You are on page 1of 4

LAPORAN LAWATAN ILMIAH

Pada 22 Februari 2012 yang lepas, satu lawatan ilmiah ke Majlis Sukan
Negeri Pulau Pinang dan Kompleks Belia dan Sukan di bawah kelolaan Jabatan
Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan telah membawa seramai 41 orang guru
pelatih terdiri dari dua kelas iaitu IP5H dan IP5J.
Kami bertolak seawal jam 9.00 pagi dan tiba pada jam 10.00 pagi dengan
menaiki bas Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim. Seramai 3 orang
pensyarah pengiring yang terdiri daripada En Zul, Madam Mari dan En Tanabal
Sewaktu sampai di Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, kami telah disambut baik oleh
En Hadi selaku wakil ketua program kami di situ.En Hadi telah membawa kami
melawat ke gimnasium di mana atlet-atlet gimrama telah menjalankan latihan
gimrama di situ. Kami sangat teruja kerana itu pertama kali kami dapat melihat dan
merasa sendiri bagaimana alat-alat yang digunakan oleh atlet untuk berlatih.
Selepas itu, kami telah melawat ke dewan besar di mana ia telah digunakan
untuk latihan silat, tae kwon do dan juga kungfu di situ. Sejurus selepas itu, kami
telah di bawa berjumpa dengan jurulatih tinju Pulau Pinang, En Johny. Banyak ilmu
dan pengalaman-pengalaman beliau yang telah dikongsikan dengan kami.
Antaranya adalah pengalaman pahit dan manis beliau melatih atlet-atlet tinju, antara
kekangan-kekangan yang terdapat selama menjadi jurulatih dan banyak lagi. Kami
juga berkesempatan melihat atlet-atlet tinju membuat aktiviti pemanasan badan yang
penuh dengan stamina yang tinggi
Setelah selesai mendengar pengalaman-pengalaman yang memberi banyak
ilmu sukan kepada kami, tamatlah sesi lawatan ilmiah kami di Majlis Sukan Negeri

Pulau Pinang. Wakil kelas telah menyampaikan cenderahati kepada En Hadi tanda
penghargaan dan terima kasih kerana menyambut baik kedatangan kami.
Destinasi kami yang kedua selepas itu ialah ke Kompleks Belia dan Sukan,
Pulau Pinang. Memandangkan lokasinya berdekatan dengan Majlis Sukan Negeri,
kami hanya perlu berjalan kaki sahaja sambil menikmati pemandangan pagi yang
indah. Kedatangan kami telah disambut baik oleh dua orang pegawai pengiring iaitu
En Hafiz dan En. Mohd Rozaimi. Kami telah di bawa ke bilik mesyuarat untuk
melihat tayangan-tayangan slaid mengenai Kompleks Belia dan Sukan. Antaranya
ialah Kompleks Belia dan Sukan, Pulau Pinang ini menyediakan program-program
latihan yang berkesan dalam bidang kemahiran, kepimpinan dan keusahawanan
khususnya kepada golongan belia yang merupakan pelapis kepada pentadbiran dan
pembangunan Negara.
Selain itu juga, Jabatan Belia dan Sukan juga menyediakan khidmat nasihat
dan bimbingan selaras dengan Dasar Pembangunan Belia dan Dasar Pembangunan
Sukan bagi mencapai wawasan Negara dan juga menyelaras semua proses
permohonan pendaftaran persatuan belia dan sukan untuk dipanjangkan ke Pejabat
Pendaftar Pertubuhan (ROY) dan Pesuruhjaya Sukan (PPS) dalam tempoh 7 hari.
Di sini, setiap pertubuhan kelab-kelab sukan hendaklah di daftarkan supaya kelabkelab yang telah didaftarkan boleh bersama-sama menjalankan aktiviti disamping
meminta sumbangan untuk membuat sebarang aktiviti.
Banyak ilmu-ilmu yang telah diperolehi kami semasa sesi pembukaan soalan
berkaitan dengan subjek kami iaitu PJM 3112 Pengurusan dan Pentadbiran
Pendidikan Jasmani dan Sukan dan jawapan yang diberikan oleh En Hafiz dan En

Rozaimi cukup membuatkan kami puas dan mendapat banyak input-input yang
boleh digunakan di sekolah kelak.
Setelah selesai melihat tayangan-tayangan slaid dan penjelasan yang cukup
difahami itu, kami telah di bawa untuk melawat ke tempat-tempat yang ada di situ.
Antaranya ialah gymnasium, dewan-dewan besar dan banyak lagi. Kami juga telah
disedikan juadah nasi goreng dan kuih muih untuk minum pagi. Sebelum pulang,
kami sempat bergambar untuk merakamkan saat-saat manis kami ketika berada di
Kompleks Belia dan Sukan, Pulau Pinang.
Lawatan ini telah memberikan banyak ilmu pengetahuan kepada kami
mengenai Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Ilmuilmu ini akan kami gunakan untuk praktikum kelak mahupun sesudah kami bekerja
sebagai seorang guru pendidikan jasmani. Lawatan ini sememangnya banyak
memberi kesan dalam kepada kami terhadap subjek Pendidikan Jasmani dan
menjadikan subjek ini amat penting dan seronok untuk diajar dan dipelajari.

LAMPIRAN

You might also like