You are on page 1of 2

Tema 1: Kesedaran Tubuh Badan

Tumpuan kepada pergerakan keseluruhan tubuh badan dan bahagian badan


untuk melahirkan idea atau perasaan.
a) Keseluruhan Tubuh Badan
Adalah untuk bergerak dan berhenti daripada bergerak secara bebas atau
terkawal. Pergerakan ini dapat mengawal aliran pergerakan lokomotor
atau bukan lokomotor.
Pergerakan ini boleh berubah-ubah iaitu bergerak atau berhenti mengikut
rangsangan yang diberi contohnya apabila muzik dimainkan.
Rangsangan pergerakan: suara, muzik, gambar, peta pergerakan, alat
perkusi.
b) Bahagian Tubuh Badan
Pergerakan dilakukan menggunakan bahagian tubuh badan seperti bahu,
siku, pergelangan tangan, kaki dan pinggul.
Pergerakan ini menunjukkan persediaan tubuh badan untuk menyokong
dan menerima berat badan.
Contohnya, pergerakan merangkak menggambarkan kucing berjalan.

Tema 2: Kesedaran Rintangan kepada Beban dan Masa


Memberi tumpuan kepada cara tubuh badan bergerak dan membantu individu
mengawal pergerakan mereka supaya dapat melahirkan perasaan melalui
pergerakan.
a) Beban
Beban memberi rintangan kepada sesuatu pergerakan untuk mengawal
pergerakan tersebut. Kesan beban ini menghasilkan kesan halus-ringan

dan berat-kuat kepada pergerakan yang dilakukan.


Rangsangan pergerakan: suara, muzik, gambar, peta pergerakan, alat

perkusi.
b) Masa
Kesedaran rintangan kepada masa memberi tumpuan kepada cara tubuh
badan bergerak dan pengawalan pergerakan serta-merta atau kawallambat. Tema ini memberi tumpuan kepada ruang untuk menimbulkan

perasaan. Kesedaran ruang melibatkan penggunaan kawasan dan arah

untuk melakukan pergerakan.


Serta-merta: pergerakan yang dilakukan dalam masa yang singkat secara

cepat, tegas, spontan dan dinamik serta eksplosif.


Kawal-lambat: pergerakan yang perlahan, mengambil masa dan dapat
dikawal. Perlakuan secara lambat, licin, beralun dan berayun. Dilakukan
dengan bahagian tubuh badan bersaingan seperti kepala, bahu, siku, jari

dan sebagainya.
c) Kawasan
Penggunaan kawasan dalam pergerakan memberi tumpuan kepada ruang
diri dan ruang am. Pergerakan yang melibatkan penggunaan kawasan
juga melibatkan penggunaan arah.
d) Arah
Memberi tumpuan kepada arah pergerakan iaitu ke hadapan, belakang,
sisi, atas dan bawah. Pergerakan yang melibatkan penggunaan kawasan
dan arah boleh dilakukan dengan menggunakan peta pergerakan sebagai
panduan.

You might also like