You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRA UTAMA,

JALAN KEMPAS, BANDAR PUTRA 81000 KULAIJAYA, JOHOR


MINIT MESYUARAT KURIKULUM

BIL: 02 /TAHUN : 2011

Tarikh

: 05 Januari 2011 (Rabu)

Masa

: 1.45 petang

Tempat

: Bilik Mesyuarat Utama, SKPU

Pengerusi

: Puan Rohani bt. Shamsudin


: orang

Kehadiran (bilangan)
Nama Yang Hadir

: seperti lampiran sebelah

Nama Yang Tidak Hadir

: - bersebab

Turut Hadir (Jika ada)


1

: tiada

KATA ALU-ALUAN PENGERUSI


1.1.

Puan Rohani selaku pengerusi mesyuarat memulakan dengan


bacaan
Al-Fatihah. Beliau mengucapkan rasa syukur kerana
dapat mengadakan mesyuarat Kurikulum kali kedua pada hari ini.

1.2.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada yang sudi hadir pada


mesyuarat kali kedua 2011 bagi melancarkan aktiviti kurikulum
pada tahun 2011.
Tin
dakan: Pengerusi

UCAPAN PENGERUSI
2.1

Ketua Panitia dikehendaki mengadakan mesyuarat panitia kali


pertama pada minggu ini.

2.2

Perkara yang perlu dibincangkan di mesyuarat panitia:


2.2.1 cara-cara untuk meningkatkan prestasi matapelajaran.
2.2.2 buku rekod hendaklah dihantar pada hari Jumaat atau pagi
Isnin atau
Sabtu jika ada aktiviti ko-kurikulum.

2.3

Arahan terdahulu untuk meletakkan meja guru di belakang kelas


boleh diubah bergantung kepada kuantiti murid di dalam kelas. Jika
kelas terlalu sesak meja guru boleh diletakkan di hadapan kelas.

2.4

Kelas tahun 3 mungkin akan ditambah kerana murid terlalu ramai.

2.5

Guru besar mengucapkan tahniah kepada semua guru kerana


berjaya mengawal perjalanan operasi sekolah setakat ini. Jadual

waktu berjalan dengan lancar dan tiada pertembungan dan sebarang


masalah.

2.6

Buku rekod mengajar adalah termasuk dalam Sasaran Kerja Tahunan


(SKT) dan semua guru hendaklah menjaga dan melengkapkan buku
rekod. Guru Besar mengingatkan supaya menulis impak untuk setiap
objektif.
Tindakan: Semua guru

UCAPAN GURU PENOLONG KANAN 1, EN HANNUAR B. HAMID


3.1.

3.2

En. Hannuar mengumumkan Setiausaha Kurikulum yang baru iaitu


Puan Aidayu bt Misrun menggantikan Puan Noor Aini bt. Abdul Jalil.
Setiausaha Pepriksaan ialah Cik Zalina bt Abd Manap menggantikan
Puan Aidayu bt. Misrun.
Pesanan untuk Ketua Panitia
3.2.1

Setiap panitia dikehendaki mengadakan mesyuarat panitia


kali pertama. Jadual mesyuarat panitia
06 Januari 2011 Panitia Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,
Matematik
dan Pendidikan Islam.
12 Januari 2011 Panitia Sains, Muzik, Kemahiran Hidup dan
Pendidikan Seni Visual.
13 Januari 2011 Panitia Kajian Tempatan, Sivik, Pendidikan
Jasmani dan Pndidikan Kesihatan.
Masa: 1.30 tengahari
Tempat: bergantung kepada Ketua Panitia.

3.2.2 Ahli Jawatankuasa Panitia seperti Setiausaha, Biro dan Ahli


Jawatankuasa kecil hendaklah dilantik.
3.2.3 Semua panitia dikehendaki menyediakan fail-fail. Fail kosong
boleh didapati di pejabat. Satu taklimat akan dibuat
mengenai sistem kod dan sistem fail. Fail yang telah siap
hendaklah diletakkan di pejabat.

3.2.

3.2.4

Semua guru diharapkan dapat mengadakan sukatan yang


terkini.
Perlu disimpan oleh semua guru, satu salinan untuk
simpanan fail dan satu salinan untuk GPK 1.

3.2.5

Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) hendaklah ditulis


sebanyak 46 minggu sesuai dengan takwim sekolah yang
disediakan oleh En. Hannuar b Hamid (GPK 1). Mingguminggu tersebut boleh dirujuk pada buku tersebut.
Walaubagaimana pun, perlu ubah suai kerana cuti-cuti
penggal dan cuti-cuti perayaan belum dimasukkan. Begitu
juga dengan minggu-minggu peperiksaan. Perlu dimasukkan
dalam RPT.

Tarikh-tarikh peperiksaan sepanjang tahun 2011 ialah:

8 10 Mac 2001 (Ujian Setara 1) minggu ke 6


16 20 Mei 2011 (Peperiksaan tahun) Minggu ke 20
19 22 Julai 2011 (Ujian Setara 2) Minggu ke 29
18 21 Okt 2011 (Peperiksaan Akhir Tahun) Minggu ke 42
3.3.

Rancangan Pelajaran Tahunan dihantar kepada Guru Besar pada


minggu ketiga persekolahan dengan menyatakan nama,
matapelajaran dan tahun yang diajar.

3.4.

Setiap Ketua Panitia hendaklah menyediakan satu set format


penulisan Rancangan Pengajaran Harian dan serahkan kepada GPK 1
bagi tujuan rujukan untuk guru-guru baru.

3.5

Setiap panitia perlu menghantar 2 program untuk 2011 yang akan


dijalankan pada 2011. Perancangan strategik ini akan dibuat selama
5 tahun (2011 2015). Format boleh didapati daripada En. Hannuar.
Setiap panitia diminta memastikan pelaksanaan setiap perancangan
strategik dan dokkumen-dokumen berkaitan kerana ini akan dinilai
dalam SSPK.

3.6

Guru Besar mengingatkan supaya setiap guru menyediakan pelan J


mengikut format terkini.

3.7

Encik Hannuar memaklumkan bahawa sekolah kekurangan guru dan


akan menerima beberapa guru baru dalam masa terdekat.

3.8

Belia memaklumkan bahawa terdapat jarak waktu rehat antara


tahap 1 dan tahap 2 bagi membolehkan pihak kantin membuat
persiapan.

3.9

Borang untuk kelas relief akan diletakkan di kaunter pejabat pada


setiap pagi, setiap guru dikehendaki menyemak dan mengambilnya
sebelum masuk ke kelas.

3.10 Puan Noor Aini menyatakan bahawa waktu loceng sekolah


dibunyikan tidak tepat dan berlaku sedikit kekeliruan terutama
waktu balik.
Encik Hannuar menyatakan bahawa waktu loceng telah ditetapkan
oleh pihak kontraktor dan akan diperbetulkan. Buat sementara
waktu semua pihak dikehendaki mengikut waktu seperti jam di
pejabat.
3.11 Laporan guru bertugas akan ditulis secara back-dated mengikut
format terkini.
3.12 Encik Rashid memberitahu tentang beberapa permintaan daripada
pihak kantin, iaitu:
3.12.1 mengasingkan laluan murid lelaki dan murid perempuan
3.12.2 letakkan label pada laluan tersebut
3.12.3 pinggan dan cawan yang telah digunakan hendaklah
diasingkan dan letak di dalam besin yang disediakan
3.12.4 buang sampah di dalam tong sampah yang disediakan

3.13 Puan Noor Aini dan Puan Zaimah menyatakan bahawa harga
makanan di kantin adalah agak mahal.
Encik Hannuar menyatakan bahawa harga tersebut telah dinyatakan
di dalam sebut harga yang dihantar kepada PPD, tetapi perkara ini
boleh dibincangkan semula dengan pihak kantin.
3.14 Encik Hannuar memaklumkan bahawa semasa program tasmik
dijalankan, guru Pendidikan Islam adalah membantu guru J-Qaf.
Tindakan: Semua Guru
4

HAL-HAL LAIN
4.1Guru Besar mengingatkan bahawa Pengajaran dan Pembelajaran
adalah core-business sekolah, jadi semua guru hendaklah
memastikan setiap aktiviti yang ditulis di dalam buku rekod
mengajar dilaksanakan dengan bijaksana dan berkesan.

4.2Beberapa orang guru akan dipantau sepanjang bulan Januari, pastikan


persiapan dibuat dengan rapi.
4.3Pastikan headcount untuk setiap subjek ditampal di dalam buku rekod
mengajar. Setiausaha Headcount, Puan Aidayu akan membuat
tindakan selanjutnya.
4.4Encik Hannuar meminta Cik Siti Nur Hidayu untuk menghantar
enrolment murid pada esok hari bagi tujuan membuat anggaran
perbelanjaan mengurus.
4.5Encik Hazman meminta semua guru kelas mengambil peratus TOV
murid dari fail peribadi bagi tujuan streaming kelas.
5

UCAPAN PENANGGUHAN
5.1Mesyuarat disudahi dengan Tasbih Kifarrah dan Surah al Asr.
5.2Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang.
Tindakan:
Pengerusi /Setiausaha

Disediakan oleh

..............................................................
............

(AIDAYU MISRUN)

Disemak oleh

......................................

(PUAN ROHANI BT SHAMSUDIN)

Setiausaha Kurikulum
Sekolah Kebangsaan Putra Utama
Utama

Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Putra

You might also like