You are on page 1of 1

Teks Pengarah Perasmian Penutupan Program Kesihatan Pergigian.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, Salam 1 Malaysia dan Salam


Melaka Negeriku Sayang Negeri Bandar Teknologi Hijau, Melaka 753tahun.
Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Jawatankuasa Pengelola Bengkel
Kesihatan Pergigian bagi pelajar DPLI semester 2 dan PISMP semester 5, kerana
telah berganding bahu untuk merealisasikan Bengkel Kesihatan Pergigian untuk
kali ini. Saya amat yakin dengan adanya kerjasama yang padu dan komitmen
daripada semua pihak yang telah dipertanggungjawabkan akan membolehkan
bengkel ini dilaksanakan mengikut perancangan dan mencapai objektifnya.
Bengkel ini menjadi wadah untuk mengetengahkan amalan gaya hidup sihat
dalam menjaga kesihatan mulut antaranya menjaga kesihatan gigi. Bengkel ini
juga memberi kesedaran kepada guru pelatih dan masyarakat tentang
kepentingan kesihatan gigi dan memberi pendedahan kepada guru pelatih
tentang pendidikan kesihatan pergigian di sekolah.
Saya yakin bengkel ini mampu meningkatkan pengetahuan dan memperkasakan
guru pelatih terhadap peningkatan taraf kesihatan pergigian. Bengkel ini juga
akan menjadi satu landasan penting kepada guru pelatih yang terlibat untuk
saling bermesra dan lebih mengendali warga kerja Kementerian Kesihatan
Pergigian di samping dapat menyediakan plat form ke arah menjadi bakal
pendidik yang berkebolehan dalam setiap aspek termasuklah dalam pendidikan
kesihatan pergigian.
Dengan lafaz Bismillahhirahmannirrahim saya dengan rasminya menutup
Bengkel Kesihatan Pergigian 2015 Bagi pelajar DPLI semester 2 dan PISMP
semester 5.

You might also like