You are on page 1of 6

TUNDRSITIHASMAHMOHDALI:tokohwanitaMalaysia

tersohor
Oleh Dr Talib Samat

Tun Dr.Siti Hasmah Mohd.Ali merupakan tokoh perubatan dan kebajikan.


Beliau dilahirkan pada 12 Julai 1926 di Kampung Jawa, Kelang, Selangor.Bapanya,
Haji Mohd.Ali bin Taib adalah pegawai kerajaan manakala ibunya Hajah Siti Khatijah
binti Ahmad,seorang suri rumah tangga.Siti Hasmah merupakan anak keenam
dalam kekuarga. Di antara adik-beradiknya yang lain ialah Tun Ismail Ali, Datuk
Ahmad Razali Ali dan Hashim Ali.Beliau masih mempunyai kaum-kerabat di daerah
Kota
Raja,
Tanah
Rao,
Pasaman,
Sumatera
Barat
dan
Medan,
Indonesia.
Beliau
mendapat pendidikan awal di Sekolah Perempuan
Methodist Kuala Lumpur (1932-1933). Kemudian beliau bersekolah di St.Marys Kuala
Lumpur (1934-1941) dan Pudu English School Kuala Lumpur sehingga lulus
Cambridge
Overseas
School
Certificate.
Pada
tahun
1947,
Siti Hasmah melanjutkan pelajaran di Universiti
Malaya,Singapura dan memperoleh ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana
Muda Pembedahan (M.B.B.S) pada tahun 1955. Pada tahun tersebut, hanya empat
orang pelajar Melayu yang memperoleh Ijazah Perubatan, termasuklah Dr.Mahathir
bin Mohamad. Siti Hasmah adalah satu-satunya pelajar wanita dalam bidang
perubatan. Beliau juga merupakan wanita Melayu yang kedua memperoleh ijazah
perubatan. Wanita Melayu pertama menjadi doktor perubatan ialah Dr.Salma Ismail
dari Alor Setar,Kedah.
Setelah tamat pengajian di
Universiti Malaya, Siti Hasmah berkhidmat sebagai doktor pelatih di Hospital Besar
Kuala Lumpur (1955-1956. Beliau berkahwin dengan Dr.Mahathir Mohamad pada 5
Ogos 1956. Beliau kemudiannya berpindah ke Hospital Besar Alor Setar sebagai
pegawai perubatan.
Pada tahun 1962, Siti Hasmah bertugas sebagai Pegawai Perubatan Kedah
Utara..Pada tahun 1963, beliau memangku jawatan Penguasa Hospital Besar Alor
Setar dan dengan pelantikan itu, beliau merupakan wanita Melayu yang pertama
menyandang jawatan tersebut.
Pada tahun 1965, Siti Hasmah dilantik sebagai Pegawai Kesihatan dan Anak
di Pejabat Kesihatan Kedah Utara.Pada tahun 1966, dia ke Amerika Syarikat untuk
mengikuti kursus Perancang Keluarga di Population Planning Centre, Ann Arbor,
Michigan. Pada tahun yang sama, beliau bertugas sebagai Pegawai Kesihatan
Kedah hingga tahun 1967. Pada tahun 1968, beliau berkhidmat sebagai Pegawai
Kesihatan Kubang Pasu, sekali gus sebagai Pengetua Sekolah Latihan Kesihatan
Luar Bandar di Jitra, Kedah hingga tahun 1974.
Beliau juga merupakan wanita pertama yang dilantik sebagai Pegawai
Kesihatan Ibu dan Kanak-kanak Negeri Kedah apabila dilantik ke jawatan tersebut
pada tahun 1974.Siti Hasmah kemudiannya menilih untuk bersara daripada
perkhidmatan kerajaan apabila kontrak perkhidmatannya tamat pada tahun 1974.

Selepas itu beliau menjadi pensyarah sambilan di Institut Kesihatan Umum dan
Fakulti Pergigian Universiti Malaya.
Siti Hasmah juga amat prihatin terhadap kegiatan sukarela. Beliau menjadi
Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri Menteri- menteri (BAKTI).
Beliau juga penaung bagi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan beberapa
pertubuhan sukarela yang lain.
Tun Dr.Siti Hasmah telah menghasilkan beberapa buah buku.antaranya
ialah Wanita,Adat dan Kesihatan (2 jilid) yang memuatkan koleksi kertas kerjanya
antara tahun 1975 hingga tahun 1978. Beliau juga banyak membentangkan kertas
kerja dalam seminar peringkat kebangsaan dan antarabangsa, di samping
menyumbang tulisan untuk penerbitan dalam bidang penerbitan. Selain itu, beliau
juga meminati muzik, nyanyian dan tarian asli. Pada tahun 1997, beliau dilantik
menjadi Canselor Universiti Multimedia Malaysia.
Anda mungkin juga meminati:

Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali

Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali dilahirkan pada tanggal 12 Julai 1926 di Kampung Jawa, Klang,
Selangor. Bekas Wanita Pertama Malaysia yang keempat ini merupakan seorang daripada
doktor wanita yang pertama di Malaysia dan merupakan Pegawai Perubatan wanita pertama
di negeri Kedah. Dr. Siti Hasmah memulakan pengajiannya di Methodist Girls School, Kuala
Lumpur. Beliau adalah di antara wanita Melayu pertama yang ditawarkan melanjutkan
pelajaran dalam bidang perubatan di King Edward VII Collage of Medicine, Singapura.
Pada tahun 1955, beliau telah menerima Ijazah Doktor Perubatan daripada Fakulti
Perubatan, Universiti Malaya, Singapura dan kemudian berkhidmat di dalam perkhidmatan
perubatan kerajaan. Sepuluh tahun kemudian, beliau merupakan wanita pertama dilantik
sebagai Pegawai Perubatan di dalam Bahagian Kesihatan Ibu Mengandung dan Kanak-kanak,
dan pada 1974, beliau juga merupakan wanita pertama dilantik sebagai Pegawai Kesihatan
Negeri Ibu Mengandung dan Kanak-Kanak.
Dr. Siti Hasmah merupakan penulis kepada beberapa artikal dalam perubatan keluarga dan
faktor sosioekonomi yang berkaitan dengan mengandung dan pembesaran kanak-kanak di
Malaysia.

Beliau juga menaburkan jasa kepada negara melalui penglibatan yang aktif dan memegang
jawatan dalam pegerakan sosial seperti Presiden Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Pengerusi
Persatuan Perancang Keluarga Negeri Kedah, Presiden Persatuan Yayasan Perubatan
Malaysia, Presiden Persatuan Pemulihan Kanak-kanak Cacat, Timbalan Presiden Gabungan
Persatuan-Persatuan Perancangan Keluarga Malaysia, Penasihat Persatuan Kesihatan Ibu
Mengandung dan Neonatal dan Penasihat Persatuan Pediatrik Malaysia.
Dr. Siti Hasmah merupakan seorang wanita tabah yang sentiasa berada di sisi suami
tersayang untuk sama-sama merasai kehidupan sama ada sewaktu susah mahupun senang.
Sebagai satu-satunya gadis Melayu ketika itu yang melanjutkan pelajaran dalam bidang
kedoktoran, hubungan sebagai kawan seperjuangan dirapatkan lagi dengan ikatan
perkahwinan yang kekal sehingga ke hari ini. Kasih sayang yang terjalin semakin mendalam
dengan kehadiran anak-anak tersayang.
Kedudukan beliau sebagai doktor perubatan dan isteri kepada Perdana Menteri
membolehkan beliau menjalankan banyak tugas-tugas kemasyarakatan dengan tujuan
memberikan kesejahteraan yang lebih baik kepada rakyat di negara ini khususnya
berkenaan kesihatan wanita, perancangan keluarga, kawalan penyalahgunaan dadah dan
buta huruf di kalangan orang dewasa.
Sebagai bekas Presiden BAKTI (Badan Kebajikan Isteri Menteri dan Timbalan Menteri), beliau
aktif menjalankan pelbagai usaha mendidik remaja Malaysia tentang bahaya
penyalahgunaan dadah sehingga dijemput menghadiri First Ladies' Conference on Drug
Abuse di Washington DC. Jemputan pada tahun 1985 itu dilakukan sendiri oleh Nancy
Reagan, bekas wanita Pertama Amerika Syarikat juga isteri kepada Presiden Ronald Reagon
(mendiang)
Sebagai seorang yang berpelajaran tinggi, beliau sedar akan kepentingan pendidikan
kepada masyarakat khususnya para wanita bagi memperbaiki kehidupan mereka. Sebab
itulah beliau banyak menarajui persatuan yang mempunyai kaitan tentang wanita dan anakanak seperti pengerusi Persatuan Perancangan Keluarga Kedah, Presiden Pandu Puteri
Malaysia, Presiden Yayasan Persatuan Perubatan Malaysia dan banyak lagi.
Walaupun beliau banyak menyumbang bakti kepada rakyat seluruh negara namun rakyat
Kubang Pasu tetap berada hampir di hatinya. Ini terbukti apabila beliau menjadi Penasihat
Utama Yayasan Pembangunan Masyarakat Kubang Pasu dan melaksanakan pelbagai aktiviti
terutamanya aktiviti pendidikan kepada warga Kubang Pasu.
Segala jasa, sumbangan dan semangat dedikasi beliau dalam kerja-kerja kemasyarakatan
sememangnya telah membolehkan beliau memperolehi banyak penghargaan antaranya
Anugerah Kazue McLaren oleh Asia Pacific Consortium for Public Health pada 1988, Ijazah
Kehormat Doktor Falsafah dalam Sains Perubatan pada 1991 oleh Universiti Kebangsaan
Malaysia dan juga pingat dari Yang Dipertua Agong, Sultan Selangor dan Sultan Kedah.
Selain daripada itu, kewibawaan beliau semasa menjadi Wanita Pertama begitu ketara

sehinggga dijemput menghadiri First Ladies Summit for the Economic Advancement of Rural
Women di Geneva oleh Queen Fabiola dari Belgium pada tahun 1992.
Di persidangan tersebut, Tun Dr. Siti Hasmah telah terpilih sebagai seorang daripada enam
Core-Group Initiators of First Ladies yang mewakili rantau Asia Pasifik. Di persidangan
tersebut jugalah Geneva Declaration on Rural Women disahkan bagi merumus dasar-dasar
dan program-program untuk memajukan ekonomi para wanita di kawasan pedalaman.
Komitmen beliau dalam memperjuangkan kesejateraan wanita luar bandar dan pedalaman
begitu disanjung tinggi oleh rakan-rakan seperjuangan beliau apabila pada September 1995,
beliau dilantik sebagai pengerusi Regional Steering Committee on the Economic
Advancement of Rural and Island Women bagi rantau Asli Pasifik.
Kesibukan beliau sememangnya tidak menghalang beliau aktif bersukan untuk menjaga
kesihatan badan dan badminton ialah sukan yang mempunyai nilai sentimental dalam
dirinya.
Pada 21 Jun lalu, jawatankuasa Sukan dan Wanita Majlis Olimpik Malaysia (MOM) telah
menganugerahkan beliau Anugerah Sukan dan Wanita 2004 bagi menghargai segala
sumbangan beliau dalam sukan badminton.
Penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM) ini sangat aktif melibatkan diri dalam hal
ehwal sukan badminton negara sehingga beliau dianggap sebagai ibu kepada para pemain
badminton negara.
Kejayaan beliau yang paling manis adalah apabila Malaysia berjaya membawa pulang Piala
Thomas pada tahun 1992 selepas kali terakhir piala tersebut berada di negara ini pada
tahun 1985.
Walaupun sibuk dengan tugas sebagai Wanita Pertama negara dan juga hal-hal
kemasyarakatan, beliau masih mempunyai masa untuk bersama-sama anak-anak dan cucucucu kesayangan di samping melakukan kegiatan yang menjadi kegemaran di waktu lapang.
Tun Dr. Siti Hasmah telah membuktikan bahawa kaum wanita mampu memainkan peranan
penting dalam pembangunan negara. Sumbangan kaum wanita melalui contoh yang
ditunjukkan oleh Dr. Siti Hasmah merupakan pemangkin ke arah mewujudkan sebuah
negara yang aman, makmur dan harmoni.

Sumber: Buku Majlis Konvokesyen Khas Sempena Penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor
Falsafah (Pengurusan Pembangunan) Kepada Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dan
Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan Kerja Sosial) kepada Y.A.Bhg. Tun Dr. Siti
Hasmah binti Mohd Ali
Posted by HH at 8:15 PM

You might also like