You are on page 1of 23

LAPORAN AKTIVITI PERKHEMAHAN UNIT UNIFORM

SEK. KEB. PERMATANG BULOH 2013


HARI PERTAMA : JUMAAT ( 5 APRIL 2013)
1.

PENDAFTARAN PESERTA
Pendaftaran peserta diadakan di Dewan Terbuka SK Permatang Buloh pada jam
3.30 petang. Murid-murid diminta melaporkan diri kepada guru yang bertugas
iaitu Pn Roznita Bt Mat Saad (PPG) dan Pn Zaroni Abdullah. Murid diminta
mengisi borang kehadiran dan mencatat nama unit uniform masing-masing.
Selepas mendaftar diri, murid telah diedarkan buku program dan kad tanda
nama. Kad tanda nama ini bertujuan untuk memudahkan pengenalan diri murid.
Semua murid diminta sentiasa memakai kad tanda nama ini di sepanjang
berlangsungnya program perkhemahan ini.

2.

TAKLIMAT PERKHEMAHAN
Setelah selesai proses pendaftaran, semua murid diminta berbaris mengikut
kumpulan khemah masing-masing. Kumpulan ini telah ditentukan sehari sebelum
berlangsungnya aktiviti perkhemahan ini. Murid diminta duduk dan bersedia
untuk taklimat perkhemahan. Sebelum taklimat bermula, semua guru-guru
Program Pensiswazahan Guru (PPG) diperkenalkan terlebih dahulu kepada

semua murid. Encik Haironizam selaku Ketua Kem telah memberi taklimat
kepada semua peserta perkhemahan.
Antara kandungan taklimat tersebut ialah berkaitan disiplin peserta sepanjang
program perkhemahan seperti peraturan-peraturan perkhemahan, menepati
masa dan cara berpakaian. En Haironizam juga memberitahu tentang aktivitiaktiviti yang akan diadakan di sepanjang program perkhemahan ini. Beliau juga
menasihatkan

agar

semua

peserta

perkhemahan

dapat

menjimatkan

penggunaan air dan elektrik. Para peserta juga diingatkan agar sentiasa
bekerjasama dalam setiap aktiviti kumpulan yang telah dirancangkan.

3.

MENDIRIKAN KHEMAH
Semua peserta perkhemahan diminta berkumpul di tapak perkhemahan untuk
melihat demonstrasi mendirikan khemah. Setiap kumpulan diberi sebuah
khemah untuk didirikan. Setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang ahli. Dua
orang guru ditugaskan untuk mengawasi dan membantu murid dalam proses

mendirikan khemah ini. Sebanyak 9 buah khemah murid dan 4 khemah guru
telah berjaya didirikan.
Sebagai pengawasan dan langkah keselamatan daripada serangga atau haiwan
berbisa, kami telah memagari kawasan sekeliling khemah dengan menggunakan
belerang (sulfur).

4.

MINUM PETANG
Selepas selesai mendirikan khemah, peserta diberi minum petang iaitu air sirap.
Minuman disediakan di kantin SKPB. Murid diminta membasuh gelas masingmasing di ruang belakang kantin.

5.

SOLAT ASAR
Setelah selesai minum petang murid diminta berbaris untuk ke surau sekolah
bagi menunaikan solat Asar berjemaah. Solat Asar ini diimamkan oleh
Muhammad Mukhlis Bin Mohamad Yani, peserta unit uniform Tunas Kadet
Remaja Sekolah.

6.

RIADAH
Aktiviti riadah yang diadakan ialah aktiviti kecergasan (senaman). Senaman ini
diketuai oleh Pn Koay Bee Lian.

7.

ICE-BREAKING
Guru menjelaskan tentang matlamat perkhemahan dan objektif yang akan
dicapai. Murid juga diberi penerangan ringkas tentang aktiviti malam
kebudayaan.

8.

KEMAS DIRI
Murid diberikan masa untuk membersihkan diri dan bersiap sedia untuk makan
malam.

9.

MAKAN MALAM
Murid beratur mengambil makanan. Murid membaca doa beramai- ramai
sebelum makan.Menu makan malam ialah nasi putih, ayam masak kicap , sayur
bayam dan air oren.

10.

SOLAT MAGHRIB BERJEMAAH


Semua murid berkumpul di Surau SKPB untuk solat Maghrib berjemaah yang
diimamkan oleh Muhammad Maizol Ammar bin Zainal Abidin dari Unit Uniform
Pengakap. Setelah selesai solat Maghrib dan bacaan doa, diadakan pula aktiviti

bacaan Yassin yang ketuai oleh Encik Norulhadi bin Abdullah Sani dan Encik
Haironizam B Ismail.

11.

KULIAH MAGHRIB
Kuliah Maghrib telah disampaikan oleh Puan Roznita Bt. Mat Saad yang bertajuk
"Anak Yang Soleh" dengan menggunakan persembahan MS Power Point. Di
antara intisari kuliah Maghrib yang telah disampaikan ialah cara-cara untuk

menjadi anak yang soleh dan solehah. Beliau juga memperdengarkan juga lagu
"Jasa Bonda" sebagai mengenangkan jasa seorang ibu dan sebagai renungan
untuk semua peserta.

12.

SOLAT ISYAK BERJEMAAH


Solat Isyak berjemaah diimamkan oleh adik Muhammad Maizol Ammar bin
Zainal Abidin dari Unit Uniform Pengakap. Selesai solat Isyak murid beristighfar,
berzikir dan bertasbih.

13.

MALAM KEBUDAYAAN
Murid berkumpul di dewan tertutup untuk aktiviti malam kebudayaan. Malam
kebudayaan ini dikendalikan oleh Cik Rosaniza bt Abdul Kalim yang bertindak
sebagai fasilitator. Aktiviti dimulai dengan taklimat daripada beliau. Peserta

diperkenalkan dengan pelbagai jenis tepukan seperti Tepukan Terima Kasih,


Tepukan Sin Chan, Tepukan Malaysia dan sebagainya. Peserta-peserta
menjalankan aktiviti nyanyian dan permainan dalam bentuk kumpulan. Aktivitiaktiviti ini dapat mewujudkan semangat kerjasama dan meningkatkan keyakinan
diri peserta. Di antara lagu-lagu yang dinyanyikan termasuklah Selamat Jumpa,
Di Sini Senang, Mendolo, Jambatan Tamparuli, Lai Chi Kang, Tarian Gajah dan
lain-lain lagi. Semasa aktiviti ini dijalankan, En. Khairudin b. Saidin telah hadir
untuk membuat pemantauan akan perjalanan program.Acara ini berakhir pada
jam 10.30 malam

14.

KUDAPAN
Para peserta perkhemahan diminta berkumpul di kantin untuk menikmati juadah
kudapan malam iaitu teh 'o' panas dan roti krim sebelum tidur. Peserta-peserta
membaca doa makan sebelum makan.

15.

TIDUR
Peserta perkhemahan diminta membersihkan diri sebelum masuk tidur di
khemah masing-masing pada pukul 11.00 malam. Mereka juga diingatkan
supaya tidak berada di luar kawasan perkhemahan kecuali dengan kebenaran

guru. Para peserta juga dinasihatkan supaya tidak pergi ke tandas secara
bersendirian pada waktu malam.

16.

MESYUARAT PEMIMPIN
Mesyuarat pemimpin diadakan pada jam 11.15 malam. Tujuan mesyuarat ini
adalah untuk membuat refleksi tentang perjalanan program di sepanjang hari

ini. Mesyuarat ini juga bertujuan untuk mengatur jadual untuk petugas sentri
sepanjang waktu malam.
Di antara kelemahan yang dikenalpasti ialah peserta perkhemahan tidak
menepati masa yang ditetapkan. Terdapat juga peserta yang mengambil
sikap sambil lewa dan mengambil masa yang lama untuk mandi dan
diri. Kelemahan-kelemahan ini telah diambil maklum
penambahbaikan untuk

17.

mengurus

dan akan dibuat

hari seterusnya.

SENTRI (KAWALAN MALAM)


Guru-guru yang bertugas pada pukul 12.00 tengah malam sehingga pukul 2 pagi
ialah Puan Fazilah Bt Abdul Hamid, Puan Hindun Bt Kamaludin, Puan Noraini

Bt Abu Sepian, Puan Zalina Bt Yussof dan Cik Rosaniza Bt Abdul

Kalim.

Kemudian diikuti dengan giliran Puan Rosidah Bt Said, Puan Roznita Bt

Mat

Saat, Puan Koay Bee Lian, Puan Sarasu a/p Ramakrishnan, Puan Norziyana Bt
Din, Puan Norafizah Bt Dullah dan Puan Rosliza Bt Samsudin iaitu pada pukul 2
hingga pukul 4 pagi. Giliran diteruskan lagi oleh Encik Norulhadi B Abdullah
Sani, Encik Mohd.Firdaus B Ismail dan Encik Haironizam B Ismail dari pukul 4
pagi hingga pukul 5 pagi.
Pada pukul 11.40 malam, hujan telah
didapati dua buah

turun dengan lebatnya

dan

khemah telah bocor. Peserta dikedua-kedua khemah

tersebut telah diarahkan supaya mengosongkan khemah dan berpindah tidur di


kantin. Mereka diberi tikar sebagai alas tidur.

Pada

jam

beberapa orang peserta lelaki didenda oleh guru kerana didapati

pagi

pula,

masih

berkeliaran di luar khemah.

18.

Solat Subuh Berjemaah


Solat Subuh berjemaah telah diimamkan oleh adik Muhammad Maizol Ammar
bin Zainal Abidin dari Unit Uniform Pengakap. Setelah selesai Solat Subuh,

murid dibimbing membaca Yassin dengan diketuai oleh Puan Hindun Bt


Kamaludin. Aktiviti diteruskan oleh alunan 'Penghulu Istighfar' dengan bimbingan
Puan Rafini Bt Ismail dengan berbantukan radio kaset dan senikata Istighfar.
Semua peserta begitu teruja dengan kelainan aktiviti yang ditonjolkan. Mereka
dapat mengalunkan istighfar tersebut dengan begitu baik dan memuaskan.

19.

Senaman pagi
Selesai solat subuh, semua peserta dikehendaki berkumpul di dewan terbuka
untuk menjalankan sesi senaman pagi. Aktiviti ini terpaksa dilaksanakan di

dewan kerana hujan lebat pada masa itu. Senaman ini dikendalikan oleh Puan
Rosidah dan Cik Rosaniza dengan iringan muzik. Tujuannya

adalah untuk

memberi kesegaran dan semangat kepada peserta program bagi memulakan


aktiviti pada hari kedua.

20.

Sarapan
Menu sarapan pagi adalah nasi lemak dan teh o panas. Semua peserta

dan

guru-guru menikmati sarapan yang disediakan oleh pihak kantin dengan

penuh

berselera.

Mereka

dikehendaki

mencuci

pinggan

dan

cawan

masing-

masing di singki yang telah ditetapkan. Tugasan ini perlu dilakukan oleh semua
peserta sepanjang perkhemahan berlangsung.

21.

Aktiviti kembara dan khidmat masyarakat


Aktiviti ini tidak dapat dijalankan seperti yang dirancang disebabkan oleh hujan
lebat.Pihak urusetia telah berbincang dan bersetuju untuk menggantikannya

dengan aktiviti demonstrasi meruntuh dan menyimpan khemah. Demonstrasi ini


dikendalikan oleh Encik Haironizam dan Encik Norulhadi. Beberapa kumpulan
telah diberi peluang untuk cuba melakukannya dengan bimbingan guru-guru.
Aktiviti ini adalah

bertujuan untuk memudahkan peserta semasa aktiviti

menyimpan khemah nanti.

22.

Minum pagi
Menu minuman pagi ialah karipap , kuih onde-onde dan teh tarik. Secara tidak
langsung, semua peserta program dapat mengenali kuih-kuih tradisional ini.

Dengan demikian, warisan ini dapat diteruskan oleh generasi yang akan datang
dan tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas.

23.

Aktiviti Base
Aktiviti ini dijalankan di dewan terbuka. Peserta diagihkan kepada empat stesen
iaitu simpulan dan ikatan, bantu mula, kawad kaki dan masakan. Stesen

simpulan dan ikatan dikendalikan oleh Puan Zaroni, Cik Rosaniza, Puan Rafini
dan Puan Rosidah. Simpulan dan ikatan yang diajar ialah buku sila, bunga
keti,simpul manuk, lilit kekacang, ikat silang tungku, ikatan seraya,ikatan serong,
ikatan silang gunting dan ikatan balak.
Untuk base bantu mula pula,dikelolakan oleh Puan Saidatunbadriah,
Puan Katijah, Puan Marihan dan Puan Noraini. Peserta diperkenalkan dengan
peralatan kecemasan,menunjukkan cara ikatan buku sila untuk kain anduh dan
peserta diberi peluang untuk melakukan aktiviti tersebut secara berpasangan.
Stesen kawad kaki dikendalikan oleh Encik Haironizam, Encik
Mohd.

Firdaus, Encik Adenan dan Encik Mohd. Yani. Aktiviti ini

dijalankan

mengikut

unit beruniform masing-masing. Aktiviti yang dijalankan adalah kawad

statik dan tabik hormat .


Stesen yang terakhir adalah masakan. Aktiviti yang

dijalankan adalah

pertandingan menyediakan sandwich. Pertandingan ini mendapat sambutan


yang menggalakkan daripada peserta kerana ini merupakan pengalaman
pertama mereka menyediakan makanan sendiri. Mereka begitu teruja dengan
pengalaman ini.

You might also like