You are on page 1of 2

WAJ 3062

ANALISIS FAKTOR FAKTOR SEJARAH YANG TELAH MENYULITKAN PROSES


PENCAPAIAN PERPADUAN DI MALAYSIA SEBELUM 1970.
Perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat toleransi yang diwujudkan
secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat
bersama secara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain perpaduan adalah proses
menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama
serta perasaan cinta dan banggakan negara.
Integrasi dirujuk kepada proses penyatuan masyarakat berbilang kaum, daerah dan
wilayah tempat tinggal, budaya, adat resam, cara hidup, latar belakang, kepercayaan
dan pegangan agama yang berlainan untuk menjadi satu entiti yang terikat oleh norma
dan nilai murni masyarakat sejagat demi mencapai tujuan dan kepentingan bersama
secara adil dan saksama.

MASALAH PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL


Perpaduan rakyat menjadi satu cabaran utama yang dihadapi oleh Kerajaan Malaysia.
Isu perpaduan adalah utama dari sembilan cabaran untuk mencapai matlamat Wawasan
2020 yang berbunyi Mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu yang mempunyai
matlamat yang serupa dan boleh dikongsi bersama, berintegrasi di peringkat Wilayah
dan antara kaum, berasaskan persamaan hak dan keadilan
Cabaran ini berkait dengan cabaran ke lima yang berbunyi Mewujudkan masyarakat
liberal dan bertolak ansur dengan rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adat,
kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama
meletakkan kesetiaan mereka kepada negara. Cabaran ini berkait pula dengan cabaran
ke tujuh iaitu untuk Mewujudkan masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang iaitu
sistem sosial yang lebih mementingkan masyarakat daripada diri sendiri dan kebajikan
insan tidak berkisar kepada individu tertentu sahaja.

HALANGAN DAN KESUKARAN UNTUK PERPADUAN DAN INTEGRASI


Terdapat beberapa faktor sejarah yang menyulitkan proses pencapaian perpaduan di
Malaysia.
Di antaranya ialah;

Agama dan kebudayaan: Setiap kumpulan etnik mempunyai agama dan


kebudayaan yang berlainan. Setiap kaum pula mempunyai adat resam, bahasa,
kesenian, budaya dan sistem nilai yang berbeza. Masing-masing kurang

WAJ 3062
mengenali dan memahami dan seringkali menganggap mereka sahaja yang
terbaik. Sikap ini menguatkan perasaan buruk sangka yang menghalang
pergaulan baik antara pelbagai kaum.

Dasar Penjajah British: Penjajah British mengamalkan dasar pecah dan perintah
yang menjarakkan kumpulan-kumpulan etnik demi kepentingan dan keselamatan
mereka sendiri.. Penjajah sengaja menentukan status dan peranan yang
berlainan bagi kaum yang tertentu. Interaksi antara kaum menjadi terbatas dan
lahirlah sikap prasangka negatif yang kukuh antara rakyat tempatan yang
berbilang etnik.

Sistem pendidikan, persekolahan dan bahasa yang berlainan: Laporan Razak


menyebut bahawa tiada satu sistem pendidikan nasional di Tanah Melayu di
mana setiap etnik lebih gemar menghantar anak mereka ke sekolah yang
menggunakan bahasa ibunda masing- masing. Kurikulum yang digunakan juga
tidak sama. Ada pula yang berpusat ke negara nenek moyang mereka, tidak
terdapat bahasa pengantar yang sama. Keadaan ini melebarluaskan lagi jurang
pergaulan, menghasilkan pandangan yang berlainan dan menjejaskan
persefahaman dan perhubungan sesama rakyat di samping mewujudkan
keperibadian dan perwatakan yang berbeza tanpa mempedulikan pembentukan
warga negara yang beridentitikan satu negara.

Amalan ekonomi yang berlainan: Setiap etnik menjalankan aktiviti ekonomi yang
tertentu dan mendiami kawasan yang berlainan. Keadaan ini mewujudkan jurang
pendapatan yang tidak seimbang dan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam
kalangan etnik yang berlainan jenis dan ras serta mengakibatkan perpaduan
negara terancam.

Perbezaan politik mengikut bangsa, kaum dan etnik: Kewujudan persatuan


politik, sosial dan ekonomi berdasarkan bangsa, kaum dan etnik tertentu telah
memmperkuatkan identiti sesuatu kumpulan dan menimbulkan perasaan syak
wasangka kerana setiap kumpulan hanya memperjuangkan hak dan kepentingan
kumpulan tertentu sahaja. Parti-parti politik yang berasaskan kepada suku kaum
juga memainkan pelbagai isu sensitif seperti bahasa, budaya, ekonomi dan hak
keistimewaan sehingga memburukkan lagi masalah perpaduan.

Pendudukan Jepun: Kemasukan tentera Jepun ke Tanah Melayu menambah


jurang permusuhan antara orang Melayu dan orang Cina. Sebilangan besar
tentera anti Jepun terdiri dari orang-orang Cina, sementara ramai pula orang
Melayu yang diambil oleh tentera Jepun untuk menjadi askar dan polis. Keadaan
ini menjadikan menjejaskan persefahaman dan menimbulkan perasaan kurang
senang antara masyarakat Melayu dan Cina.

You might also like