You are on page 1of 4

Bab 3 Metodologi

3.1. Pengenalan
Bab 3 kajian akan membincangkan berkaitan reka bentuk kajian, instrumen-instrumen kajian
yang diperoleh daripada bahan bacaan dan rujukan dari perpustakaan. Definisi kajian
perpustakaan ialah penyusunan sistematik yang membabitkan kajian dan penilaian data yang
berkaitan peristiwa yang terjadi pada masa lampau. Ia mengkaji punca, kesan ataupun corak
(trend) peristiwa dan secara tidak langsung menganalisis apa yang berlaku sekarang, seterusnya
membuat ramalan apa yang bakal berlaku pada masa akan datang melalui kajian. Justeru kajian
perpustakaan yang baik melibatkan kajian secara sistematik, mempunyai objektif, kaedah
pengumpulan data serta analisis.
3.2. Reka bentuk kajian
Kajian ini dijalankan secara kajian perpustakaan ke atas rujukan daripada bahan-bahan bacaan
seperti buku, artikel, jurnal, internet dan surat khabar. Kajian secara kualitatif ini digunakan
untuk mendapatkan maklumat secara komprehensif bagi mengaitkan perubahan sosial yang
dialami oleh masyarakat majmuk di Malaysia serta mengetahui kesannya terhadap perubahan
kurikulum sekolah rendah dalam tempoh kajian ini dibuat.
Fokus utama kajian ini adalah untuk:
1. Mengkonsepsikan proses interaksi yang telah membangunkan sistem pendidikan di
Malaysia antara tahun 1956 hingga 1990.
2. Melihat pandangan secara menyeluruh Pelaksanaan dasar pendidikan dalam memenuhi
keperluan masyarakat majmuk di Malaysia
3. Mengesan peringkat-peringkat perkembangan kurikulum sekolah rendah di Malaysia
yang memberi kesan terhadap perubahan sosial bagi tempoh di antara tahun 1956 hingga
1990.
4. Menggariskan dan menganalisis faktor-faktor perubahan sosial bagi perkembangan dan
penstrukturan kurikulum sekolah rendah di Malaysia.

Sehubungan itu, dalam mengkaji perubahan sosial dan perubahan kurikulum sekolah rendah
laporan-laporan penting, akta-akta pendidikan dan dasar-dasar kerajaan perlu dikaji dan
dianalisis untuk melihat perkaitannya.
3.3. Instrumen
Kajian ini dijalankan berdasarkan kepada rujukan bahan-bahan seperti Penyata Razak 1956,
Ordinan Pelajaran 1957, Laporan Rahman Talib, Akta Pelajaran 1961, Laporan Kabinet 1979,
Rang undang-undang pendidikan 1995, dan perundangan-perundangan pendidikan. Setelah
memperoleh data-data dan maklumat tersebut, pengkaji telah menganalisis dan mengolahnya
untuk membuat perbincangan secara lebih mendalam.
3.4. kebolehpercayaan dan kesahan instrumen kajian
Data-data dan maklumat yang diperoleh daripada rujukan, merupakan sumber-sumber yang
sahih. Bentuk data-data dan maklumat yang dimaksudkan dapat berbentuk dokumen yang sah,
rekod, minit mesyuarat, surat dan lain-lain dokumen yang mungkin tidak mempunyai butir-butir
terperinci. Oleh yang demikian, pengkaji perlu mengesan terlebih dahulu sumber data itu.
Sumber data dalam kajian perpustakaan ini dapat dikategorikan kepada 2 iaitu sumber pertama
(primer) dan sumber kedua (sekunder). Sumber utama ialah sumber yang didapati melalui
dokumen asal, manakala sumber kedua adalah sumber yang diperoleh melalui pembacaan dan
kajian buku-buku rujukan dan ensiklopedia.
3.5. prosedur kajian
Kajian ini akan dijalankan dengan menggunakan kaedah kajian perpustakaan melalui bahan
bacaan seperti Penyata Razak 1956, Ordinan Pelajaran 1957, Laporan Rahman Talib, Akta
Pelajaran 1961, Laporan Kabinet 1979, Rang undang-undang pendidikan 1995, dan
perundangan-perundangan pendidikan. Sumber utama ialah sumber yang didapati melalui
dokumen asal, manakala sumber kedua adalah sumber yang diperoleh melalui pembacaan dan
kajian buku-buku rujukan dan ensiklopedia.
Walau bagaimanapun, menurut Azizi Yahaya dan rakan-rakan (2006) sumber utama dilihat
sebagai sumber yang lebih sahih. Ini kerana semakin jauh data itu dipindahkan ke dalam bentuk

lisan mahupun tulisan, semakin berkurangan ketepatan data itu. Ini berlaku pada data yang
dikumpulkan melalui sumber kedua, yang dipindahkan kepada seseorang dalam bentuk lisan
ataupun bentuk cetak. Memandangkan data dan maklumat sukar diperoleh melalui sumber
utama, kebanyakan data dan maklumat bagi kajian perpustakaan bergantung pada data daripada
sumber kedua. Adalah lebih mudah melakukan kajian dan penyelidikan yang mempunyai sumber
utama yang kukuh dan yang sedia ada berbanding memilih membuat kajian yang sukar bagi
mendapatkan bahan-bahan dan maklumat-maklumat berkaitan. Tidak dapat dinafikan, bahanbahan serta data-data yang diperoleh daripada sumber pertama adalah lebih baik dan tepat tetapi
kebanyakan data yang digunakan diperoleh daripada sumber kedua. Semakin banyak bahan dan
maklumat yang diperoleh daripada sumber pertama, semakin baik penyelidikan yang dihasilkan.
Proses mengkaji dan mengabstrakkan bahan dan maklumat berkaitan masalah yang hendak
dikaji seperti merekodkan maklumat bibliografi yang lengkap dan menyusun data dari setiap
sumber adalah penting bagi memastikan kajian yang dijalankan lancar dan hasilnya tepat serta
memuaskan.
3.7. Analisis Data
Dalam kajian perpustakaan ini sumber-sumber sejarah hanya wujud dalam kajian penyelidik.
Sumber daripada data sejarah mestilah berteraskan analisis saintifik bagi dikenal pasti sebagai
benar (kritikan luaran) dan tepat (kritikan dalaman). Autoriti yang berkuasa dalam suatu bidang
mungkin mempunyai pendapat berkaitan

bidang yang lain tetapi mereka tidak semestinya

berdasarkan fakta. Fakta-fakta yang direkodkan adalah rasmi tetapi ia tidak bermakna segala
maklumat yang tercatat dalam rekod adalah tepat dan benar. Oleh itu, bagi setiap sumber,
kebenarannya mestilah dipastikan.
Bagi memastikan kebenaran bagi suatu sumber, pengadilan mestilah dilakukan bagi memastikan
ketepatan kandungannya. Kritikan luaran yang mengesahkan kebenaran sumber ataupun data
tidak menjadi masalah dalam kajian pendidikan. Terdapat beberapa teknik saintifik yang dapat
digunakan apabila pengkaji mengalami masalah kerana sumber-sumber yang diperoleh adalah
agak lama dan usang ataupun kebenaran sumber itu diragui. Jangka usia satu dokumen ataupun
peninggalan sejarah (relic) yang ditemui dapat ditentukan dengan menggunakan uji kaji fizikal.

Manakala, kritikan dalaman yang menentukan ketepatan dianggap sebagai tugas yang sukar.
Bagi memastikan ketepatan dokumen, terdapat 4 faktor yang mesti diambil kira seperti berikut:
1. latar belakang penulis dokumen itu mestilah dipastikan. Siapakah penulisnya dan adakah
dia berpengetahuan?
2. Perbezaan masa antara data direkodkan dengan kajian yang dijalankan
3. Kecenderungan (bias) dan tujuan penulis. Kita sering menulis laporan atau merekodkan
maklumat yang tidak tepat, secara sengaja ataupun tidak. Ini kerana manusia sering
mengingati perkara yang ingin mereka ingati dan menokok tambah maklumat bagi
menjadikannya lebih menarik. Masalah yang serius mungkin berlaku apabila penulis
mempunyai motif atau tujuan tertentu, sama ada sengaja ataupun tidak dalam
mentafsirkan maklumat itu.
4. Konsistensi data. Setiap maklumat ataupun bukti yang diterima mestilah dibandingkan
dengan maklumat ataupun bukti yang lain bagi memastikan ia konsisten
3.6. Penutup/rumusan
Kajian perpustakaan dapat didefinisikan sebagai usaha mempelajari dan menggali fakta-fakta
serta menyusun kesimpulan berkaitan peristiwa-peristiwa lampau. Data-data yang diperoleh
hendaklah dinilai dan ditafsirkan secara sistematik bagi pemahaman yang maksimum. Hasil-hasil
penemuan kajian masa lalu dapat dijadikan rujukan bagi kajian mendatang. Kajian berbentuk
perpustakaan banyak bergantung pada penyelidikan. Kajian perpustakaan perlulah bersih dan
tulen.

Rujukan
Azizi Yahya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon, Abbdul Rahim Hamdan. (2006).
Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan: Teori, Analisis & Interpretasi Data; Selangor: PTS
Publications &Distributors. Sdn. Bhd.

You might also like