You are on page 1of 46

UNSUR SENI

Ada 6 unsur :

Garisan.
Garisan merupakan cantuman titik-titik yang bersambungan atau yang mempunyai jarak tertentu.
Garisan memainkan peranan yang amat penting dalam menwujudkan rupa, bentuk, jalinan,
pergerakan, ton dan corak.
Garisan juga memainkan peranan yang penting dalam menunjukkan seseorang perasaan dalam
sesebuah karya.
Rupa.
Rupa merupakan sambungan penghujung garisan ke titik permulaannya.
Rupa tiada jisim dan hanya mempunyai satu permukaan sahaja.
Rupa terbahagi kepada empat iaitu :

Rupa geometri

Rupa organik

Rupa negatif

Rupa positif

Bentuk
Bentuk ialah merupakan objek yang mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan mempunyai
permukaan yang lebih daripada satu.
Bentuk terbahagi kepada dua iaitu :

Bentuk konkrit

Bentuk ilusi

Jalinan.
Jalinan bermaksud kesan yang terdapat dalam seseuatu permukaan objek.
Jalinan terbahagi kepada dua iaitu :

Jalinan sentuh

Jalinan tampak

Ruang.
Ruang ialah kawasan kosong yang terdapat dalam sesuatu objek ataupun jarak yang ada pada di
antara kedua-dua objek dalam sesebuah karya seni.
Ruang mudah diwujudkan dalam menggunakan garisan grid perspektif.
Ruang terbahagi kepada dua iaitu :

Ruang terbuka

Ruang tertutup

Warna.
Warna memainkan peranan yang penting dalam menwujudkan suasana yang tidak bosan.
Warna dapat menunjukan perasaan seseorang pelukis semasa menggunakan jenis-jenis warna
dalam penghasilan lukisan.
Warna merupakan elemen yang amat penting dalam bidang seni visual.
Warna terbahagi kepada :

Warna asas - merah, biru dan kuning

Warna sekunder - campuan dua warna sahaja daripada warna-warna asas

Warna tertiar

Warna monokrom - sewarna yang dicampur dengan warna putih dan hitam untuk
mengawal kegelapan warna yang diingini.

Warna penggenap

Hasil nukilan,
CHAI WUANG SHEN
10/11/2010

Konsep Seni Islam, Seni Cina Dan Seni Presentation


Transcript

1. KONSEP SENI ISLAM, SENI CINA DAN SENI INDIA Oleh: MOHD HASIF B
A.SAMAT PISMP IPGM PSV

2. SENI ISLAM SENI ISLAM membenar umat berimiginasi dan berkreativiti dalam
pemikiran mereka, perlu dijaga dan disuburkan dlm ruang dan batasan syariat. Elemen
yang diulang-ulang berbentuk geometri. Tiada elemen-elemen figura Kesenian Islam
berteraskan konsep tauhid dan bertujuan untuk mempertingkatkan agama. Seni harus
menjurus kepada pengabdian diri kepada Tuhan. Kesenian islam hendaklah
memaksimumkan kesedaran tentang keesaan Allah. Tiada pemisahan antara seni dan
agama.

3. Peranan Kesenian Islam Seseorang seniman perlu memahami ajaran Islam yang
hendak disampaikan melalui seni sama ada seni lukisan, muzik, seni bina, seni pentas.
Kesenian Islam perlu mempunyai mesej yg jelas. Kesenian boleh mendidik manusia
supaya menjadi insan yg baik dan insan yg hampir kepada Allah. Para seniman
mempunyai tanggungjawap sosial dalam konteks syariah islamiah.

4. Bidang Kesenian Islam . Kaligrafi : Tulisan yang indah. Tulisan ini mempunyai nilai2
kehalusan dan kesenian. Seni khat mempunyai kaitan rapat dengan jiwa islam,
memandangkan penulisannya menggunakan huruf-huruf al-quran.

5. Jenis- jenis Khat Khat Nasakh : diperindah oleh Ibn Muqla Khat Riq'ah : tulisan arab
yang dapat ditulis dengan cepat & sesuai dengan gerakan tangan. Khat Diwani : Catatan
atau antologi karangan. inspirasi dari model khat lain. Hanya digunan untuk hiasan
sahaja. Khat Diwani Jali : Lebih bervariasi berbanding khat diwani. Khat Thuluth :
digunakan untuk hiasan seperti dalam mushaf Usmani, nama kitab atau buku

6. CONTOH KARYA SENI BUDAYA ISLAM

7. Khat Thuluth Khat Diwani

8.

9.

10.

11. Seni Cina Seni Cina Menurut ahli sejarah, Kesenian Cina yang terawal sekali ditemui
pada akhir Zaman Batu ialah Seni Tembikar. Bidang Kesenian Cina Seni Tembikar
Kebanyakkan terbikat neolitik yang terbaik di dunia datanganya dari negeri Cina.
Tembikar Maharaja Yso dan Shun bewarna kemerah-merahan dengan perhiasan hitam.
Bentuk-bentuk tembikarnya yang popular ialah bentuk pasu bermulut tebal dan berbadan
kecil.

12. Tembok besar China Seni bina

13. BUDALAGON

14. Seni arca

15. Seni Tembikar Seni Ukiran

16. Seni Catan

17.

18. Seni India Kesenian India bermula dari Dinasti Maurya, tahun 132 s.m. Berasaskan
kepada keagamaan dan pemujaan. Bidang Kesenian India Seni Arca Merupakan kesenian
tertua di india dan berkait rapat dengan patung-patung keagamaan. Dibuat daripada batu
marmar, kerana ia lebih tahan dari tanah liat. Zaman kegemilangan seni arca India pada
zaman Guptas. Kesenian India

19. Seni arca bermula dengan patung, maka banyak patung-patung berbentuk manusia
yang disimpan di kuil-kuil untuk tujuan keagamaan. Ada juga menggunakan bahan-bahan
dari besi dan gangsa. Patung Lord Siva antara arca seni dalam pergerakan istimewa.
Telah mendorong ramai tukang-tukang arca India menghasilkan pelbagai bentuk arca.

20. CONTOH KARYA SENI BUDAYA INDIA

21. Senibina Agung: Taj Mahal oleh Shah Jehan

22.

23. Stupa

24. Seni Arca

PRINSIP REKAAN
Prinsip rekaan adalah kaedah atau pengolahan unsur seni untuk menimbulkan
gambaran tertentu dalam gubahan seni visual
1. Harmoni
- Dalam istilah bahasa harmoni membawa maksud aman dan damai
- Dalam istilah seni harmoni merupakan hasil ulangan dan rentak unsur seni yang
sesuai dan seimbang
- Harmoni wujud dalam penggunaan garisan dan warna
- Harmoni tidak akan wujud jika ada unsur-unsur yang bercanggah
2. Kontra
- Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni yang bertentangan atau bercanggah dalam
sesuatu gubahan
- Fungsi kontra ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, mengelakkan
kebosanan dan kesan pergerakan
- Kontra dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni, teknik dan bahan yang
berlainan
3. Penegasan
- Penegasan wujud apabila terdapat sesuatu unsur yang menonjol, kontra atau
ganjil dalam sesuatu gubahan
- Fungsi penegasan ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, dan
mengelakkan kebosanan
- Penegasan dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni yang kontra atau
asingkan objek yang hendak ditegaskan
4. Imbangan
- Imbangan bermaksud kesamaan dan kesepadanan dari segi berat, tarikan dan
tumpuan
- Terdapat 2 jenis imbangan iaitu:
a- Imbangan simetri unsur seni yang sama antara kiri dan kanan atau atas dan
bawah (garisan axis dilukis di tengah-tengah pembahagian tersebut)
b- Imbangan tidak simetri unsur seni tidak sama di kedua-dua bahagian tetapi
mempunyai cirri-ciri yang menimbulkan kesan keseimbangan
5. Irama dan Pergerakan
- Pergerakan ialah keadaan yang bergetar, bergoyang, berayun, berpancar,
bersinar-sinar dsb
- Fungsi irama dan pergerakan ialah untuk memberi kesan lebih hidup dan realistic
terhadap sesuatu gubahan

- Pergerakan dapat dilihat melalui kesan angin, air, ombak, taufan dsb
6. Kepelbagaian
- Kepelbagaian wujud hasil penggunaan pelbagai gaya, nilai, dan idea yang berbeza
dalam sesuatu gubahan
- Kepelbagaian dapat memberi gaya, variasi, tenaga, dan daya tarikan dalam
sesuatu gubahan
- Kepelbagaian dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni seperti garisan,
rupa dan warna yang pelbagai dalam sesuatu gubahan
7. Kesatuan
- Kesatuan bermaksud satu tema atau satu idea bagi semua unsur dalam sesuatu
gubahan
- Kesatuan dapat menimbulkan suasana yang tenteram, teratur dan selesa
Dicatat oleh Tuan Abdullah Sanusi di 9:57 PTG
HAKCIPTA TERPELIHARA
Kepada sesiapa yang mengambil nota daripada laman ini untuk kegunaan P&P sila
berikan kredit kepada http://psvspm.blogspot.com/. Adalah dilarang sama sekali
mengambil nota daripada laman ini untuk dicetak semula bagi tujuan perniagaan.
Semoga segala ilmu yang paparkan dapat membantu pelajar dan guru dalam
meningkatkan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.

SENARAI PAUTAN PSV

SOALAN KRSV 2010

PANDUAN PELAKSANAAN KRSV

BLOG PSV 5

BLOG PSV 4

BLOG PSV 3

BLOG PSV 2

BLOG PSV 1

SP DAN HSP PSV KBSR/M

Mengenai Saya

Tuan Abdullah Sanusi


Lihat profil lengkap saya

Arkib Blog

2012 (1)
o

Februari (1)

SOALAN KERJA KURSUS PSV 2012

2011 (18)
o

November (9)

GAMBAR CONTOH JAWAPAN PSV

CONTOH GAMBAR PSV KERTAS 2

SEKADAR PANDUAN

CONTOH GAMBAR

GAMBAR CONTOH

KOLEKSI GAMBAR PANDUAN MENJAWAB PSV KERTAS 2

SOALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KERTAS 2 (2611/2)

TEKAT

SUMBER LOGO & LOGO REPRESENTASI

Oktober (6)

TETINGKAP FOKUS

RUMAH TRADISIONAL

LANDSKAP

UKIRAN LARIK

ILUSTRASI

GRAFIK PERSEKITARAN

Ogos (1)

JADUAL WAKTU SPM 2011

Februari (2)

KOLEKSI PEMBUNGKUSAN

SOALAN KERJA KURSUS PSV 2611/3

2010 (24)
o

Disember (4)

Kriteria Pemarkahan dan Kesalahan Calon

Soalan 4 Soalan 5 Soalan 6

KOLEKSI GAMBAR SEBAGAI PANDUAN JAWAPAN PSV 2611/2

SOALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL 2611/2 (SENI HALUS)

Ogos (1)

KOMIK, KARTUN DAN BELON DIALOG

Jun (2)

LOGO, SIMBOL DAN MASKOT

Muat Turun Soalan dan Kriteria Pemarkahan Kertas 2...

Mei (3)

SOALAN INTERAKTIF HOT POTATOES

SELAMAT HARI GURU 2010

April (5)

JEJAK SENI DI BUMI SARAWAK

JENIS-JENIS TEMBIKAR

TEKNIK MEMBUAT LABU SAYONG

EBOOK YANG PATUT DIMILIKI OLEH PELAJAR PSV

KAJIAN MUKA TAIP (FONT)

Mac (1)

PELEKAT KENDERAAN

Februari (1)

SAJAK UNTUK PELAJAR PSV

SOALAN KERJA KURSUS PSV 2611/3 TAHUN 2010

Januari (7)

RUANG FIZIKAL DAN RUANG ILUSI

RUANG DAN JENIS-JENIS RUANG

ALIRAN SENI LUKIS

KOLEKSI SOALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

NOTA RINGKAS PENDIDIKAN SENI VISUAL

CALON PSV WAJIB MENDUDUKI 3 KERTAS

SALAM TAHUN BARU 2010

2009 (29)
o

November (5)

CONTOH JAWAPAN PSV KERTAS 2

KATA KUNCI SOALAN

CONTOH ILUSTRASI SOALAN PSV 2611/2

SOALAN PSV 2611/2 2009

ALAT-ALAT YANG SERING DISOAL

Oktober (2)

3 DIMENSI

SOALAN TENTANG ARCA

September (5)

Ogos (2)

Julai (7)

Jun (1)

Mei (1)

April (6)

RODA WARNA

KOMUNIKASI VISUAL (Reka Bentuk Grafik)

KOMUNIKASI VISUAL

SENI HALUS

PRINSIP REKAAN

ASAS SENI REKA

PENGENALAN

ANYAMAN

Klik gambar untuk maklumat lanjut.

WAU TRADISIONAL

Sila klik gambar wau di atas untuk melihat jenis-jenis wau.

ABDUL LATIFF MOHIDIN

PAGO-PAGO 1964 Cat Minyak

DZUKFLI BUYONG

KAPAL KERTAS 1966 Kapur Pastel

DZUKFLI BUYONG

MEMBAKAR SEMUT 1967 Kapur Pastel

PATRICK NG KAH ONN

SEMANGAT BUMI AIR DAN UDARA 1958 Cat Minyak

PETER HARRIS

RUMAH RAKIT 1956 Cat Guac

SYED AHMAD JAMAL

UMPAN 1956 Cat Minyak

PERGOLA

GAZEBO

TERENANG

PRINSIP REKAAN
Prinsip rekaan adalah kaedah atau pengolahan unsur seni untuk menimbulkan
gambaran tertentu dalam gubahan seni visual.
1. Harmoni

Dalam istilah bahasa harmoni membawa maksud aman dan damai

Dalam istilah seni harmoni merupakan hasil ulangan dan rentak unsur seni
yang sesuai dan seimbang

Harmoni wujud dalam penggunaan garisan dan warna

Harmoni tidak akan wujud jika ada unsur-unsur yang bercanggah

harmoni dari segi garisan

harmoni dari segi bentuk

harmoni dari segi rupa


2. Kontra

Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni yang bertentangan atau bercanggah
dalam sesuatu gubahan

Fungsi kontra ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, mengelakkan


kebosanan dan kesan pergerakan

Kontra dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni, teknik dan bahan
yang berlainan

kontra dari segi bentuk

kontra dari segi warna

kontra dari segi warna

3. Penegasan

Penegasan wujud apabila terdapat sesuatu unsur yang menonjol, kontra atau
ganjil dalam sesuatu gubahan

Fungsi penegasan ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, dan


mengelakkan kebosanan

Penegasan dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni yang kontra atau
asingkan objek yang hendak ditegaskan

penekanan pada cahaya dan bayang menimbulkan penegasan

penegasan pada objek yang berbeza warna

objek bangunan di tengah menimbulkan penegasan

4. Imbangan

Imbangan bermaksud kesamaan dan kesepadanan dari segi berat, tarikan


dan tumpuan

Terdapat 2 jenis imbangan iaitu:


a. Imbangan simetri unsur seni yang sama antara kiri dan kanan atau
atas dan bawah (garisan axis dilukis di tengah-tengah pembahagian
tersebut)

imbangan simetri
b. Imbangan tidak simetri unsur seni tidak sama di kedua-dua bahagian
tetapi mempunyai cirri-ciri yang menimbulkan kesan keseimbangan

imbangan tidak simetri


5. Irama dan Pergerakan

Pergerakan ialah keadaan yang bergetar, bergoyang, berayun, berpancar,


bersinar-sinar dsb

Fungsi irama dan pergerakan ialah untuk memberi kesan lebih hidup dan
realistic terhadap sesuatu gubahan

Pergerakan dapat dilihat melalui kesan angin, air, ombak, taufan dsb

ulangan objek yang menimbulkan pergerakan

arca pergerakan/irama
6. Kepelbagaian

Kepelbagaian wujud hasil penggunaan pelbagai gaya, nilai, dan idea yang
berbeza dalam sesuatu gubahan

Kepelbagaian dapat memberi gaya, variasi, tenaga, dan daya tarikan dalam
sesuatu gubahan

Kepelbagaian dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni seperti


garisan, rupa dan warna yang pelbagai dalam sesuatu gubahan

kepelbagaian warna

kepelbagaian bentuk dan jenis objek


7. Kesatuan

Kesatuan bermaksud satu tema atau satu idea bagi semua unsur dalam
sesuatu gubahan

Kesatuan dapat menimbulkan suasana yang tenteram, teratur dan selesa

kesatuan tema

kesatuan tema jenis objek dan warna

kesatuan warna, objek, dan rupa

Dikongsi Bersama Oleh: cia sei at 5:03 PTG


Labels: prinsip rekaan, unsur-unsur seni

cikgu asye: banyak yang boleh dibuat dalam bab prinsip rekaan, selain daripada membuat
satu persatu, cikgu jg boleh menggabungkan beberapa prinsip dalam satu hasil karya.
Antaranya dengan penghasilan karya melalui aktiviti melukis, mencatan, reka corak, reka
bentuk grafik spt poster, logo, risalah, barang kraf dan banyak lagi..
Sebagai contoh, bagi prinsip harmoni dan kontra boleh buat corak berulang. secara tak
langsung kita dapat menggabungkan pengetahuan pelajar dalam struktur rekaan, prinsip
dan juga unsur seni sekali. Yang penting, cikgu hendaklah memastikan pelajar2 faham
dengan setiap unsur, prinsip yang digunakan.
kerana dalam satu karya seni.. kita perlu menggabungkan prinsip dan unsur seni bagi
mendapat kesan yang terbaik.
tanpa nama: kontra bermakna perbezaan yang ketara antara unsur2 seni terbabit. ruang
pula ada ruang dalam dan ruang cetek, jika digabungkan kedua2 ruang yang dalam dan
cetek dalam 1 karya seni, maka sudah pasti akan jelas kelihatan ruang yang kontra.
moga jwpn sy dpt membantu..
Tanpa NamaOct 8, 2011 10:29 AM
Istilah Seni Visual
Labels: istilah asas seni visual
Garisan

1.1 Terbentuk daripada hasil cantuman deretan titik-titik


1.2 Ataupun satu susunan siri titik-titik yang bersambung
1.3 Garisan adalah unsur asas dalam menghasil seni tampak
1.4 Tanpa garisan, kita tidak dapat menghasil tulisan dan lukisan

Stensilan

1.1 Menghasil imej dari keratan kertas pendua atau profilem


1.1 Satu kaedah menggambar menggunakan alat yang telah ditebuk atau
dilubangkan pada kertas pendua
1.2 Stensilan terbahagi kepada 2 bahagian :
i. Bahagian positif
ii. Bahagian negatif

Lukisan

1.1 Adalah satu hasil kerja seni mengguna media kering


1.2 Hasil 2Dimensi menggunakan media kering
1.3 Contoh media :
i.Pensel warna

ii.Arang,Krayon
iii.Pensel,marker pen
iv.Pen mata bulat,pen manuskrip,dll

Catan

1.1 Hasil karya seni di atas permukaan 2 Dimensi.


1.2 Menggunakan bahan media basah
-penggunaan berus dan warna
-media basah memerlukan pelarut seperti
air atau minyak
1.3 Contoh media basah
i. Warna air/water colour
ii. Cat
iii.Cat minyak
iv. Warna poster

Montaj

1.1 Tampalan kertas gambar yang mempunyai sifat atau ciri-ciri tema yang serupa.
1.2 Montaj merupakan suatu jenis gubahan yang memerlukan daya imaginasi serta rekacipta
yang kuat bagi menampal gambar atau imej yang digunting dari majalah-majalah.
1.3 Tampalan mestilah bertindih

Motif

1.1 Motif adalah rupa asal sesuatu corak berpunca daripada flora atau fauna yang boleh
dibahagikan kepada 2 kategori:
i. Organik
ii.Geometri

Gurisan

1.1 Adalah satu teknik menggambar atau mencorak secara mengguris bahan yang disedia
menggunakan benda tajam seperti paku,gunting,pisau dll

Tekapan

1.1 Adalah satu kaedah menggambar dengan cara menekap untuk mendapatkan ulangan imej
yang sama.

Kolaj

1.1 Kolaj ertinya potong atau koyak dan gam


1.2 Adalah satu teknik menghasil karya secara guntingan atau carikan kertas dan menampal
bahan tersebut
1.3 Bahan yang ditampal mestilah secara bertindan
1.4 Antara bahannya ialah kertas warna,akhbar,kain dll

Cetakan

1.1 Cetakan ialah kesan daripada penerapan gubahan-gubahan yang dihasilkan pada sekeping
permukaan blok ataupun plat
1.2 Kesan-kesan itu terhasil melalui garisan atau ukiran permukaan blok atau plat berkenaan
sehingga imej gubahan boleh dipindahkan ke atas kertas

Lipatan dan Guntingan

1.1 Merupakan satu aktiviti membentuk objek atau corak


1.2 Kaedah yang digunakan secara melipat kertas tertentu, mengguntingkan
dan menampalkannya pada permukaan bahagian kertas yang lain
1.3 Ianya menghasilkan corak positif dan negatif

Boneka

1.1 Boneka adalah seni patung


1.2 Membentuk rupa haiwan atau manusia
1.3 Contoh bahan ialah
kertas,kain dll

1.4 Ada 4 jenis boneka :


i. Boneka jari
ii.Boneka tangan
iii.Boneka tali
iv.Boneka tongkat
Batik

1.1 Berasal dari bahasa Indonesia bermaksud titik-titik


ataupun bunyi berdetik
1.2 Ada juga mengatakan berasal dari bahasa Jawa
iaitu tritik iaitu proses menghasil batik
1.3 Teknik digunakan adalah resis
1.4 Bahan utama warna batik,damar,fixer,parafin dan lilin
1.5 Biasanya batik menggunakan corak flora atau fauna
1.6 Ada 3 jenis proses batik :
I. Batik blok atau batik cap atau batik terap
ii.Batik skrin atau batik cetak
iii.Batik lukis atau batik tulis

Topeng

1.1 Topeng ialah sejenis alat yang direka untuk menutup sebahagian atau keseluruhan kepala
1.2 Ianya digunakan untuk persembahan tarian,upacara kebudayaan ataupun hiasan dinding
1.3 Jenis topeng ialah topeng mata, topeng muka dantopeng serkup
1.4 Topeng Serkup ialah topeng yang menutup keseluruhan bahagian kepala

Arca

1.1 Adalah seni binaan 3 Dimensi yang direka sebagai ciptaan berfungsi atau untuk menilai
estetikanya
1.2 Bahan-bahan yang digunakan seperti logam, kayu lilin, Plaster of Paris, tanah liat, konkrit
dan bahan buangan.
1.3 Dihasil secara kegiatan membentuk,ukiran atau binaan

Tembikar

1.1 Satu seni kraf tradisional


1.2 Menggunakan bahantara tanah liat, dibentuk, dibakar dan digilapkan
1.3 Tembikar merupakan karya 3 Dimensi.
1.4 Bermula zaman primitif lagi.

Assemblaj

1.1 Assemblaj bererti menampal, memetri atau menjahit objek sebenar pada sesuatu
permukaan kertas atau pemidang agar nampak berbentuk 3 Dimensi
1.2 Ianya mempunyai tema yang sesuai
1.3 Setiap bahan mempunyai kaitan antara satu sama lain

Wau

1.1 Satu hasil kegiatan membentuk yang mempunyai rangka atau bingkai,imbangan,berekor
dan dihias dengan kertas atau kain bermotifkan corak digantung atau diterbangkan ke udara
bertalikan benang
1.2 Merupakan satu permainan tradisional masa lapang
1.3 Sejarah muncul 3000 tahun dulu di negara China
1.4 Wau terbahagi kepada 2 :
i. Wau cantik
ii. Wau tegak

Anyaman

1.1 Anyaman bererti menyusun bilah-bilah,helaian-helaian atas bawah secara berselang-seli


1/1, 1/2, 1/3, 2/3 dsb sehingga menimbulkan corak, jalinan,bentuk dan akhirnya objek yang
dikehendaki
1.2 Anyaman terbahagi kepada 3 :
i. Anyaman buluh
ii.Anyaman rotan
ii.Anyaman mengkuang / pandan

Mozek

1.1 Mozek ialah satu aktiviti guntingan atau koyakan dan ditampal bahagian tersebut sebelah
menyebelah supaya mendatangkan satu hasilan atau karya
1.2 Mozek juga bermaksud susun atur bahan sebelah menyebelah dan tidak bertindih untuk
menjadikan corak
1.2 Contoh bahan seperti kertas,kain, dll

Mobail

1.1 Mobail ialah suatu hasil karya 3 Dimensi yang mempunyai keseimbangan dan boleh
bergerak.

Stabail

1.1 Stabail ialah satu reka bentuk 3 Dimensi yang tidak bergerak.

Tenunan
1.1 Tenunan ialah proses menjalinkan benang secara bersilang sehingga terhasil sehelai.
1.2 Tenunan dikaitkan dengan kain songket.
1.3 Perkataan songket berasal dari perkataan sungkit bermaksud mengangkat sesuatu.
1.4 Bahan yang digunakan untuk corak ialah benang emas

Ukiran

1.1 Ukiran ialah satu proses luakan ke atas papan, kayu, atau objek padu menggunakan alat
tertentu.

1.2 Ada 2 jenis ukiran kayu :


i. Ukiran tebuk tembus
ii.Ukiran timbul
Saring Sutera

1.1 Satu alat yang digunakan dalam proses cetakan jenis stensil dan diregang di atas kayu
pemidang
1.2 Proses ini juga dikenali sebagai sarigrafi
1.3 Juga dikenali dengan nama organdi

Garisan Grid

1.1 Garisan Grid ialah kombinasi garisan bersilang antara satu dengan yang lain sama ada
bersilang, menegak atau melintang.
1.2 Melalui petak suatu rupa,motif atau corak dapat dihasilkan
1.3 Garisan grid digunakan membantu menghasilkan struktur rekaan alam ciptaan tuhan
ataupun benda-benda
1.4 Susunan struktur disebut garisan grid

2D

1.1 2 D atau dua dimensi adalah objek yang dilukis di atas satu permukaan yang rata

3D

1.1 3 D ialah objek yang dapat dilihat dan disentuh dari pelbagai sudut

Kaligrafi

1.1 Kaligrafi ialah seni tulisan cantik atau berhias


1.2 Tulisan ini juga disebut tulisan Italik,Manuskrip atau seni khat
1.3 Contoh :
i. Old English

ii.Gothic
iii.Kaligrafer,Cloister Black,Chaucer dll

Bahan
1.1 Bahan ialah sesuatu subjek yang digunakan untuk mendatangkan hasilan atau karya
1.2 Contoh warna air,minyak,cat,dakwat dll

Alatan
1.1 Alat ialah benda-benda yang membantu menghasilkan karya atau memindahkan bahan
atau imej ke permukaan untuk mendapat hasilan
1.2 Contoh alat seperti pisau,berus,gunting,paku dll

Media
1.1 Media ialah bahan yang digunakan untuk menghasilkan karya seni
1.2 Contoh pensil,arang,pastel,dakwat dll

Resis
1.1 Resis adalah satu kaedah penolakan warna
1.2 Ia juga proses yang mana warna air tidak boleh bercampur dengan lilin atau minyak
1.3 Bahan yang digunakan ialah air,warna air,cat, minyak,lilin dan krayon

Capan

1.1 Capan adalah satu teknik menghasil karya dari imej yang sedia ada

Perspektif

1.1 Perspektif ialah garisan atau struktur yang dilukis untuk menimbulkan bentuk dan ruang
1.2 Ruang perspektif merupakan kedudukan 2 objek yang sama saiz yang berada di hadapan
kelihatan lebih besar berbanding di belakang dalam ruang yang sama

Kadar Banding

1.1 Penyesuaian ukuran atau saiz sesuatu bahagian objek dengan keseluruhan objek

Komposisi

PRINSIP KESENIAN CHINA LUKISAN/CATAN


Pengenalan Di dalam catan landskap Cina kebanyakannya menerangkan kepercayaan mereka
bahawa manusia merupakan sebahagian daripada alam. Cara pelukis Cina melukis catan mereka
adalah dengan mengembara ke seluruh pelosok alam ini adalah kerana mereka mahu menghayati
dan merakamkan alam dengan penuh kejujuran. Penerapan disiplin yang tinggi semasa berkarya
seperti penumpuan, kerajinan, kehormatan serta kemahiran dalam berkarya mesti disemai oleh
setiap pelukis Cina.
Prinsip-prinsip dalam menghasilkan Catan Cina
Terdapat beberapa prinsip yang harus diterapkan dalam menghasilkan catan Cina. Hsieh Ho telah
menyenaraikan enam prinsip dalam menghasilkan sebuah catan. Antara prinsip-prinsip berikut
adalah seperti Chi yun sheng tung- Getaran rohani atau perasaan pelukis, Ku Fa Yung Pi
Kaedah, tatacara, mutu dan nilai sapuan berus, Ying Mu Hsien Hsing- Pemahaman terhadap
objek yang dilukis, Sui Lei Fu Tsai- Penggunaan warna yang bersesuaian, Ching Yin Wei ChinPembahagian komposisi dan peranan cahaya dan Ching Mu i Hsieh- Belajar melalui peniruan.
Prinsip-prinsip inilah yang telah mengasaskan pengalaman ndan penikmatan catan Cina Sejas
berabad-abad lamanya seningga kini.

Perlambangan dan Falsafah dalam Catan Cina


Terdapat banyak perlambangan dan falsafah yang wujud dalam catan Cina seperti:
Shan gunung, chi- atmosfera dan hsing bentuk. Merupakan tiga unsur yang lazimnya ada
pada sesebuah catan Cina.
Gunung lambang kesuburan, keturunan, kekuatan, kesungguhan serta boleh mempengaruhi
perasaan dan penghayatan seseorang melalui perubahan atmosfera.
Awan awan cerah melambangkan keharmonian, awan gelap menimbulkan suasana
kemuraman.
Pokok Pokok besar seperti ru dan pine membawa maksud pasak bumi dan kedudukan
mengikut hirarki. Pokok buluh melambangkan kekayaan, lanjut usia, kejujuran, kebenaran serta
mampu menghalau hantu. Pokok orkid melambangkan musim luruh manakala pokok plum
blossom melambangkan kecantikan dan lanjut usia.
Ikan Tui melambangkan pertambahan rezeki. Jika bewarna keemasan melambangkan status
kaya, manakala hitam kehidupannya biasa sahaja. Ikan kelisa melambangkan kekayaan dan
keuntungan.
Sungai- melambangkan kegembiraan dan keharmonian.
Falsafah disebalik menghasilkan Catan
Dalam menghasilkan Catan Cina, terdapat beberapa falsafah dalam penghasilannya seperti
melukis tanpa sombong yang bermaksud, memperelokkan lagi hasil yang telah sempurna bagi
mempertingkatkan mutu catan. Pelukis tidak harus cepat berpuas hati dan bangga dengan
kerjanya. Falsafah seterusnya adalah tidak menghadapi kerja dengan lalai falsafah ini
bermaksud sesorang haruslah bersedia dari segi rohani dan peralatan serta persekitaran sebelum
melukis bagi mendapatkan kerja yang sempurna.

You might also like