You are on page 1of 2

XII

PENJAJAHAN JEPUN DI TANAH MELAYU

Rumusan
Jepun merupakan sebuah Negara asia tenggara yang pertama menjajah tanah melayu , yang
pada waktu itu tanah melayu masih lagi dalam gengaman British. Dalam bab ini rumusan
yang dapat dibuat mengenai penjajahan jepun ditanah melayu ialah dimana penulis buku ini
mengupas tujuan jepun menjajah dan usaha menjepunkan tanah melayu, penulis juga menulis
implikasi penjajahan jepun terhadap tanah melayu yang membakar semangat perkauman di
tanah melayu. Penulis menfokuskan tentang dasr pentdbiran jepun ditanah melayu dalam
jangka masa 1941-1942. Tidak dinakfikan lagi pentadbiran Jepun adalah lebih agresif di
Tanah Melayu berbanding dengan negara lain di asia tenggara. Bagaimanakah Jepun dapat
mengalahkan kuasa British dan menguasai tanah melayu denga begtu singkat, Pertama ia
bermula bila Jepun berjaya menghancurkan pearl harbour terlebih dahulu kerana pearl
harbour merupakan pusat ketenteraan, stor tentera dan mempunyai kemudahan strategik
pihak berikat di lautan pasifik dan jesteru ini pihak berikat tidak dapat membantu pertahanan
pihak bedrikat di asia tenggara. Kedua mendapat sokongan yang padu daripada Negara
Thailand kepada Jepun dengan menjadikan Bangkok sebagai pengkalan strategik untk
mereka menyerang asia tenggara. Ketiga, pihak jepun Berjaya menenggelamkan dua buah
kapal perang pihak berikat, iaitu Prince Of Wales dan Repulse di perairan timur laut tanah
melayu. Keempat, peranan perisik jepun yang bergerak dibawah fifth columnist, juga dikenali
F-Kikan dimana tentera jepun memperoleh maklumat tentang tanah melayu dengan ini
membolehkan jepun menjajah dengan lebih terancang, perisik ini menyamar sebagai nelayan,
jurugambar, peladangdan sebagainya. Faktor kelima adalah ketiadasedaran kebangsaan yang
kukuh dan menyeluruh bagi penduduk tanah melayu, dan sifat perkauman yang terdapat
dalam kalangan penduduk tanah melayu. Keenam adalah kelemahan tentera udara Britis
berbanding jepun. Ketujuh, kekuatan angkatan tentera udara yang semakin lemah dan
penguasan jepun terhadap perairan sri lanka (Ceylon) dan India selatan. Kelapan British
memandang rendah kepada kepada keupayan dan kekuatan Jepun. Tujuan utama jepun mahu
menjajah ialah untuk menjamin keselamatan empayar dan melahirkan organasasi dalam
projek pembinaan kawasan pensemakmuran asia timur raya diaman jepun adalah sebagai

kuasa yang memimpinya . selepas british menyerah diri pelbagai masalah timbul ditanah
melayu dan meyebabkan jepun melancarkan kempen dan kempen ini telah menimbulkan
ketakutan dalam kalangan penduduk di tanah melayu. Kempen ini adalah untuk
mempertahankan ekonomi tempatan dan dalam masa yang sama mengurangkan bantahan
dalam kalang penduduk tanah melayu. Tanah melayu dan sumatera di letakkan dibawah
pentadbiran dan politik jepun yang berpengakalan di singapura dan dianggap sebagai nucleus
kepada pentadbiran Jepun di asia tenggara, namun ia tidak lama kerana ada terdapat
perbezaan politik dan ekonomi yg ketara dan jepun telah meletakkan tanah melayu dibawah
pasukan tentera jepun ke-29 yang berpusat di taipin, Perak. Semasa jepun mentadbir tanah
melayu, kuasa pentadbiran untuk empat buah negeri di negeri melayu utara diserakan semula
kepada Thailand. Namu kesan daripada itu menyebakan tanah melayu mengalami kekurangan
bahan makanan terutamanya beras kerana negeri melayu utara adalah pengeluar padi yang
utama di tanah melayu dsn menyebabkan ketidak kesimbangan kaum berlaku. Tidak lama
selepas itu jepun memperkenalkan satu dasar utama berkaitan dengan kedudukan sultan. Di
mana mereka tidak memberikan peiktirafan terhadap sultan sebagai pemerintah ini
menujukkan bahawa kedudukan dan mertabat adalah sama seperti waktu pemerintahan
British. Dasar jepun berkaitan dengan agama islam juga tidak banyak berubah dan sama
dengan waktu British dulu. Dasar kedua Jepun yang penting berkaitan dengan oraganisasi
politik dan dan penduduk . status dan hak semakin dinikmati oleh orang cina kerana Jepun
memberi lebih perhatian kepada mereka.dan memberi tekananan dan mmengurangkan hak
orang melayu, jepun juga sentiasa curiga dan bimbang dengan perkembangan politik di tanah
melayu.bayak lagi dasar yang dikenalkan oleh Jepun kepada tanah melayu dan ia nya dasar
yang berat sebelah diaman ia tidak memberikan keistimewaan kepada penduduk asal tanah
melayu dan melebihkan kaum cina dan menamankan

budaya Jepun dalam kehidupan

seharian penduduk tanah melayu. Penjajahan jepun keatas tanah melayu diantara 1941-1945
walaupun tidak laman namun ia telah mencentus pelbagaii kesan yang mendalam dari
pelbagai aspek politik, ekonomi dan social. Pada waktu penjajahan jepun tanah melayu
mengalami sejarah getir yang menyebakan penduduknya terlibat secara

langsung

peperangan. Zaman perang telah menyemarakkan lagi semangat nasionalisme dalam


kalangan penduduk untuk menentang penjajah. Fenomena ini telah mempengaruhi sikap
penduduk Tanah Melayu untuk menangani kehadiran semula penjajah British selepas
pengunduran tentera jepun. Mereka menjadi lebih agresif dan bersikap responsif terhadap
perubahan dasar penjajahan British di Tanah Melayu selepas tahun-tahun 1946.

You might also like