You are on page 1of 10

TEMA /TAJUK :10.

2 Nasionalisme di Malaysia sehingga Perang Dunia Kedua


Soalan :Penjajahan British di Tanah Melayu telah membangkitkan semangat
nasionalisme dalam kalangan masyarakat tempatan.
Pada pendapat anda mengapakah semangat patriotisme menjadi tonggak
dalam mengekalkan kedaulatan negara.?

Peringatan
Calon hendaklah menjawab berdasarkan kerangka jawapan di bawah
Pengenalan
Memahami latar belakang gerakan nasionalisme di Tanah Melayu sehimgga
Perang Dunia Kedua
1 Pengenalan
Jelaskan latar belakang nasionalisme di Tanah Melayu sehingga Perang Dunia
Kedua. (5m)
Isi dan Huraian
Memahami sebab-sebab penentangan pemimpin tempatan terhadap British
2 Sebab-sebab penentangan
Bincangkan sebab-sebab penentangan masyarakat terhadap British di tanah
Melayu. (30m)

Menganalisis peristiwa penentangan pemimpin tempatan


3 Peristiwa penentangan pemimpin tempatan
Terangkan peristiwa penentangan pemimpin tempatan terhadap British di
(15m)
(a)

Naning

(b) Kelantan

Mengaplikasi kepentingan semangat patriotisme dalam mengekalkan


kedaulatan negara.

4 Semangat patriotisme mampu mengekalkan kedaulatan negara


Bagaimanakah generasi muda hari ini dapat menjadi warganegara Malaysia
yang mampu mengekalkan kedaulatan negara? (15m)

Menilai kejayaan Malaysia dalam pelbagai aspek.


5 Kemakmuran negara hasil daripada semangat perpaduan dalam kalangan
masyarakat
Pada pendapat anda,apakah kejayaan yang dicapai oleh Malaysia hasil
daripada semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum.
(10m)

Mencipta/menjana idea dalam usaha mengekalkan keamanan dan


kemakmuran Malaysia.
6 Cabaran dan langkah mengekalkan keamanan dan kemakmuran negara.
(10m)
(a) Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh negara untuk mengekalkan
keamanan dan kemakmuran negara[5 markah]
(b) Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas.[5 markah]

Menghayati nilai-nilai murni/iktibar/patriotism dalam usaha mengekalkan


kedaulatan negara.
7 Nilai-nilai murni /iktibar/patriotism daripada usaha mengekalkan kedaulatan
negara
Nyatakan nilai-nilai murni yang perlu ada pada setiap warganegara Malaysia
dalam usaha mengekalkan kedulatan negara. (10m)

Kesimpulan
Merumus secara keseluruhan isi yang telah dibincangkan
8 Rumusan (5m)

Pengetahuan yang diperoleh

Iktibar kepada diri,bangsa dan negara

Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang,gemilang


dan terbilang.

Cadangan Peraturan Pemarkahan (Nasionalisme di Malaysia


Sehingga Perang dunia Kedua)

1 Pengenalan/Latar belakang gerakan nasionalisme di Tanah


Melayu sehingga Perang Dunia Kedua.
Gerakan nasionalisme merupakan usaha masyarakat tempatan
menentang apa sahaja bentuk tekanan atau penjajahan terhadap mereka
oleh kuasa luar.
Penentangan bertujuan untuk membebaskan negara mereka daripada
penjajah.
Di Malaysia,penentangan terhadap British dilakukan oleh pemimpin dan
rakyat tempatan sejak abad ke-19.
Gerakan nasionalisme secara menyeluruh pula bermula pada abad ke20
Gerakan pemimpin tempatan berlaku pada awal kedatangan British ke
Malaysia.
Gerakan ini merupakan reaksi spontan masyarakat tempatan untuk
menjaga kepentingan mereka daripada dicerobohi dan dikuasai oleh orang
luar.
Antara pemimpin penentangan ialah Penghulu Dol Said/Dato Maharaja
Lela/Rentap /Mat Salleh.
[7x1m][Maksimum:5 markah]

2 Sebab-sebab penentangan
Dasar penaklukan British
Penentangan terhadap British oleh masyarakat tempatan adalah
disebabkan dasar penaklukan Britishdi daerah mereka.
Seperti di Naning,Pahang,Kelantan,Terengganu,Sarawak dan Sabah.

Dasar penaklukan British terhadap negeri-negeri Melayu bertujuan


untuk mengukuhkan kedudukan politiknya.
Melalui dasar ini,penguatkuasaan politik British menjadi luas dan
kawasan itu akan terikat dengan perintah dan peraturannya.
Contohnya,apabila British mengambilalih Melaka daripada
Belanda,Naning dipaksa menjadi jajahan takluk British dan dipaksa
membayar ufti.
Penentangan Dol Said terhadap kehendak British mencetuskan
peperangan.
Eksploitasi terhadap ekonomi tempatan
Penentangan terhadap British berlaku kerana British ingin menguasai
ekonomi tempatan bagi kepentingannya.
Penguasaan ekonomi dilakukan melalui perjanjian yang dimeterai oleh
British dengan pemimpin tempatan.
Menerusi perjanjian,saudagar dari Negeri-negeri Selat dibenarkan
menjalankan aktiviti perlombongan dan perdagangan bijih timah.
Ini menimbulkan kemarahan penduduk tempatan terhadap British.
Pelaksanaan pentadbiran Barat terhadap masyarakat tempatan
...British telah memaksa sistem pentadbiran Barat kepada penduduk
tempatan.
British memperkenalkan sistem cukai,undang-undang dan peraturanperaturan tanah untuk mendapatkan hasil yang maksimum.
Di Terengganu,penentangan berlaku kerana British menetapkan bahawa
setiap tanah yang hendak dibuka oleh penduduk mesti mendapat
kebenaran British dan tanah dikenakan cukai.
Peraturan British bertentangan dengan amalan tradisi masyarakat
tempatan.
iaitu tanah boleh dibuka mengikut keperluan mereka dan tidak perlu
membayar cukai.
Campurtangan British dalam adat resam tempatan
Campurtangan British dalam adat resam tempatan turut membawa
kepada penentangan tempatan.

British telah memaksa penduduk tempatan menerima nilai British yang


bertentangan dengan budaya tempatan .
Di Perak,J.W.W Birch telah campur tangan dalam adat resam masyarakat
Melayu,iaitu amalan menggunakan orang suruhan.
Tindakan Birch telah ditentang oleh pemimpin dan masyarakat
tempatan.
Pembesar tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh
Pemimpin tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh pentadbiran ke
atas kawasan dan anak buah mereka setelah British menjajah kawasan
mereka.
Sebelum penjajahan,kebanyakan pemimpin tempatan telah dilantik oleh
sultan ataupun masyarakatnya untuk mentadbir kawasan tersebut.
.Perlantikan ini memberikan pemimpin tempatan kuasa untuk menjaga
hal ehwal daerahnya.
Seperti soal pentadbiran,perundangan,ekonomi,dan sosial.
Penjajahan British terhadap daerah mereka menyebabkan pemimpin
tempatan kehilangan kuasa.
Keadaan ini menyebabkan rasa tidak puas hati dlam kalangan pemimpin
tempatan yang mendorong mereka menentang British.
Kesulitan penduduk tempatan
Penduduk tempatan tertekan dengan pelaksanaan undang-undang
British.
yang menyulitkan kehidupn mereka telah memberi sokongan kepada
penentangan pemimpin tempatan.
Kesetiaan kepada pembesar tempatan memberikan kerjasama dalam
menentang British.
[29x1m][Maksimum:30 markah]

3 Peristiwa penentangan pemimpin tempatan

Naning

Penentangan Penghulu Dol Said di naming antara tahun 1881 -1833

merupakan penentangan paling awal berlaku di tanah Melayu.

Sebab penentangan Dol Said ialah beliau tidak bersetuju dengan


tindakan British meletakkan Naning sebagai sebahagian daripada
wilayah jajahan British.

Tidak bersetuju dengan arahan supaya Naning menghantar 1/10


hasilnya kepada Melaka sebagai ufti.

Pada tahun 1831,British menghantar pasukan tenteranya untuk


menakluki Naning.

Dol Said menentang pasukan british.

Dol Said mendapat bantuan ketenteraan daripada Yam Tuan Ali


daripada Rembau/Syed Shaban/Penghulu Remai dan
Rechat/DatoKelana Sungai Ujong/Penghulu Gemencheh.

Dol Said berjaya mengalahkan pasukan tentera British yang


berjumlah 150 orang di bawah pimpinan kapten Wyllie yang ingin
menawan Taboh,daerah Naning.

Pada akhir tahun 1832,British dengan tentera seramai 1200 orang


menyerang Naning.

Dol Said dan pengikut-pengikutnya tidak mendapat bantuan dari


mana-mana pihak.

Pasukan British berjaya mengalahkan tentera Penghulu Dol Said.

Beliau diberi pencen dan sebuahrumah di sana.

Kelantan

Penentangan dilakukan oleh Tok Janggut.

Penentangan terhadap penjajahan British berlaku di Paser Putih


pada tahun 1910 apabila British memperkenalkan Sistem Penasihat
British.

British memaksa penduduk tempatan menerima pakai sistem cukai


yang diperkenalkan.

Tok Janggut membantah pelaksanaan sistem ini dan bertindak


enggan membayar cukai.

Bantahan Tok Janggut enggan dilayan Pegawai Daerah Paser Putih


yang telah mengarahkan pihak polis menangkap tok Janggut tetapi
gagal.

Pada tahun 1915,Engku Besar Jeram,Tuan Ahmad,Penghulu


Adam,Haji Said,Che Ishak,dan rakyat tempatan menyerang Pasir
Putih dan berjaya menawannya.

Mereka menduduki Pasir Putih selama 3 hari

Sebuah kerajaan telah dibentuk dengan Engku Besar Jeram sebgai


Raja,Tok Janggut sebgai perdana menteri,dan Che Ishak sebagai
pegawai daerah.

Dengan menggunakan nama Sultan Kelantan,British membawa


masuk pasukan tentera dari negeri selat bersama kapal perang
H.M.S Cadmus yang mendarat di Tumpat.

Pada Mei 1915 British menyerang Tok Janggut yang berkubu di


Saring.

Serangan British yang tersusun dengan penggunaan senjata yang


lebih moden berjaya melumpuhkan perjuangan Tok Janggut dan
pengikutnya.

Tok Janggut terkorban dalam serangan tersebut dan mayatnya telah


diarak ke seluruh pekan Kota Bharu sebelum digantung di pasar
dalam keadaan kepala di bawah dan kaki ke atas.

Tindakan ini merupakan amaran kepada masyarakat tempatan


yang berani menentang British.
[23x1 m][Maksimum:15 markah]

4 Bagaimanakah generasi muda hari ini dapat menjadi


warganegara Malaysia yang mampu mengekalkan kedaulatan
negara
...Mempunyai semangat setia negara yang tinggi
Sanggup berkorban untuk bangsa
Mempunyai sifat kerjasama.
Melengkapkan diri dengan segala ilmu pengetahuan yang berguna.

Menguasai pelbagai kemahiran.


Mengekalkan perpaduan kaum.
Mengukuhkan jati diri bangsa Malaysia.
Menguasai kepakaran sains dan teknologi.
Jangan mudah terpengaruh dengan agenda anasir luar.
Mengelakkan diri daripada nilai-nilai negative.
Menjaga keamanan negara.
Patuh pada ajaran agama.
Hormat-menghormati sesame individu
[16x1m][Maksimum:15 markah]

5 Kejayaan yang dicapai oleh Malaysia hasil daripada semangat


perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum
Membina Menara Berkembar Petronas
Perisytiharan Melaka sebagai Bandaraya Bersejarah Warisan Dunia
Perisytiharan Pulau Pinang sebagai Bandaraya Warisan Dunia.
Pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
program Angkasawan Negara.
Melancarkan Koridor Raya Multimedia (MSC)
Pelaksanaan K-ekonomi.
Sistem perbankan elektronik
Kemajuan sistem pengangkutan/LRT/MRT/Komuter/Monorail.
Pembinaan Jambatan Pulau Pinang
Pembinaan Menara Kuala Lumpur.
Pelancaran Kapal Selam KD Tun Razak.
[13x1m][Maksimum 10 markah]
[Mana-mana jawapan lain yang munasabah]

6 (a) Cabaran yang dihadapi oleh negara untuk mengekalkan


keamanan dan kemakmuran negara .
Mengukuhkan perpaduan kaum
Pelbagai bahasa
Pelbagai budaya
Pelbagai kepercayaan/agama
Pelbagai fahaman politik
Pendudukan yang berbeza
Polarisasi kaum
Merapatkan jurang perbezaan pendapatan/ekonomi
Merapatkan jurang perbezaan pendidikan
Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja
Mudah terpengaruh dengan anasir luar
[12x1m][Maksimum:5 markah]
(b) Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas ialah
Menjayakan konsep 1 Malaysia.
Pengamalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
Pengamalan Prinsip Rukun Negara.
Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Pelaksanaan Dasar Pendidikan kebangsaan
Penganjuran Sukan Malaysia(SUKMA)
Konsep Rumah Terbuka setiap musim perayaan.
Program latihan Khidmat Negara(PLKN)
Pengagihan ekonomi secara seimbang
[Mana-mana jawapan lain yang munasabah]

7 Penerapan nilai murni/iktibar/patriotisme dalam usaha


mengekalkan kedaulatan negara.
Cinta akan negara.
Kerjasama antara pelbagai kaum.
Bertolak ansur.
Kebijaksanaan pemerintah.
Keadilan.
Berani mempertahankan negara.
Berakhlak mulia.
Menghormati hak asasi manusia.
Permuafakatan antara pemimpin-pemimpin rakyat.
Sanggup berkorban untuk negara.
[10x1m][[Maksimum:10 markah]

8 Rumusan
Pengetahuan yang diperoleh
Iktibar kepada diri bangsa dan negara.

Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang,gemilang dan


terbilang.

You might also like