You are on page 1of 2

Suasana bilik darjah yang berkesan perlu disokong oleh persekitaran positif merupakan satu

strategi penting dalam pengurusan bilik darjah dan ia perlu difahami oleh guru yang ingin
membentuk satu bilik darjah dimana pembelajaran itu diberi nilai yang tinggi.
1. Dengan menggunakan pengurusan grafik yang sesuai, jelaskan aspek pengurusan bilik
darjah yang perlu diberi pertimbangan dalam mengurus sesebuah bilik darjah agar
pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan.
(20 markah)

Pelan susunan bilik darjah bagi murid Tahun 3 diatas dimana gurunya sedang menghadapi
masalah dalam pengurusan bilik darjah.
Menurut gurunya:
Kanak-kanak yang duduk dalam kumpulan kecil pada meja bulat sering hilang fokus.
Aktiviti kebersihan dan masa transisi antara aktiviti mengambil masa yang lama.
Sering wujud konflik antara kanak-kanak yang duduk di sudut bacaan dengan kanak-kanak
di sudut mainan
Apabila guru bersama murid dalam kumpulan kecil, kanak-kanak daripada kumpulan lain
kerap tidak memberi perhatian kepada tugasan mereka.
Murid ADHD (yang ditempatkan disebelah meja guru) merasa terasing dan menghadapi
masalah memberi perhatian kepada tugasannya walupun dia duduk berseorangan dan
berhampiran cikgunya. Jika murid ini dibenarkan duduk bersama rakan dalam kumpulan, dia
biasanya menganggu murid-murid lain.
Berdasarkan pelan lantai bilik darjah pada Rajah 1 di atas, anda dikehendaki menyediakan satu
esei.
i. Bincangkan persekitaran bilik darjah diatas yang mungkin menyumbang kepada masalah
yang disenaraikan.
ii. Sediakan pelan baharu dengan menyusun semula bilik darjah tersebut dan jelaskan
kesesuaian susunan baharu ini bagi proses pembelajaran yang berkesan. Anda juga

dikehendaki membincang model disiplin serta intervensi yang sesuai yang boleh diaplikasikan
dalam bilik darjah tersebut.
(80 markah)

You might also like