You are on page 1of 1

MODEL STEPHEM KEMMIS

LINGKARAN 1
Merancang
Pelajar menganggap bahawa sains adalah proses mengingat fakta berbanding
perasaan ingin tahu. Bagaimana guru dapat merangsang perasaan ingin tahu dalam
diri pelajar?
Bertindak
Memberikan soalan yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar.
Memerhati
Rekod soalan dan jawapan untuk pemerhatian yang lebih terperinci. Catat jangkaan.
Merefleksi
Persoalan guru diganggu oleh keperluan guru tersebut untuk mengawal jangkaan
pelajar.
LINGKARAN 2
Mengubah rancangan
Mengubah strategi menyoal untuk menggalakkan pelajar untuk mencari jawapan
sendiri. Matlamat yang sama masih diteruskan, tetapi mengurangkan bilangan
kawalan penyataan.
Bertindak
Mengurangkan penyataan kawalan dalam pelajaran.
Memerhati
Rekod soalan dan jawapan. Catat kesan-kesan yang diperhatikan daripada
tingkahlaku pelajar.
Merefleksi
Perasaan ingin tahu pelajar berkembang, tetapi tingkah laku mereka semakin tidak
dapat dikawal. Apa yang perlu guru lakukan?
JOHN ELLIOT
John Elliott setuju dengan konsep lingkaran refleksi tindakan Kemmis tetapi John
Elliot menyatakan terdapat lebih banyak aliran tindakan dalam peringkat
pelaksanaan untuk mendapat lebih banyak sokongan dan maklumat sebelum
berpindah kepada lingkaran kedua.

You might also like