You are on page 1of 2

Nama : Murugan A/L Ramalingan

Opsyen : 4 PISMP BK (BT/PM)


Soalan : Sebagai seorang guru bimbingan yang baru di sebuah sekolah bagaimana
anda memulakan tugas merancang program di sekolah.
Setiap perancangan yang hendak dilakuakan oleh guru bimbingan dan kaunseling
sebaik-baiknya perlu dilakukan bersama-sama dengan Jawatankuasa Bimbingan dan
Kaunseling Sekolah ataupun sekurang-kurangya dengan pihak sekolah. Terdapat beberapa
bentuk format perancangan yang dapat digunakan apabila membina perancangan dan ia
bergantung kepada keserasian dan strategic yang digunapakai oleh guru bimbingan dan
kaunseling.
Perancangan sebaik-baiknya mudah difahami, flaksibel, memberikan maklumat yang
maksimum dan mudah dilihat. Perkara yang penting adalah perancangan yang digubal tidak
membebankan ataupun memeningkan kepala guru bimbingan dan kaunseling. Perancangan
dapat dibina dalam format jadual, calendar ataupun senarai panjang. Bagaimanapun, guru
bimbingan dan kaunseling perlu memastikan setiap program atau aktiviti dalam
perancangan yang dibuat perlu mengambil kira kemampuan melaksana dan bukannya
sebagai hiasan atas kertas sahaja ataupun hanya memuaskan hati sendiri ataupun orang
lain. Rasanya tidak menjadi kesalahan sekiranya bilangan program atau aktiviti

yang

dirancang sedikit tetapi ia berkualiti, dapat diintegrasikan dengan aktivi lain, bersifat
menyeluruh serta mempunyai jangkaan aras keberkesanan yang tinggi.
Tajuk perkara kecil atau subtajuk dalam setiap perancangan biasanya meliputi
bidang aktiviti projek, cadangan program atau aktiviti, tarikh pelaksaan, kumpulan sasaran,
personel yang terlibat dan juga catatan. Bagi subtajuk bidang aktiviti, guru bimbingan
kaunseling bolehlah memilih beberapa bidang aktiviti (lima ataupun enam bidang utama)
ataupun memilih mengikut orentasi perkhidmatan (perkembangan, pencegahan dan
pemulihan). Objektif bagi setiap aktiviti juga dapat di masukkan.
Perkara perkara yang dianggap relevan yang dimasukkan di bawah catatan adalah
jangkaan kos atau perbelanjaan, penganjur atau pembiaya, tempat, perubahan aktiviti,
pindaan tarikh dilaksanakan dan sebagainya.
Perancangan mengikut bidang perkhidmatan perlu dilakukan kerana ia dapat
memberiakan gambaran bagi menentukan sama ada pemberatan perancangan bagi
program atau aktiviti yang disususn seimbang dalam semua bidang perkhidmatan. Guru
bimbingan dan kaunseling dapat membuat senarai semak berdasarkan sukatan pelajaran

bimbingan dan kaunseling

bagi memilih dan menentukan setiap aspek dalam bidang

dimasukkan dalam setiap perancangan.


Kaedah membuat analisis menggunakan senarai semak dapat dilakukan sebelum
membuat perancangan. Senarai semak dibentuk menggunakan sukatan perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling. Senarai semak dibuat mengikut bidang. Analisis ini dapat
mengesan apabila berlaku sebarang ketidakseimbangan dalam perancangan. Apabila tidak
menggunakan analisis senarai semak, ada kemungkinan banyak aktiviti yang dirancang
terkumpul dalam suatu bidang sementara dalam bidang yang lain bilangan aktivitinya sedikit
ataupun kemungkinan tiada langsung.
Oleh itu, guru bimbingan dan kaunseling perlulah bijak memilih dan menentukan
setiap program atau aktiviti mengikut kecenderungan bidangnya. Misalnya, program mentormentee dapat dimasukkan sama ada sebagai aktiviti dalam bidang akademik ataupun
masalah pelajar. Dalam bidang akademik program mentor mentee dapat digunakan untuk
mengesan masalah pelajar seperti masalah akademik, sahsiah, personality, hubungan
social ataupun interpersonal, kesihatan mental.

Maka perancangan yang teliti dapat

membantu guru baru untuk menjayakan program yang dirancang.

You might also like