You are on page 1of 22

Laporan Lawatan ke Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak , Majlis Sukan Negeri

Sarawak (MSNS), Institut Sukan Negara Satelit Sarawak (ISN) dan Gimnasium Negeri
Sarawak.

Written By R.A&S on Isnin, 18 Mac 2013


http://ipgktarpengajiansosial.blogspot.com/2013/03/laporan-lawatan-ke-kompleks-belia-dan.html
Halaman yang terdapat dalam laporan ini :
A.
B.
C.
D.
E.
F.
G
.
H.
I.

Pengenalan
Pentadbiran agensi-agensi sukan kebangsaan dan negeri
Pengurusan Pendidikan Jasmani dan sukan
Program pembangunan sukan
Undang-undang dan pentadbiran sukan
Isu-isu dalam sukan
Nilai dan etika dalam sukan
Kesimpulan
Refleksi guru pelatih

A. Pengenalan
B. Pentadbiran agensi-agensi sukan kebangsaan dan negeri
Dalam aspek ini terdapat empat cabang aspek yang ditekankan iaitu:
1 . Perlembagaan organisasi badan sukan kebangsaan
2. Pentadbiran organisasi sukan
3. Pengendalian mesyuarat
4.Belanjawan dan pengurusan kewangan
3. Pengendalian mesyuarat
Mesyuarat adalah satu perbincangan formal di antara tiga individu atau lebih untuk mencapai
objektif bersama melalui proses komunikasi. Mesyuarat juga berbeza mengikut keahlian, organisasi
dan objektifnya. Tujuan pengendalian mesyuarat dalam Majlis Sukan Negeri (MSN) adalah untuk
mengawal dan menilai kegiatan pertubuhan sukan dari semasa ke semasa, menyelaraskan kegiatan
dan pentadbiran pertubuhan agar sistematik, menyebarkan maklumat, rancangan baru dan
perubahan agar sistematik, menyebarkan maklumat, rancangan baru dan perubahan dalam
pertubuhan, mendapatkan suara majoriti dan sambutan atau tentangan secara spontan serta
mendapatkan nasihat dan pandangan dan mengetahui tindak balas terhadap soalan. Menurut MSN
lagi, terdapat pelbagai jenis-jenis mesyuarat yang dijalankan antaranya ialah Mesyuarat Agong
Tahunan, Mesyuarat Luar Biasa, Mesyuarat Jawatankuasa, Taklimat dan sebagainya. Dalam

mengendalikan mesyuarat terdapat beberapa prosedur yang perlu diikuti oleh pihak MSN. Antaranya
ialah
Sebelum mesyuarat
Menentukan tarikh, masa, tempat dan agenda bersama pengerusi
Membincangkan tujuan
Membuat tempahan bilik mesyuarat
Menentukan kertas kerja kementerian/ jabatan/ unit (dalam masa 15 hari)
Menghantar surat jemputan
Menyadiakan kemudahan bilik
Menentukan kehadiran
Perbincangan pra mesyuarat
Maklumat mengenai etika mesyuarat kepada ahli

Semasa mesyuarat
Memulakan mesyuarat
Mengawal perbincangan
Beri penjelasan jika perlu
Mencatat minit msyuarat/ kehadiran atau tindakan
Merumus mesyuarat

Selepas mesyuarat
Menyediakan draf minit
Meluluskan dan mengedarkan minit
Susunan nama kehadiran ahli
Pelaksanaan keputusan mesyuarat
Laporan maklum balas oleh urusetia
Menentukan format maklumbalas dari kementarian/ jabatan / unit
Mesyuarat post mortem

4. Laporan belanjawan dan pengurusan kewangan


Sumber kewangan MSNS seperti yang termaktub dalam Akta, sebuah tabung MSNS diwujudkan
dan semua urusan kewangan dikawal oleh Majlis. Sumber Kewangan MSNS datangnya daripada:
Geran tahunan Kerajaan Negeri
Penajaan
Pendapatan daripada projek-projek yang diusahakan oleh MSNS
Pendapatan daripada pelaburan
Sumbangan dan derma daripada pihak swasta.
Dalam menguruskan kewangan, perancangan perlu ada bagi memastikan perancangan
dalam penentuan misi, matlamat, objektif dan keutamaan yang hendak dicapai. Aktiviti yang terbaik
perlu dipilih bagi memastikan matlamat dan keutamaan yang telah ditetapkan tercapai. Ini untuk
mengelakkan wang digunakan terhadap aktiviti yang tidak mempunyai keutamaan untuk
dilaksanakan. Belanjawan perlu ada sebagai 1 perancangan ekonomi tahunan yang bertujuan

melaksanakan dasar sosio-ekonomi seperti yang dinyatakan dalam rancangan 5 tahun negara.
Setiap aktiviti yang hendak dilaksanakan perlu ada pengawalan bagi memastikan aktiviti-aktiviti yang
dilaksana mengikut pelan kerja yang telah ditetapkan melalui sistem-sistem perakaunan, laporan dan
audit yang ditetapkan. Penilaian dilakukankan untuk memastikan keberkesanan sesuatu
program/aktiviti yang dilihat daripada hasil atau output yang dicapai.
Prinsip utama dalam pengurusan kewangan ada 2 iaitu legaliti dan akautabiliti. Legaliti adalah
pengurusan kewangan yang perlu mematuhi undang-undang dan peraturan yang telah digubal khas
untuk bidang tersebut. Undang-undang/peraturan seperti perlembagaan persekutuan, akta prosedur
kewangan 1957, arahan perbendaharaaan dan surat pekeliling perbendaraan negeri. Akautabiliti
merujuk kepada amanah yang dipikul untuk melaksanakan tugas. Matlamatnya adalah untuk
mencapai 1 kaedah kawalan yang berkesan bagi memastikan bahawa pengurusan wang awam
adalah dibuat mengikut undang-undang dan peraturan yang ditetapkan dalam menyediakan sistem
berkesan bagi pegawai awam melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

C. Pengurusan Pendidikan Jasmani dan sukan


Membuat keputusan
Di dalam pengurusan Pendidikan Jasmani dan Sukan ini, pihak MSN, ISN dan Kompleks Belia dan
Sukan ini mempunyai jawatankuasa yang tersendiri. Oleh itu, apa-apa perkara yang memerlukan
keputusan akan diputuskan oleh jawatankuasa tersebut. Sidang mesyuarat akan diwujudkan di
peringkat induk dan kemudiannya perkara tersebut akan dibincangkan bersama.
Penilaian
Melalui aspek penilaian terdapat tiga yang akan dinilai iaitu daripada perspektif pentadbiran dan
perancangan masa hadapan. Penilaian yang dibuat terbahagi kepada dua iaitu penilaian terhadap
sumber manusia dan penilaian terhadap projek dan infrastruktur. Penilaian sumber manusia adalah
meliputi penilaian terhadap kakitangan, atlet, peserta pentadbiran, jurulatih pasukan program sukan
manakala penilaian terhadap projek dan infrastruktur adalah seperti kurikulum, peralatan dan
kemudahan sukan. Kebertanggungjawab dalam penilaian ini boleh diperoleh melalui rujukan norma
kriteria dan bancian, ujian penilaian prestasi kendiri, ujian bertulis atau catatan ringkas , anekdot atau
portfolio, inventori, fail, anugerah, penghornatan dan rekod pencapaian.
Di dalam penilaian ini, terdapat beberapa garis panduan yang perlu dipatuhi. Antaranya ialah
mengenal pasti perkara yang hendak dinilai samada jurulatih, guru ataupun pengurus kurikulum.
Penilai yang akan menilai pula perlu dikenalpasti dan individu yang akan kira data atau akses data.
Selain itu, orang yang bpleh melihat keputusan penilaian perlu dipilih. Akhir sekali sistem sebaran
maklumat, kutipan data dan tarikh proses jangka siap perlu ditubuhkan.
Selain itu, pemilihan instrument penilaian perlu dilakukan. Instrument penilaian ini perlulah berbentuk
pengiraan dan analisis data. Selain itu, penilaian keatas staf perlu dirancang dengan teliti dan

keputusannya bolehlah digunakan untuk kenaikan pangkat. Untuk penilaian prestasi pula
bersesuaianbentuk kerja dengan instrument dan kriteria penilaian yang digunakan. Penilaian perlulah
berdasarkan tret, atribut dan sifat. Dimensi penilaian bolehlah mencakupi daripada aspek
pengetahuan, kebolehharapan, berkemahiran, hubungan dengan staf, perancangan dan hubungan
yang baik dengan orang awam.
Komunikasi
Komunikasi daam organisasi adalah sanbat penting dan ianya merupakan proses untuk mrncopta
dan bertukar mesej dalam rangkaian hubungan yang saling bergantung antara satu sama lain untuk
menyelesaikan perkara yang berlaku dalam persekitaran yang tidak menentu. Jenis-jenis komunikasi
yang terdapat dalam arena sukan adalah samada berbentuk komunikasi sehala dan komunikasi
secara dua hala dimana pihak pentadbiran menghantar maklumat dan berkehendakkan maklum
balas dengan cepas. Proses komunikasi secara berkesan dapat dimaksimumkan mungkin dengan
jenis-jenis komunikasi tersebut.
Antara medium komunikasi yang digunakan oleh pihak MSN, ISN dan Kompleks Belia dan Sukan
dalam mempromosikan sebarang aktiviti yang dianjurkan adalah melalui poster yang dibentang, surat
khabar mahupun melalui laman web. Di sini mereka dapat menyebarkan sedikit sebanyak maklumat
berkenaan dengan isu semasa dan aktiviti semasa yang dijalankan oleh mereka. Antara contoh
laman web ialah http://www.jbssarawak.gov.my/, dan http://www.kbs.gov.my/ .
Antara halangan komunikasi yang timbul adalah seperti bahasa pengantar yang digunakan kurang
difahami penerima dan mesej yang kompleks dan kabur.

D. Program Pembangunan Sukan


Aspek yang dirangkumi dalam program pembangunan sukan adalah seperti berikut:
Aspek perancangan, pengelolaan dan pentadbiran
Pembangunan Jurulatih
Kenal Pasti Bakat
Pembangunan Atlet
1. Aspek perancangan, pengelolaan dan pentadbiran
Program pembangunan sukan melibatkan aspek perancangan, pengelolaan dan pentadbiran.
Terdapat pelbagai tujuan bagi pembangunan sukan. Antaranya adalah melaksanakan program
pembangunan sukan dari peringkat akar umbi secara menyeluruh ke semua daerah. Selain itu, ia
juga bertujuan untuk mewujudkan program latihan yang sistematik dan berkesan secara berterusan
dalam jangka masa panjang. Bukan itu sahaja, pembangunan sukan juga bertujuan untuk
melahirkan atlet remaja yang berpotensi dan layak untuk mewakili negeri dalam kejohanan SUKMA
dan seterusnya mewakili negara.
Pembangunan sukan bukan sahaja menitikberatkan tentang pembangunan atlet semata-mata,
malah ia juga menjurus kepada pembangunan jurulatih dan pegawai sukan di mana ia bertujuan
untuk melahirkan pegawai sukan dan jurulatih yang berkualiti serta lebih efisen dalam melaksanakan

tugas dan tanggungjawab. Pembangunan sukan juga akan memantau perlaksanaan program latihan
yang dijalankan di setiap pusat latihan.
Di dalam aspek perancangan, objektif utama program pembangunan sukan adalah memberi
penekanan terhadap penambahbaikan institusi dan organisasi bagi meningkatkan profesionalisme
dan menggalakkan pencapaian yang lebih baik dalam sukan. Terdapat tiga teras strategik dalam
pembangunan sukan. Berikut merupakan tiga teras strategik yang digariskan dalam pembangunan
sukan.
Berdasarkan pengisian yang telah disampaikan oleh pihak Kompleks Belia dan Sukan,
terdapat pelbagai program sukan dan aktiviti rekreasi berkaitan sukan telah dianjurkan bagi
meningkatkan penyertaan masyarakat dalam sukan. Berdasarkan sesi soal jawab yang dijalankan,
antara aktiviti yang dijalankan oleh Kompleks Belia dan Sukan adalah aktiviti di ibu pejabat, programprogram sukan, program belia untuk pembangunan sosial dan bengkel/kursus ekonomi. Mereka
menyatakan bahawa program-program ini terbuka kepada belia dan masyarakat. Mereka mengalualukan penyertaan daripada kalangan masyarakat untuk membangunkan budaya kesukanan dalam
kalangan masyarakat Malaysia selaras dengan teras kedua yang digariskan dalam pembangunan
sukan.
Secara umumnya, program pembangunan sukan merangkumi pembangunan atlit, jurulatih
dan kepegawaian. Antara program yang dijalankan oleh pihak Majlis Sukan Negeri Sarawak adalah
Program Pusat Cemerlang, Program Sukan Pilihan, Penganjuran pelbagai kursus yang meliputi
aspek urusan sukan dan sains sukan dan Bantuan Klinik Kejurulatihan dan Kem Bakat untuk atlit.
MSNS merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Sosial yang
bertanggungjawab untuk melaksanakan program sukan berprestasi tinggi. MSNS dan persatuanpersatuan Sukan Negeri bekerjasama untuk mengendalikan dan melaksanakan program-program
pembangunan sukan khususnya Program Pusat Cemerlang. Bukan itu sahaja, MSNS juga
menyediakan peruntukan kewangan dan memberi bantuan dalam hal-hal penyediaan jurulatih
sepenuh masa dan jurulatih asing, bantuan latihan, peralatan sukan, pendedahan dan penyertaan
dalam pertandingan.
Pengarah MSNS, Francis Nyurang Ding menegaskan bahawa persatuan-persatuan sukan
perlu bekerjasama dengan pihak mereka bagi mengenalpasti sukan-sukan yang boleh diketengahkan
di peringkat yang lebih tinggi. Berikut merupakan kenyataan beliau yang menyatakan bahawa
tanggungjawab ke arah pembangunan sukan merupakan tanggungjawab yang harus dipikul
bersama:
Program pembangunan sukan menuntut kerjasama erat antara MSNS dan persatuan-persatuan
sukan dalam negeri. Ini kerana tanggungjawab kita lebih kepada menyediakan fasiliti serta latihan
kepada para atlet.
(Sumber: Utusan Borneo, 4 Oktober 2012)
Kenyataan ini jelas menunjukkan betapa pentingkan kerjasama daripada MSNS dan
persatuan sukan dalam negeri. Kerjasama yang erat daripada pelbagai pihak ini akan dapat
merealisasikan visi MSNS. Memandangkan visi MSNS adalah untuk menjadikan Sarawak sebagai

Kuasa Sukan di Malaysia, MSNS perlu memainkan peranan yang proaktif dalam pembangunan
sukan di Negeri Sarawak. Berdasarkan pengisian yang disampaikan oleh pihak MSN, aspek-aspek
seperti peningkatan ilmu dan kemahiran, latihan, penggubalan strategi, taktik, kaedah dan sistem
perlaksanaan program-program sukan sangat dititikberatkan. Bukan itu sahaja, bagi tujuan
pembangunan sukan, pihak MSNS menjalankan penyelidikan sukan dan kajian secara mendalam.
Di bawah aspek pengelolaan, kemudahan-kemudahan sukan akan ditingkatkan. Sebilangan
kemudahan
sukan
yang
sudah
sedia
ada
di
peringkat
negeri
dan daerah juga akan dinaik taraf di bawah program pembangunan sukan. Bukan itu sahaja, inisiatif
untuk membuat penyelenggaraan dan penjagaan kemudahan turut diusahakan di samping membuat
penguatkuasaan peraturan dan prosedur mengenai penggunaan kemudahan tersebut.
Sesungguhnya, langkah ini diaplikasikan oleh pihak Kompleks Belia dan Sukan. Kami difahamkan
bahawa mereka akan menyelenggara segala kemudahan secara berkala. Bukan itu sahaja,
kemudahan-kemudahan seperti gelanggang bola keranjang, bola jaring, badminton, futsal, dewan
serbaguna dan kolam renang akan sentiasa dijaga dari segi kebersihan. Prosedur penggunaan
kemudahan di sini adalah mengikut waktu operasi dan dibuat menerusi sistem tempahan. Tempahan
juga boleh dijalankan secara dalam talian di samping membuat tempahan di kaunter pejabat
Kompleks. Pihak pengurusan bertanggungjawab untuk menyelenggara segala kemudahan yang
terdapat di sini. Di gimnasium pula, kami difahamkan bahawa setiap alat yang terdapat di gimnasium
merupakan tanggungjawab pihak jurulatih yang bertugas. Setiap kerosakan akan direkodkan dan
akan digantikan dengan alat atau kemudahan yang baru sekiranya terdapat peruntukan daripada
pihak atasan.
Dalam proses penyeliaan atlet pelapis, usaha akan digiatkan untuk menyediakan lebih ramai
atlit
muda
bagi
menyertai
pertandingan
pada
peringkat
antarabangsa
melalui
program
latihan
dan
kejurulatihan
yang sistematik. Menurut soal jawab yang dijalankan dengan pihak gimnasium di MSN, mereka
menyediakan program latihan kepada para atlet dengan berpandukan jadual yang dibuat oleh pihak
persatuan. Para atlet akan dilatih secara berkumpulan mengikut kemampuan dan ketahanan diri
mereka. Mereka akan dibimbing oleh jurulatih yang juga merupakan bekas-bekas atlet. Ternyata
pihak MSN menyediakan tenaga jurulatih yang benar-benar berkelayakan dan bertauliah. Kami
difahamkan bahawa ada di antara jurulatih merupakan bekas atlet lompat tinggi, wushu, tinju, angkat
berat, lompat jauh dan sebagainya.
Dari segi pembangunan sukan sekolah pula, pihak MSN berkolaborasi dengan pihak sekolah
bagi membimbing murid-murid yang berbakat dalam sukan. Mereka menggunakan pendekatan yang
lebih
bersistem
di
mana
proses
mengenalpasti
dan
menyediakan atlit di peringkat sekolah rendah dan menengah dijalankan bagi mewujudkan asas yang
lebih baik bagi membolehkan penyertaan dalam sukan berprestasi tinggi. Bukan itu sahaja, lebih
ramai guru pendidikan jasmani akan ditempatkan di sekolah rendah manakala mata pelajaran
olahraga
dan
gimnastik pula dijadikan sebahagian daripada kurikulum pendidikan.

Program pembangunan sukan sekolah juga diperkukuhkan dengan menaik taraf kemudahan
sedia ada, membina sekolah sukan baru, penglibatan dan penyertaan yang lebih cemerlang di
peringkat antarabangsa dan penyediaan lebih ramai jurulatih yang berkelayakan dan berkebolehan.
Sekolah juga digalakkan untuk menganjurkan aktiviti selepas waktu sekolah agar pelajar berpeluang
untuk menambah baik kemahiran mereka dalam sukan yang dikenali dan melibatkan diri dalam
aktiviti baru di bawah bimbingan jurulatih yang berkelayakan. Bukan itu sahaja, akses bagi
kemudahan dan kompleks sukan akan disediakan kepada pelajar termasuk kemudahan di bawah
pengurusan pihak berkuasa tempatan dalam usaha menggalakkan pelajar aktif dalam sukan.
Kompleks Belia dan Sukan menyediakan kemudahan kepada para pelajar sekolah. Pada hari
lawatan tersebut, pihak Kompleks turut dikunjungi oleh pihak sekolah yang menggunakan kolam
renang untuk tujuan pengajaran. Pihak gimnasium MSN juga menawarkan perkhidmatan bimbingan
kepada orang umum. Hal ini memantapkan lagi penglibatan umum dalam sukan.
Program kejurulatihan juga akan ditingkatkan. Satu program khas akan diperkenalkan untuk
akreditasi
jurulatih
yang
terlibat
dalam
menjalankan
program
pembangunan
atlet
manakala
bekas
atlet
dan
atlet
sedia
ada
yang
berpengalaman
akan
digalakkan
untuk
mengikuti
latihan yang perlu untuk menjadi jurulatih. Menurut pihak gimnasium MSN, mereka akan dihantar
untuk mengikuti seminar dan kursus kejurulatihan bagi meamntapkan pengetahuan mereka dalam
bidang tersebut.
Pada peringkat pentadbiran pula, badan yang bertanggungjawab dalam pembangunan sektor
sukan adalah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Kementerian Pendidikan dan Pertubuhan
dan Persatuan Sukan. Antara aspek yang diberi penekanan dalam pembangunan sukan adalah
sekolah kerajaan dan sekolah swasta, Majlis Sukan Sekolah Rendah (MSSR) dan Majlis Sukan
Sekolah Menengah (MSSM), pengurusan, kejurulatihan, kemudahan sukan, yayasan sukan, intensif
dan biasiswa.
Bagi MSNS, hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran diawasi oleh dua badan yang
bertanggungjawab untuk mengawasi, mengawal dan melaksanakan perkara ini. kedua-dua badan
tersebut adalah Majlis dan Jawatankuasa Pengurusan. Majlis merupakan Jawatankuasa Tertinggi
yang mengawal dan mengawasi hal ehwal MSNS. Ia dipengerusikan oleh YAB Ketua Menteri dan
anggotanya terdiri daripada agensi-agensi yang terlibat dalam pembangunan sukan. Persatuanpersatuan sukan pula diserapkan sebagai gabungannya.
Jawatankuasa Pengurusan pula bertanggungjawab untuk membantu mengendalikan halehwal berhubung dengan pengurusan dan pentadbiran MSNS. Pengerusi dan ahli-ahli jawatankuasa
ini dilantik oleh Pengerusi Majlis. Seorang Pengarah serta beberapa orang kakitangan lain yang telah
dilantik akan membantu jawatankuasa ini untuk mengendalikan urusan dan pentadbiran harian
MSNS.

2. Pembangunan jurulatih

Institut Sukan Negara (ISN) merupakan satu pusat sumber maklumat dalam memberi ilmu yang
bermanfaat kepada jurulatih-jurulatih negara seiring dengan fungsi ISN sebagai pusat kecemerlangan
sukan negara. Selain itu, salah satu objektif ISN yang menjurus kepada pembangunan jurulatih
adalah membangun kurikulum sains sukan bagi meningkatkan mutu pendidikan jurulatih.
Antara misi MSNS yang menjurus kepada pembangunan jurulatih adalah untuk melatih dan
menghasilkan tenaga pengurusan dan jurulatih sukan yang bertaraf antarabangsa. Justeru, pihak
MSN memastikan bahawa para jurulatih akan dihantar untuk mengikuti kursus dan seminar
kejurulatihan. Di ISN pula, para jurulatih akan mengikuti kursus kejurulatihan anjuran MSN pada
setiap tahun. Kami juga difahamkan bahawa para jurulatih di MSN merupakan atlet kebangsaan.
Oleh yang demikian, agensi sukan telah mengenal pasti jurulatih yang berkelayakan untuk memberi
latihan yang teratur kepada para atlet.
Pihak MSN juga telah memilih calon jurulatih yang benar-benar berminat dalam bidang sukan.
Menurut kenyataan daripada seorang jurulatih kebangsaan di gimnasium MSN, beliau menyatakan
bahawa sukan dan dirinya memang tidak dapat dipisahkan. Beliau amat gembira kerana dapat
memberi sumbangan dari segi kejurulatihan kepada para atlet. Pihak jurulatih yang dipilih juga
mempunyai kepakaran dalam bidang yang diceburi.
3. Kenal pasti bakat
Kenal pasti bakat atau juga dikenali sebagai Talent Identification Device(TID). Ianya bermatlamat
mencungkil bakat-bakat muda yang berpotensi untuk diberi latihan untuk program di bahagian
pembangunan atlet. Memainkan peranan bagi pelapis untuk mewakili negara dalam sukan.
Kenal pasti bakat dilakukan melalui 2 cara iaitu cara pertama dengan mengadakan suatu program
khas yang diadakan dipusat-pusat tertentu mengikut zon di seluruh Malaysia. Program ini diadakan
bagi melalui beberapa ujian yang dilaksanakan oleh MSN dengan Kerjasama Kementerian Pelajaran
Malaysia. Cara keduanya ialah pemilihan atlet-atlet sekolah yang bertanding di peringkat daerah
(MSSD) dan negeri (MSSN) serta seterusnya ke peringkat kebangsaan (MSSM). Mereka yang
berjaya dalam pemilihan peringkat kebangsaan akan ditempatkan di sekolah sukan iaitu Sekolah
Sukan Bandar Penawar dan Sekolah Sukan Bukit Jalil. Pemilihan biasanya dibuat setahun sekali di
peringkat umur 12 tahun.
Pemilihan pemain merupakan satu proses yang amat penting dan sukar. Seseorang jurulatih
memikul beban yang berat semasa memilih pemain kerana terdapat perbezaan yang ketara antara
pemain yang baik dengan pemain yang tidak baik. Kewujudan kumpulan pemain yang baik tetapi
tidak sesuai merumitkan lagi proses pemilihan. Pemilihan pemain yang kurang sesuai akan
mengakibatkan pembentukan satu pasukan yang lemah, malah menghapuskan peluang pemain
yang benar-benar berpotensi untuk terus bergiat dan maju.

1. Pemilihan Atlet
i.

Pemilihan Berstruktur
Satu pelan perlu dirancang untuk menentukan struktur atau peraturan pemilihan pemain dijalankan
secara adil dan hanya pemain yang benar-benar sesuai dipilih. Para pemain yang terlibat dalam

proses pemilihan perlu diberitahu terlebih dahulu tentang prosedur yang akan diambil supaya mereka
dapat bersedia dari segi psikologi. Proses pemilihan pemain melibatkan pemilihan objektif dan
subjektif.
ii.

Pemilihan Objektif

3.

1.
Tahap kemahiran asas dan kemahiran khusus atlet perlu dinilai termasuk
pemerhatian terhadap kemahiran istimewa yang dimiliki atlet. Misalnya
dalam sukan badminton, kemahiran asas yang diperlukan adalah seperti
membuat servis, pukulan drive, pergerakan digelanggang dan smesy.
2.
Tahap kecergasan atlet adalah penting dalam aspek pemilihan. Oleh itu
komponen kecergasan berasaskan kemahiran atlet perlu diuji supaya
jurulatih dapat mengenal pasti tahap kecergasan atlet yang dipilih dalam
aspek ini.
Kesesuaian seseorang atlet untuk bermain dalam permainan individu atau
berpasukan perlu diberi pertimbangan. Permainan berpasukan
memerlukan tahap penyesuaian diri yang tinggi dengan rakan
sepasukannya. Selain itu, umur dan pengalaman atlet juga merupakan
kriteria pemilihan yang penting.
iii.
Pemilihan Subjektif
1. Bergantung kepada penilaian peribadi jurulatih terhadap seseorang atlet.
Pemerhatian terhadap sifat atletnya seperti sanggup berkorban untuk
mencapai kejayaan, berdisiplin, dapat dilatih, berdedikasi, bersemangat,
gigih, mudah menyesuaikan diri dan tidak sombong semasa sesi latihan
dapat memberi gambaran subjektif yang menyeluruh kepada jurulatih
berkenaan seseorang atlet. Seseorang pemain mungkin mempunyai tahap
kemahiran yang tinggi tetapi sentiasa menimbulkan masalah dan memberi
pengaruh yang tidak baik kepada ahli lain dalam pasukan tersebut.
2. Jurulatih juga boleh menggunakan saluran lain seperti melihat rekod peribadi
atlet atau mengadakan perbincangan dengan guru atau rakan yang
mengenali atlet untuk mendapatkan maklumat tambahan mengenai atlet
tersebut.

2. Identifikasi Bakat
Bakat seseorang atlet sebenarnya dapat dilihat dari segi bakat satu dimensi, bakat pelbagai dimensi,
bakat satu sukan dan bakat dalam pelbagai sukan (Brown, 2001). Jadual 1 di bawah menunjukkan
jenis ujian yang boleh dilakukan untuk mengenal pasti bakat dan tahap kecergasan atlet berdasarkan
faktor prestasi tertentu, manakala Jadual 2 menunjukkan sembilan ujian teras yang dapat dijalankan
untuk tujuan identifikasi bakat.

Jadual 1 Jenis ujian untuk mengenal pasti bakat dan tahap kecergasan atlet berdasarkan faktor
prestasi tertentu
Faktor Prestasi

Ujian mengenal
kecergasan

pasti

Tindak balas dan koordinasi

- Masa tindak balas


- Keupayaan menangkap
- Keupayaan membaling

Penglihatan

- Penglihatan konvergen
- Persepsi dalaman
- Penglihatan Pinggiran
- Mata dominan

Kekuatan dan kuasa

Kelajuan
dan
memulihkan pecutan
Ketangkasan
Daya tahan

dan

tahap

- Ketinggian
- Jarak rentang lengan
- Ketinggian semasa duduk
- Jism badan

Struktur tubuh badan

Kestabilan

bakat

- Dirian bangau
- Pusingan bangau
-Balingan bola
- Bangun tubi
- Balingan beban (peluru 3 kg)
- Lompatan menegak
keupayaan -Lari pecut 40 m
- Pemulihan pecutan
-Ujian Keanjalan Hexagon (ujian lompatan)
- Daya tahan crunch
- Tekan tubi
- Lari ulang-alik
- Larian 800 m

Kelembutan

-Duduk berjangkau
- Ekstensi belakang

Mental

- Skala 1
- 5 terhadap lima faktor
- Inventori Eysencks Personality

Sumber:
Majlis Sukan Negara (1995), Talent Identification & Fitness Testing Manual 1997-1998, Kuala
Lumpur: Majlis Sukan Negara, Jadual 3, hlm 6.
Jadual 2 Ujian sembilan teras untuk tujuan identifikasi bakat

Faktor Prestasi
Struktur
badan

Kekuatan
kuasa

Ujian teras identifikasi bakat

tubuh 1. Ketinggian
2. Jarak rentang lengan
3. Ketinggian semasa duduk
4. Jisim badan
dan 5. Balingan beban (peluru 3 kg)
6. Lompatan menegak

Kelajuan

7. Lari pecut 40 m

Ketangkasan

8. Ujian Keanjalan Hexagon (ujian lompatan)

Daya tahan

9. Larian ulang-alik atau larian 800 m

Sumber: Majlis Sukan Negara (1995), Talent Identification & Fitness Testing Manual
1997-1998, Kuala Lumpur: Majlis Sukan Negara, Jadual 3, hlm 6.
4. Pembangunan atlet
Kejayaan sukan bagi sesebuah negara adalah bergantung terhadap perancangan yang baik
dan berkesan dalam pelbagai aspek seperti pembangunan jurulatih, pembangunan atlet, prasarana
sukan dan pelbagai kemudahan yang lain. Kalau dilihat dari segi pembangunan atlet, negara kita
juga tidak ketinggalan dalam mencari bakat dari akar umbi iaitu semenjak di bangku sekolah rendah
lagi, seterusnya berterusan ke sekolah menengah, kolej, universiti dan sebagainya lagi.
Dalam hal ini, panel jurulatih terbaik yang dilantik sama ada di peringkat zon, daerah, negeri
atau kebangsaan, haruslah memainkan peranan yang penting dalam mengenal pasti bakat-bakat
yang terbaik agar tidak terlepas pandang terhadap atlet sukan yang berbakat. Untuk itu
pembangunan atlet yang telah terpilih haruslah meliputi perancangan program latihan yang
terancang samada dalam aspek kecergasan fizikal, kemahiran, pemakanan, sahsiah dan sebagainya
lagi.
1. Merancang program latihan
Latihan yang berkesan bermula dengan perancangan latihan yang rapi. Seorang jurulatih seharusnya
merancang program latihan dengan memberi penekanan pada beberapa aspek penting seperti teknik
permainan (kemahiran sukan), taktik permainan, pelaziman dari segi fizikal, fisiologi dan psikologi
serta pengetahuan permainan (termasuk undang-undang permainan).
2. Bentuk program latihan
Terdapat dua bentuk program latihan, iaitu program latihan jangka pendek yang mengambil masa
kurang daripada dua tahun dan program latihan jangka panjang yang mengambil masa antara dua
hingga empat tahun.
3. Latihan kemahiran psikologikal (LKP)

LKP merujuk kepada latihan kemahiran mental atau psikologikal yang dijalankan secara sistematik
dan konsisten (Weinberg dan gould, 1999). Apabila berlakunya kegagalan dalam sesuatu
perlawanan, terdapat juga jurulatih yang jarang memikirkan kemungkinan kegagalan atlet disebabkan
masalah psikologi seperti takut, tidak tenteram dan sebagainya. Jurulatih gagal memahami
kepentingan LKP dan kesannya terhadap peningkatan prestasi sukan. Sesungguhnya , kekuatan
mental menyumbang antara 50% hingga 95% terhadap peningkatan prestasi sukan.
4. Pemakanan atlet
Dalam bidang sukan, pencapaian atlet dipengaruhi oleh tiga faktor utama iaitu genetik, latihan dan
pemakanan. Walaupun faktor genetik tidak dapat diubah, namun faktor latihan dan pemakanan dapat
diubah. Pada kebiasaannya, jurulatih dapat menangani faktor latihan dengan baik dan berkesan
tetapi gagal memberi perhatian yang sewajarnya terhadap pemakanan atlet semasa mereka
membuat persiapan menjalani latihan. Sebenarnya pemakanan sukan yang seimbang dapat
membantu atlet kita untuk meningkatkan prestasi sukan dan tahap kesihatan yang baik.
5. Sahsiah
Pembangunan dalam aspek sahsiah juga merupakan satu elemen penting dalam melahirkan seorang
atlet yang komited terhadap hala tujunya dalam bidang sukan yang diceburinya. Keperibadian yang
cemerlang dalam sukan bakal melahirkan sikap yang baik dan disenangi oleh pelbagai pihak. Sukan
berkumpulan melibatkan ahli yang ramai seperti bola sepak, hoki, sepak takraw, bola jaring dan
sebagainya amat menuntut keharmonian sikap yang terbaik dikalangan setiap atlet.
6.

i.

Kerangka program latihan


Kerangka program latihan ialah alat yang digunakan oleh jurulatih untuk merancang, mengarah dan
memandu atlet bagi menjalani latihan sepanjang tahun. Di dalam setiap program latihan, terdapat
periodisasi. Periodisasi boleh dikatakan tempoh atau jangka masa. Periodisasi merupakan proses
pembahagian pelan tahunan kepada beberapa fasa latihan kecil supaya program latihan yang
dirancang dapat dijalankan secara teratur. Tujuan kerangka program latihan adalah untuk
memudahkan penyediaan progran latihan. Dengan adanya periodisasi, jurulatih akan berasa lebih
mudah untuk meramalkan hasil atau pencapaian untuk dijadikan garis panduan bagi menentukan
pencapaian puncak yang betul dan tepat semasa fasa pertandingan utama. Kerangka program
latihan membantu jurulatih dan atlet menjalankan latihan dengan lebih teratur dan bersistematik. Ini
juga memudahkan proses pemantauan dan penilaian dilakukan oleh jurulatih terhadap atlet yang
dilatih.
Fasa-fasa latihan
Satu kalender latihan bagi seseorang atlet boleh dibahagikan kepada tiga fasa, iaitu fasa persediaan,
fasa pertandingan dan fasa transisi. Setiap fasa adalah terdiri daripada kitaran makro dan kitaran
mikro serta mempunyai matlamat yang berbeza.
Fasa persediaan

Fasa persediaan dibahagikan kepada dua, iaitu persediaan umum dan persediaan spesifik. Fasa
persediaan umum memberi tumpuan kepada pembinaan kecergasan fizikal menyeluruh terutamanya
dalam aspek kardiovaskular, daya tahan otot dan kekuatan asas sebelum atlet menjalani latihan
pembinaan komponen fizikal yang diperlukan dalam sukan yang diceburinya. Isipadu latihan bagi
persediaan umum adalah tinggi (85%-100%) dan intensiti latihan adalah sederhana (40% - 70%).
Jangka masa bagi fasa ini adalah 6 hingga 14 minggu. Ujian pra kecergasan diperlukan dalam fasa
persediaan umum.
Persediaan khusus memberikan penekanan khusus kepada komponen-komponen fizikal yang lebih
dominan dalam sesuatu sukan. Jangka masa bagi fasa ini adalah antara 6 10 minggu. Isipadu
latihan masih tinggi bagi sukan-sukan yang berasaskan daya tahan sementara intensiti latihan
ditingkatkan sehingga 90%. Isipadu latihan diturunkan sedikit kepada 65%-85% bagi sukan-sukan
yang berasaskan kekuatan dan kelajuan.
Fasa pertandingan
Fasa pertandingan dibahagikan kepada dua, iaitu pra-pertandingan dan pertandingan. Fasa ini
memberi penekanan khusus kepada komponen fizikal dalam sukan yang dilatih. Tujuan fasa
pertandingan adalah untuk meningkatkan atau mengekalkan tahap kecergasan. Latihan bagi fasa ini
dilakukan dalam situasi permainan kecil, permainan sebenar melalui simulasi permainan. Isipadu
latihan masih tinggi bagi sukan berasaskan daya tahan sementara intensiti bergantung kepada
keperluan sebenar sukan. Latihan bebanan ditumpukan bagi meningkatkan dan mengekalkan kuasa
serta daya tahan otot. Jangka masa bagi fasa ini adalah antara 6-8 minggu. Ujian pasca kecergasan
diperlukan bagi fasa ini.
Fasa pertandingan memberi tumpuan kepada pengekalan kecergasan optimum yang diperlukan oleh
sukan yang diceburi. Isipadu dan intensiti amat diperlukan bagi memastikan atlet berada pada
prestasi puncak terutamanya pada hari pertandingan sebenar. Kecergasan dikekalkan dan dinilai
melalui permainan sebenar atau melalui ujian masa atau jarak atau ketinggian. Kaedah latihan
seperti latihan bebanan untuk pengekalan daya tahan otot bagi sukan berasaskan kelajuan dan
kekuatan boleh diteruskan tetapi kekerapan latihan perlu dikurangkan. Jangka masa bagi fasa
pertandingan bergantung kepada format pertandingan.

ii.
iii.

Fasa transisi
Fasa transisi mengambil masa lebih kurang 6-10 minggu. Tujuan fasa transisi pemulihan fisiologi dan
psikologi seperti rawatan kecederaan dan mengatasi kebosanan. Jangka masa fasa masih
bergantung kepada pertandingan. Rehat aktif adalah amat digalakkan bagi mengelakkan penurunan
kecergasan fizikal yang keterlaluan. Tujuan fasa ini adalah menilai prestasi diri dan keberkesanan
program dan merancang sesi latihan yang akan datang.
Isipadu
Isipadu adalah jumlah kerja atau aktiviti latihan yang perlu dilakukan oleh seseorang atlet.
Intensiti Latihan

Intensiti latihan merujuk kepada kualiti kerja yang yang dikenakan seperti kelajuan larian atau
ulangan maksima (repitition maxsimum). Intensiti rendah tidak meningkatkan tahap kecergasan.
Intensiti terlalu tinggi mengganggu proses pembangunan kecergasan kecederaan.
Terdapat komponen-komponen yang diberi keutamaan mengikut fasa. Komponen-komponen
tersebut adalah latihan atau pembinaan fizikal, latihan atau pembinaan psikologi, latihan atau
pembinaan teknikal (kemahiran) dan latihan atau pembinaan taktikal (strategi). Penekanan kepada
komponen-komponen ini diberi mengikut kitaran latihan. Jurulatih perlu memahami konsep-konsep
isipadu, intensiti dan rehat supaya program yang dirancang menghasilkan kualiti pada akhir latihan.

Kesimpulan
Keseluruhannya jelas menunjukkan bahawa program pembangunan sukan yang terancang
melibatkan pembanguan jurulatih, pengenalpastian bakat dan juga pembangunan atlet merupakan
satu program terancang yang di susun secara sistematik agar dapat memenuhi keperluan negara
dalam melahirkan jaguh sukan untuk mewakili negara hingga ke peringkat dunia. Keutamaan bakat
muda bermula dari peringkat agar umbi haruslah dikenal pasti, dipupuk dan dibentuk sebaik mungkin.
Semua pihak perlulah memiliki matlamat yang sama untuk melaksanakan sebarang perancangan
yang telah dibuat dengan efektif dan efisien. Untuk memastikan kesemua perancangan itu
diterjemahkan kepada pelaksanaan, idea dan hasrat sesuatu perancangan itu perlu disampaikan
kepada semua untuk mereka fahami. Oleh itu semua pihak haruslah berganding bahu dalam
merealisasikan hasrat ini.

E. Undang-undang dan pentadbiran sukan


Dalam aspek ini, terdapat dua cabang aspek yang ditekankan iaitu :
1. Kaitan Undang-Undang Dan Sukan
2. Liabiliti Perundangan Dalam Sukan
1. KAITAN UNDANG-UNDANG DAN SUKAN
Undang-undang merupakan sesuatu yang penting dalam sesuatu kejohanan. Ia berfungsi
untukmenjadikan kejohanan atau pesta permainan dikendalikan dengan adil dan tersusun.
Jika undang-undang tidak dibentuk , maka ianya akan memberikan kesan seperti wujudkan
kecelaruan dan kekeliruan serta mungkin wujud penyelewengan dalam membuat sesuatu keputusan
berkaitan kejohanan sukan yang dianjur. Undang-undang permainan
Peraturan am kejohanan

APAKAH PERBEZAAN ANTARA PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG?


Peraturan am dicipta oleh penganjur kejohanan bagi melicinkan kejohanan atau pesta permainan
dari segi pentadbiran.
Undang-undang permainan adalah piawai dan diguna pakai dalam setiap kejohanan naungan
badan atau persatuan sukan antarabangsa.

KEPENTINGAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN


Menjadikan kejohanan menjadi lebih tersusuan.
Menjadi rujukan utama jika terdapat masalah.
Mengawal perjalanan atau pertandingan.
Dijadikan panduan untuk keseluruhan pengelolaan dan pertandingan dalam sesuatu kejohanan.
UNDANG-UNDANG PERMAINAN
Undang-undang permainan merupakan undang-undang piawai atau standard yang digunakan pakai
dalam setiap permainan yang dianjurkan oleh badan sukan yang menganggotai badan induk
persatuan sukan antarabangsa.
IAAF telah menetapkan undang-undang kejohanan olahraga. Oleh itu, setiap kejohanan yang
dianjurkan oleh diperingkat antarabangsa mestilah mengguna pakai garisan panduan undangundang tersebut.
ELEMEN PEMBENTUKAN UNDANG-UNDANG
Keselamatan
Keadilan
Keseronokan
Etika pertandingan
PENGUATKUASA PERMAINAN
Pegawai pertandingan yang akan diiktiraf sebagai pegawai yang bertauliah setelah mereka lulus
peperiksaan kepengadilan atau kepegawaian yang dianjurkan oleh persatuan sukan antarabangsa
atau badan gabungannya.
TUJUAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN
Memastikan pertandingan dijalankan mengikut standard yang telah ditetapkan di mana-mana sahaja.
Menjadi bahan rujukan semua pihak sekiranya berlaku masalah teknikal dalam sesuatu
pertandingan.
Menjadikan rujukan utama kepada pegawai yang menguatkuasakan undang-undang permainan.
Memastikan pertandingan dapat dijalankan dengan lancar dan selamat serta mencapai objektif.
Mengawal peraturan teknikal pertandingan ketika permainan dijalankan dalam permainan.
PERATURAN AM
Undang-undang yang telah dibina oleh pihak penganjur bagi mengawal sistem pertandingan sesuatu
kejohanan.
Menekankan pengelolaan sesuatu kejohanan.
Bergantung kepada pihak penganjur dan tiada pegawai yang tetap.

Peraturan am kejohanan juga seharusnya tidak membelakangi undang-undang permainan yang telah
termaktub dalam undang-undang persatuan sukan dan badan teknikal sukan dunia.

FAKTOR DALAM MERANGKA PERATURAN AM


Faktor persekitaran.
Berbeza mengikut tempat.
Hak mutlak penganjur.

PENGUATKUASA PERATURAN AM
Jawatankuasa teknikal disiplin yang dilantik dalam sesuatu kejohanan.

TUJUAN
Mengawal perjalanan kejohanan dari segi pentadbiran supaya kejohanan lancar dan tidak
bermasalah.

F. Isu-isu dalam sukan.

Di dalam bidang sukan ini, terdapat banyak isu yang sering sahaja timbul dan menjadi
permasalahan. Isu ini timbul mungkin kerana pemain atau jurulatih yang tidak memberi komitmen
sepenuhnya dalam sukan. Ketimbulan isu-isu dalam sukan ini telah menyebabkan imej bidang sukan
menjadi kotor dan dipandang rendah. Terdapat beberapa isu dalam sukan dan disini, kami akan
mengupas mengenai isu-isu terbabit.
Wanita dan sukan.
Isu pertama adalah wanita dan sukan. Wanita sering sekali dipandang serong oleh segelintir
masyarakat dan ada pihak yang menganggap bahawa wanita tidak boleh menyertai sukan yang
dianggap sukan lelaki seperti sukan bola sepak dan bola lisut. Ada juga pihak yang mengatakan
bahawa wanita tidak patut terlibat sebagai pemain dalam apa-apa saja jenis sukan. Selain itu, agama
islam juga menghalang wanita daripada menyertai sukan yang mendedahkan aurat dan sukan yang
mempunyai pergaulan bebas antara lelaki dan wanita.
Pada asasnya, Islam tidak pernah menolak sebarang bentuk aktiviti sukan malah Islam
sangat menggalakkan umatnya bersukan sebagai suatu aktiviti riadah yang menyihatkan. Rasulullah
s.a.w turut menganjurkan umatnya menyertai aktiviti sukan sebagai suatu aktiviti senaman yang
paling mujarab. Dalam sukan, islam telah menggariskan panduan dan memperkeras persoalan
menutup aurat. Justeru, perkaitan di antara sukan dan penglibatan kaum wanita turut dibatasi dengan
tata cara dan tertib yang telah digariskan oleh Islam bertujuan sebagai suatu penetapan bagi
mencipta garis keseimbangan di antara hal wanita Islam di dalam sukan dan kepentingan dalam
memelihara maruah dan kedudukannya sebagai seorang Muslim.
Soal menutup aurat menghalang seorang wanita untuk menunjukkan perestasi sebenar dalam
sukan adalah kurang benar. Kita lihat sendiri pelari pecut wanita Bahrain, Ruqaya Al Ghasara
mengejut dan mengagumkan peminat olahraga di Sukan Asia di sini apabila meraih pingat emas
dalam acara 200 meter walaupun berpakaian menutup aurat dan bertudung.

Oleh itu, disini kita dapat lihat bahawa, wanita juga bersukan tetapi mereka bersukan dengan
syarat dan peraturan sendiri. Wanita juga ada bermain bola sepak dan permainan-permainan lain
seperti olahraga dan renang. Wanita juga setanding dengan lelaki dalam bidang sukan.
Sukan dan media massa.
Peranan media massa dalam membangunkan negara sememangnya tidak dapat dinafikan. Ia
boleh dilihat sejak era sebelum kemerdekaan lagi di mana semangat nasionalisme ditiup oleh media
massa khasnya akhbar untuk membangkitkan semangat menentang penjajah. Bermula dari era
tersebut media massa memainkan peranannya yang terbaik dalam membantu kerajaan untuk
membangunkan negara ini di atas fungsinya sebagai pemerhati, penghubung, pentafsir dan
penghibur.
Berikutan dengan fungsi media massa diatas, media massa juga memain peranan penting
untuk membantu dan memajukan bidang sukan di negara kita. Media massa dapat memberitahu isu
semasa yang berlaku dalam bidang sukan kepada penaraju sukan dan atlit-atlit yang terlibat khasnya
dan kepada seluruh rakyat di negara ini khususnya. Media massa juga adalah satu platform bagi
pihak-pihak tertentu untuk menerangkan atau menggambarkan peraturan-peraturan yang baru dalam
sukan-sukan tertentu. Selain itu, ia juga dapat mempromosikan satu-satu kejohanan yang telah atau
bakal dianjurkan oleh satu-satu organisasi.
Media massa juga memegang peranan penting untuk memberitahu kepada umum isu-isu
semasa yang berlaku dalam sukan. Ia juga memberitahu hal atau perkara yang sedang berlaku
kepada atlit-atlit yang mempunyai ramai peminat dan penyokong. Selain itu, media massa juga akan
melapor keadaan semasa sesebuah pasukan. Hal ini dapat membantu pengurus-pengurus pasukan
untuk merancana strategi untuk dalam menentang pasukan lawan mereka itu nanti.
Disini, tidak dapat saya nafikan bahawa fungsi media massa adalah sangat penting didalam
memajukan sukan disatu-satu tempat atau satau-satu pasukan. Orang yang pandai menganalisis
media massa akan mendapati bahawa itu adalah salah satu kekuatan yang akan dapat membantu
mereka dalam mengatasi kelemahan pihak lawan.
Politik dan sukan.
Seperti yang kita sedia maklum, politik merupakan satu kuasa yang dapat mencorak sesuatu
bidang atau aspek dalam kehidupan kita. Campur tangan politik dalam sukan ini boleh menyebabkan
perkara yang negatif atau positif. Ia bergantung sepenuhnya kepada ahli politik itu sendiri. Ahli politik
dapat menjadikan sukan sebagai pelaburan yang berbaloi untuk mereka.
Seperti yang kita tahu, banyak organisasi sukan Malaysia dipegang oleh ahli politik sendiri. Hal
ini membolehkan badan sukan terbabit bergerak dengan lancar. Badan sukan di Malaysia,
memerlukan duit untuk sentiasa bergerak. Duit yang mereka dapat adalah bergantung kepada jumlah
tiket yang dibeli oleh rakyat Malaysia dalam sukan-sukan tertentu. Akan tetapi, sukan di Malaysia
tidak dapat menarik minat rakyatnya dan gagal memberi pulangan yang memberangsangkan. Oleh
itu, kehadiran ahli politik memegang tampuk atasan dalam badan sukan tertentu telah
menyelamatkan sukan di negara Malaysia ini. Dengan menggunakan pengaruh yang ada pada diri
ahli politik tersebut, para penaja akan berpusu-pusu memberi tajaan mereka dan ini sekaligus dapat
membantu badan sukan tersebut bergerak dengan lancar tanpa ada sebarang masalah.

Walaupun ada mengatakan bahawa ahli politik yang terlibat dalam bidang sukan adalah teruk.
Dan ada yang mengatakan bahawa disebabkan ahli politik tersebut memegang tampuk pemerintahan
dalam badan sukan tertentu telah menjadikan badan sukan tersebut tidak maju dan masih berada di
takuk yang lama. Ada juga yang mengatakan bahawa ahli politik tersebut ingin meraih undi simpati
dan ingin sekali mendapat hadiah kerana jasa beliau dalam memimpin sesebuah badan sukan. Akan
tetapi, kehadiran ahli politik ini telah menjadikan badan sukan kita bernyawa semula dan dapat
menjalankan aktiviti seperti yang dirancang. Kerajaan Malaysia juga menyokong bidang sukan ini
dengan memberi dana yang lebih untuk pemajuan sukan teras. 8 sukan teras yang dipercayai dapat
membawa nama Malaysia ke persada dunia telah diberi perhatian khusus oleh kerajaan malaysia.
Selain itu, kerajaan Malaysia juga telah melaksanakan satu dasar iaitu satu murid satu sukan
dimana dasar ini ingin menjadikan murid tersebut mahir dalam satu sukan yang mereka minati. Murid
itu juga hanya menumpukan diri dalam sukan yang dipilihnya dan hal ini membolehkan mereka
menkadi pemain bertaraf antarabangsa. Ini segaligus membuktikan bahawa kerajaan sentiasa peka
dan sentiasa menyokong bidang sukan. Politik dalam sukan adalah sesuatu yang positif.
Insentif dan athlit.
Insentif adalah bayaran atau ganjaran kepada seseorang kerana berjasa atau telah melakukan
yang terbaik. Hanya athlit yang terbaik dan mengharumkan nama baik negara layak mendapat
insentif dari kerajaan negeri mahupun pusat. Insentif-insentif seperti ini membolehkan athlit untuk
merasakan usaha mereka dalam sukan tertentu itu dihargai dan dipandang serius oleh kerajaan.
Isu yang berkaitan dengan insentif ini biasanya adalah kerajaan membuat janji palsu dan tidak
membayar insentif seperti yang dijanjikan. Selain itu, sikap sesetengah pihak yang menggunakan
bajet insentif athlit yang diberikan oleh kerajaan digunakan untuk pembinaan benda lain. Hal ini telah
mendatangkan isu, gaji athlit tidak dibayar. Athlit yang tidak dibayar gajinya oleh pihak atasan telah
melakukan rusuhan dan mereka tidak lagi berusaha bersungguh-sungguh dalam sukan yang mereka
masuki itu.
Isu ini dapat diselesaikan dengan kerjasama semua pihak termasuk kerajaan. Hal ini kerana,
semua athlit yang mewakili Malaysia boleh dianggap sebagai pekerja kerajaan. Sediakan insentif
awal bagi mereka yang bertanding dan jangan hanya menabur janji kosong kepada athlit. Insentif ini
juga adalah untuk memberik dorongan dan motivasi tambahan kepada athlit yang bakal
mengharumkan nama baik Malaysia. Maka jika kita tidak membayar insentif kepada athlit yang layak,
kita dianggap telah mengkhainati usaha yang dilakukan oleh athlit terbabit.
Perjudian dan sukan.
Definisi perjudian menurut kamus dewan edisi ke-3 (1997) bermaksud permainan dengan memakai
wang dan lain-lain sebagai taruhan. Semua permainan yang menggunakan wang sebagai
pertaruhannya adalah dianggap perjudian. Menurut Tesaurus Umum Bahasa Melayu (1990)
didefinisikan sebagai memperjudikan, mempertaruhkan, mempertarungkan dan meggadaikan yang
melibatkan sebagai pertaruhan. Manakala petikan kata-kata perjudian ialah perihal berjudi iaitu
permainan dengan menggunakan wang atau barang-barang berharga sebagai taruhan :Pendidikan
Jasmani dan Pendidikan Kesihatan tahun 6 (2007). Disini, kita boleh lihat bahawa segala taruhan
yang menggunakan duit atau barang berharga dalam satu-satu permainan dianggap perjudian.

Mengapa isu perjudian dalam sukan ini muncul. Ada 3 perkara asas yang boleh dikaitakan
mengenai kemunculan unsur perjudian ini melibatkan sukan-sukan terkenal seperti bola sepak dan
badminton. Yang pertama adalah disebakan kewangan. Wang adalah benda yang dapat
menggambarkan status sosial seseorang. Semakin banyak wang, semakin tinggi pengaruh
seseorang itu. Disebabkan ingin wang yang lebih, perjudian ini telah berlaku. Mereka secara tidak
sengaja atau sengaja telah melakukan pertaruhan dalam apa-apa permainan. Selain itu, ada juga
orang yang berjudi ini adalah disebabkan mereka inginkan hiburan yang lebih. Meraka mempunyai
wang yang banyak dan mempunyai status dan pengaruh yang tinggi. Akan tetapi hidup mereka
bosan dan kosong. Disebabkan alasan itu, mereka perlukan hiburan yang sebenar. Mereka ini telah
menjadikan bidang sukan ini sebagai salah satu platform untuk mereka berseronok. Hal ini sekaligus
menyebabkan sukan menjadi mangsa tempat mereka untuk berjudi dan berseronok. Yang ketiga pula
adalah disebabkan kewujudan bookie. Bookie bermaksud individu atau organisasi yang menjadi
dalang dalam menguruskan perjudian dalam sukan. Individu ini merupakan orang tengah yang
mengendalikan urusan taruhan oleh orang-orang yang menyertainya. Selain itu, bookie ini bertugas
untuk mengagihkan wang kemenangan kepada sesiapa saja yang menang mengikut jumlah taruhan
yang telah diberikan. Kewujudan bookie dalam dunia sukan menjadikan dunia sukan dicemari
dengan unsur perjudian.
Dalam dunia sukan ini, terdapat dua jenis perjudian yang sentiasa berlaku. Jenis yang pertama
adalah menentukan dan mengatur perlawanan. Perjudian ini sering berlaku dalam permainan bola
sepak piala dunia. Biasanya, orang yang melakukan perjudian jenis ini akan membuat sogokan
kepada athlit atau pegawai perlawanan untuk mengatur keputusan pertandingan. Wang sogokan
yang banyak menjadikan athlit atau pegawai terbabit rabun mata dan menerima wang tersebut. Ini
bermakna, keputusan perlawanan sudah ditentukan oleh pihak yang memberi wang sogokan
terbabit. Jenis perjudian yang kedua adalah perjudian yang melibatkan keputusan pertandingan. Ini
adalah jenis perjudian orang biasa, mereka bertaruh keputusan sesuatu pertandingan sebagai contoh
pertandingan bola sepak. Ada juga yang bertaruh untuk keputusan jumlah jaringan. Perjudian ini
biasanya dilakukan secara rahsia atau underground dan hanya orang yang tertentu sahaja yang
boleh menyertainya. Nilai taruhan biasanya berubah mengikut ratio taruhan kepada pasukan terbabit.
Kesan rasuah dan perjudian kepada bidang sukan. Banyak kesan yang akan berlaku disebabkan
dua perkara ini. Kesan pertama adalah ia boleh mencemarkan imej sukan negara. Perjudian
seumpama ini boleh menyebabkan sukan di negara kita tidak maju dan masih berada di takuk yang
lama. Kemajuan athlit tidak lagi menjadi soal utama apabila keputusan perlawanan telah pun diatur
oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Selain itu, mutu sukan merosot. Orang luar hanya akan
melihat sukan di negara kita hanya dijadikan tempat perjudian. Mutu dan kualiti sukan di negara kita
tidak akan meningkat. Kesan lain adalah kepercayaan peminat sukan akan terjejas. Peminat fanatik
atau setia sesuatu pasukan akan hilang kepercayaan. Hal ini boleh menyebabkan mereka tidak lagi
menyokong sukan terbabit. Sukan yang tidak diberi sokongan menyebabkan sukan itu mati dan tidak
dapat bergerak disebabkan orang sudah tidak meminati sukan itu lagi. Kesan terakhir adalah
perjudian ini dapat menjejaskan hubungan dalam pasukan. Hubungan yang dimaksudkan ini adalah
hubungan antara pemain ke pemain atau pemain ke pengurus pasukan. Jika pengurus pasukan

menerima rasuah. Jelas sekali pemain hilang kepercayaan kepada pengurus pasukan mereka. Hal
ini boleh meruntuhkan pasukan terbabit dan susah untuk pasukan itu kembali berada di trek yang
betul.
Cara mengatasi gejala perjudian dalam sukan. Terdapat beberapa cara iaitu yang pertama rakyat
Malaysia harus menghayati dan mengamalkan rukun negara. Rukun negara ini dapat membantu kita
untuk menyemai semangat cintakan kepada negara dan kita tidak sanggup untuk melihat mutu sukan
negara merosot. Kita juga boleh memberikan penerangan tentang gejala rasuah dan perjudian ini
pada peringkat sekolah rendah dan menengah. Jika ia disemai awal dalam diri remaja sekolah, hal ini
mungkin dapat menyebabkan kesedaran mereka bahawa perjudian ini adalah sesuatu yang teruk
dan mereka mungkin tidak terlibat kepada perjudian ini. Selain itu, kebajikan athlit juga perlu dijaga
dengan baik. Jika kebajikan mereka dijaga, mereka mungkin sekali tidak mengambil rasuah.
Cabaran sukan negara.
Sukan negara kini mempunyai cabaran yang sangat getir untur dilalui. Untuk membangun dalam
bidang sukan adalah sesuatu perkara yang bukan senang untuk dicapai. Infrastruktur dan fasiliti
sukan perlulah bertaraf dunia. Kedua perkara ini penting untuk memajukan sukan negara kepada
taraf yang lebih tinggi. Negara kita masih kekurangan infrastruktur dan fasiliti sukan ini. Hal ini
mungkin disebabkaan kerajaan tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membangunkan
kemudahan-kemudahan ini.
Selain itu, sukan negara kita juga harus sentiasa berusaha untuk melahirkan world class player yang
dapat dibanggakan oleh negara kita. Kelahiran pemain bertaraf dunia kita terlalu sedikit dan dapt
dihitung melalui jari. Nama-nama seperti Nicol David dan Lee Chong Wei mungkin hanya dapat
bertahan dalam masa 3-4 tahun dalam bidang sukan masing-masing. Kita harus memikirkan cara
supaya pemain bertaraf dunia di Malaysia sama jumlahnya dengan negara-negara maju lain seperti
jepun dan korea. Selain itu, sukan negara juga harus memikirkan pembangunan athlit itu sendiri.
Athlit yang dipupuk dari kecil atau dari sekolah rendah lagi mungkin dapat digilap bakatnya untuk
menjadi penaraju utama dalam sukan yang diminati mereka. Meraka juga, mungkin sekali dapat
menjadi athlit bertaraf dunia yang akan mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.
Selain itu, pembangunan athlit seperti ini harus memakan masa yang panjang, sukan negara tidak
boleh berputus asa dan sentiasa memberi tumpuan seratus peratus kepada athlit yang ingin mereka
bangunkan.
Cabaran lain bagi majlis sukan negara adalah kebajikan athlit. Athlit merupakan manusia biasa.
Kebajikan mereka harus dijaga. Kita tidak boleh melayan mereka seperti hamba dan tidak juga boleh
melayan mereka seperti raja. Kebajikan seperti gaji mereka yang perlu dibayar setiap bulan dan
memberi sedikit insentif ketika mereka berjaya mengharumkan nama negara adalah penting supaya
mereka sentiasa bersemangat untuk melakukan yang terbaik dan sentiasa mencuba untuk menjadi
terbaik daripada yang terbaik. Selain itu, majlis sukan negara harus menghasilkan lebih banyak lagi
pusat kecemerlangan athlit. Hal ini kerana, jika pusat kecemerlangan dihasilkan dengan lebih banyak
maka ramai athlit yang akan memasukipusat kecemerlangan ini. Ramai athlit bermaksud sukan di
negara kita mempunyai ramai penggerak yang akan membawa sukan negara kita kearah yang lebih
cemerlang.

G. Nilai dan etika dalam sukan.


Dalam sukan terdapat berberapa nilai dan etika yang patut dipatuhi oleh semua orang
termasuk athlit dan pengurus sukan. Nilai dan etika ini merupakan peraturan yang tidak dapat diubah
dan ia adalah sesuatu yang harus dipatuhi semua pihak. Peraturan seperti ini dapat memastikan
pertandingan atau satu-satu perlawanan berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang ketidak adilan
atau berat sebelah berlaku.
Nilai pertama yang harus dipatuh oleh semua athlit atau pemain setiap pasukan adalah
permainan bersih atau lebih dikenali sebagai fair play. Permainan bersih ini amat penting kerana ia
dapat memastikan semangat kesukanan oleh semua pihak tanpa mengira lawan atau kawan.
Permainan yang bersih ini diperlukan bagi memastikan perlawanan antara kedua pihak tidak akan
menimbulkan kemarahan dari kedua-dua belah pihak. Tidak dinafikan juga, permainan seperti
permainan bola sepak yang banyak melibatkan kekerasan antara kedua-dua belah pihak ini banyak
menimbulkan salah faham dan boleh sekali melibatkan pergaduhan. Permainan bersih ini perlu bagi
mengelakkan pergaduhan antara kedua-dua pihak yang bertanding. Selain itu, permainan bersih ini
jelas sekali dapat mewujudkan perpaduan antara kedua pihak yang bermain lebih-lebih lagi
permainan yang melibatkan dua negara yang berbeza seperti pada peringkat antarabangsa.
Selain itu, salah satu undang-undang penting dalam sukan adalah undang-undang yang
berkaitan dengan penyalahgunaan bahan. Bahan yang dimaksudkan adalah ubat-ubat atau lebih
merisaukan lagi penggunaan dadah. Banyak yang dadah boleh lakukan kepada pemain, dadah dapat
meningkatkan kekuatan dan stamina pemain dan ini boleh mengakibatkan permainan berat sebelah
antara kedua-dua pihak. Selain daripada kesan buruk dadah yang dapat menyebabkan sistem tubuh
seseorang itu rosak adalah antara sebab utama penggunaan bahan seperti dadah adalah dilarang
sama sekali. Sesiapa yang menggunakan dadah dalam apa jua permainan dan pertandingan akan
dianggap mencemar nama baik sukan dan boleh menyebabkan dia digantung dari apa-apa jua
pertandingan peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Penyalahgunaan bahan lain seperti
steroid adalah dilarang sama ssekali dalam beberapa jenis sukan. Selain itu, pengambilan minuman
akohol sebelum permainan bermula juga adalah ditegah dan akan mendapat hukuman yang setimpal
dengan perbuatannya itu. Larangan ini dibuat adalah untuk menjaga imej sukan dan tidak mahu
mengatakan bahawa sukan menyokong penggunaan dadah.
Etika lain yang perlu dipatuhi oleh pengurus pasukan dan athlit adalah mereka dilarang sama
sekali bertindak ganas dalam sukan-sukan yang mereka sertai. Keganasan dalam sukan adalah
sesuatu yang patut dielakkan kerana sukan adalah satu medium untuk mencapai perpaduan dan
keselamatan antara kedua pihak bukan tempat untuk mencari pergaduhan dan melakukan kacau
bilau.keganasan yang dilakukan oleh mana-mana pihak tidak dapat dimaafkan. Keganasan yang
berlaku antara pihak yang bertanding hanya bolehmenyebabkan perlawanan terhenti dan ia akan
mengganggu proses kelancaran perandingan terbabit. Selain daripda mencetus sifat dendam dan irih
hati kedua-dua belah pihak, keganasan seperti ini boleh menjadi parah apabila ia melibatkan isu

perkauman. Jadi adalah lebih baik keganasan dalam sukan ini harus dielakkan bagi memastikan
kesejahteraan antara semua pihak dan perpaduan kaum dan negara sentiasa dalam keadaan baik.
Nilai dan etika dalam sukan adalah sangat penting kerana ia dapat membawa imej baik sukan
negara. Jika nilai dan etika ini dipatuhi oleh semua orang. Maka tidak hairanlah sukan di negara kita
ini akan lebih mendapat sambutan. Tidak kira apa yang berlaku, nilai dan etika ini patut disemai
dalam diri pemain sejak dari sekolah rendah lagi supaya jika mereka besar dan dapat mewakili
negara ke peringkat antarabangsa, mereka tidak akan berkelakuan tidak senonoh dan melanggar
peraturan dengan sesuka hati mereka.

H. Kesimpulan
Dengan berakhirnya aktiviti lawatan, diharap guru pelatih mempunyai input-input dan pengalaman
yang berguna dalam melaksanakan tugas sebagai guru. Selain lawatan ini sebahagian daripada
penilaian dalam kursus Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan, lawatan ini
turut menjadi salah satu aspek pendidikan yang perlu dikuasai oleh semua bakal guru sebagai
penambahan dan pengukuhan pengetahuan pengurusan serta pentadbiran dalam sukan. Secara
tidak langsung, guru-guru pelatih dapat memperkayakan pengalaman diri secara menyeluruh dari
aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Apabila guru dapat menyiapkan dirinya dengan
pelbagai ilmu pengetahuan, maka guru mampu menyediakan diri murid secara menyeluruh dari
aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial juga.
Dalam pada yang sama, guru pelatih didedahkan tentang struktur pentadbiran serta organisasi
Kompleks Belia dan Sukan Negeri, Majlis Sukan Negeri dan Institut Sukan Negeri. Lawatan ini turut
meningkatkan pengetahuan guru-guru pelatih tentang kemudahan serta peralatan terkini yang
terdapat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri, Majlis Sukan Negeri dan Institut Sukan Negeri. Guru
pelatih dapat mengetahui bagaimana atlit-atlit dilatih menggunakan kemudahan yang disediakan. Di
samping itu, guru pelatih mengetahui pengurusan serta pentadbiran undang-undang di Majlis Sukan
Negeri dan Institut Sukan Negeri. Lawatan ini memberi gambaran sebenar apa yang berlaku dalam
dunia sukan. Guru pelatih juga dapat mengetahui cara mengurus sukan dan prosedur-prosedur
mengenalpasti bakat atlit. Ini sangat berguna kepada guru kerana di sekolah kelak, guru dapat
menggunakan ilmu yang ada untuk memastikan bakat dan mengembangkan bakat murid tersebut.
Akhir kata, lawatan ini mampu membudayakan amalan kerja berpasukan dan membekalkan ilmu
pengurusan serta pentadbiran Pendidikan Jasmani dan sukan yang berkualiti dalam kalangan guru
pelatih.

You might also like