You are on page 1of 3

Laporan Lawatan Ilmiah Ke Majlis Sukan Negara dan Institut Sukan Negara Negeri

Sarawak Bagi memenuhi syarat sukatan rancangan pembelajaran Pendidikan


Jasmani 3110, 3 kumpulan iaitu PISMP BC, PISMP PS dan PISMP BM Ambilan Jan
2010 yang mengambil Pendidikan Jasmani sebagai subjek minor telah mengadakan
lawatan ke Majlis Sukan Negeri Sarawak dan Institut Sukan Sarawak di Kuching
pada 7 Mac 2012. Lawatan ini mengambil masa 3 hari 2 malam. Kami diiringi oleh
beberapa pensyarah daripada Jabatan Pendidikan Jasmani. Tujuan utama
mengadakan lawatan ini adalah untuk menimba pengetahuan para guru pelatih
mengenai proses pengurusan dan pentadbiran Majlis Sukan Negeri Sarawak dan
Institut Sukan Sarawak, proses pemilihan atlet sebagai wakil serta isu-isu dalam
bidang sukan. Pada jam 7 pagi 3 Mac 2012, kami seramai 55 guru pelatih telah
bersiap-sedia untuk bertolak ke Kuching, Kami tiba di Kuching dan telah mendaftar
di Hotel Grand Continental pada jam 5 petang. Kami telah diberi taklimat pendek
mengenai prosedur dan perjalanan program pada keesokan hari oleh pensyarah,
iaitu Encik Ismail Dikoh.

Pada keesokan hari, kami telah sampai ke Institut Sukan Negara dan Majlis
Sukan Negeri Sarawak dan Institut Sukan Sarawak pada 9:00 pagi. Majlis Sukan
Negeri Sarawak dan Institut Sukan Sarawak merupakan dua bangunan yang
bersebelahan. Oleh kerana jumlah pelajar IPG terlalu ramai, kami telah dibahagikan
kepada 2 kumpulan untuk memudahkan proses lawatan. Di Institut Sukan Sarawak,
kami berpeluang memasuki bilik gimnasium dan berpeluang untuk berjumpa dengan
para wakil negeri dan wakil negara. Pada ketika itu, para pemain bola sepak
Pasukan Sarawak sedang mengadakan latihan bebanan. Kami juga berpeluang
untuk bergambar bersama mereka. Peralatan yang ada di situ lengkap untuk
kegunaan para atlet. Bilik gimnasium ini juga boleh digunakan oleh orang ramai
dengan syarat pembayaran. Pihak yang bertanggungjawab juga telah menjelaskan
cara-cara penggunaan peralatan yang ada. Selain itu, beliau juga banyak
menjelaskan tentang proses pengurusan Institut Sukan Negeri Sarawak dan
kelayakan sebagai seorang jurulatih serta sedikit sebanyak mengenai isu-isu suka

Selepas itu, kami diberi peluang untuk menyaksikan Planetarium. Ini


merupakan salah satu pengalaman yang menarik kepada kami. seterusnya, kami
telah menjejakkan kaki ke Majlis Sukan Negeri Sarawak. Kami telah berjumpa
dengan pengarah Majlis Sukan Negeri Sarawak. Beliau telah memberi taklimat
ringkas mengenai pengurusan dan pentadbiran Majlis Sukan Negeri Sarawak.
Selain itu, beliau juga telah berkongsi pendapat mengenai isu-isu yang ditimbulkan
seperti peruntukan dalam sukan, proses yang perlu dilalui oleh seorang atlet dan
jurulatih, sebab-sebab pemilihan atlet tidak dilatih daripada awal dan sebagainya.
Melalui peluang ini, kami guru pelatih yang kurang pengetahuan dalam sukan
berpeluang menyoal dan menyatakan pendapat kami tentang program yang
dijalankan. Kami amat bertuah kerana mempunyai peluang ini untuk memahami
masalah-masalah dan keadaan sebenar dalam bidang sukan di Sarawak. Lawatan
pada kali ini tamat pada waktu petang.

Pada 9 Mac 2012, kami bertolak balik ke IPG setelah kami siap bersarapan.
Lawatan Ilmiah ke Kuching tamat dengan sempurnanya. Secara kesimpulannya,
lawatan pada kali ini telah membuka mata para guru pelatih dalam melayari bidang
sukan di negara kita. Kami amat berterima kasih kepada para pensyarah yang telah
mengiringi kami sepanjang perjalanan ini. Sekiranya diberi peluang, kami berharap
dapat mengadakan lawatan di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil.

REFLEKSI PERMAINAN TRADISIONAL Pada 25 April 2011 bersamaan dengan hari


isnin yang lalu, satu pertandingan permainan Tradisional telah
diadakan. Pertandingan Permainan Tradisional ini merupakan salah satu aktiviti di
bawah subjek PJM 3112 iaitu Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan
Sukan. Pertandingan Permainan Tradisional ini dilaksanakan di bawah anjuran
PISMP semester 5 ambilan Januari 2009. Aktiviti Pertandingan Permainan
Tradisional ini telah diadakan pada waktu petang bermula jam 4 petang sehinggan
jam 7 petang bertempat di Padang, IPRM. Pertandingan ini telah dijalankan dengan

mempertandingkan beberapa pertandingan permainan tradisional iaitu ermpat buah


peermainan pada pusingan pertama yang terdiri daripada permainan gasing,
permainan guli, permainan berjalan dengan tempurung kelapa, dan permainan lari
dalam guni. Pusingan pertama ini dijalankan dalam sistem Pertandingan Kalah Mati.
Pada pusingan Separuh Akhir pula, empat pasukan yang mewakili empat unit akan
layak untuk berentap dalam acara permainan baling selipar. Dan akhir sekali pada
pusingan Akhir, dua buah pasukan iaitu dua buah unit kelas yang bertuah akan layak
untuk merebut gelaran Juara dalam pertandingan permainan Galah Panjang.

You might also like