You are on page 1of 9

10 Tanda Awal Menghidap Penyakit Buah Pinggang

Ramai daripada kita yang sebenarnya mempunyai penyakit buah pinggang, tetapi kita tidak
menyedarinya. Ini disebabkan sebahagian dari tanda-tanda penyakit buah pinggang mungkin
kelihatan seperti gejala penyakit lain. Jadi bagaimana untuk mengetahui yang anda
mempunyai penyakit buah pinggang? Untuk mengetahuinya mari kita lihat tanda-tanda awal
penyakit buah pinggang yang saya kongsikan di bawah.
1. Anda perhatikan perubahan dalam pembuangan air kencing. Lihat pada kekerapan
pembuangan air kencing samada anda kencing dengan kerap atau kurang kerap dari
kebiasaan. Perhatikan juga jika terdapatnya darah di dalam air kencing anda.
2. Anda mengalami keletihan sepanjang masa. Kegagalan buah pinggang tidak dapat
menghasilkan hormon yang mencukupi untuk tubuh menghasilkan sel darah merah. Tanda
penghasilan sel darah merah yang mencukupi boleh menyebabkan anemia dan akibatnya
anda akan mengalami keletihan yang melampau.
3. Anda mengalami pembengkakan pada salah satu anggota di tubuh badan. Buah
pinggang yang sihat akan berfungsi untuk mengeluarkan bendalir yang berlebihan dari badan
anda. Dan sebaliknya akan berlaku sekiranya buah
pinggang anda mengalami kegagalan.
4. Anda
mengalami
ruam
dan
kegatalan.
Kegagalan buah pingganguntuk mengeluarkan
sisa-sisa buangan dari tubuh anda akan
menyebabkan anda mengalami kegatalan yang
teruk.
5. Perhatikan sekiranya ada rasa seperti logam
di dalam mulut anda. Ini adalah salah satu
tanda-tanda awal kegagalan buah pinggang. Ianya
juga berlaku disebabkan oleh terkumpulnya sisa
buangan di dalam darah.
6. Anda mengalami loya dan muntah-muntah. Ini juga disebabkan oleh pengumpulan sisa-sisa
buangan di dalam darah.
7. Anda berasa sejuk sepanjang masa. Mereka yang mengalami anemia mungkin akan berasa
kesejukan sepanjang masa walaupun dalam cuaca yang panas.
8. Anda merasa kesukaran untuk bernafas. Ini tanda awal penyakit buah pinggang yang
mungkin disebabkan oleh anemia atau pengumpulan bendalir di dalam paru-paru.
9. Anda merasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah. Ini adalah tempat
terletaknya buah pinggang anda. Beberapa bentuk penyakit buah pinggang boleh menyebabkan
ketumbuhan yang akan mewujudkan rasa sakit pada buah pinggang.
10.

Anda kerap berasa pening kepala. Ini boleh disebabkan oleh anemia yang mengakibatkan
kekurangan oksigen di dalam otak.

* Kebanyakan dari tanda-tanda awal penyakit buah pinggang juga merupakan tanda kepada
penyakit-penyakit lain. Jadi sekiranya anda merasakan anda mungkin mengalami masalah buah
pinggang, jalan yang pasti untuk mengetahuinya hanyalah dengan berjumpa doktor untuk
melakukan pemeriksaan. - Melayukini.net

Page | 1

Tanda Awal Penyakit Buah Pinggang Dan Cara Mencegahnya

RAMAI orang beranggapan mereka cukup sihat, walaupun bertahun-tahun tidak menjalani
pemeriksaan kesihatan. Malah, tidak kurang juga beranggapan mereka tidak akan berdepan
masalah kesihatan, sedangkan setiap orang sebenarnya mempunyai risiko sama untuk
mengalaminya kerana kebanyakan penyakit kronik menyerang badan dalam diam. Sikap
suka meletakkan diri dalam keadaan selesa menyebabkan ramai melepaskan peluang
menjalani pemeriksaan kesihatan, walaupun ia diberikan secara percuma.
Sikap ini juga menyebabkan ada yang tidak boleh menerima hakikat apabila diberitahu
mereka menghidap sesuatu penyakit serius kerana tidak mengalami sebarang gejala.
Namun, itulah sifat penyakit kronik. Kehadirannya tidak dirasai dan pesakit masih boleh
menjalankan kegiatan harian tanpa masalah kerana kesan hanya timbul apabila penyakit
sampai ke tahap serius.
Fenomena sama turut ditunjukkan dengan masalah kerosakan buah pinggang.Ia mengambil
masa bertahun-tahun sebelum menunjukkan kesan kepada kesihatan.Bagaimanapun, anda
perlu lebih berhati-hati dan segera mendapatkan pemeriksaan kesihatan jika anda
mengalami tanda seperti:

-Ketidakselesaan atau rasa terbakar ketika membuang air kecil.


-Darah keluar bersama-sama air kencing.
-Perubahan pada kekerapan membuang air kecil.
-Sakit belakang.
-Kerap buang air kecil, terutama pada tengah malam.
-Bengkak pada pergelangan kaki.
-Sembap pada keliling mata yang berlarutan, terutama pada
sebelah pagi.

Semua tanda di atas menunjukkan seseorang itu mengalami masalah kerosakan buah
pinggang. Biasanya gejala ini dianggap perkara biasa dan sering diketepikan, sedangkan
ia petanda penting kepada masalah buah pinggang.
Risiko kegagalan buah pinggang semakin tinggi dengan pertambahan umur.Setiap tahun
dianggarkan 2,400 kes baru kegagalan buah pinggang dilaporkan dan kes baru di kalangan
golongan berumur antara 60 hingga 65 tahun menunjukkan peningkatan 25 peratus.
Buah pinggang bertugas menapis darah dan membuang bahan toksik, sisa buangan dan air
berlebihan dari badan.Kegagalan buah pinggang melakukan tugas penting ini boleh
menyebabkan pesakit menemui maut jika rawatan penggantian buah pinggang tidak
dilakukan. Namun, bukan mudah untuk mendapatkan buah pinggang baru dan kosnya pula
sangat mahal; boleh mencecah RM300,000!
Justeru, perkara terbaik ialah menjalani pemeriksaan pengesanan. Ujiannya pula sangat
mudah iaitu melalui ujian darah dan air kencing yang mengambil masa beberapa minit saja.
Selain dua ujian mudah ini, beberapa kaedah lain boleh digunakan, iaitu biopsi jarum halus
dan ujian bagi tekanan darah tinggi dan kencing manis.
Page | 2

Kaedah terbaik untuk mengelak menanggung kos perubatan tinggi ialah kerap membuat
pemeriksaan kesihatan untuk mengesan penyakit pada peringkat awal. Ujian saringan
kesihatan ini sangat mudah dan keputusannya boleh diketahui segera.
Semua orang perlu menjalani pemeriksaan kesihatan ini, terutama mereka yang
mempunyai sejarah atau ahli keluarga menghidap penyakit kencing manis dan tekanan
darah tinggi, kerana mereka berisiko tinggi mendapat masalah kegagalan buah pinggang.
Kencing manis dan tekanan darah tinggi yang tidak terkawal juga antara punca
utama kerosakan buah pinggang. Jika ini berlaku, bermakna pesakit terpaksa
bergantung kepada mesin dialisis darah sepanjang hayat.
Saringan ini sangat mudah. Tiga parameter diukur iaitu tekanan darah, kandungan glukosa
darah dan kandungan protein dalam air kencing. Jika air kencing menunjukkan ada protein,
pesakit disaran menjalani ujian susulan untuk pengesahan kerana ia antara petanda awal
kegagalan buah pinggang.
Masalah kegagalan buah pinggang yang semakin meningkat di kalangan masyarakat kita
dipercayai akibat gaya hidup dan tabiat pemakanan tidak sihat yang boleh menjurus
kepada penyakit kencing manis serta tekanan darah tinggi.
Kajian terbaru Universiti Sains Malaysia (USM) 2004 mendapati, rakyat Kelantan paling
ramai menghidap kencing manis (78,000 orang) dan kebanyakannya adalah pesakit muda
berumur 30 tahun.
Peningkatan sekali ganda sebanyak 13 peratus ini sangat merisaukan berbanding hanya 5.3
peratus 10 tahun lalu.
Kencing manis juga menyebabkan 95.3 peratus pesakit di negeri itu terpaksa kehilangan
anggota badan yang kesemuanya berpunca daripada pengambilan gula berlebihan.
Jika anda turut mengamalkan gaya hidup tidak sihat, masih belum terlewat untuk
mengubahnya.
Mulakan hidup baru dengan menjalani ujian saringan ini sebelum membuat pemeriksaan
berkala sekurang-kurangnya setahun sekali.
Kegagalan buah pinggang juga boleh dicegah dengan mengamalkan:

Pemakanan seimbang.
Minum sekurang-kurangnya 2.5 liter air kosong sehari.
Makan ubat selepas mendapat nasihat doktor. Paling penting,
elakkan ubat yang tidak perlu termasuk ubat untuk
menguruskan badan.
Kekalkan berat badan seimbang.
Bersenam setiap hari sekurangnya-kurangnya 30 minit.

Page | 3

Sakit Buah Pinggang : Kenali Simptom-Simptom Awal


Buah PinggangPada 13-Mac-2008 yang lalu adalah dikenali sebagai Hari Buah
Pinggang Sedunia. Arikel kali ini saya ingin mengajak anda untuk mengenali buah
pinggang anda.
Proses metabolisma di dalam badan berlaku setiap masa. Melalui proses ini, badan
akan menyerap segala nutrien yang diperlukan dan mengeluarkan sisa-sisa / toksin yang
tidak diperlukan. Buah pinggang berfungsi untuk membantu mengeluarkan sisa-sisa ini
melalui pembuangan air kencing dan peluh yang bertujuan mengimbangkan kandungan air,
elektrolit nuklear dan keseimbangan pH dalam badan.
Mengamalkan minum air kosong dengan kuantiti yang banyak (8 gelas) setiap hari
sebenarnya dapat membantu badan mengeluarkan sisa-sisa yang dihasilkan daripada
proses metabolisma, mengurangkan keracunan dalam badan dan secara tidak langsung
dapat menghindari daripada serangan sakit buah pinggang. Kadar proses metabolisma di
dalam badan akan meningkat / lebih aktif sekiranya kita sakit / demam, maka semakin
bertambahlah bahan-bahan sisa dan racun-racun dalam badan yang perlu dikeluarkan. Oleh
itu, disarankan supaya kita banyakkan mengambil air kosong bagi memudahkan proses
perkumuhan.
Kebiasaannya, sakit buah pinggang hanya dapat dikesan ketika dalam keadaan yang
telah kritikal. Kenapalah ini boleh berlaku? Sebenarnya, terdapat simptom-simptom tertentu
yang menunjukkan buah pinggang seseorang itu bermasalah, namun ianya kurang
dititikberatkan kerana tiada kesan luar biasa yang berlaku.
Tanda-tanda Awal Masalah Buah Pinggang?
1. Bengkak air
Bengkak air dapat dikesan sekirang berlaku kebengkakkan pada bahagian mata dan
muka. Kebengkakkan ini hanya berlaku pada sebelah pagi dan kembali normal di sebelah
petang. Selain itu, sekiranya seseorang itu berada dalam situasi kepenatan, kebengkakkan
ini juga akan bertambah. Bengkak air yang serius akan menunjukkan kesan dimana-mana
bahagian pinggang hingga ke kaki seperti kebengkakkan di buku lali. Bengkak air yang
berpunca daripada penyakit ginjal akan menunjukkan kesan bengkak di sekeliling mata dan
muka pada waktu pagi dan waktu petang ia akan kembali baik. Bengkak air yang teruk
akan menyebabkan bengkak dan sakit pada tumit kaki dalaman, kaki dan pinggang.
2. Keratan Buah PinggangTekanan darah tinggi
Tekanan darah tinggi yang berpunca daripada masalah buah pinggang adalah sama
dengan tekanan darah tinggi yang berpunca daripada penyakit lain. Ia mengakibatkan sakit
kepala, pening, rabun dan berdengung di telingga. Pemeriksaan tekanan darah secara
berkala atau kerap penting untuk memastikan tekanan darah berada di dalam keadaan
normal. Ramai orang mengabaikan pemeriksaan ini disebabkan mereka telah lali dengan
simptom-simptom seperti di atas dan tidak mengambil tindakan selanjutnya.
Page | 4

3. Sakit pinggang
Seringkali menghadapi masalah kesakitan di bahagian pinggang secara berkala
ataupun berterusan.
4. Kencing terlalu banyak atau terlalu sedikit
Kuantiti air kencing orang normal adalah antara 1000ml 2000ml setiap hari dengan
puratanya 1500ml setiap hari. Tidak kiralah banyak atau sedikit kencing, ia kemungkinan
tanda-tanda masalah buah pinggang. Perlu diambil perhatian, sekiranya seseorang itu
kerap membuang air kecil di sebelah malam.
5. Keputusan ujian air kencing yang tak normal
Sekiranya setelah menjalani pemeriksaan air kencing, ujian mendapati terdapat
unsur protein, sel merah, sel putih, bentuk organ dan glukosa di dalam air kencing,
seseorang itu dinasihatkan untuk menjalani pemeriksaan yang lebih lanjut.

Tanda-Tanda Sakit Di Badan : Suatu Keajaiban Yang Wajib Anda Tahu


Tanda-tanda sakit yang acapkali kita rasakan sehubungan kait dengan fungsi badan
yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh tiap kesehatan diri anda karena informasi ini cukup
bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pula, kalau ada masalah dengan badan badan
cepat-cepat lah pergi ke klinik atau rumah sakit walaupun sakit hanya datang sebentar saja
karena mungkin dengan datang sebentar adalah untuk memberi clue/hint yang kita ini asli
nya sakit.
* p.s : Kalau merasa macam was was, silakanlah bertanya pada yang pakar, kami cuma
ingin berkongsi informasi saja.
1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).
a) Mata menjadi merah : Hati dengan bonus muka toksin
yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan
kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
b) Mata menjadi kabur : Sering terjadi pada waktu pagi.
Menandakan proses penyeimbangan hati sedang terjadi.
c) Keluar kotoran mata : Fungsi hati lemah, pembuangan
toksin sedang terjadi. Ini juga menunjukkan badan dengan
bonus asam berlebihan.
d) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan
kerja
e) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan merasa karena tidak puas hati atau
bebanan yang berat.
2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan dekat dengan paru-paru dan kerongkong).
a) Flu : Proses pembuangan toksin di bagian kerongkong. Badan dengan bonus asam
berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
b) Hidung sumbat : Paru-paru dengan bonus toksin yang berlebihan. Proses
menyeimbangkan masalah alergi hidung.
b) Bersin

i) Proses membuang toksin di bagian kerongkong.


ii) Proses menyeimbangkan masalah alergi hidung.
Page | 5

3. BATUK
a) Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bagian kerongkong.
b) Batuk tanpa kahak : Paru-paru dengan bonus toksin yang berlebihan. Biasanya
kahak pekat keluar setelah beberapa hari memakan RG.
c) Batuk dan merasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bagian
kerongkong dan paru-paru, biasanya terjadi pada orang yang banyak merokok atau
terpapar kepada udara yang tercemar.
4. KERONGKONG
a) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang terjadi di seluruh badan. Ini
adalah tanda bahwa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
b) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Muka keracunan lebih serius.

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem pencernaan)


a) Bibir pucat
i) Sistem pencernaan yang lemah.
ii) Perut dengan bonus angin.
iii) Kurang darah yang disebabkan oleh sistem pencernaan yang kurang sempurna
dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi
pencernaan dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
b) Bibir kering dan pecah. Perut dengan bonus banyak bahan toksin.
6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedar darah.
a) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti
santan yang berlebihan, katup menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
b) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah dengan
bonus asam berlebihan.
c) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.
7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
a) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang dengan bonus toksin berlebihan.
b) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tempat kaki
terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.
8. KULIT Berpeluh :
a) Peluh asin : Badan dengan bonus lebihan asam urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.
9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak
larut dalam air.

Page | 6

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat
terlalu banyak memakan obat yang dengan bonus bahan kimia.
11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan
serbuk Ganoderma pada kulit terkait.
12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Setelah proses
gugur, rambut akan tumbuh kembali dengan lebih sehat dan subur.
13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
a. Sakit Sendi
i) Merasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bagian sendi terkait dan tanda- tanda
penyakit pirai (gout).
ii) Tidak merasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di bagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi
metabolisme tidak seimbang.
b) KEBAS TANGAN : Aliran darah di bagian atas badan tidak luncurkan.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika merasa
kebas menjadi sakit di bagian lengan dan tetap di sana, ini menandakan serangan sakit
jantung mungkin terjadi.
d) KEBAS KAKI : Aliran darah di bagian bawah badan tidak luncurkan.
e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh
kekurangan senam dan tempat tersisa terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga
batin.
h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong
Kong Foot).
14. TANDA-TANDA DALAMAN
A. KEPALA. Secara umumnya, segala tindak balas yang terjadi di bagian kepala
mempunyai kaitan dengan sistem aliran darah, jantung dan saraf otak.
B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis)
akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
a) Bagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
b) Bagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau
tekanan darah.
D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.
E. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang terjadi. Kadang-kadang
dikaitkan dengan penyakit migrain.
F. RASA PENING YANG MEMUSING : Tanda kurang darah atau aliran darah tidak
luncurkan.
Page | 7

15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH
a) LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bagian perut.
b) MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rusak di bagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rusak di bagian perut; misalnya
penyakit ulser.
16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.
17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat
infeksi kuman
18. KENCING
a) KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang dengan bonus kotoran
b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit mil karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang dengan bonus kotoran
berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin
sedang terjadi.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit mil karang atau buah pinggang luka.
19. BUANG AIR BESAR
a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar.
Cirit-birit dengan serta merta setelah memakan RG, menandakan penyakit tumor di bagian
usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau tumor di bagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bagian usus
sedang terjadi.
20. BADAN
a) RASA SAKIT : Secara umumnya, segala merasa sakit badan adalah disebabkan saluran
darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan
organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses meluncurkan aliran darah.
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan dengan bonus asam yang berlebihan.
Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS . Badan dengan bonus asam yang berlebihan. Ini menandakan
badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
Page | 8

d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang
terjadi.
21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.
24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
a) Sistem jantung yang lemah.
b) Sistem saraf otak yang lemah.
c) Masalah aliran darah.
25. SUKA BERFIKIR KOSONG DAN BERKHAYAL : Sistem pencernaan yang lemah.
Disediakan oleh: Pn. Rusnani Omar
( Asisten Pendaftar, Unit Keamanan & kesehatan Pekerjaan )
Universiti Malaysia Perlis

Page | 9

You might also like