You are on page 1of 31

Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks

Hubungan
Di Malaysia
Pembangunan dan pertumbuhan ekonomi tidak dapat
dipisahkan daripasa konteks sosial.
Sebagai negara yang majmuk,isu pembangunan
ekonomi sangat berkait rapat dengan isu sosial terutama
isu kemiskinan dan agihan pendapatan menurut
golongan etnik.

Penyusu
nan
semula
masyara
kat

Membas
mi
kemiskin
an

Agihan
Kekayaa
n
Negara

Krisis
kewanga
n 198586,19971998

ISU AGIHAN KEKAYAAN NEGARA


DI MALAYSIA ,ISU AGIHAN INI DAPAT DILHATA DARI DUA
SUDUT:
*KELAS SOSIAL YANG BERBEZA
*KELOMPOK ETNIK YANG BERBEZA
ISU INI CUBA DIATASI OLEH DASAR EKONOMI BARU

Peranan orang cina dalam mengembangkan dan memesatkan


ekonomi negara adalah antara sumbangan terpenting.
Hal ini diakui sejak awal-awal kedatangan golongan imigran cina.
Mengikut francis light orang cina merupakan aset terpenting dan
dapat menjana pendapatan tanpa perbelanjaan dan usaha luar
biasa kerajaan british.
Menurut dr.mahathir mohamad,masyarakat cina ialah pembayar
cukai tertinggi di malaysia di mana ia penting untuk pembangunan
negara.

Manakala masyarakat india telah


menyumbangkan tenaga mereka dalam
pembangunan negara dalam sektor perladangan
getah .
Mereka juga memainkan peranan terpenting
dalam penyediaan prasana negara khususnya
membina jalan raya dan kereta api.
Tambahan mereka juga menyumbangkan melalui
kegiatan profesional sama ada doktor,peguam
ataupun pentadbir.

Penyusuna
n semula
masyarak
at

Membasmi
Kemiskina
n
DASAR
EKONO
MI BARU

Dasar ekonomi dan politik yang diamalkan oleh


pihak british menyebabkan pembangunan yang
tidak seimbang antara kawasan bandar dan luar
bandar ,dan selanjutnya terdapat jurang
perbezaan ekonomi kelompok etnik.
Banci penduduk 1970 menunjukkan bahawa 49.3
% daripada semua keluarga di semenanjung
malaysia menerima pendapatan di bawah garis
kemiskinan .
daripada jumlah semua keluarga miskin,
sebanyak 86% berada di kawasan luar bandar
dan 14% di kawasan bandar.

Dilihat daripada sudut pembahagian pekerjaan pada tahun 1970


pecahan mengikut kelompok etnik turut menunjukkan
ketidakseimbangan.
Dalam sektor pertanian, etnik melayu merupakan majoriti dengan
meliputi 67.6 %, etnik cina hanya meliputi 19.9 %, manakala etnik
india berjumlah 11.5 %, dan lain-lain kelompok sebanyak 1 %.
Dalam sektor perlombongan, etnik cina mendominasi dengan
jumlah 58.7 %, etnik melayu hanya meliputi 32.1 %, etnik india
sebanyak 8.5 % dan lain-lain kelompok sebanyak 0.7 %.
Dalam sektor perniagaan, perdagangan, pentadbiran awam,
pendidikan, pertahanan dan kemudahan awam, etnik melayu
meliputi 42.6 %, etnik cina 45.5 %, etnik india 10.7 % dan lain-lain
kelompok sebanyak 1.2 %

DASAR EKONOMI BARU (DEB)DAN


HUBUNGAN ETNIK
Ketidaksamerataan ekonomi menjadi sebab utama
berlakunya kecemburuan sosial sehingga mencetuskan
peristiwa 13 mei 1969.
Menyedari kedudukan ketidakseimbangan sosial ekonomi
itu, kerajaan telah mengusahakan supaya satu
pendekatan baru dalam rancangan pembangunan
negara yang melibatkan program 20 tahun iaitu daripada
1971-1990 yang dikenali sebagai dasar ekonomi baru.
Dasar ekonomi baru (deb) merupakan suatu dasar yang
diperkenalkan dengan tujuan untuk menyelesaikan
masalah perbezaan ekonomi antara sektor dan etnik
agar kestabilan ekonomi dan politik dapat dicapai.

Dasar ekonomi baru mempunyai dua sasaran, iaitu,


mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan
dengan memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan
kepada semua rakyat tanpa mengira etnik
menyusun semula masyarakat untuk mengurangkan
dan seterusnya menghapuskan pengenalan etnik
mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
Antara matlamat deb ialah menyusun semula pemilikan
harta dengan meningkatkan pemilikan saham bumiputera
sehingga sekurang-kurangnya 30 % menjelang tahun 1990.

Usaha yang dirangka untuk menyelesaikan


masalah
sosial ekonomi dan projek pembangunan :
Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang menganggur.
Menambah daya pengeluaran dan pendapatan.
Memberi peluang perpindahan orang yang bekerja di sektor yang rendah daya
pengeluarannya kepada sektor yang lebih lumayan.
Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kelompok etnik, antara
kawasan bandar dan luar bandar dan antara wilayah.
Memodenkan kehidupan di luar bandar.
Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan bumiputera.
Mengadakan suasana pekerjaan yang mencerminkan komposisi kelompok etnik di
malaysia.
Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan,
kemudahan-kemudahan infra-struktur dan lain-lain

STRATEGI DALAM DASAR EKONOMI BARU:


Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin
melalui proses memodenkan kawasan luar bandar.
Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna
tenaga.
Menambahkan dengan lebih cepat lagi bilangan rakyat malaysia
dalam pemilikan modal dalam stok syarikat dan pertumbuhan
ekonomi.
Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di
kalangan orang melayu dan golongan bumiputera supaya dapat
membentuk dan memiliki 30% ekonomi dalam tahun 1990
Menubuhkan beberapa agensi seperti mara, bank pembangunan,
bank bumiputera, amanah saham nasional.
Memajukan negeri dan kawasan yang dianggap mundur melalui
pembangunan wilayah baru seperti dara, kesedar, kejora dan
sebagainya.

Dasar ekonomi baru bermatlamatkan perpaduan negara


dan dilaksanakan melalui proses pembasmian
kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat di
dalam konteks keselamatan negara yang kukuh.
Usaha ini memerlukan bukan sahaja usaha yang gigih
daripada pihak kerajaan dan kakitangannya, malah ia
memerlukan perubahan sikap, tenaga dan pemikiran
seluruh rakyat, termasuk daripada sektor swasta.
Perlu disedari bahawa dasar ekonomi baru hanya
mensasarkan 30 % pemilikan saham oleh golongan
bumiputera dan bukannya 100 % pemilikan saham.
Oleh yang demikian, tidak wajar untuk mengatakan
bahawa dasar ekonomi baru sebagai suatu dasar yang
bersifat diskriminatif

Kebanyakan syarikat milik usahawan bukan melayu telah


mempunyai pengalaman yang lebih lama dan luas, maka
mereka lebih berkemampuan untuk menghadapi krisis
ekonomi.
Syarikat-syarikat milik golongan bumiputera, yang
kebanyakannya lahir daripada dasar ekonomi baru dan
dasar penswastaan, terpaksa berhempas pulas untuk
bertahan.

RANCANGAN PEMBANGUNAN 5 TAHUN


Draf
Pembangunan
Lima Tahun
(1950-1955)

Rancangan
Malaysia
Kelima

Rancangan
Malaysia
Keenam

Rancangan
Lima Tahun
Malaya
Pertama
(1956-1960)

Rancangan
Malaysia
Keempat

Rancangan
Malaysia
ketujuh

Rancangan
Lima Tahun
Malaya Kedua
(1961-1965)

Rancangan
Malaysia
Ketiga

Rancangan
Malaysia
kelapan

Rancangan
Malaysia
Pertama
(1966-1970)

Rancangan
Malaysia
Kedua (19711975)

Rancangan
Malaysia
kesembilan

Rancangan
Malaysia
kesepuluh

RANCANGAN LIMA TAHUN MALAYA


YANG PERTAMA (1956-1960)
Rancangan malaya pertama merupakan rancangan
pembangunan pertama negara selepas mencapai
kemerdekaan
Rancangan ini memberi tumpuan pada pembangunan luar
bandar terutama untuk memulihkan perusahaan getah
supaya dapat bersaing dengan getah tiruan.
Dua matlamat utama berikut;
i. membangunkan sektor ekonomi di luar bandar bagi
merapatkan jurang
perbezaan pendapatan antara penduduk luar bandar dan
bandar.
ii. mengurangkan kadar kemiskinan dalam kalangan
masyarakat luar bandar.

RANCANGAN LIMA TAHUN MALAYA


KEDUA
(1961-1965)
Rancangan malaya kedua memberi tumpuan untuk
menyediakan lebih banyak kemudahan asas dan
mempelbagaikan ekonomi di kawasan luar bandar menekankan
matlamat berikut
Mengurangkan jurang perbezaan taraf hidup antara kawasan
Mewujudkan peluang pekerjaan untuk penduduk di luar
bandar
Menyediakan pelbagai kemudahan asas seperti kemudahan
kesihatan pelajaran dan perumahan untuk penduduk di luar
bandar.
Mempelbagaikan kegiatan pertanian dengan menekankan
pengeluaran pertanian yang lain sebagai tambahan kepada
tanaman getah.

RANCANGAN MALAYSIA PERTAMA


(1966 1970)

Rancangan malaysia pertama memberi tumpuan pada


pembangunan negara secara menyeluruh yang meliputi
semua bidang ekonomi.
Program pembangunan negara melalui rancangan ini
berasaskan satu rancangan bersepadu berikutan kemasukan
sabah dan sarawak ke dalam persekutuan malaysia.

Matlamat utama rancangan malaysia pertama


adalah
mempelbagaikan kegiatan ekonomi dalam
sektor perindustriaan untuk mengurangkan
kebergantungan kepada getah dan bijih
timah.
mengadakan peluang pekerjaan sebagai
usaha untuk mengurangkan penggangguran
meningkatkan pendapatan dan penggunaan
sumber dalam rakyat berpendapatan rendah.
mempercepat integrasi dalam kalangan
penduduk dan negeri di malaysia

RANCANGAN MALAYSIA KEDUA


(1971 1975)
Rancangan malaysia kedua dilaksanakan untuk
memperbaiki kedudukan ekonomi yang tidak seimbang
antara kawasan dan kaum yang dianggap sebagai punca
pencetus peristiwa 13 mei 1969.
Rancangan malaysia kedua merupakan siri pertama
dalam
rancangan pembangunan deb.
matlamat deb adalah untuk mencapai perpaduan negara
yang dilaksanakan melalui serampang dua mata
antaranya :
o mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan
o mempercepatkan proses penyusunan semula
masyarakat malaysia

usaha-usaha membasmi kemiskinan


Mewujudkan peluang pekerjaan dalam
pelbagai sektor untuk diisi oleh semua kaum.
Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan
antara kaum dan wilayah.
Meningkatkan daya pengeluaran dan
pendapatan dengan menambahkan
kemudahan untuk semua golongan miskin di
bandar dan luar bandar.
Memperbaiki taraf hidup dan kualiti kehidupan
melalui pelajaran, latihan, kesihatan dan
kemudahan infrastruktur.
Mewujudkan suasana pekerjaan yang
menggambarkan komposisi kaum.

RANCANGAN MALAYSIA KETIGA


(1976 -1980)
Rmk ke 3 merupakan peringkat kedua deb.
buat pertama kali rancangan pembangunan
wilayah diperkenalkan dalam rancangan
pembangunan negara.
Tujuan utama diberikan kepada penanaman
getah dan kelapa sawit untuk tujuan eksport.
isu perpaduan masih menjadi perhatian utama
dalam pembangunan ekonomi.

RANCANGAN MALAYSIA KEEMPAT


(1981 1985)
Rancangan malaysia keempat adalah
rancangan untuk memperkemas langkah dan
program yang terkandung dalam rancangan
malaysia kedua dan rancangan malaysia ketiga
untuk mencapai sosioekonomi deb.
Program pembangunan masih diteruskan
dengan memberi keutamaan kepada sektor
perusahaan dan pertanian. penekanan
diberikan kepada perusahaan berat berasaskan
pelaburan modal dan penggunaan teknologi
tinggi serta keperluan tenaga pekerja yang
mahir.

RANCANGAN MALAYSIA
KELIMA(1986-1990)
Rmk ke 5 masih meneruskan pembangunan sektor
pertanian dan dilaksanakan melalui penggunaan tanah
dengan lebih cekap, memaksimunkan sumber tenaga
manusia dan menambahkan peluang latihan kemahiran
dalam sektor awam dan swasta.
Usaha mempercepatkan perkembangan sektor
perusahaan diperkenalkan dengan;
i. meningkatkan peranan sektor swasta dan kecekapan
pengurusan
dalam kalangan agensi kerajaan.
ii. mempergiat perusahaan pembuatan dengan
menubuhkan perusahaan otomobil nasional berhad iaitu
perusahaan membuat kereta nasional negara.

RANCANGAN MALAYSIA KEENAM (1991 1995)

Rancangan malaysia keenam digubal untuk mengekalkan


pembangunan dan menguruskan kejayaan ekonomi negara
supaya pembangunan seimbang dapat dicapai selaras
dengan objektif yang ditetapkan oleh dasar pembangunan
nasional.
Strategi yang digariskan untuk mencapai matlamat rmk ke 6
i. meningkatkan kecekapan dan daya saing ekonomi dengan
menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam
mengembangkan ekonomi negara.
ii. mengurangkan penyertaan secara langsung sektor awam
dengan meningkatkan keupayaan sedia ada sektor swasta
untuk melaksanakan program pembangunan infrastruktur,
pembangunan sumber manusia dan penyediaan
perkhidmatan sosial.cekap kepada sektor-sektor ekonomi

III. mengekalkan dasar liberalisasi dan pelonggaran


peraturan undang-undang untuk memperbaiki iklim
pelaburan dalam negara menggalakkan
pertumbuhan sektor swasta dan pelaburan asing.
iv. menggalakkan pertumbuhan pesat proses
perindustrian dengan menggunakan teknologi yang
lebih canggih bagi menghasilkan keluaran yang
berkualiti untuk memenuhi keperluan pasaran di
negara maju.
v. mengukuhkan perkembangan pasaran kewangan
dan modal supaya tabungan dalam negara dapat
ditingkatkan dan disalurkan secara

RANCANGAN MALAYSIA KETUJUH


(1996 2000)
Rmk 7 digubal seiring dengan hasrat negara
menyokong dan mengekalkan proses pembangunan.
teras rmk 7 adalah untuk meningkatkan
pertumbuhan potensi keluaran, memesatkan
peralihan struktur dan pembangunan seimbang.
Tumpuan rancangan adalah untuk meningkatkan
produk dan kecekapan, terutama melalui pemberian
insentif kepada sektor swasta

RANCANGAN MALAYSIA KELAPAN (20012005)


Menekankan unsur kaum, penyusunan semula
masyarakat dan pembangunan yang seimbang
masih menjadi strategi utama dasar wawasan
negara.
Rmk 8 merupakan rancangan pembangunan
pertama dalam rangka rancangan jangka panjang.
Dasar wawasan negara yang terkandung dalam
RRJP3 berperanan menentukan arah
pembangunan negara dalam dekad pertama abad
ke 21.

Rancangan malaysia kelapan menggabungkan strategi,


program dan projek yang dirangka bagi mencapai objektif
dasar wawasan negara, iaitu menjamin pertumbuhan
mapan dan pengukuhkan daya tahan ekonomi negara
serta mewujudkan masyarakat yang bersatu dan
saksama.

Dasar wawasan negara menggabungkan teras dan dua


dasar pembangunan terdahulu, iaitu dasar ekonomi baru
dan dasar pembangunan nasional dengan objektif
utamanya untuk mencapai perpaduan nasional.
pembasmian kemiskinan tanpa mengira

RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN


(2006 -2010)
Rancangan malaysia kesembilan merupakan peringkat kedua pelaksanaan rrjp3 dan fasa
kedua pelaksanaan wawasan 2020. penekanan diberikan kepada pembangunan insaniah
yang melibatkan penggunaan secara optimum pembangunan fizikal yang telah disediakan.
Rancangan ini menggariskan enam cabaran;
i. meningkatkan prestasi dan kemampuan malaysia
ii. mengukuhkan daya saing dan daya tahan ekonomi negara dan meningkatkan kegiatan
inovasi
iii. meningkatkan daya pengeluaran dan tahap pengetahuan dalam ekonomi.
iv. membangunkan sumber manusia.
v. memperhebat langkah pembasmian kemiskinan.
vi. menyediakan kemudahan dan perkhidmatan berkualiti tinggi melalui sistem yang cekap
dan berkesan.

You might also like