You are on page 1of 10

Pelbagai Model Disiplin Dan Aplikasinya

Model-Model Modifikasi Pengurusan Bilik Darjah


Dalam menguruskan bilik darjah, ahli-ahli teoris dan para pendidik telah
mengemukakan beberapa model pengurusan bilik darjah. Model-model ini
berlandaskan aras kawalan yang berbeza, iaitu daripada kawalan luaran sehingga
kawalan kendiri. Berikut merupakan model-model modifikasi tingkah laku yang telah
dipelopori oleh ahli-ahli teoris dalam pengurusan bilik darjah. Antaranya adalah
Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner, Model Disiplin Asertif Canter, Model Akibat
Logika Dreikurs, Model Terapi Realiti Glasser dan Model Pengurusan Kelompok
(Kounin).

Namun begitu, terdapat juga model-model lain yang berkaitan dengan Pengurusan
Bilik Darjah dan tingkah laku pelajar. Antaranya ialah Model Disiplin dengan Digniti
Curwin & Mendler, Model Melangkah Disiplin Kohn, Model Dalaman Disiplin
Coloroso, Program Organisasi Bilik Darjah & Pengurusan Everston, Model Aliran
Kemahiran Goldstein & Mc Ginnis dan Model Penyelesaiaan Konflik & Mediasi
Rakan Sebaya.

1.1

Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner

Menurut ahli Behavioris, pengukuhan adalah elemen yang sangat berkesan untuk
mengajar tingkah laku baru yang wajar serta mengubah tingkah laku semasa yang
kurang wajar. Model ini menekankan suatu pendekatan yang sistematik untuk
mengubah tingkah laku melalui aplikasi prinsip-prinsip pelaziman yang berbentuk
peneguhan positif dan peneguhan negatif.
Untuk mendapatkan tingkah laku yang baik, ia boleh dimajukan dengan
menggunakan peneguhan. Teori Tingkah laku Skinner telah mengutarakan satu
konsep yang dikenali sebagai satu pengukuhan kontigensi iaitu hubungan antara
tingkah laku dan kawalan tingkah laku secara berkesan. Dalam konteks bilik darjah,
pengukuhan positif diberikan kepada murid-murid yang melakukan tingkah laku yang
diingini. Pengukuhan positif ini boleh diberi dalam bentuk ganjaran material dan

kata-kata pujian. Manakala, pengukuhan negatif pula adalah rangsangan yang


ditarik balik supaya murid-murid menunjukkan tingkah laku yang diingini.
Secara umumnya, terdapat tiga andaian asas yang menerangkan tentang
konsekuen tingkah laku. Pertama iaitu tingkah laku yang diikuti oleh ganjaran iaitu
pengukuhan akan lebih kerap berlaku.Kedua, tingkah laku yang diikuti oleh hukuman
tidak akan berlaku dengan kerap ataupun langsung tidak akan berlaku. Ketiga,
tingkah laku akan dihapuskan atau lenyap sekiranya ianya tidak diperkukuhkan.
Dengan kata lain, tingkah laku dilazimkan oleh konsekuen yang timbul, ia akan
bertambah teguh jika pengukuhan diberikan dengan serta merta dan sebaliknya
akan menjadi lemah jika pengukuhan tidak diberikan.

1.2

Model Disiplin Asertif Canter

Model Disiplin Asertif telah dipelopori oleh Lee and Marlene Canter pada tahun
1976. Model ini melatih murid-murid untuk menerima konsekuen bagi tindakan
mereka. Model ini mempunyai beberapa prinsip tersendiri.
Pertamanya adalah guru harus memberi pengukuhan pada tindakan yang wajar.
Kedua, tanggungjawab merupakan nadi disiplin asertif dan guru harus bersifat asertif
ketika mengawal kelas. Selain itu, guru juga haruslah merangka sistem ganjaran dan
dendaan yang boleh
dijadikan rujukan murid mengenai tingkah laku yang baik dan buruk.

Canter juga memberi pandangan beliau terhadap guru asertif. Menurut Canter, guru asertif
menggangap murid mereka sebagai pesalah. Dalam model ini, jika guru ingin mengawal
kelas tersebut dan mengajar dengan berkesan, maka guru hendaklh sentiasa bersifat tegas.
Perbuatan mereka ini mungkin memberi rasa tidak selesa kepada murid-murid di dalam
kelas yang diajar oleh mereka tetapi masalah tingkah laku akan dapat diselesaikan. Menurut

Model Disiplin Asertif Canter juga, guru berkuasa menetapkan peraturan bilik darjah bagi
mengawal tingkah laku murid-murid.

Ciri-ciri guru asertif yang ditekankan dalam Model Disiplin Asertif Canter adalah seperti guru
asertif percaya kawalan guru yang tegas dalam sesebuah bilik darjah adalah yang terbaik
untuk murid-murid mereka. Di samping itu, dengan adanya disiplin asertif, komunikasi di
antara guru dengan murid adalah positif dan saling menghormati apabila tindakan diambil
terhadap tingkah laku yang sesuai dalm bilik darjah. Pandangan guru asertif terhadap murid
adalah bukan musuh, dan tidak menggunakan cara kasar, menyindir, ataupun bermusuhan
dalam megawal kelas. Justeru, guru asertif mendengar secara teliti dan hormat penjelasan
murid, bercakap dengan hormatnya kepada mereka dan melayani setiap individu secara
adil.

Antara cara untuk mengaplikasikan model Disiplin Asertif Canter adalah jangan layan sebab
yang ingin diterima untuk tingkah laku yang tidak diingini. Seterusnya, tentukan peraturan
yang guru hendak melaksanankannya dalam bilik darjah. Selain itu, tentukan akibat negatif
kerana tidak mematuhi peraturan bilik darjah. Di samping itu,jangan teruskan menghukum
jika teknik perbincangan boleh mengurangkan situasi ketegangan. Tentukan akibat positif
untuk tingkah laku yang sesuai, misalnya peneguhan positif atau ganjaran kumpulan pun
boleh dipertimbangkan.

2.0 MODEL DISIPLIN SKINNER

Burrhus Frederic Skinner (1904-1990) memperoleh Ijazah Kedoktoran dari Universiti


Harvard pada tahun 1931 dalam bidang Psikologi dan banyak menerbitkan artikel dan buku
berdasarkan kajian-kajian beliau terhadap tingkah laku manusia. Beliau berpendapat tingkah
laku manusia banyak dipengaruhi oleh apa sahaja tingkah lakau yang berlaku sebaik sahaja
ditunjukkan. Beliau tidak mengkaji secara langsung tentang tingkah laku murid di dalam bilik
darjah tetapi pengikut-pengikutnya telah mengaplikasikan konsep modifikasi tingkah laku ke
dalam pengajaran di dalam bilik darjah, perkembangan kanak-kanak dan hubungan sosial
antara individu.

Model Tingkah Laku ini menggunakan prinsip peneguhan yang menjurus kepada elemenelemen luaran bagi mempengaruhi tingkah laku murid iaitu peneguhan yang menjadi
rangsangan untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini. Terdapat dua jenis peneguhan,
iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. Peneguhan positif berlaku apabila
rangsangan diberikan seperti hadiah, pujian, dan sebagainya yang bertujuan untuk
meningkatkan tingkah laku murid yang diingini. Manakala peneguhan negatif berlaku apabila
rangsangan seperti majalah, komik dikeluarkan supaya murid-murid kembali menunjukkan
tingkah laku yang diingini.

Sebagai contoh, murid akan diberikan ganjaran yang positif seperti mendapat hadiah dan
pujian jika murid tersebut yang menunjukkan tingkah laku yang baik seperti tidak berbuat
bising, melakukan kerja rumah dengan baik dan menyiapkan tugasan tepat masanya. Untuk
peneguhan negatif pula, guru memberikan hukuman atau dendaan jika murid-murid
melanggar peraturan seperti membaca komik semasa guru sedang mengajar dan guru
merampas komik tersebut dengan harapan supaya murid kembali menumpukan perhatian
kepada pengajaran guru. Komik tersebut bertindak sebagai rangsangan yang tidak diingini.
Guru melakukan peneguhan negatif apabila murid-murid melakukan rangsangan yang tidak
diingini. Apabila rangsangan dikeluarkan, guru dapat meningkatkan kembali tingkah laku
murid yang diingini, iaitu memberikan perhatian semasa guru sedang mengajar.

Peneguhan berbentuk positif atau negatif digunakan untuk meneguhkan atau meningkatkan
tingkah laku yang diingini. Peneguhan adalah berbeza dengan dendaan. Peneguhan
merupakan tindakan untuk menghukum tingkah laku yang salah atau tidak diingini manakala
dendaan pula merupakan tindakan yang diambil untuk mengurangkan tingkah laku yang
diingini. Tingkah laku individu banyak dipengaruhi atau dibentuk oleh peneguhan yang
diterima sebaik sahaja tingkah laku tersebut ditunjukkan. Menurut Skinner, untuk mendapat
tingkah laku yang diingini, peneguhan atau ganjaran perlu diberi selepas seseorang
menunjukkan tingkah laku tersebut. Rangsangan peneguhan ini diperoleh di dalam bilik
darjah dalam bentuk kejayaan yang diraih selepas berusaha, penyetujuan atau penerimaan
rakan sebaya, hadiah, senyuman, anggukan atau pujian yang diperoleh daripada guru.

Perubahan tingkah laku merujuk kepada tingkah laku yang digunakan oleh guru untuk
membentuk tingkah laku yang diingini melalui peneguhan yang berkala. Tingkah laku yang
seterusnya pula dipengaruhi dengan cara peneguhan itu diberikan. Melalui peneguhan yang
tetap yang diberi setiap kali seseorang murid menunjukkan tingkah laku yang diingini, hal ini
akan membantu membentuk tingkah laku baharu yang diingini. Sebagai contoh, guru boleh
melibatkan murid-murid yang pemalu dalam setiap aktiviti bilik darjah. Guru perlu
menggunakan peneguhan yang tetap dan berkala seperti memberikan pujian apabila setiap
kali murid tersebut mengangkat tangan atau dapat menjawab dengan betul. Dengan
peneguhan ini, murid-murid yang pemalu akan mula berani untuk mengangkat tangan dan
melibatkan diri kerana diteguhkan, mendapat bimbingan atau mendapat ganjaran selepas
dia menunjukkan tingkah laku tersebut. Apabila tingkah laku yang diingini telah ditunjukkan,
guru mungkin akan mengurangkan peneguhan dan memberikan peneguhan tersebut
apabila diperlukan sahaja, iaitu sebagai pengekalan kepada tingkah laku yang ditunjukkan.
Apabila murid sudah berani melibatkan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P)
seperti mengangkat tangan apabila soalan diberikan, guru tidak lagi perlu untuk memberikan
pujian setiap kali murid melakukan perkara tersebut tetapu hanya meneguhkan pada waktuwaktu tertentu sahaja sekadar utnuk mengekalkan tingkah laku tersebut. Tingkah laku ini
juga boleh hilang atau pupus sekiranya guru tidak memberikan peneguhan dalam jangka
masa yang panjang. Sebagai contoh, murid yang mengangkat tangan tetapi tidak dipanggil
oleh gurunya, lama-kelamaan murid akan berhenti daripada mengangkat tangan dan
melibatkan diri dalam aktiviti bilik darjah.

3.0 MODEL DISIPLIIN ASERTIF CANTER

Model Disiplin Asertif Canter merupakan model disiplin yang berasaskan peneguhan
terhadap tingkah laku yang diingini serta penerimaan murid terhadap akibat daripada
tingkah laku yang ditunjukkan. Canter berpendapat guru mempunyai hak untuk menentukan
peraturan-peraturan di dalam bilik darjah serta memastikan murid mematuhi peraturanperaturan yang telah ditetapkan. Model disiplin ini dilihat lebih menyerupai Model Modifikasi
Tingkah Laku Skinner, namun model ini lebih menekankan penetapan dan penguatkuasaan
peraturan serta memastikan murid-murid mematuhi peraturan tersebut dengan tegas .

Model ini juga

melibatkan ganjaran dan dendaan akibat daripada peraturan yang

ditetapkan.

Dalam model Disiplin Asertif, guru perlu mengendalikan bilik darjah dengan berinteraksi
secara tenang, serius dan konsisten dengan murid. Canter menyatakan bahawa muridmurid berhak untuk mendapatkan suasana pembelajaran yang tenang dan teratur manakala
guru pula berhak untuk mengajar tanpa gangguan. Canter berpendapat pihak pentadbir
sekolah dan ibu bapa murid-murid perlu memberikan sokongan terhadap sistem pengurusan
guru di dalam bilik darjah.

Menurut Canter, murid-murid memilih untuk bertingkah laku . Oleh yang demikian, guru
perlu menyediakan persekitaran pembelajaran yang dapat membantu murid memilih tingkah
laku yang sesuai dan bermanfaat. Untuk mencapai persekitaran yang kondusif, keperluankeperluan guru dan murid perlu dipenuhi melalui pengurusan bilik darjah yang asertif. Hal ini
boleh dilakukan dengan mengadakan peraturan tingkah laku yang jelas di dalam bilik darjah.
Apabila murid-murid mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan, guru memberikan
peneguhan seperti penghargaan dan pujian. Sebaliknya apabila murid melanggar peraturan,
guru mengenakan peneguhan negatif yang berstruktur, iaitu murid-murid sedaya upaya
akan mengelak daripada akibat dengan mematuhi peraturan.

Dalam Model Asertif ini, guru-guru diberikan cadangan mengenai cara-cara untuk
membimbing murid-murid supaya murid-murid dapat menunjukkan tingkah laku yang
diingini. Perhatian yang positif perlu sentiasa diberikan kepada murid-murid, berinteraksi
dengan murid-murid serta mewujudkan hubungan saling mempercayai dan menghormati
antara satu sama lain.

Konsep utama dalam Model Disiplin Asertif Canter, ialah guru mempunyai hak untuk
mengajar secara professional dan tanpa gangguan. Murid-murid pula mempunyai hak untuk
belajar dalam keadaan yang selamat dan tenang. Hak-hak ini boleh dilaksanakan sekiranya
guru bertanggungjawab memastikan tiada perkara atau tindakan yang boleh menghalang
murid-murid daripada mendapatkan hak mereka. Model Asertif Disiplin menggariskan tiga
jenis guru iaitu guru yang agresif, guru yang tidak asertif dan guru yang asertif.

a)

Guru yang agresif

Jenis guru yang agresif merupakan kalangan guru yang garang , kasar, tidak mesra, tidak
bertimbang rasa dan sering menganggap murid sebagai musuh. Guru yang bersifat agresif
ini berpendapat, untuk mengekalkan dan menguruskan aktiviti bilik darjah, mereka sebagai
guru mesti menunjukkan kuasa dengan menetapkan peraturan dan tidak perlu bertolak
ansur dengan murid. Mereka hanya memberikan arahan dan murid-murid perlu mengikut
arahan tanpa bantahan. Ekspresi muka mereka sentiasa serius dan tegas. Guru-guru ini
selalu menggunakan arahan-arahan yang keras dan tegas seperti Duduk, Diam, Dengar
sini!..Arahan-arahan sebegini tidak menunjukkan kemesraan dan membuatkan murid
berasa terancam dan menjadikan murid-murid hilang minat untuk belajar.

b)

Guru yang tidak asertif

Jenis guru yang kedua pula ialah merupakan guru yang menggunakan pendekatan yang
pasif terhadap murid. Guru jenis ini gagal membantu murid-murid untuk membuat jangkaan
tingkah laku yang diingini dan tidak konsisten dalam menangani tingkah laku murid.
Kadangkala guru yang tidak asertif ini membenarkan suatu tingkah laku yang ditunjukkan di
dalam bilik darjah tetapi pada masa yang lain mereka memarahi murid yang melakukan
tingkah laku terssebut. Mereka selalu menggunakan frasa-frasa seperti Tolonglah
berkelakuan elok sikit atau Berapa kali cikgu cakap, tolong diam!. Mereka kelihatan kelamkabut, tidak konsisten, tidak tegas dan sampai ketikanya murid-murid tidak akan lagi
menghormati guru jenis ini. Kadangkala guru jenis ini akan menjadi putus asa dan tiba-tiba
menjadi terlampau garang dengan murid-murid, tindakan guru yang tidak konsisten ini akan
menyebabkan murid keliru dengan jangkaan dan tindakan guru. Hal ini menyebabkan aktiviti
P&P gagal dan tidak mencapai objektif yang disasarkan.

c)

Guru yang asertif

Seterusnya, jenis guru yang asertif pula merupakan guru yang Jelas, yakin dan menyatakan
jangkaan dan arahan yang konsisten dengan tegas. Guru yang asertif sering membina
hubungan saling mempercayai dengan murid-murid dan membimbing murid-murid cara
untuk menunjukkan tingkah laku yang menggalakkan kerjasama antara gur dengan muridmurid. Canter berpendapat pendekatan yang terbaik untuk menguruskan disiplin bilik darjah
adalah dengan menggunkan pendekatan asertif. Guru yang mengamalkan pendekatan
asertif ini tahu perkara yang diingini daripada murid-muridnya. Mereka akan menyatakan
dengan jelas kemahuan mereka terhadap tingkah laku murid dan menyokong tindakantindakan mereka dengan perlakuan yang boleh diterima oleh murid. Sebagai contoh, rutin
dan perturan bilik darjah ditetapkan dengan jelas dan diterangkan kepada murid-murid
tentang kepentingan rutin dan peraturan tersebut. Murid-murid juga diberitahu perasaan
guru sekiranya mereka mematuhi atau melanggar peraturan tersebut. Murid-murid
diterangkan akibat-akibat yang munasabah sekiranya mereka melanggar peraturan.
Penjelasan guru diterangkan secara perbincangan dengan murid-murid dan bukannya
berbentuk ancaman.

Murid-murid juga sedar dan jelas sebab peraturan tersebut diadakan dan tahu akan kesan
apabila peraturan tersebut tidak dipatuhi. Guru yang asertif akan membantu murid-muridnya
untuk memahami bentuk tingkah laku yang dapat membawa kejayaan dan tingkah laku yang
menyusahkan dan ke arah kegagalan. Guru asertif tidak membawa imej yang garang, kasar
atau terlampau tegas. Mereka dapat mengenal pasti peraturan-peraturan yang perlu
dipatuhi oleh murid-murid dan pada masa yang sama mengambil berat dan berlaku adil
terhadap

semua

murid.

Mereka

memberikan

arahan

dengan

jelas

dan

tegas.

Contohnya,Peraturan kelas kita ialah angkat tangan untuk menjawab soalan atau Angkat
tangan dan tunggu dengan senyap, cikgu akan panggil awak.

Setiap jenis guru ini akan memberikan kesan kepada pengurusan disiplin di dalam bilik
darjah. Guru yang agresif akan menjadikan bilik darjah suram dan tidak menyeronokkan dan
murid berasa takut dan terancam dengan perwatakan guru dan sering berasa tidak selesa.
Hal ini akan menjadi penghalang kepada hubungan baik antara guru dengan murid.
Hasilnya

murid akan memberontak dan menunjukkan kelakuan negatif terhadap

pembelajaran dan guru.

Guru yang tidak asertif pula akan menjadikan murid berasa kurang selamat dan berputus
asa di dalam bilik darjah. Guru dalam kategori ini tidak dapat memenuhi keperluan murid
dan seterusnya akan memberikan tekanan kepada kedua-dua belah pihak. Kadangkala
jenis guru tidak asertif ini suka bertindak dengan tegas dan kadangkala hanya membiarkan
sahaja tingkah laku tersebut berlaku di dalam bilik darjah. Hal ini akan menyebabkan murid
berasa keliru dan akan membuatkan hilang rasa hormat murid terhadap guru.

Guru yang asertif pula akan memberikan manfaat kepada kedua-dua belah pihak guru dan
murid. Guru asertif memberikan peluang kepada guru dan murid untuk memenuhi keperluan
masing-masing.

Mereka

menggalakkan

kerjasama

dan

membantu

murid-murid

mengaplikasikan tingkah laku yang diingini. Guru boleh diharapkan untuk memberikan
jangkaan yang sesuai kepada tingkah laku dan kebolehan mereka. Guru asertif bersifat
konsisten, adil dan boleh memenuhi kehendak murid. Hal ini dapat membantu membina
persekitaran pembelajaran yang tenang dan menyokong perkembangan pembelajaran
murid.

Cara pengurusan disiplin asertif dapat dirumuskan melalui konsep yang telah dibincangkan.
Canter mencadangkan guru-guru perlu membuat perancangan disiplin secara bertulis dan
formal yang menyatakan dengan jelas peraturan dan rutin, pengiktirafan dan akibat daripada
salah laku. Peraturan dinyatakan dengan jelas tentang tingkah laku yang diingini daripada
murid, iaitu tingkah laku ini boleh diperhatikan dengan jelas oleh guru dan tidak berbentuk
akademik seperti meminta murid menghantar latihan yang sudah siap kepada guru dan
mengambil latihan pengayaan bagi memenuhi masa yang ada.

Menurut Canter, pengiktirafan perlu digunakan selalu bagi meningkatkan konsep kendiri dan
keyakinan diri murid. Pengiktirafan dilihat merujuk kepada perhatian khusus yang diberikan
oleh guru apabila murid menunjukkan tingkah laku yang diingini. Dengan cara ini, guru
dilihat sebagai penggalak kepada tingkah laku

yang diingini

dan boleh membina

persekitaran pembelajaran yang positif. Cara yang boleh digunakan untuk memberikan
pengiktirafan kepada murid termasuklah memberikan galakan, menghargai tingkah laku
murid, memberikan komen positif dan memaklumkan tingkah laku murid yang baik kepada
ibu bapa.

Akibat atau tindakan pembetulan boleh dikenakan kepada murid-murid yang mengganggu
hak murid-murid lain untuk belajar dengan selesa. Tindakan pembetulan bukanlah bertujuan
untuk mendera murid secara fizikal atau psikologi walaupun kadangkala tindakan
pembetulan akan menimbulkan rasa kurang selesa murid. Canter menegaskan matlamat
tindakan pembetulan dapat memberikan keadilan kepada semua dan tindakan itu perlu
konsisten. Apabila tindakan pembetulan hendak dikenakan kepada murid, murid tersebut
perlu diberitahu bahawa disebabkan tingkah laku yang ditunjukkan oleh mereka bercanggah
dengan peraturan yang telah ditetapkan, maka tindakan pembetulan ini perlu dilaksanakan.
Guru perlu

merancang

dan

melaksanakan

pelan-pelan

pengurusan

disiplin

bagi

menjelaskan peraturan-peraturam yang dilaksanakan.

Guru-guru

boleh

menggunakan

langkah-langkah

bagi

menerangkan

pelan-pelan

pengurusan disiplin kepada murid-murid. Pertamanya, guru perlu menerangkan kepada


murid-murid

mengapa

peraturan-peraturan

tersebut

diperlukan.

Hal

ini

bertujuan

memberikan pemahaman kepada murid-murid mengenai kehendak guru terhadap muridmurid. Seterusnya, guru perlulah menerangkan kepada murid-murid bagaimana peraturan
yang telah dibuat itu perlu dilaksanakan supaya murid-murid faham dan jelas akan
tanggungjawab yang perlu dibuat berdasarkan peraturan tersebut. Guru perlu menyemak
kefahaman murid terhadap peraturan yang telah diterangkan. Guru perlu menerangkan
ganjaran yang akan diperoleh oleh murid-murid jika mengikut peraturan ataupun melanggar
peraturan. Seterusnya, tindakan pembetulan perlu dikenakan kepada sesiapa yang
melanggar peraturan dan guru harus menerangkan dan menunjukkan mengapa pembetulan
perlu dikenakan. Seterusnya, guru perlu menyemak semula kefahaman murid sama ada
murid lebih memahami atau sebaliknya dan tindakan susulan perlu dilakukan sekiranya
murid masih tidak memahami.

You might also like