You are on page 1of 18

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LISAN BAHASA MELAYU

DENGAN PENDEKATAN KOMUNIKATIF

teknik teknik dalam pengajaran bahasa melayu


Pengenalan
Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah digubal dengan memberikan fokus kepada Hasil
Pembelajaran yang perlu dikuasai murid. Hasil Pembelajaran ini berteraskan kemahiran
bahasa, iaitu Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca, dan Kemahiran
Menulis. Bagi setiap kemahiran pelbagai teknik pengajaran telah diterapkan oleh guru semasa
berlangsungnya sesi pengajaran dan pembelajaran.
Kemahiran Mendengar
Kemahiran mendengar merupakan keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami
perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberikan maklum
balas.
Kemahiran Bertutur
Kemahiran bertutur merupakan keupayaan murid berbual untuk menjalin hubungan dan
menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif dengan
sebutan dan intonasi yang betul secara spontan. Penekanan diberi kepada penggunaan
pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai

1.0 PENDAHULUAN
Dalam pengajaran kemahiran lisan, matlamat akhir yang ingin dicapai oleh
pelajar ialah supaya mereka boleh menggunakan bahasa untuk berkomunikasi.
Dengan kata lain pelajar-pelajar boleh menggunakan bahasa untuk berhubung
dengan pihak lain dalam berbagai-bagai situasi. Pendekatan komunikatif tidak
mementingkan penguasaan bahasa secara pencilan tetapi pendekatan ini
menitikberatkan penguasaan pelajar dalam kecekapan berkomunikasi iaitu cekap
menyuarakan isi hati dan fikiran sendiri dengan menggunakan kecekapan nahu
(tatabahasa), sosiobudaya dan kognitif pelajar itu sendiri.
Munby (dlm Juriah Long:1980), menyatakan bahawa kecekapan nahu ialah cekap
dalam menggunakan bentuk-bentuk bahasa seperti penggunaaan kosa kata,
bentuk kata, ayat, semantik dan fonologi. Kecekapan komunikasi melibatkan
kecekapan sosiobudaya iaitu pengetahuan dan kemahiran bahasa yang berkait

rapat dengan latar dan persekitaran sosial pertuturan itu dilakukan. Tegasnya,
kecekapan nahu dan kecekapan sosiobudaya berkait rapat dan tidak boleh
dipinggirkan. Individu yang berkomunikasi tanpa pengetahuan sosiobudaya dan
latar budaya dianggap tidak berbudaya (kurang adab) dan tidak tahu berbahasa.

Pendekatan Bahasa Melayu


Pendekatan adalah jalan yang diambil semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berjalan. Dengan kata lain, pendekatan ini merupakan penentu bagaimana ilmu itu hendak
disampaikan. Kalau diterjemahkan dalam bahasa yang mudah, jika seorang ayah ingin
menyempurnakan keinginan anaknya yang selalu meminta barangan yang tidak mampu dia
belikan, dia mungkin menggunakan jalan yang kotor iaitu mencuri , merompak mahupun
merampas barangan tersebut daripada orang lain ataupun dia menasihatkan anaknya agar
bersabar kerana dirinya sukar untuk mendapatkan barangan tersebut dalam masa singkat
kerana kekangan duit. Selain itu, kita juga boleh membayangkan bahawa pendekatan itu
adalah jalan yang dipilih oleh seseorang umat untuk berjaya ataupun tidak dalam kehidupan
mereka.

Pendekatan Situasi
Pendekatan situasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang diperkenalkan
oleh Mackey (1965), antara lain menegaskan bahawa pernyataan lisan itu
merangkumi semua unsur kefahaman mendengar dan penggunaan unsur-unsur
bunyi bahasa yang betul dalam pola, nada dan intonasi tertentu. Pernyataan lisan ini
juga meliputi aspek pemilihan kata-kata dan unsur-unsur infleksi yang disusun
dengan betul supaya tergambar juga makna-makna yang betul mengenainya.
Tegasnya, pendekatan situasi yang berlandaskan teori struktural dan teori
pembelajaran behaviouris yang beranggapan bahawa untuk membolehkan
seseorang itu menguasai kemahiran lisan (khasnya bertutur), terlebih dahulu
beberapa kemahiran asas yang lain perlu dikuasai terlebih dahulu. Antara lain,
menguasai kemahiran membuat tanggapan, mengingat, membunyikan perkataan
dan juga aspek struktur bahasa berkenaan. Hal ini demikian kerana melaluinya
aspek penggunaan dan penguasaan bahasa secara lisan dapat diperbaik dari
semasa ke semasa. Dengan demikian, pendekatan situasi mestilah berlandaskan
prinsip pengajaran berikut:
(a)

Guru perlu memberi peneguhan kepada setiap satu gerak balas murid yang betul
supaya gerak balas itu diulangi lagi;

(b)

Murid mesti dilatih bertutur dengan menggunakan unsur-unsur bahasa yang


digunakan oleh masyarakat;

(c)

Guru perlu memahami proses yang terlibat dalam pertuturan supaya dia dapat
memandu dan melatih murid-murid menggunakan alat-alat pertuturan mereka serta
dapat menyebut bunyi dan struktur bahasa dengan betul;

(d)

Pengajaran bertutur perlu dimulakan dari peringkat awal pengajaran bahasa untuk
mendorong minat murid-murid belajar bahasa. Jika pengajaran kemahiran bertutur
ini diajar pada peringkat lanjutan, iaitu setelah murid menguasai bahasa tulisan,
keupayaan murid-murid bertutur dengan menggunakan bahasa yang betul akan
terganggu. Hal ini deemikian kerana murid telahpun membentuk kelaziman sebutan
bahasa yang salah;

(e)

Penggunaan pita rakaman dapat membantu guru-guru melatih tubi murid-murid


dalam latihan bertutur;

(f)

Kelaziman bertutur dalam sesuatu bahasa berbeza. Apabila murid-murid


mempelajari bahasa kedua, guru tidak boleh membiarkan mereka menghasilkan
sebutan-sebutan bahasa sasaran secara automatik. Sebaliknya, guru perlu
memandu murid-murid secara sedar (melalui aktiviti latih tubi) menggunakan alat-alat
pertuturan mereka bagi menghasilkan sebutan-sebutan bahasa yang baru mereka
pelajari itu;

(g)

Bagi penutur-penutur bahasa kedua, kelaziman-kelaziman bahasa pertama mereka


akan mengganggu pembentukan kelaziman bahasa yang baru. Oleh itu, guru perlu
melatih tubi murid-murid tersebut supaya dapat menghasilkan sebutan-sebutan yang
betul.
Walau bagaimanapun Walkins (1975), berpendapat murid sukar memindahkan
pengetahuan kemahiran bertutur yang dipelajari dalam bilik darjah kepada
penggunaan dalam kehidupan seharian. Hal ini demikian kerana guru biasanya
begitu menentukan bahasa yang perlu dihasilkan oleh murid-murid. Tujuannya, guru
ingin membantu murid-murid memilih bahasa untuk digunakan dalam situasi
tertentu. Maka, sebenarnya pembelajaran bahasa perlu berdasarkan kepada
pengalaman yang sedia ada dalam kalangan murid-murid dalam kehidupan harian
mereka. Sekiranya semua hasilan bahasa dikawal oleh faktor luaran, misalnya oleh
guru, maka murid tidak mempunyai pengalaman untuk menguasai kecekapan
bahasa mereka secara bersendirian. Ini bermakna murid tidak mampu
memindahkan kemahiran bertutur yang diperoleh melalui situasi pembelajaran
bahasa di dalam bilik darjah untuk digunakan dalam situasi penggunaan bahasa
yang sebenarnya dalam kalangan masyarakat.
PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASIONAL

Mackey(1965), salah seorang penganjur pendekatan situasi, berpendapatbahawa pernyataan lisan bukan sahaja
merangkumi semua unsur kefahamanmendengar serta penggunaan unsur-unsur bunyi bahasa yang betul dalam
pola-pola nada dan intonasi yang betul tetapi juga merangkumi pemilohan kata-katadan unsur-unsur infleksi serta
penyusunan unsur-unsur tersebut dengan betulsupaya tergambar makna yang betul.

Pendekatan situasi yang berlandaskan teori bahasa struktural dan teoripembelajaran behaviouris beranggapan
bahawa penguasaan kemahiran lisanmemerlukan seseorang penutur menguasai beberapa kemahiran kecil
bagimenangkap, mengingat serta menyebut sistem bunyi dan struktur dalam sesuatubahasa yang betul.

Pendekatan in berpendapat bahawa pengajaran kemahiran mestilahberlandaskan prinsip pengajaran berikut:

a)
Pengajaran kemahiran lisan memerlukan usaha guru yang banyak. Tiap2 gerakbalas yang betul perlu diteguhkan
supaya gerak balas itu diulangi lagi.
b)
Murid-murid tidak boleh bertutur dengan lancar kalau mereka hanya mendengar pertuturan orang lain sahaja. Jadi,
beri mereka peluang mereka untuk bertutur AKTIVITI PENGAJARAN BERTUTUR BAGI PENDEKATAN
SITUASI
LATIH TUBI

Latih tubi dijalankan bagi melatih murid menguasai bahasa, sebutan dan polayang digunakan oleh guru.

Mulakan dengan penyebutan guru, kemudian murid meniru dan mengulangisebutan tersebut.

Sekiranya murid masih bermasalah dengan sebutan tersebut, murid harusulanginya lagi.

Latih tubi meliputi penyebutan ayat, frasa, perkataan, suku kata dan bunyi-bunyifonem yang diambil dibahagian
dialog kemudian dibaca oleh murid.

Pasangan perkataan yang mempunyai perbezaan yang paling kecil tetapi dapatmenghasilkan makna
digunakan.Contoh: daki dengan laki, tari dengan lari, malu dengan balu.
DIALOG DAN NYANYIAN

Dialog atau perbualan merupakan bahan yang sering digunakan dalam latihanlisan.

Bahagian-bahagian dialog akan dilatih tubi oleh guru sebelum guru dapatmenyuruh murid meniru dan menghafal
dialog
Konsep Pendekatan
Pendekatan didefinisikan sebagai cara atau langkah-langkah yang diambil bagi
melaksanakan sesuatu tugas, (Kamus Dewan,1998). Definisi yang diberikan oleh
Kamus Dewan sememangnya umum, penulis memberikan takrifan ini mungkin untuk
situasi-situasi yang tertentu seperti menyelesaikan masalah atau konflik yang
timbul dan berbagai-bagai lagi.

Pendekatan Situasi dalam Pengajaran Kemahiran Bertutur


Pendekatan Situasi
Pendekatan situasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang diperkenalkan
oleh Mackey (1965), antara lain menegaskan bahawa pernyataan lisan itu
merangkumi semua unsur kefahaman mendengar dan penggunaan unsur-unsur
bunyi bahasa yang betul dalam pola, nada dan intonasi tertentu. Pernyataan lisan ini
juga meliputi aspek pemilihan kata-kata dan unsur-unsur infleksi yang disusun
dengan betul supaya tergambar juga makna-makna yang betul mengenainya.
Tegasnya, pendekatan situasi yang berlandaskan teori struktural dan teori
pembelajaran behaviouris yang beranggapan bahawa untuk membolehkan
seseorang itu menguasai kemahiran lisan (khasnya bertutur), terlebih dahulu
beberapa kemahiran asas yang lain perlu dikuasai terlebih dahulu. Antara lain,
menguasai kemahiran membuat tanggapan, mengingat, membunyikan perkataan
dan juga aspek struktur bahasa berkenaan. Hal ini demikian kerana melaluinya

aspek penggunaan dan penguasaan bahasa secara lisan dapat diperbaik dari
semasa ke semasa. Dengan demikian, pendekatan situasi mestilah berlandaskan
prinsip pengajaran berikut:
(a)

Guru perlu memberi peneguhan kepada setiap satu gerak balas murid yang betul
supaya gerak balas itu diulangi lagi;

(b)

Murid mesti dilatih bertutur dengan menggunakan unsur-unsur bahasa yang


digunakan oleh masyarakat;

(c)

Guru perlu memahami proses yang terlibat dalam pertuturan supaya dia dapat
memandu dan melatih murid-murid menggunakan alat-alat pertuturan mereka serta
dapat menyebut bunyi dan struktur bahasa dengan betul;

(d)

Pengajaran bertutur perlu dimulakan dari peringkat awal pengajaran bahasa untuk
mendorong minat murid-murid belajar bahasa. Jika pengajaran kemahiran bertutur
ini diajar pada peringkat lanjutan, iaitu setelah murid menguasai bahasa tulisan,
keupayaan murid-murid bertutur dengan menggunakan bahasa yang betul akan
terganggu. Hal ini deemikian kerana murid telahpun membentuk kelaziman sebutan
bahasa yang salah;

(e)

Penggunaan pita rakaman dapat membantu guru-guru melatih tubi murid-murid


dalam latihan bertutur;

(f)

Kelaziman bertutur dalam sesuatu bahasa berbeza. Apabila murid-murid


mempelajari bahasa kedua, guru tidak boleh membiarkan mereka menghasilkan
sebutan-sebutan bahasa sasaran secara automatik. Sebaliknya, guru perlu
memandu murid-murid secara sedar (melalui aktiviti latih tubi) menggunakan alat-alat
pertuturan mereka bagi menghasilkan sebutan-sebutan bahasa yang baru mereka
pelajari itu;

(g)

Bagi penutur-penutur bahasa kedua, kelaziman-kelaziman bahasa pertama mereka


akan mengganggu pembentukan kelaziman bahasa yang baru. Oleh itu, guru perlu
melatih tubi murid-murid tersebut supaya dapat menghasilkan sebutan-sebutan yang
betul.
Walau bagaimanapun Walkins (1975), berpendapat murid sukar memindahkan
pengetahuan kemahiran bertutur yang dipelajari dalam bilik darjah kepada
penggunaan dalam kehidupan seharian. Hal ini demikian kerana guru biasanya
begitu menentukan bahasa yang perlu dihasilkan oleh murid-murid. Tujuannya, guru
ingin membantu murid-murid memilih bahasa untuk digunakan dalam situasi
tertentu. Maka, sebenarnya pembelajaran bahasa perlu berdasarkan kepada
pengalaman yang sedia ada dalam kalangan murid-murid dalam kehidupan harian
mereka. Sekiranya semua hasilan bahasa dikawal oleh faktor luaran, misalnya oleh
guru, maka murid tidak mempunyai pengalaman untuk menguasai kecekapan
bahasa mereka secara bersendirian. Ini bermakna murid tidak mampu
memindahkan kemahiran bertutur yang diperoleh melalui situasi pembelajaran
bahasa di dalam bilik darjah untuk digunakan dalam situasi penggunaan bahasa
yang sebenarnya dalam kalangan masyarakat.
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
Pengaplikasian Pendekatan Pembelajaran Bahasa

Kaedah mengikut Kamus Dewan bermaksud cara atau aturan (membuat sesuatu),
hukum atau prinsip. Justeru itu, sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan
yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat.
PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASIONAL
Mackey(1965), salah seorang penganjur pendekatan situasi, berpendapat
bahawa pernyataan lisan bukan sahaja merangkumi semua unsur kefahaman
mendengar serta penggunaan unsur-unsur bunyi bahasa yang betul dalam pola-pola
nada dan intonasi yang betul tetapi juga merangkumi pemilihan kata-kata dan unsurunsur infleksi serta penyusunan unsur-unsur tersebut dengan betul supaya
tergambar makna yang betul. Pendekatan situasi yang berlandaskan teori bahasa
struktural dan teori pembelajaran behaviouris beranggapan bahawa penguasaan
kemahiran lisan memerlukan seseorang penutur menguasai beberapa kemahiran
kecil bagi menangkap, mengingat serta menyebut sistem bunyi dan struktur dalam
sesuatu bahasa yang betul.
Pendekatan ini berpendapat bahawa pengajaran kemahiran mestilah
berlandaskan prinsip pengajaran seperti pengajaran kemahiran lisan memerlukan
usaha guru yang banyak dan setiap gerak

balas yang betul perlu diteguhkan

supaya gerak balas itu diulangi lagi.

Murid-murid tidak boleh bertutur dengan

lancar jika mereka hanya mendengar

pertuturan orang lain sahaja. Jadi, para

pelajar perlu diberi mereka peluang untuk bertutur. Antara aktiviti berturtur yang
boleh dijalankan di dalam bilik darjah bagi pendekatan situasi ialah latih tubi,dialog
dan nyanyian serta latihan pandang dan sebut.
Latih Tubi
Latih tubi dijalankan bagi melatih murid menguasai bahasa, sebutan dan pola
yang digunakan oleh guru.latihan ini dimulakan dengan penyebutan guru, kemudian
murid meniru dan mengulangi sebutan tersebut. Sekiranya murid masih bermasalah
dengan sebutan tersebut, murid harus mengulanginya lagi. Latih tubi meliputi
penyebutan ayat, frasa, perkataan, suku kata dan bunyi-bunyi fonem yang diambil
dibahagian dialog kemudian dibaca oleh murid. Pasangan perkataan yang
mempunyai perbezaan yang paling kecil tetapi dapat menghasilkan makna
digunakan. Contohnya, daki dengan laki, tari dengan lari,malu dengan balu.

Dialog dan Nyanyian


Dialog atau perbualan merupakan bahan yang sering digunakan dalam latihan
lisan.

Bahagian-bahagian dialog akan dilatih tubi oleh guru sebelum guru dapat

menyuruh murid meniru dan menghafal dialog.

Aktiviti nyanyian dapat membantu

murid-murid

kerana

menguasai

kemahiran

lisan

penyebutan bunyi-bunyi dengan betul, mengikut

menyanyi

memerlukan

rentak, nada yang betul.

Latihan Pandang dan Sebut


Gambar-gambar boleh digunakan bagi menghasilkan pertuturan.
pandang dan sebut merupakan latih tubi bertutur dengan menggunakan
gambar yang dimasukkan dalam teks latihan.
dan slide juga digunakan.

Latihan
gambar-

Carta bergambar,bahagian filem

Semua alat digunakan supaya murid-murid dapat

menghasilkan pertuturan yang baik

Teknik bercerita
Teknik ialah cara yang lebih khusus yang dicipta untuk mencapai sesuatu objektif pengajaran.
Teknik boleh dilihat sebagai satu cara khusus untuk membantu dan menjayakan sesuatu
kaedah pengajaran. Pelbagai jenis teknik telah dicipta untuk tujuan pengajaran bahasa seperti
teknik
bercerita.
Teknik bercerita untuk menyampaikan pelajaran bukanlah satu perkara baru, malahan cara ini
pernah dilakukan oleh orang-orang kita sewaktu menyampaikan sesuatu pengajaran kepada
anak-anak mereka. Teknik ini mudah menarik minat anak-anak itu. Keadaan yang sama juga
boleh dilakukan semasa guru-guru menyampaikan pelajaran kepada anak-anak murid mereka.
Biasanya murid-murid akan lebih cepat menumpukan perhatian di samping menjadikan
pembelajran
itu
berlaku
dalam
keadaan
yang
menyeronokkan.
Murid-murid, khususnya di sekolah-sekolah rendah, amat gemar mendengar cerita. Walaupun
mereka masih kecil, tetapi apa yang diceritakan kepada mereka itu dapat segera difahami dan
kadangkala dapat pula sekaligus memahami maksud cerita itu. Oleh yang demikian, jika
murid-murid tadi diberi peluang belajar dalam suasana yang menyeronokkan, pasti proses
pengajaran
dan
pembelajaran
akan
lebih
berkesan.
Walau bagaimanapun, guru-guru mestilah sedar bahawa teknik bercerita dan pengajaran cerita
adalah dua perkara yang berlainan. Janganlah oleh kerana terlalu seronok bercerita, objektif
pengajaran yang sebenar yang hendak disampaikan ketika itu menjadi kabur. Guru perlu
ingat, bercerita itu hanyalah sebagai alat untuk menyalurkan isi-isi pelajaran, sedangkan
aspek-aspek yang hendak disampaikan itu adalah lebih penting dan seharusnya menjadi
tumpuan
utama.
Cara melaksanakan teknik bercerita itu samalah seperti guru menjalankan pelajaran cerita,
tetapi apa yang penting ialah aspek-aspek bahasa yang hendak diajarkan itu seharusnya ada

dan terkandung di dalam cerita itu. Penekanan harus dilakukan kepada aspek-aspek tersebut
semasa guru bercerita.
EKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
DEFINISI

Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil
seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya.

Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi
atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera yang maksimum
pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.

Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya
Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai
pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana
ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.

Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan
bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang
dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan
pendekatan yang dianuti.

TEKNIK BERCERITA

Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan
berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian
pelajar.

Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat


disampaikan.

Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan


menulis dikalangan pelajar.

Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan,


kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan,
suara, gerak laku dan kawalan mata.

Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan
mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.

Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah :

Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid. Kemudian,
sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.

Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa.

Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting.

Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid sekurang-kurangnya


sekali sebelum menggunakan teknik ini.

Guru bercerita dalam keadaan yang selesa.

Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain BBM.

Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan aspekaspek bahasa yang hendak disampaikan.

TEKNIK BERCERITA
Teknik bercerita dapat membantu guru untuk meningkatkan kemahiran mendengar,
kemahiran menulis dan kemahiran bertutur murid-murid iaitu semasa guru bercerita
murid perlu memberi perhatian mendengar dengan teliti apa yang diceritakan oleh
guru dan guru akan bersoal jawab dengan murid yang melibatkan kemahiran bertutur.
setelah guru bercerita guru akan meminta murid membuat ulasan terhadap tajuk yang

diceritakan oleh guru dan ini melibatkan kemahiran menulis dan membaca.
Teknik bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk
membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik
minat dan perhatian murid. Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan
tatabahasa dapat disampaikan. Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar
ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi
kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata. Suara memainkan
peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak

menimbulkan kebosanan.
Aktiviti brcerita merupakan satu lagi kemahiran generik iaitu suatu cara yang boleh
digunakan oleh guru. Aktiviti ini boleh mempromosikan minat dalam mana-mana
bahagian kurikulum.Selain itu ia dapat mengembangkan penghargaan dan

keseronokan

untuk

menikmati

kesusasteraan,

pengayaan

bahasa,

pelbagai

pengalaman, mengembang kemahiran mendengar dan memotivasi murid-murid


membaca. Guru seharusnya berinovatif dalam mencari cerita yang sesuai dengan
objektif pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru juga berperanan untuk
memastikan cerita yang dipilh sesuai dengan peringkat umur murid-murid dan dapat

menarik minat mereka (Mohd Zohir dan Shukri Osman , 2004).


Secara tambahannya pula, guru boleh menggunakan bahan-bahan sampingan yang
dapat menarik lagi minat murid-murid terhadap cerita yang hendak disampaikan
seperti boneka, tali, binatang mainan, kertas dan sebagainya. Kebaikan teknik
bercerita ialah ia dapat melengkapi murid dengan pelbagai kemahiran dan kecekapan
bahasa terutamanya kecekapan lisan. Kaedah ini menggalakkan murid untuk berfikir
secara kritis dan kreatif khasnya apabila guru beranyakan soalan tentang moral sesuatu
cerita. Kemahiran-kemahiran yang guru perlu menggunakan dalam teknik bercerita
ialah Kemahiran verbal seperti projeksi suara, penekanan fasa atau bunyi dan
penggunaan ayat-ayat yang mudah dan nada suara yang sesuai untuk menggambarkan
siuasi tertentu dan memiliki kebolehan memanipulsi mimik muka untuk menunjukkan

emosi yang berlainan.


Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah pilih cerita yang sesuai
dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid. Kemudian, sesuaikan pula dengan
isi muridan yang hendak disampaikan. Mengkaji cerita itu dan cuba masukkan aspekaspek bahasa dan hafazkan frasa atau ayat-ayat penting. Seterusnya melatih bercerita
seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid sekurang-kurangnya sekali sebelum
menggunakan teknik ini. Guru bercerita dalam keadaan yang selesa dan guru boleh
menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain BBM. Sediakan kad-kad
perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan aspek-aspek bahasa yang
hendak disampaikan

Menurut Mohd Zohir dan Shukri Osman (2004) dalam teknik bercerita terdapat
beberapa langkah yang telah ditetapkan iaitu Sebelum bercerita dan semasa bercerita.
Sebelum bercerita guru perlu menyediakan persekitaran yang selesa. Jika boleh, suatu
tempat duduk itu perlulah dikemas supaya murid-murid boleh duduk di tempat
tersebut dan mengelilingi pencerita. Jika waktu tersebut guru ialah pencerita, guru
tersebut perlu menimbangkan perkara-perkara seperti memastikan cerita yang
diperdengarkan boleh didengari oleh semua murid. Kemudian pastikan bahawa semua

murid dapat melihat pencerita, terutama muka dan tangan.


Guru tersebut juga perlu bercerita dengan kuat dan jelas dengan intonasi suara dan
eksperesi muka yang bersesuain dengan cerita. Sekiranya pencerita tidak mahu
diganggu, guru perlu memberitahu murid supaya tidak bertanyakan soalan sehingga
penghabisan cerita. Perkara yang paling utama ialah memastikan semua murid
memberi perhatian sebelum cerita itu dimulakan. Walaubagaimanapun, guru juga
boleh menggunakan kaeadah memberi peluang kepada murid untuk bercerita bersamasama. Langkah yang harus di ambil oleh guru tersebut ialah memberi maklumat
tentang bahagian-bahagian dan urutan cerita yang berkaitan. Guru juga harus memberi
peluang murid untuk berkongsi cerita, peristiwa dalam satu keadaan tidak formal

sebagai permulaan kepada pengalaman bercerita lebih mendalam.


Semasa bercerita pula kaedah ini memberi peluang kepada murid-murid untuk
mencatat nota daripada cerita yang diperolehi untuk perbincangan lanjut. Selain itu, ia
juga bertujuan untuk memastikan agar murid-murid memberi perhatian terhadap cerita
yang diperdengarkan. Pencerita pula perlu mengambil langkah supaya bertentangan
mata ( eye contact ) dengan pendengar dan bertutur secara terus menerus kepada
pendengarnya.

Raminah Sabran & Rahim Syam (1985) "Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia",

Fajar
Bakti, Petaling Jaya

RUJUKAN INTERNET

file:///D:/PELAJARAN%20DI%20UPSI/sem%206/bm/teknik%20p&P%20bahasa
%20melayu.htm

embelajaran adalah satu proses kognitif, afektif dan psikomoto yang


kompleks.Ianya menghasilkan perubahan yang agak keaadan stabil didalam
tingkah laku seseorang atau sesuatu organisma itu, atau dalam kebolehan
seseorang.Perubahan ini hendaklah dihasilkan melalui pengalaman, latihan atau
interaksi antara individu dengan persekitarannya mengikut teori pembelajaran
Sim yang amat menitik beratkan persekitaran pembelajaran.
Bercerita merupakan satu aktiviti yang menarik perhatian kanak-kanak kerana
melalui bercerita mereka dapat memahami sesuatu itu dengan lebih mendalam
secara tidak langsung mengaktifkan daya imaginasi kanak-kanak untuk berfikir
dengan lebih kreatif. Melalui teknik penceritaan kanak-kanak dapat belajar dalam
suasana yang gembira dan ceria. Kanak-kanak akan lebih mudah faham apabila
mereka belajar dalam keadaan mereka bersedia dan ceria kerana mereka akan
lebih mudah faham dan ingat apa yang telah mereka pelajari. Hal ini kerana
secaa lumrahnya manusia sentiasa mengingati perkara yang menyeronokkan
berbanding perkara yang tidak memberi kesan apa-apa dalam diri mereka. Nilainilai murni juga dapat diterapkan dalam diri kanak-kanak kerana mereka akan
mengingatinya.
Guru merupakan pengganti ibu bapa disekolah. Guru haruslah memahami
kehendak dan perilaku kanak-kanak supaya guru dapat mengajar dengan lebih
efektif. Mereka mendidik dan mengajar kanak-kanak untuk membantu
meningkatkan intelek,emosi,rohani dan jasmani mereka.Guru memainkan
peranan yang penting dalam mendidik ke arah perkembangan kanak-kanak.
Kanak-kanak berkembang melalui persekitaran mereka. Sepertimana Model
Pengajaran Sim persekitaran dan tempat belajar haruslah selesa dan sesuai agar
kanak-kanak dapat belajar dalam keadaan yang kondusif tanpa gangguan dan ini
dapat membantu kanak-kanak tersebut berkembang dalam persekitaran yang
sihat.
Guru haruslah mampu menarik tumpuan kanak-kanak untuk belajar dengan
kaedah pengajaran yang boleh menarik minat mereka. Salah satu kaedah yang
boleh menarik minat kanak-kanak untuk merek menumpukan perhatian merka
ialah melalui bercerita. Kanak mempunyai tahap ingin tahu yang tinggi dan
mereka suka bertanya mengenai perkara-perkara yang baru sehingga mereka
mendapatkan jawapan yang tepat mengenai satu-satu persoalan. Keberkesanan
kaedah bercerita ialah melalui nada suara yang bersesuaian dengan watak yang
diceritakan. Intonasi suara yang sesuai menjadikan kanak-kanak akn lebih terarik

dan faham tentang suara yang diguanakan mengajar mereka tentang erti
kebenaran yakni mereka akan dapat mengetahui suara ibu adalah begini dan
suara ayah adalah garau. Nada suara hendaklah jelas dan lantang agar mereka
dapat memahami dengan lebih jelas tentang apa yang hendak disampaikan.
Nada suara juga haruslah disertakan dengan emosi yang sesuia agar apa yang
disampaikan adalah betul dan difahami oleh mereka.
Selain itu, melalui teknik penceritaan kemahiran bahasa dapat ditingkatkan
dalam diri kanak-kanak. Guru haruslah menggunakan bahasa yakni struktur ayat
dan kosa kata yang betul serta bersesuaian agar kanak-kanak dapat
meningkatkan kemahiran bahasa mereka. Bahasa yang digunakan mestilah
bersesuian dengan aras kanak-kanak kerana mengikut prinsip-prinsip
pembelajaran guru hendaklah mengajar murid dari senang ke susah dan dari
konkrit ke abstrak. Kepentingan bercerita ialah ianya harus memberi kesan
kepada kanak-kanak dan kanak-kanak tersebut memahami dengan jelas objektif
utama yang hendak disampaikan melalui penceritaan tersebut.
Memek muka memainkan peranan yang penting kerna memek muka membantu
kanak-kanak untuk memahami dengan lebih jelas mengenai emosi yang hendak
disampaikan oleh guru. Dengan itu murid akan lebih peka dengan apa yang
hendak diampaikan oleh guru dan secara tidak langsung kanak-kanak dapat
dikawal tingkahlaku mereka kerana mereka akan lebih menumpukan perhatian
kepada mereka.
Guru juga boleh menggunakan teknik ini agar dapat menarik minat kanak-kank
untuk berkomunikasi dan menumpukan perhatian yang lebih kepada apa yang
hendak disampaikan. Sekaliguskan ia dapat meningkatkan kosa kata muridmurid.Guru juga boleh mengplikasikan kemudahan IT yang ada dengan
menggunakan Power Point. Visual dan audio yang dimasukkan dapat menarik
minat murid-murid untuk melihat pada yang akan keluar pada muka surat yang
selanjutnya.Pita rakaman juga masih juga dapat digunakan kerana kemagiran
mendengar dapat ditingkatkan.Persembahan teater akan lebih berkesan kepada
kanak-kanak kerana mereka dapat melihat sendiri tanpa perlu berimaginasi.
Ianya dapat membantu kanak-kanak menghayati dan merasakan sendiri cerita
tersebut. Syair, pantun dan gurindam juga dapat meningkatkan kemahiran
mereka untuk menghayati dan meletakkan diri mereka dalam cerita tersebut.
Intihanya, guru memainkan peranan yang penting dalam teknik pengajaran
bercerita agar murid dapat memahami maksud yang hendak disampaikan
dengan jelas dan terkesan dalam diri mereka. Sebagai contoh nilai-nialai murni
dalam cerita itu dapat memberikan pengajaran kepada pembentukkan peribadi
diri mereka. Guru merupakan model kepada mereka dalam membentuk
perwatakan mereka dimasa hadapan. Melalui penekanakan kepada aspek
intonasi suara, memek muka dan gaya penceritaan serta alatan dan gaya
penyampaian teknik ini dapat dilaksanakan dengan berkesan oleh guru.

Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil
seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya.

Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi
atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera yang maksimum
pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.

Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya
Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai
pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana
ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.

Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan
bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang
dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan
pendekatan yang dianuti.

TEKNIK BERCERITA

Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan
berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian
pelajar.

Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat


disampaikan.

Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan


menulis dikalangan pelajar.

Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan,


kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan,
suara, gerak laku dan kawalan mata.

Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan
mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.

Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah :

Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid. Kemudian,
sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.

Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa.

Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting.

Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid sekurang-kurangnya


sekali sebelum menggunakan teknik ini.

Guru bercerita dalam keadaan yang selesa.

Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain BBM.

Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan aspekaspek bahasa yang hendak disampaikan.
Cendawan Busuk

Permudahkan plot cerita yang ingin diperdengarkan

Gunakan perkataan sendiri untuk bercerita dengan mengekalkan konsep-konsep


kesesuaian pilihan perkataan. Seringkali guru tidak dapat membina cerita sendiri tetapi
akan memetik dari buku-buku cerita yang ada di pasaran. Kita perlu ingat,
kadangkadang buku cerita dihasilkan oleh penulis bukan yang tidak mempunyai latar
belakang pendidikan. Mereka adalah penulis yang menulis untuk memenuhi pasaran.
Sukar mendapatkan buku cerita yang benar-benar memenuhi kehendak pembelajaran
kanak-kanak iaitu yang menghiburkan, dan dalam masa yang sama memberi
pengajaran. Oleh itu adalah penting kepada guru-guru untuk membaca cerita-cerita
sebegini dan mempermudahkan plotnya bagi menyesuaikan dengan kanak-kanak.
Benar atau salah cerita itu bukanlah perkara terpenting tetapi jika guru dapat bercerita
dengan baik sehingga kanak-kanak dapat menerima cerita tersebut, itu dikatakan
sudah
berjaya.
2. Bina peta atau carta alir cerita

3. Sediakan alat bantu yang sesuai

Sekiranya perlu, guru perlu menyediakan alat bantu untuk digunakan sewaktu sesi
bercerita. Tujuannya supaya kanak-kanak berasa seronok. Misalnya gambar-gambar
binatang, pemandangan, atau apa saja yang berkaitan dengan cerita boleh menjadikan
sesi bercerita lebih menarik minat. Warna-warni gambar menjadai pelengkap kepada
penceritaan yang menarik.

5. Bercerita dengan suara, gaya, dan intonasi yang sesuai.

Aspek ini adalah perkara paling penting dalam sesebuah sesi bercerita. Sekiranya
suara yang monotonous dengan gaya yang hambar dan intonasi yang mendatar,
pelajar akan jemu dan gagallah guru tersebut. Keadaan akan menjadi lebih serius jika
guru berterusan tiada gaya bercerita, lama-kelamaan pelajar menjadi bosan dan tidak
berminat mengikuti sesi bercerita yang dikendalikan oleh guru tersebut. Sesi bercerita
juga boleh bertukar menjadi sesi yang bising dan tidak terkawal.
6. Sediakan pakaian khas jika perlu

esuatu sesi bercerita akan menjadi lebih menarik sekiranya guru menyediakan
pakaian khas sewaktu bercerita. Selain membangkitkan mood kanak-kanak, ia juga dapat
menjadikan sesi lebih real. Tidak perlulah menyediakan pakaian yang mahal atau terlalu
detail sehingga menenggelamkan cerita. Cukuplah sekadar penghias untuk membezakan
antara waktu pengajaran biasa dengan sesi bercerita. Keadaan ini juga boleh menjadikan
kanak-kanak lebih bersemangat dan bersedia untuk mengambil bahagian yang aktif dalam

Sekiranya guru bersedia sebelum mengadakan aktiviti


bercerita, sesi tersebut akan menjadi sangat bermakna dan kanak-kanak
dapat belajar sesuatu darinya. Banyak perkara yang boleh dilakukan
bergantung kepada inisiatif dan kreativiti guru. Memilih Cerita Untuk
Kanak-kanak
sesi

tersebut.

Banyak perkara yang perlu diberi perhatian apabila memilih cerita untuk digunakan dengan
kanak-kanak prasekolah. Antaranya ialah plot cerita, iaitu struktur penceritaan. Kita biasa
mendengar kanak-kanak bertanya Seronok tak cerita tu?. Yang dimaksudkan oleh kanakkanak itu ialah adakah cerita itu bagus kerana plot diumpamakan seperti benang yang
menjahit dan mencantumkan peristiwa cerita serta menceritakan apakah yang berlaku
kepada watak-watak dalam cerita itu. Baik plot cerita, baiklah cerita itu. Plot yang baik
berkembang secara semulajadi daripada tindakan watak-watak, dan bukannya terjadi
secara disengajakan. Cerita yang mengandungi sub plot yang banyak juga boleh
mengelirukan kanak-kanak. Bagi kanak-kanak peringkat prasekolah, memadai cerita yang

Latar cerita juga penting kepada kanakkanak. Latar masa boleh jadi pada masa sekarang, yang sudah lepas, atau
masa akan datang. Begitu juga dengan latar tempat. Boleh jadi di tempat
yang biasa dengan kanak-kanak atau fiksyen semata-mata. Walau
bagaimanapun, latar yang dipilih perlu bersesuaian dengan watak yang
digunakan. Guru boleh mempelbagaikan cerita yang digunakan, bukannya
memilih jenis cerita yang sama sahaja, bagi mengelakkan kebosanan.
mempunyai satu plot utama sahaja.

Tema cerita yang dipilih untuk kanak-kanak juga penting. Ianya bergantung kepada tujuan
guru menggunakan buku cerita tersebut, iaitu apakah mesej yang ingin disampaikan
kepada kanak-kanak. Kadang kala terdapat buku-buku cerita yang mengandungi makna
yang
berlapis,
iaitu
yang
tersirat.
Guru
perlulah
pandai
mencungkil
segala tema ini supaya kanak-kanak akan mendapat impak yang optimum. Tema yang
hendak dipilih perlulah yang sesuai untuk dipupuk kepada kanak-kanak, seperti adil, jujur,
dan seumpamanya. Ini kerana tidak semua nilai yang hendak didedahkan kepada kanakkanak pada peringkat itu. Memadai kalau mereka dididik untuk bertolak ansur dengan
rakan-rakan, boleh berkongsi permainan, boleh menghormati rakan ketika rakan
bercakap, tidak merampas barangan rakan, dan seumpamanya. Melalui cerita, guru dapat
menyampaikan segala mesej ini dengan bersahaja dan meneguhkannya selepas cerita
selesai. Dengan cara ini, mesej akan lebih kekal dalam ingatan kanak-kanak. Buku-buku
yang mengandungi pengenalan konsep-konsep mudah seperti saiz, bentuk, dan warna
bolehlah diperkenalkan. Perasaan ingin tahu mereka terhadap sesuatu dapat
membangkitkan minat kanak-kanak tersebut terhadap aktiviti membaca. Oleh itu bukubuku mengenai mengapa sesuatu itu begitu, dan mengapa perkara ini begini sangat
menarik perhatian mereka. Contohnya fenomena cuaca, binatang, alam sekitar, dan
sebagainya. Selain itu kanak-kanak juga sangat sukakan cerita-cerita pengembaraan. Yang

pentingnya tema cerita dapat membangkitkan rasa ingin tahu kanak-kanak kerana dari
situlah mereka belajar mengenai diri mereka, rakanrakan,dan dunia seluruhnya.
Watak juga memainkan peranan yang penting apabila memilih buku untuk kanak-kanak.
Watak-watak yang hidup dan real seperti orang-orang yang dikenali sesuai dipilih.
Kadang-kadang ada buku yang menggunakan watak-watak binatang tetapi jika dilukiskan
dengan sesuai, juga berkesan. Maksudnya watak-watak itu perlulah mempunyai kelebihan
dan kelemahan tersendiri. Cara pengarang memperkenalkan watak juga pelbagai. Ada yang
memperkenalkan secara terus, ada yang diperkenalkan oleh watak lain dalam cerita, ada
yang diceritakan melalui dialog-dialog tertentu. Malah ada watak yang tidak diperkenalkan
tetapi dapat dikesan melalui aksi-aksi tertentu. Namun perlu diingat bahawa,
perwatakannya perlulah tekal, tetapi bukannya sentiasa baik atau jahat semata-mata.
Segala perlakuan dan percakapan watak perlulah sesuai dengan umur, budaya, dan taraf
pendidikan. Watak-watak juga tidak boleh terlalu banyak sehingga boleh mengelirukan
kanak-kanak. Biasanya buku yang baik hanya mengandungi empat watak sahaja. Ini
membolehkan kanak-kanak mengikuti cerita watak-watak tersebut dengan mudah. Mungkin
guru
boleh
membincangkan
secara
tidak
formal
tentang
masalah-masalah yang dihadapi oleh watak dalam cerita dan kaitkan dengan diri kanakkanak. Dengar jika kanak-kanak mengemukakan pendapat mereka tentang watak-watak

Stail dan gaya bahasa yang digunakan dalam cerita juga


sangat penting diberi perhatian sewaktu memilih buku cerita kepada
kanak-kanak. Cara pengarang memilih kata-kata dan ayat untuk mengaitkan
plot dapat memberi keseronokan sewaktu membacanya. Gaya bahasa yang
sesuai dengan latar dan watak yang dipilih membuatkan cerita menjadi
logik dan diminati oleh kanak-kanak. Kanak-kanak tidak sukakan cerita yang
terlalu deskriptif, tetapi cerita yang mengandungi rima-rima tertentu
dapat menarik perhatian mereka. Buku cerita yang mengandungi lagu-lagu
tertentu juga memberikan keseronokan kepada kanak-kanak. Oleh itu
pilihlah buku cerita yang mengandungi ayat-ayat mudah kerana ayat
kompleks yang panjang membosankan pelajar kerana sukar difahami.
Pengulangan yang sesuai juga boleh digunakan.
yang telah dibaca.

Format buku cerita juga memainkan peranan penting dalam menarik minat kanak-kanak.
Faktor-faktor saiz, bentuk, reka bentuk halaman, ilustrasi, pemilihan huruf, dan kualiti
kertas boleh mempengaruhi minat mereka terhadap sesebuah buku. Buku yang
mengandungi banyak gambar yang berwarna-warni tentunya menarik dan kanak-kanak
suka. Selain membaca, mereka juga dapat menikmati gambar yang cantik. Tidak mustahil
jika kanak-kanak dapat mencipta cerita mereka sendiri berdasarkan gambar dalam buku
cerita tersebut. Tulisan yang menarik dan saiz yang sesuai boleh membuatkan mereka
tertarik untuk membacanya. Kanak-kanak yang masih dalam peringkat belajar membaca
akan lebih mudah membaca tulisan yang besar. Buku cerita yang menggunakan format
tulisan mengikut suku kata juga dapat membantu kanak-kanak belajar membaca. Selain itu
bentuk buku yang senang dipegang juga mempengaruhi minat kanak-kanak. Tidak hairanlah
jika kebanyakan buku kanak-kanak yang menggunakan kertas tebal dan berkualiti lebih
digemari berbanding buku biasa dengan kertas nipis.
Namun, sebelum membaca
sesebuah buku kepada kanak-kanak, guru-guru atau sesiapa sahaja perlu membacanya
terlebih dahulu. Pastikan cerita/idea yang ingin disampaikan melalui buku tersebut dapat
menyentuh hati kanak-kanak. Untuk membantu memilih buku yang sesuai dan menjadikan

sesi membaca cerita atau bercerita itu efektif, guru perlulah mempunyai panduanpanduan tertentu seperti pilihlah buku-buku yang dapat menggambarkan permasalahan
yang sedang dihadapi oleh kanak-kanak tersebut. Misalnya dalam usia enam tahun,
biasanya apakah perkara yang sering bermain di fikiran kanak-kanak. Kemungkinan isi
cerita yang berkaitan dengan permainan, binatang, dan seumpamanya adalah menarik
minat mereka. Buku cerita yang dipilih juga sebaikbaiknya dapat menggalakkan penyertaan
aktif kanak-kanak. Misalnya mengandungi lagu atau bait-bait puisi yang boleh dinyanyikan
bersama-sama. Walaupun tujuan utama mendengar cerita adalah untuk berhibur, perlu
diingat bahawa kanak-kanak juga perlu belajar sesuatu dari cerita tersebut. Oleh itu buku
cerita yang menggabungkan unsurunsur kognitif dan afektif adalah perlu supaya mereka
dapat menyerap nilai dan pengajaran yang ingin diketengahkan melalui sesebuah cerita.
Kalau boleh, cerita yang dipilih perlu mengandungi unsur-unsur penyelesaian masalah.
Tidak perlu menyelesaikan masalah yang besar dan berat, memadai jika mereka perlu
mencantum dan menyusun gambar. Kerja itu sebenarnya memerlukan kemahiran
menyelesaikan masalah.

You might also like