You are on page 1of 7

SMK BANDAR TASIK SELATAN

57000 KUALA LUMPUR

KERTAS CADANGAN
AKTIVITI LAWATAN SAMBIL
BELAJAR
ANJURAN :

KELAB FALAK

SMK BANDAR TASIK SELATAN


TAHUN 2013

TEMPAT :

MELAKA BANDAR BERSEJARAH


KERTAS CADANGAN
AKTIVITI LAWATAN SAMBIL BELAJAR
1.0 PENGENALAN
Lawatan sambil belajar merupakan satu kaedah pembelajaran yang sangat berfaedah untuk memberi
pendedahan kepada para pelajar. Oleh yang demikian, Kelab Falak SMK Bandar Tasik Selatan
merancang untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Kompleks Falak Al-Khawarizmi dan bandar
Melaka. Ini bagi memupuk dan menarik minat para pelajar terhadap bidang ilmu falak yang pernah
menjadi kegemilangan tamadun Islam serta memberi peluang kepada pelajar untuk mengetahui sejarah
negara dengan melawat berbagai-bagai tempat menarik di bandar Melaka. Hasil daripada lawatan ini,
pelajar akan memperoleh pengalaman serta ilmu pengetahuan baru yang berguna kepada mereka.

2.0 OBJEKTIF
2.1. Menanam kesedaran kepada pelajar mengenai kepentingan ilmu falak dan sejarah negara.
2.2. Pelajar dapat belajar secara hands-on dengan melihat serta melakukan sendiri aktiviti
pencerapan objek-objek di langit serta menyaksikan sendiri tinggalan sejarah negara.
2.3. Pelajar dapat merakam, mengkaji, mencuba serta menyertai aktiviti yang diadakan di
Kompleks Falak Al-Khawarizmi dan di tempat-tempat bersejarah di bandar Melaka.
2.4. Menanam rasa kesyukuran serta kagum dengan ciptaan dan kekuasaan Allah.
2.5. Memupuk semangat kerjasama di kalangan ahli kelab dalam melaksanakan aktiviti yang
telah dirancangkan.

3.0 MATLAMAT
Adalah diharapkan lawatan sambil belajar ini dapat :
3.1. Memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai ilmu falak dan kepentingannya.

3.2. Menggalakkan pelajar berfikir secara kritis dan kreatif dalam melaksanakan aktiviti.
3.3. Meluaskan pandangan dan pemikiran para pelajar mengenai keunikan dan kepentingan
ilmu falak dalam Islam serta Melahirkan generasi pewaris kegemilangan ilmu falak di masa
hadapan.
3.4. Memupuk semangat cintakan negara dengan menghargai dan menghayati sejarah Malaysia.
3.5. Memupuk sikap bekerjasama, bertanggungjawab dan prihatin sepanjang lawatan diadakan.
4.0 TARIKH DAN TEMPAT PELAKSANAAN
Tarikh

20 April 2013

Hari

Sabtu

Tempat

Kompleks Falak Al-Khawarizmi,


Kg Balik Batu, Tanjung Bidara,
78300 Masjid Tanah, Melaka

Masa

7.00 pagi 9.oo malam

5.0 KUMPULAN SASARAN


Seramai 40 orang ahli Kelab Falak sesi pagi dan petang serta dua orang guru penasihat kelab.

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL

PERKARA

Sewa Bas

SUMBER
Dana Kelab Falak
Sumbangan Baitulmal

KOS

RM

RM 550.00

Peruntukan dari
Kokurikulum

RM 350.00

Jumlah

550.00

350.00
RM 900.00

BIL

PERKARA

SUMBER

KOS

RM

Sewa Bas

Dana Kelab Falak


Sumbangan Baitulmal

RM
550.00

550.00

(bas
besar)
Peruntukan dari
Kokurikulum
RM
350.00

350.00
RM 900.00

Jumlah

BI
L

PERKARA

SUMBER

KOS

RM

1.

Sewa Bas

Dana Kelab Falak


Sumbangan Baitulmal
Duit Kokurikulum

RM 550.00
(bas besar)
RM 350.00

550.00
350.00

2.

Sarapan Pagi

Dibayar oleh pelajar

RM 3.00 x 40 orang

100.00

3.

Makan Tengahari

Dibayar oleh pelajar

RM 5.00 x 40 orang

200.00

4.

Minum Petang

Dibayar oleh pelajar

RM 3.00 x 40 orang

100.00

5.

Makan Malam

Dibayar oleh pelajar

RM 5.00 x 40 orang

200.00

6.

Bayaran Masuk

Dibayar oleh pelajar

RM 1.00 x 40 orang

40.00

7.

Tiket Tayangan

Dibayar oleh pelajar

RM 3.00 x 40 orang

120.00

JUMLAH

RM 1,660.00

7.0 TENTATIF PROGRAM


6.45 pagi

: Pelajar bersarapan pagi di kantin sekolah

7.00 pagi

: Bertolak dari sekolah ke Kompleks Falak Al-Khawarizmi

9.30 pagi

: Tiba di Kompleks Falak Al-Khawarizmi

9.45 pagi

: Lawatan bermula dan pelajar menyertai pertandingan sempena Sambutan


Sedekad Kompleks Falak Al-Khawarizmi

11.00 pagi

: Menonton tayangan filem 3D

1.00 petang

: Makan tengahari dan solat di Surau Kompleks Falak Al-Khawarizmi

2.00 petang

: Bertolak ke Bandar Melaka

3.00 petang

: Tiba di Bandar Melaka dan lawatan bermula

6.00 petang

: Lawatan tamat dan bertolak pulang ke sekolah

7.30 malam

: Makan malam dan solat dan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) lebuhraya

9.00 malam

: Tiba di sekolah

8.0 PENUTUP
Adalah diharapkan segala aktiviti yang dirancang akan berjaya dilaksanakan dengan kerjasama dan
bantuan semua guru, ahli Kelab Falak SMK Bandar Tasik Selatan serta semua pihak yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung. Dengan aktiviti ini diharapkan ahli kelab akan mendapat manfaat
dan membentuk jiwa pewaris generasi celik falak dan dapat membentuk semangat bagi mengembalikan
kegemilangan ilmu falak di masa hadapan. Diharap pelajar juga dapat mengambil iktibar daripada
sejarah Malaysia dan menanam semangat cintakan negara yang tidak berbelah bahagi.

Disediakan oleh,

( KHADIJAH BT ABDULLAH )
GURU PENASIHAT
KELAB FALAK

Disemak oleh,

Disahkan oleh,

WANG BAITULMAL YANG TELAH DIGUNAKAN SEHINGGA JUN 2012


1.
2.
3.

Sewa bas ke planetarium


Makanan pelajar ke Planetarium
Sewa bas ke Melaka

RM 250.00
RM 225.00
RM 500.00

Oktober 2012
3.
4.
5.

Teleskop
Tongkat Istiwa & Rubuk Mujaiyab
Program kaji bintang

RM 2,030.00
RM 190.00
RM

100.00

Februari 2013
6.

makanan kursus falak

RM

150.00

You might also like