You are on page 1of 3

1.

Tajuk

Meningkatkan Kemahiran Membaca

2. Penyelidik

Mohd Hanifah Bin Said

3. Sekolah

Sekolah Kebangsaan Bendang Raja, Kubur Panjang, Pendang Kedah.

4. Fokus Kajian

Masalah yang dikaji ialah untuk meningkatkan kemahiran membaca


dengan lebih lancar dikalangan pelajar tahun 4.

Pilih satu
masalah kecil

Huraikan
masalah

Signifikan
kajian

Rumusan
refleksi

Masalah ini berpunca daripada murid tidak memberikan tumpuan semasa


guru mengajar.Ada diantara mereka yang suka berbual-bual,berkhayal dan
membuat kerja-kerja lain.Mereka juga tidak aktif dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran. Mereka hanya dapat menumpukan perhatian mereka
apabila guru memberikan pemerhatian seorang demi seorang.
Jika masalah ini tidak diatasi, maka sampai bila pun pelajar ini tidak akan
dapat membaca secara lancar dan sekaligus mereka ini akan gagal setiap
kali ujian bulanan dan peperiksaan penggal diadakan. Jika masalah ini
berterusan,apabila pelajar ini menduduki peperiksaan UPSR ,sudah pasti
akan menjejaskan peratus kelulusan Bahasa Melayu pada peringkat
sekolah.

5. Kumpulan
Sasaran

Bilangan

Kumpulan sasaran kajian ini terdiri daripada 9 orang murid tahun empat
daripada 29 orang kesemuanya. Mereka terdiri daripada 5 orang murid
lelaki dan 4 orang murid perempuan.

sampel

Deskripsi
ringkas

6.1 Tinjauan
Awal
Tunjukkan 1/2 saja:

Dokumen

Ujian

Soal Selidik

Pemerhatian

Temubual

6.2 Merancang
Tindakan

Cadangan 1/2
tindakan

Murid-murid ini secara keseluruhannya adalah dari keluarga yang kurang


berada.Keseluruhannya adalah murid yang menerima RMT dan baucer
tuisyen.
Tinjauan masalah dengan menggunakan kaedah ujian bacaan mendapati
bahawa pelajar berkenaan boleh membaca tetapi terlalu lambat untuk
menyebut satu-satu perkataan. Mereka perlu mengeja setiap suku kata pada
setiap perkataan.

Tindakan intervensi yang dirancang ialah kaedah bimbingan rakan


sebaya. Setiap murid yang dipilih diletakkan dibawah pengawasan seorang
pelajar yang cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.Bimbingan
oleh rakan sebaya adalah berterusan.

Keperluan
Bahan

Penyediaan
Instrumen

Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti kad bacaan yang disediakan


oleh guru dan sebuah buku nota.
Instrumen yang disediakan ialah dengan menggunakan ujian bacaan pada
setiap minggu iaitu pada setiap hari Khamis. Selain dari itu saya juga
menyediakan senarai semak untuk mengenalpasti masalah murid.

6.3 Melaksanakan Tindakan intervensi dilaksanakan melalui program ini ialah di mana rakan
sebaya yang cemerlang dalam Bahasa Melayu akan membimbing murid
Tindakan

Cara
pelaksanaan

Tempoh
pelaksanaan

murid yang bermasalah dalam bacaan. Mereka dibekalkan dengan satu


petikan untuk setiap minggu.Tugas pembimbing ialah dengan membimbing
Rakan yang lemah membaca petikan yang disediakan. Ganjaran diberikan
kepada pembimbing yang berjaya membimbing rakan sebaya membaca
dengan lancar.
Tempoh pelaksanaan ialah selama lima minggu iaitu mulai 1 jun 2004
hingga 7 julai 2004.

6.4 Menilai
Tindakan

Kaedah
kutipan data

Buat
perbandingan pra dengan
pasca

Penilaian keberkesanan tindakan dibuat dengan menggunakan kaedah ujian


bacaan mendapati bahawa 3 orang murid daripada 9 orang telah berjaya
membaca dengan lancar apabila satu petikan baru diberikan.
Perbandingan prestasi murid-murid sebelum dan selepas tindakan intervensi
adalah seperti berikut:
i) Borang penilaian bulan Jun 2004
NAMA MURID

PENCAPAIAN

Murid A

Tidak Menguasai

Murid B

Tidak Menguasai

Murid C

Tidak Menguasai

Murid D

Tidak Menguasai

Murid F

Tidak Menguasai

Murid G

Tidak Menguasai

Murid H

Tidak Menguasai

Murid I

Tidak Menguasai

Murid J

Tidak Menguasai

ii) Borang penilaian bulan Julai 2004


NAMA MURID

PENCAPAIAN

Murid A

Menguasai

Murid B

Tidak Menguasai

Murid C

Tidak Menguasai

Murid D

Menguasai

Murid F

Tidak Menguasai

Murid G

Tidak Menguasai

Murid H

Menguasai

Murid I

Tidak Menguasai

Murid J

Tidak Menguasai

Berdasarkan keputusan ujian diatas,saya mendapati 3 orang daripada 9


orang murid telah berjaya dalam program ini.

6.5 Refleksi
Kajian

Mereflek
tindakan

Mereflek KT

Tindakan intervensi yang diambil dirasakan berkesan berdasarkan


pencapaian murid selepas program ini dilaksanakan selama lima
minggu.Walau bagaimanapun saya akan terus melaksanakan program ini
sehingga semua murid-murid di kelas tahun empat dapat menguasai
kemahiran membaca dengan lancar.

You might also like