You are on page 1of 10

Topic : E-FORUM 1

D053827
RAFIDAH BINTI YAAKOB
Replies :84
Views : 362

General Forum : E-FORUM Posted On : 11 Mar 2015 11:22:15 AM


Subject : Re : E-FORUM 1
Kaedah merupakan satu tindakan guru yang teratur dalam
pembelajaran dan pengajaran supaya objektif tercapai.Ianya
merupakan langkah jangka pendek , tersusun, sistematik serta
dijalankan secara berperingkat - peringkat.Contoh :Kaedah oral Aural
yang mana pelajar mengembangkan kemahiran bahasa iaitu
mendengar, menulus,bertutur dan membaca.
Pendekatan menurut Kamus Dewan 1998 pula menyatakan bahawa
cara atau langkah2 bagi memulakan serta melaksanakan satu- satu
tugasan.Ianya dipilih berasaskan teori - teori tertentu.Contoh
pendekatan adalah berpusatkan murid, iaitu murid memainkan
peranan dalam P & P .
Teknik pula adalah teknik mencipta sesuatu hasil seperti muzik, atau
mengarang.Ianya juga sebagai strategi yang digunakan Oleg guru
bagi mencapai matlamat dalam P & P.

Topic : E-FORUM 1
D053827
RAFIDAH BINTI YAAKOB
Replies :84
Views : 362

General Forum : E-FORUM Posted On : 12 Mar 2015 09:32:51 AM


Subject : Re : Re : E-FORUM 1
Item
Pendekatan

Konsep
Cara objektif pelajaran
dicapai

Kaedah

Cara mendekati obj.


pelajaran dgn langkah

Contoh
Induktif,deduktif,
elektik

Kaedah natural,
terjemahan,

pengajaran yang tersusun. ajukhafaz,linguistik

Teknik

Kemahiran guru utk


menjalankan kaedah
pengajaran.

main peranan
latihtubi
bercerita
inkuiri

Topic : E-FORUM 1
D053827
RAFIDAH BINTI YAAKOB
Replies :84
Views : 362

General Forum : E-FORUM Posted On : 15 Mar 2015 05:25:49 AM


Subject : Re : Re : E-FORUM 1
Kedah pengajaran ialah satu perancangan atau prosedur bagi
melaksanakan sesuatu pengajaran secara teratur.Pengajaran bermula
dengan peraturan - peraturan bahasa ,perbendaharaan kata secara
terasing,paradigma serta terjemahan.Teknik pengajaran pula
merupakan suatu alat yang digunapakai oleh guru bahasa dalam
menyampaikan bahan pengajaran terpilih untuk para
pelajar.Pendekatan adalah proses pengendalian pengajaran secara
keseluruhan di dalam kelas.Ianya perlu disesuaikan dengan
perkembangan diri dan kebolehan pelajar agar suasana pembelajaran
lebih menarik serta berkesan.Kepelbagaian aktiviti dan juga
pemilihan bahan yang sesuai mengikut kebelohan,keupayaan , bakat
dan minat para pelajar ( Juriah Long, et al.1992:34).

Topic : E-FORUM 1
D053827
RAFIDAH BINTI YAAKOB
Replies :84
Views : 362

General Forum : E-FORUM Posted On : 19 Mar 2015 07:23:27 AM


Subject : Re : Re : E-FORUM 1
Terima kasih atas penyampaian yang bernas ini.Seorang guru mesti
mempunyai cara, pendekatan serta teknik yang berkesan bagi
memastikan isi pelajaran dapat disampaikan dengan baik.Guru
hanyalah sebagai pemudahcara / pembimbing dan selebihnya adalah
daya usaha pelajar itu sendiri.
Kaedah pula menjelaskan bagaimana seseorang itu bertindak bagi
memastikan pelajar faham apa yang akan diajar.Ini berkaitan dengan
langkah2 pengajaran yang tersusun rapi dan mempunyai
kesinambungan demi mencapai sesuatu objektif.
Teknik pula lebih kepada pengendalian suatu organisasi dan juga
penggunaan alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi
menyampaikan bahan2 pengajaran yang ditentukan dalam sesi
pengajaran.Teknik tersebut perlu seimbang dengan kaedah yang
digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti (Raminah
Sabran dan Rahim Syam , 1985:3-4).

Topic : E-FORUM 1
D053827
RAFIDAH BINTI YAAKOB
Replies :84
Views : 362

General Forum : E-FORUM Posted On : 19 Mar 2015 08:08:15 AM


Subject : Re : Re : Re : E-FORUM 1
Menurut Kamarudin Husin,( 1998) pendekatan ialah satu kumpulan
andaian yang saling berkaitan yang mencerminkan suatu pandangan
atau falsafah yang berkaitan dengan proses pengajaran dan
pembelajaran .Kaedah pula adalah satu perancangan bagi

melaksanakan sesuatu perkara agar pelaksanaannya berjalan dengan


jayanya.Kaedah juga adalah alat yang membolehkan pengajaran lebih
teratur,kemas dan bersistem.Teknik merupakan strategi yang
digunakan untuk mencapai tujuan yang dirancang oleh guru di dalam
objektif pengajaran.

Topic : E-FORUM 2
D053827
RAFIDAH BINTI YAAKOB
Replies :63
Views : 267

General Forum : E-FORUM Posted On : 15 Mar 2015 08:19:07 PM


Subject : Re : E-FORUM 2
Penggabungjalinan ialah proses dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran.Bahan - bahan pengajaran yang mempunyai urutan
yang betul hendaklah disampaikan secara berturutan dan saling
berkait antara satu dengan lain.Antara lain tujuan strategi ini ialah
pelajar dapat menguasai kemahiran berbahasa secara serentak.Ianya
meliputi topik,konsep,tujuan,prinsip serta bentuk.Bentuk pengajaran
menjadi lebih unik, berkesan mampu menarik .Guru berpeluang
mengaplikasikan kemahiran sedia ada, dalam menyampaikan sesi
pengajaran yang berbeza. Aktiviti P& P juga turut dijalankan melalui
pelbagai kemahiran yakni lisan,membaca,menulis dan mampu
melibatkan penglibatan pelajar secara menyeluruh.Strategi
penggabungjalinan mempunyai 4 prinsip utama yang perlu dipatuhi
( Juriah Long,1992:24).Antaranya ialah ianya mestilah mudah ubah
dan bergantung sepenuhnya kepada matlamat serta objektif P &
P.Kedua, guru harus tahu kemahiran yang mahu
digabungjalinkan.Perancangan kemahiran fokus dan sampingan
haruslah disediakan dengan teratur.Penggabungjalinan yang
dilakukan hendaklah menjurus kepada kebolehan dan pencapaian
pelajar.Strategi ini terdiri daripada 3 bentuk iaitu penggabungjalinan
kemahiran, penggabungjalinan bahan dan penggabungjalinan aktiviti.
Ketika mengajar subjek Muzik dan Pendidikan Seni,kita juga boleh
menggabungjalinkan kemahiran bahasa.Sekurang- kurangnya dua
aktiviti dapat digabungjalinkan mengikut keperluan serta
keseduaian.Contohnya , dalam aktiviti lisan,berceramah, aktiviti
penulisan iaitu mencatat isi - isi penting dapat digabungjalinkan.

Topic : E-FORUM 2
D053827
RAFIDAH BINTI YAAKOB
Replies :63
Views : 267

General Forum : E-FORUM Posted On : 20 Mar 2015 06:23:28 AM


Subject : Re : Re : Re : E-FORUM 2
Terima kasih atas perkongsian idea serta
pendapat.Penggabungjalinan adalah proses dalam sesi pengajaran
Dan pembelajaran yang menyediakan bahan-bahan pembelajaran
supaya bidang kemahiran yang berkait dapat disampaikan secara
bwrturutan .Penggabungjalinan ini mestilah mudah ubah bergantung
kepada matlamat serta objektif P & P yang ingin dicapai.Kemahiran
yang digabungjalinkan juga hendaklah sesuai.Guru perlu merancang
kemahiran fokus dan juga sampingan dengan baik.Kebolehan serta
pencapaian pelajar juga wajar dipentingkan semasa

ppenggabungjalinan ini dilakukan.

Topic : E-FORUM 2
D053827
RAFIDAH BINTI YAAKOB
Replies :63
Views : 267

General Forum : E-FORUM Posted On : 24 Mar 2015 10:31:22 AM


Subject : Re : Re : Re : E-FORUM 2
Penggabungjalinan adalah Satu usaha yang berupaya mengelakkan
guru dari mengajar kemahiran yang tidak tentu hala.Pengukuhan satu
aspek kemahiran bahasa itu dengan yang lain bag I menjadikannya
lebih berkesan.Antara tujuan penggabungjalinan ialah kemahiran
dapat dikuasai secara serentak.Aktiviti juga akan jadi lebih menarik
dan kreatif.Pelajar mampu belajar dengan lebih seronok dan
aktif.Hubungan antara guru dan murid juga lebih rapat dan Susana
pembelajaran menjadi lebih selesa .Persaingan antara pelajar ketika
sesi pembelajaran juga lebih sihat dan mampu memotivasikan antara
satu dengan lain.

Topic : E-FORUM 3
D053827
RAFIDAH BINTI YAAKOB
Replies :43
Views : 192

General Forum : E-FORUM Posted On : 18 Mar 2015 11:15:23 AM


Subject : Re : E-FORUM 3
Pengenalan, penyampaian,penilaian dan penerapan adalah peringkat
- peringkat yang terdapat di dalam pendekatan 4P.Peringkat pertama
iaitu pengenalan di mana guru akan memberikan contoh- contoh yang
sesuai disamping penjelasan2 yang mudah difahami kepada
pelajar .Pelajar akan memberikan tumpuan yang maksima terhadap
pengajaran guru.Set induksi yang menarik, ringkas juga turut
diamvilkira dalam mencuri perhatian setiap pelajar bagi sesuatu sesi
pembelajaran.
Penyampaian pada peringkat kedua pula adalah kesinambungan dari
yang pertama.Guru menyediakan aktiviti- aktiviti yang sesuai dengan
topik yang mana pelajar boleh melakukannya seperti analisis, interpret
, serta peneguhan.Selain itu, soalan- soalan yang dikemukakan
kepada pelajar akan memberikan suasana pembelajaran yang
kondusif dan aktif.
Penilaian pula mengambil tempatnya menerusi peringkat ketiga
ini.Pelbagai bentuk latihan disediakan bagi mengukur tahap
pemahaman pelajar.Menerusi penilaian ini juga dapat meningkatkan
kemahiran berfikir pelajar.
Pelajar akan menggunakan pengalaman dan pengetahuan mereka
dengan menyatakan mahupun secara bertulis.Guru akan memberikan
bimbingan dan kekuatan mental digunakan oleh pelajar dalam
melakukan aktiviti membina ayat,bertutur dan menulis.
Floyd Bergman (1977) memperkenalkan pendekatan 4P yang
dianggap begitu berkesan dalam menguasai tatabahasa

Topic : E-FORUM 3
D053827
RAFIDAH BINTI YAAKOB

General Forum : E-FORUM Posted On : 27 Mar 2015 11:47:15 AM


Subject : Re : Re : E-FORUM 3
Terima kasih atas penerangan yang panjang lebar. Guru seharusnya
mempunyai persediaan yang cukup sebelum memulakan
pengajaran.Langkah pertama ialah pengenalan.Guru mesti

Replies :43
Views : 192

memberikan pengenalan serta contoh2 yang bersesuaian supaya


pelajar mengetahui tentang topik pada hari berkenaan.Guru juga perlu
menunjukkan demonstrasi dengan jelas.Penyampaian yang
bersungguh2 juga akan memberikan kesan terhadap sesi pengajaran
pada hari tersebut.Bagi tujuan penilaian pula, guru perlu memberikan
latihan -latihan yang secukupnya kepada pelajar.Tahap terakhir ialah
aktiviti- aktiviti yang sesuai dengan tahap pembelajaran sesuatu
kelas.Mereka juga mampu berkomunikasi dengan guru dalam
membincangkan sesuatu masalah ataupun memerlukan bimbingan
daripada guru .

Topic : E-FORUM 3
D053827
RAFIDAH BINTI YAAKOB
Replies :43
Views : 192

General Forum : E-FORUM Posted On : 06 Apr 2015 05:19:23 AM


Subject : Re : Re : Re : E-FORUM 3
Terima kasih atas perkongsian idea .Sesi pengajaran yang berkesan
adalah ianya mempunyai elemen-elemen 4P iaitu
Pengenalan,Penyampaian, Penilaian dan Penerapan.Kesemua ini
perlu ada bagi memastikan keberkesanan sesuatu pengajaran.Guru
perlu memperkenalkan tajuk kepada pelajar.Cara dan gaya
penyampaian pula adalah berkaitan dengan tajuk .Penilaian pula
merujuk kepada sesi membuat latihan yang telah disediakan.Latihan
tersebut mampu mengesan kefahaman para pelajar terhadap
pelajaran pada hari itu.Langkah terakhir ialah penerapan yang mana
pelajar menulis idea mereka terhadap tajuk yang telah mereka
pelajari.

Topic : E-FORUM 4
D053827
RAFIDAH BINTI YAAKOB
Replies :34
Views : 145

General Forum : E-FORUM Posted On : 13 Mar 2015 08:15:50 PM


Subject : Re : E-FORUM 4
Penilaian adalah satu proses yang bersistematik bagi mendapatkan
maklumat dalam menentukan sesuatu prestasi.Ianya juga adalah
proses menguji, mengukur serta membuat pertimbangan mengenai
kebolehan mahupun kemahiran berdasarkan objektif pengajaran dan
pembelajaran ( Koh Boh Boon, 1989:10)
Penilaian formatif yakni penaksiran yang sistematik dilakukan
sepanjang tahun.Ianya digunakan bagi mengesan tahap penguasaan
kemahiran pelajar dalam sesuatu unit.Maklumat yg dikumpulkan itu
akan digunakan segera dan berterusan dalam memberikan bimbingan
kepada pelajar dan seterusnya memudahkan guru mencapai objektif
dalam P & P.Penilaian ini menggunakan pemerhatian,latihan serta
senarai semak.Maklumat tersebut digunakan oleh guru dalam
membimbing dan memperbaiki kelemahan pelajar.Itulah ciri - ciri
penilaian formatif.
Berikut pula adalah ciri-ciri penilaian sumatif.Ianya diukur merangkumi
semua tajuk dan bidang yang diajar dalam satu jangka waktu
tertentu.Guru dapat menilai sejauhmana objektif pencapaian
pengajaran yang telah dicapai dan juga membuat perbandingan
antara pelajar.Ianya formal kerana menggunakan kertas ujian,soal
jawab secara lisan.Markah dan gred diberikan untuk tujuan
penggredan.

Topic : E-FORUM 4
General Forum : E-FORUM Posted On : 18 Mar 2015 10:29:46 PM
Subject : Re : Re : E-FORUM 4

D053827
RAFIDAH BINTI YAAKOB
Replies :34
Views : 145

Ujian formatif yang digunakan bagi menguji sesuatu unit / tajuk yang
diajar.Skop soalan terhad .Ianya bertujuan menguji kemajuan serta
pencapaian pelajar dalam sesuatu bab, dalam jangka masa
singkat.Ujian ini dijalankan secara mingguan atau bulanan.
Ujian sumatif digunakan pada hujung kursus ataupun
pengajian.Berbentuk semester atau tahunan.Tujuan ujian sumatif ini
adalah melihat pencapaian pelajar dalam matapelajaran secara
keseluruhan.Kesemua peperiksaan awam adalah berbentuk sumatif.
Antara aktiviti yang boleh digunakan dalam pengajaran ialah
pemerhatian,tugasan,laporan dan perbincangan.

Topic : E-FORUM 4
D053827
RAFIDAH BINTI YAAKOB
Replies :34
Views : 145

General Forum : E-FORUM Posted On : 01 Apr 2015 12:13:51 PM


Subject : Re : Re : E-FORUM 4
Terima kasih atas perkongsian maklumat.Ujian formatif dan sumatif
memang dijalankan oleh guru bagi menentukan pencapaian
pelajar.Sebagaimana yang kita ketahui, ujian formatif dijalankan
setelah sesuatu unit diajar dan guru ingin mengetahui tahap
kefahaman pelajar.Melalui ujian tersebut , guru boleh membuat
penambahbaikan terhadap mutu pengajaran serta memberikan
latihan-latihan yg sesuai kepada pelajar.
Manakala ujian sumatif pula diberikan pada akhir kursus bagi menilai
tahap penguasaan pelajar.Guru dapat menilai samada kursus yang
diberikan berkesan atau tidak.Melalui ujian yang diberikan,
penempatan seseorang mahupun pemilihan ke pusat2 pengajian
tinggi berjaya dijalankan .

Topic : E-FORUM 5
D053827
RAFIDAH BINTI YAAKOB
Replies :11
Views : 129

General Forum : E-FORUM Posted On : 05 Apr 2015 10:06:02 PM


Subject : Re : E-FORUM 5
Terdapat banyak kaedah dalam pengajaran Bahasa Melayu di sekolah
rendah.Meskipun saya tidak mengajar subjek ini di sekolah,apa yang
saya boleh nyatakan ialah kaedah pengajaran guru yang masih lagi
bersifat tradisional iaitu menggunakan buku teks dan buku
aktiviti.Tidak dapat dinafikan bahawa ianya memang penting tetapi
sebagai guru ,kita haruslah mempelbagaikan kaedah pengajaran
supaya pelajar tidak merasa jemu, mencuba sesuatu yang baru serta
bersesuaian dengan tahap kemahiran pelajar serta menarik minat
mereka terhadap pelajaran yang diajar.Secara tidak langsung, kita
juga dapat mempelajari sesuatu yang baru.Sekurang-kurangnya, jika
kita menggunakan ICT untuk mengajar, para pelajar dapat mencari
bahan - bahan secara meluas berbanding menggunakan buku teks
dan buku aktiviti sahaja.

Topic : E-FORUM 5
D053827
RAFIDAH BINTI YAAKOB
Replies :11
Views : 129

General Forum : E-FORUM Posted On : 06 Apr 2015 11:55:22 AM


Subject : Re : Re : E-FORUM 5
Saya bersetuju dengan isu-isu yang Cikgu kemukakan.Saya tertarik
dengan isu kemudahan fizikal.Bilik darjah sewajarnya tempat muridmurid belajar dengan selesa.Namun begitu, apa yang terjadi kini ialah
murid yang begitu ramai di dalam kelas yang sempit.Pergerakan guru

menjadi terhad dan ini menjadikan suasana pembelajaran tidak


menyeluruh.Objektif tidak tercapai dan ramai yang kurang menguasai
kerana terganggu dengan situasi yang tidak selesa.
Pihak sekolah seharusnya memikirkan tentang masalah ini dan tidak
hanya akan membebankan guru semata.Keadaan murid yang tidak
terlalu ramai serta kelas yang kondusif akan memberikan suasana
pembelajaran yang teratur, menarik serta harmoni.

Topic : E-FORUM 5
D053827
RAFIDAH BINTI YAAKOB
Replies :11
Views : 129

General Forum : E-FORUM Posted On : 07 Apr 2015 05:35:49 AM


Subject : Re : Re : E-FORUM 5
Saya tertarik dengan pendapat Cikgu.Dimana - mana sahaja mereka
bercakap tentang Kbat.Ini adalah salah satu kemahiran berfikir aras
tinggi.Melalui Kbat inilah seseorang itu akan menjadi lebih berinovasi,
kreatif , kritis serta mampu bersaing di peringkat global.Namun begitu,
bagi memastikan kemahiran ini, bukanlah satu tugas mudah.Guru
harus bijak menyesuaikan bahan pengajaran serta membimbing
percambahan idea-idea agar para pelajar mampu menjadi insan yg
mampu berfikir secara kreatif dan kritis.

You might also like