila masa oleh mana-mana pihak berkepentingan
seperti ibu bapa, guru besar atau nazir.
Pentaksiran rujukan standard seringkali dijelaskan sebagai berlawanan
dengan pentaksiran rujukan kriteria. Guru tidak sepatutnya bergantung hanya
kepada pentaksiran rujukan norma atau kriteria semata-mata kerana amalan
terbaik ialah menggabungkan pentaksiran rujukan kriteria dengan rujukan
standard.

Pentaksiran

Rujukan

Kriteria

(PRK)

ialah

pentaksiran

yang

dilaksanakan berdasarkan kriteria penilaian yang telah ditetapkan terlebih awal


tanpa membandingkan seseorang murid dengan murid yang lain tetapi
membandingkan pencapaian murid dengan set kriteria yang telah ditetapkan itu.
Melalui PRK, pencapaian murid tidak dinilai secara bertahap. Murid yang
memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan dinilai sebagai telah menguasai
pembelajaran tanpa meletakkan pada tahap mana penguasaan murid itu dalam
pembelajarannya.
Pentaksiran Rujukan Standard (PRS) sama seperti PRK tetapi pencapaian
murid dinilai dan dilaporkan berdasarkan tahap-tahap penguasaan murid dalam
pembelajaran seperti band 1 hingga band 5 atau 6 atau Lemah hingga
Cemerlang atau lain-lain bentuk pernyataan standard yang bertahap.

Pentaksiran rujukan standard bertujuan untuk mencapai perkara berikut


membuat keputusan tentang murid dengan menilai

kerja murid berdasarkan

standard yang ditetapkan, mentaksir murid secara individu mengikut keperluan


masing-masing, menentukan kedudukan seseorang murid mengikut kriteria yang
ditetapkan berdasarkan standard prestasi dan mentaksir murid berdasarkan
kriteria penilaian yang jelas dan objektif mengikut standard prestasi.
Tujuan pentaksiran perlu dijalankan dengan jelas dan telus. Penggabungan
pentaksiran rujukan standard dan rujukan kriteria membolehkan pelbagai kaedah
pentaksiran digunakan untuk mentaksir murid yang ramai dengan keberkesanan
kos , mentaksir aspek kognitif, afektif dan psikomotor dalam pelbagai konteks,
mendapatkan data statistik, iaitu perbandingan prestasi tahun semasa dengan
prestasi tahun sebelumnya untuk menilai standard, menentukan kualiti
pengajaran dalam mata pelajaran, menganalisis kekuatan dan kelemahan dalam
membantu perancangan dan penilaian program.
Pentaksiran

yang

adil

tidak

perlu

dibimbangi

kesahan

dan

kebolehpercayaannya kerana ia mempunyai keautentikan dan keboleharapan


yang tinggi bergantung kepada kualiti dan kejelasan kriteria penskoran dan

pemahaman kriteria tersebut.

Sesuatu instrumen yang secara umumnya

digunakan dengan baik untuk menyenaraikan dan memperluaskan kriteria


penskoran sering dirujuk sebagai rubrik. Rubrik memberikan penerangan tentang
ciri-ciri kerja murid dengan jelas.
Murid perlu diberi penjelasan

tentang pengetahuan atau kemahiran yang

ditaksir, wajaran bagi setiap pentaksiran, maklumbalas yang jelas berhubung


markah atau skor yang telah diberikan, peluang prestasi mereka ditaksir secara
kualitatif, mempunyai akses terhadap semua kriteria yang digunakan dalam
pentaksiran, bukan semua kerja yang ditaksir akan direkod, memberi makluman
awal tentang mana-mana pentaksiran yang memerlukan persediaan, menjelas
tentang tarikh dan tempoh pentaksiran dan kepentingan menepati tarikh serahan
yang ditetapkan dalam penentuan gred pencapaian.
Pentaksiran

adalah

sebahagian

daripada

strategi

pengajaran

dan

pembelajaran dan bukannya tugas tambahan. Pengajaran, pembelajaran dan


pentaksiran tidak boleh dipisahkan dan tidak boleh dilihat secara berasingan .
Tujuan utama pentaksiran adalah
sokongan

dan

mekanisma

yang

untuk membuat keputusan, memberi


positif

bagi

membantu

murid

untuk

meningkatkan pembelajaran, guru pula dapat membaiki pengajaran. Bahkan


semasa menyediakan Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT), perkara yang perlu
diambilkira termasuklah pentaksiran tentang pembelajaran, pentaksiran untuk
pembelajaran, strategi pengajaran dan pembelajaran dan pembangunan
pengetahuan yang diperlukan, kemahiran dan pemahaman di samping nilai dan
sikap.
Rancangan Pelajaran Tahunan

perlu berdasarkan kepada keperluan

kurikulum dan garis panduan pentaksiran.Standard pentaksiran perlu diketahui


dan difahami oleh semua murid dan ibu bapa bermula daripada awal proses
pembelajaran. Aktiviti yang relevan perlu disertai dengan bentuk dan kaedah
pentaksiran yang bersesuaian, contohnya rubrik yang akan digunakan. Setiap
aktiviti yang direkodkan sepatutnya terdiri daripada kejayaan satu siri tugasan
yang bermakna dan berkesan.

Pengumpulan eviden boleh dijalankan melalui pelbagai kaedah pencerapan,


ujian, tugasan , pentaksiran kendiri, rakan sebaya dan kerja berkumpulan.
Pentaksiran melalui cerapan biasanya kurang berstruktur (terancang) dan
selalunya dilakukan untuk menilai interaksi murid antara satu sama lain dalam
tugasan untuk mendapatkan hasil penyelesaian yang umum. Pencerapan perlu
mempunyai tujuan dan dijalankan dengan menggunakan suatu instrumen
cerapan yang bersesuaian untuk mengurangkan penyimpanan rekod, seperti
senarai semak dan skala pengadaran (rating scale) yang hanya memerlukan
sedikit catatan dan masa untuk merekod.
Pentaksiran melalui ujian lebih berstruktur dan tegar. Ia membolehkan guru
mengumpul eviden yang sama bagi semua murid dengan cara dan masa yang
sama.

Pentaksiran

ini

mengemukakan

eviden

tentang

pembelajaran

berpandukan kepada skor. Sekiranya digunakan dengan betul, ujian dan


peperiksaan adalah sebahagian daripada kurikulum yang penting kerana ia
memberikan eviden yang baik tentang apa yang telah dipelajari. Ujian dalam PS
boleh dilaksanakan secara manual seperti kertas-pensil, papan tulis dan lisan
atau berbantukan komputer secara online atau offline. Item-item ujian boleh
disediakan oleh pihak sekolah atau Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan
Pelajaran Negeri atau Lembaga Peperiksaan tetapi pengendaliannya adalah
oleh guru sama ada secara manual atau berbantukan komputer.
Tugasan atau pentaksiran prestasi kurang berstruktur (berbanding dengan
ujian) dan melibatkan tugasan yang menilai aspek pengetahuan, kemahiran dan
sikap murid dalam pelbagai situasi dan konteks yang sebenar. Pentaksiran
prestasi

meliputi

komponen

praktikal

sesuatu

mata

pelajaran

dengan

menentukan bagaimana murid menggabungkan teori dalam amalan. Ia


merupakan pentaksiran yang autentik kerana murid mempunyai gaya yang
tersendiri untuk belajar. Antara contoh ialah projek, pameran, penyampaian
visual dan lisan, debat, simulasi komputer dan persembahan.

Pentaksiran kendiri memerlukan perhatian khusus daripada guru kerana


mungkin ramai murid memerlukan bantuan mempelajari bagaimana untuk
menilai

kemahiran

akademik

dan

prestasi

dengan

tepat.

Murid

perlu

dimaklumkan tentang kriteria tugas khusus untuk prestasi (pentaksiran rujukan


kriteria). Murid juga mungkin memerlukan bantuan dalam mempelajari
bagaimana untuk menyimpan rekod dan memgulas ringkasan kerja. Refleksi ke
atas pembelajaran seseorang adalah komponen yang amat penting dalam
pembelajaran.
Pentaksiran rakan sebaya, menggunakan senarai semak atau rubrik,
membantu murid sama ada yang ditaksir atau yang

mentaksir. Perkongsian

kriteria untuk pentaksiran memberi kuasa kepada murid untuk menilai prestasi
mereka sendiri dan juga rakan mereka. Kebolehan untuk bekerja bersama rakan
lain dalam satu kumpulan dengan berkesan adalah satu daripada hasil
kritis.Pentaksiran

kerja

berkumpulan

memberi

eviden

daripada

aspek

kerjasama, bantu membantu, pengagihan kerja dan sumbangan setiap individu


melalui satu produk. Pentaksiran kerja berkumpulan dinilai melalui proses selain
daripada produk atau hasil kerja. Ia melibatkan pentaksiran kemahiran sosial,
pengurusan masa dan kedinamikan kumpulan, selain daripada hasil kerja
kumpulan.
Peluang untuk menggunakan pelbagai instrumen amat penting bagi keduadua pentaksiran untuk pembelajaran dan juga pentaksiran tentang pembelajaran.
Instrumen mestilah sepadan dengan apa yang ditaksir. Eviden yang bersesuaian
dan mencukupi mesti dikumpulkan dan dijelaskan kepada murid sama ada
mereka sedang melalui proses pentaksiran untuk pembelajaran atau pentaksiran
tentang pembelajaran.

Wajaran keseimbangan pentaksiran sekolah dalam transformasi pentaskiran


dinyatakan dalam jadual 1 di bawah bagi sekolah rendah :

TAHAP

PAJSK PS

PP

Tahun 1 Tahun 3

30%

70%

Tahun 4 Tahun 6
20%
Pentaksiran Sekolah (PS)

50%

30%

Pentaksiran Pusat (PP)

Pentaksiran Aktiviti Jasmani dan Kokurikulum (PAJK)

Pentaksiran Psikometrik dilapor secara berasingan


Jadual 1 : Wajaran pentaksiran.

Perekodan dan pelaporan memerlukan data yang telah dikumpul semasa


pentaksiran supaya ia boleh dianalisa secara logik dan dilaporkan dalam bentuk
yang mudah difahami dan tepat. Pelaporan prestasi dan pencapaian memberi
gambaran tentang apa yang telah murid capai dan menunjukkan kedudukan
murid dalam lengkung pembelajaran dan jenis intervensi yang diperlukan.
Contohnya maklumat ini (merujuk kepada prestasi)

boleh digunakan untuk

merancang program intervensi dan memaklumkan strategi intervensi.


Proses semakan adalah untuk menjamin kualiti pentaksiran yang
dilakukan diperingkat sekolah. Ia adalah satu prosedur untuk meletakkan PS
mana-mana sekolah pada skala kebangsaan. Skala kebangsaan ini ditetapkan
oleh Lembaga Peperiksaan (LP) dari segi kesahan dan kebolehpercayaan. Satu
instrumen yang dibina oleh LP akan ditadbir kepada semua murid. Skor yang
diperoleh akan menentukan tahap PS bagi setiap sekolah. Skor yang diperoleh
akan dianalisis untuk mengeluarkan pelaporan tentang prestasi pendidikan
kebangsaan.

Antara evidens yang boleh digunakan ialah folio .Dua jenis portfolio yang
diperlukan iaitu Portfolio guru dan potfolio murid. Portfolio guru mengandungi
semua arahan dan kriteria pentaksiran serta rubrik berkaitan tugasan yang
diberikan kepada murid. Portfolio murid mengandungi setiap eviden yang
digunakan untuk mendapatkan skor.Portfolio boleh mengandungi beberapa
bentuk pentaksiran termasuk tidak lebih daripada dua ujian rasmi, memberi
eviden untuk semakan dan menunjukkan kemajuan pembelajaran murid sebagai
eviden tentang pengajaran dan pembelajaran sepanjang tahun tersebut.
Cadangan penambahbaikan pelaksanaan PBS di sekolah rendah
antaranya ialah sekolah perlu memastikan bahawa murid tidak dibebankan
dengan terlalu banyak pentaksiran. Guru mesti memaklumkan kepada murid
mengenai sumber bahan yang diperlukan untuk menyelesaikan tugasan, projek
dan sebagainya. Guru mesti membantu murid untuk merancang tugasan, projek
dan lain-lain . Guru perlu menetapkan tarikh penghantaran beserta rubrik pada
permulaan proses pembelajaran dan membenarkan murid menyiapkan kerja
sekolah . Guru- guru juga perlu memiliki sikap terbuka bahawa semua murid
perlu diberikan perhatian . Guru perlu memanggil nama murid dalam kelas
seberapa ramai yang boleh setiap kali mengajar. Ini dapat memberi gambaran
pada murid mereka sentiasa diberi perhatian. Pastikan guru dapat mengingat
nama semua murid . Murid akan merasa lebih mesra dan dekat dengan guru dan
interaksi akan menjadi lebih mudah, dapat menghilangkan rasa takut dan
mereka akan lebih berani berkomunikasi. Dengan cara ini pentaksiran lisan atau
tingkah laku akan lebih mudah.
Persediaan yang dibuat oleh guru sebelum masuk ke kelas

adalah

sangat penting. Persediaan mengajar disediakan dengan sempurna berdasarkan


objektif pembelajaran yang hendak diajar . Baca secara teliti dan fahamkan
Standard Kurikulum dan Standard Prestasi. Tentukan kemahiran apakah yang
hendak

diajarkan

contoh

kemahiran

mengukur

dan

menggunakan

nombor .Pastikan semua alat bantu mengajar telah disediakan dengan


mencukupi dan bersesuaian dengan aktiviti.

Rancangkan tugasan dan

pentaksiran yang relevan, mencabar dan dapat menguji pencapaian murid dalam
apa yang mereka telah pelajari. Perancangan perlu dibuat supaya aktiviti
pembelajaran dapat dirancang berdasarkan kemahiran yang mereka perlu murid
kuasai. Tulis objektif pengajaran menggunakan perkataan kata tugas yang boleh
diukur yang berkaitan kemahiran yang hendak diajar , Contoh; Murid boleh
mengukur tinggi dua orang rakan dengan menggunakan straw.
Guru perlu berbincang dengan setiap murid tentang pencapaian mereka
berbanding standard prestasi dan Band yang mereka telah kuasai dan
cadangkan langkah selanjutnya untuk penambahbaikan penguasaan yang lain
atau pengukuhan kemahiran yang sama.
Impak Implikasi Kriteria Pentaksiran Berasaskan Sekolah

( PBS ) di

sekolah rendah membawa impak yang positif dan negatif kepada guru dan
murid. Impak yang positif perlu diteruskan , sementara impak yang negatif boleh
diatasi dengan pelbagai penambahbaikan yang memerlukan kerjasama dari
pelbagai pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

You might also like