You are on page 1of 2

Refleksi

Alhamdulillah tugasan yang diberikan telah berjaya disiapkan. Saat


menerima tugasan ini, saya tidak berlengah bagi kerja-kerja pengumpulan bahan
kerana saya dapati tugasan ini memerlukan penelitian dan kefahaman berkaitan
dengan tajuk yang tinggi. Kekangan masa juga menjadi masalah utama kerana
saya bukanlah pelajar sepenuh masa. Saya juga dituntut untuk melaksanakan
tugas hakiki di sekolah. Saya mencari bahan-bahan berkaitan dengan tajuk
tugasan melalui internet dan buku-buku rujukan. Di sini sedikit sebanyak saya
belajar cara untuk mendapatkan bahan melalui internet. Sungguhpun begitu
tidak semua sumber yang diperolehi boleh dijadikan bahan rujukan kerana
diragui kesahihannya. Saya mendapatkan buku-buku rujukan ilmiah berkaitan
dengan tajuk bagi mengumpul maklumat yang diperlukan. Bahan-bahan tersebut
saya kumpul dan catatkan sumbernya sebagai bahan rujukan di masa akan
datang.
Setelah semua maklumat yang diperlukan dikumpul, seterusnya ialah
proses maklumat tersebut saya dokumentasikan. Maklumat yang diperolehi
haruslah saya ringkaskan dalam bentuk pengurusan grafik. Pada awalnya
tugasan ini agak merumitkan kerana banyak nota yang harus saya teliti dan
ringkaskan bagi memudahkan kerja-kerja pengurusan grafik. Saya perlu
membaca satu persatu semua bahan yang dikumpulan. Dengan bantuan sistem
Smart Draw saya mampu menghasilkan pengurusan grafik yang bersesuaian
dengan tajuk tugasan.
Dalam

kesibukan

menyiapkan

tugasan

pengurusan

grafik

saya

menghadapi sedikit masalah berkaitan tugasan menghasilkan buku cerita.


Pelbagai pesoalan timbul ketika ini di mana saya tidak mempunyai idea bagi
menghasilkan buku cerita sebanyak 10 halaman. Apa yang nak saya muatkan
dalam buku tersebut?. Bagaimanakah jalan cerita yang nak saya muatkan?.
Setelah berbincang dan mendapatkan pandangan dari pensyarah, rakan-rakan

dan isteri maka saya bercadang menghasilkan sebuah buku cerita autobiografi
berkaitan respirasi sel. Satu pengalaman baru bagi saya kerana saya bukanlah
seorang guru bahasa. Menterjemahkan idea bagi menghasilkan buku cerita satu
perkara yang amat sukar. Namun begitu, setelah semuanya selesai saya rasa
amat berbangga dengan diri saya. Ternyata saya mampu melakukannya
walaupun tidaklah sebaik mana.
Antara pengajaran yang saya boleh kongsikan di sini ialah dalam
menuntut ilmu kita tidak boleh menjadi seorang yang kedekut. Bagi
mendapatkan maklumat berkaitan tajuk saya tidak terlalu berkira dalam membeli
buku-buku rujukan. Saya akan pastikan maklumat yang dikumpulkan selaras
dengan tajuk tugasan. Saya juga tidak boleh malu untuk bertanya kepada orangorang yang lebih berpengalaman. Apa yang menjadi panduan utama ialah saya
perlu bijak menguruskan masa agar tidak perlu melakukan tugasan di saat akhir.
Semuanya saya dapat tempuhi dengan mudah. Terima kasih buat semua yang
membantu saya sama ada secara langsung atau pun tidak langsung dalam
penghasilan tugasan ini.

You might also like