You are on page 1of 2

KATA- KATA ALUAN

PENGERUSI
PROGRAM PENDIDIKAN LUAR
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan kehendak dariNya program yang telah dirancang ini
berjaya menemui titik kejayaannya. Setelah segala persiapan telah dibuat, setiap perancangan
disusun, program yang menjadi keperluan opsyen Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dapat
dilaksanakan.
Pendidikan Luar adalah program yang telah diubahsuai selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang mementingkan perkembangan individu dari segi Jasmani, Emosi, Rohani,
Intelek& Sosial.
Matlamat Pendidikan Luar adalah untuk membina dan mengekalkan keadaan mental, fizikal,
emosi, dan sosial yang sihat serta melahirkan warganegara yang berpengetahuanluas,
berdisiplin dan bersatu padu. Oleh itu, Pendidikan Luar telah dilaksanakan dengan
mengandungi unsure-unsur pendidikan etika, dan perpaduan yang dapat mendidik bakal- bakal
guru untuk mempunyai motivasi dan penginapan apabila berada di bidang perguruan kelak.
Ucapan jutaan terima kasih kami ucapkan kepada pensyarah dari Jabatan Pendidikan Jasmani
Kesihatan kerana telah banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada kami sepanjang
kursus ini. Akhir kata, diharapkan kami semua sebagai peserta Program Pendidikan Luar dapat
menjalani program ini dengan jayanya.

TINTA
KETUA JABATAN
PJPK
Alhamdullillah, bersyukur saya kepada Ilahi kerana dengan iziNya, dapat kita menunaikan satu
lagi agenda institute iaitu Program Pendidikan Luar PISMP Ambilan Jun 2013.
Syabas kepada semua pelajar yang telah merancang dan melaksanakan persediaan awal
untuk menjayakan program ini. saya melihat kesungguhan

dan kesepaduan anda semua

dalam menjayakan program ini. saya yakin bakat kepimpinan dan rasa tanggungjawab yang
ada pada anda semua dapat diaplikasikan dalam melaksanakan program ini dan akan
dimanfaatkan apabila anda berkhidmat kelak. Bak kata orang Pengalaman adalah harta yang
tidak ternilai hargannya.
Akhir sekali, saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak pengurusan,
pensyarah penasihat, para pelajar dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program
yang amat mencabar ini. Saya sentiasa komited dan menyokong segala usaha anda untuk
menjayakan program ini.
Sekian, terima kasih.

You might also like