You are on page 1of 1

DASAR PBS

Pernyataan Dasar Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)


1. Sekolah WAJIB melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi semua
mata pelajaran yang mempunyai komponen kerja kursus, amali, projek, modul
dan ujian lisan.
2. Pelaksanaan PBS dijalankan secara berterusan dan merupakan sebahagian
daripada PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.
3. Pihak sekolah bertanggungjawab mengurus dokumen, skor dan evidens serta
mengeluarkan sijil. Sijil diserahkan kepada calon semasa calon mengambil
keputusan peperiksaan.
4. Skor hendaklah dihantar ke Lembaga Peperiksaan (LP) mengikut kaedah dan
tempoh yang ditetapkan.
5. Sekolah yang menawarkan mata pelajaran yang mempunyai komponen PBS dan
memerlukan bilik khas mestilah mendapatkan kelulusan dan pentauliahan sebagai
pusat peperiksaan daripada Jabatan Pelajaran Negeri (Sektor Penilaian dan
Peperiksaan) dua tahun sebelum mendaftarkan calon.
6. Pentauliahan akan berkuatkuasa selagi pihak sekolah mematuhi syarat dan kriteria
yang telah ditetapkan.
7. Pentaksir mata pelajaran PBS mestilah terdiri daripada guru-guru yang mengajar
mata pelajaran berkenaan.
8. Tiga kumpulan personel hendaklah dilantik bagi melaksanakan PBS iaitu :
a. Kumpulan Pemantauan
b. Kumpulan Penyelarasan
c. Kumpulan Pengesanan
9. Skor PBS akan diambil kira dalam menentukan keputusan mata pelajaran
tersebut.
10. Semua artifak dan folio adalah bahan SULIT PEPERIKSAAN.
11. Evidens perlu disimpan dengan selamat di sekolah selama ENAM bulan selepas
keputusan peperiksaan dikeluarkan.
12. Artifak dan folio boleh dibuat di luar waktu pengajaran dan pembelajaran tetapi
dilaksanakan dalam kawasan sekolah.
13. Kos pelaksanaan PBS ditanggung oleh pihak sekolah.
14. Jawatankuasa induk pengurusan PBS mesti ditubuhkan di peringkat negeri,
daerah dan sekolah.
15. PBS mesti dilaksanakan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh LP.

You might also like